? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 11, 2008

Kak Ija

Kak Ija. Baik, peramah. Bila marah, suara halusnya keluar macam bertih jagung. Masa ni anak dara lagi. Sekarang aku dengar dah 5 anaknya. Tapi lama sungguh tak jumpa. Aku doakan mudah-mudahan sihatlah dia hendaknya.

Tapi aku confiuse sikit, siapa mamat yang sebelah tu? handsome semacam je...ha ha..



Monday, November 10, 2008

Chef punyo ceghito..

Tukang masak kerjanya enteng,
bangun pagi, masak nasi goreng..

Apo kato cuti sekolah nih, kito turun PD. Lepak tompek den. Kek mano? Apolah..Ilham Resort tau? Alah sampai nanti hello lah kek den..Diskaun? Alah..Insya Allah boleh diatur. Dah ado kad Chef Aris Fun Club? Bolum? Tak po..itu boleh diatur. Nak daftar? Masuk blog den. Ado kek topi tu..puji den lobih-lobih kit..lagi banyak diskaun den bagi.

Nak makan sodap-sodap? Beres..no hal punyo..Janji kau duduk tompek den. Kotam? Kambing panggang? Ayam salut madu? Buleh..kocik punyo hal. Apo? Bawak ayam sendiri dari rumah? Bawak ikan sendiri? Suruh den masakkan yo? Kau ingat ni kodai Tom Yam? Banyak cekadak..

Alah..maghilah..bukan selalu..lepak..nak mancing..ko..apo ko, kalau nak datang sini nanti..baju mandi den jangan lupo boli yo....

Friday, November 07, 2008

Shamsul @ mat......



Macam 'gayboy' si Shamsul bilo dressing macam ni. Ha ha..Bersih aje muko mamat ni..maso ni. Sojuk yo tengok. 'Dosa' tak banyak lagi kot..kui kui kui..

Kok ado yang tau mano hilang ee mamat ni..beritau le kengkawan..

Bila kukenang, bila kuingat.



Di sini kasih pernah berbunga,

Tanpa bahang dan tanpa apinya,

Di sini langit mendung selalu,

tiada cahaya menyinariku..

Segak tak Mr. Rosman Ahmad @ Cuman maso nih? Ingat sonang budak sekolah nak dapek pakai baju nih? Baju catering Dak Det. Ingat lagi..Cuman maso ni menjadi pengacara pertandingan bahas peringkat akhir sekolah. Kono pulak bergambar dengan Sharmila, si kecil molek yang cantik manis 5 sejarah. Fuh, macam...macam apo yo?

Err..Man, maso ni Cilin x ghaso kocik hati ko dengan kau? Ha ha..'awek dio tuh!' Jangan maghah yo..gurau yo...

Thursday, November 06, 2008

Macam best yo..

Kepada kawan-kawan jangan lupa cuti sekolah ini bawa keluarga ke SINI. Maklumat lanjut hubungi Hj Shahdan.

Tuesday, November 04, 2008

Satu iktibar...



REMBAU 26 Okt. – Dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, dekat sini, maut apabila digilis kereta api kargo sewaktu tidur di landasan selepas keluar dari asrama tanpa kebenaran untuk minum di pekan Kota di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badannya.Lebih menyayat hati, kejadian pukul 11.45 malam dekat Kampung Tanjung itu turut disaksikan lima rakan mangsa yang gagal mengejutkan mereka berdua yang nyenyak tidur.Dipercayai, mereka keluar dari kawasan sekolah antara waktu Maghrib dan Isyak melalui jalan pintas ke pekan Kota yang kerap digunakan pelajar yang selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden.

Ini cerita lama. Harapnya, kejadian seumpama ini janganlah berulang lagi. Cuma sekadar satu renungan bersama. Iktibar. Al Fatihah.

Permasalahan Sekolah Agama di N.Sembilan

Landasan keretapi kat Kota tu, masa ana budak-budak dulu memang tempat ana bermain dengan sepupu. Benda dah berlaku apa nak di kato, sudah takdir. Dulu masa main atas landasan tu memang sentiasa pandang kiri kanan, sebab kalau keretapi lalu memang tak sedar punya. Tahu-tahu dah dekat. Malam tak main pun, waktu siang saja.

Dari Kota ke Ulu Gadong tu memang selalu berulang alik. Rumah atok wan pun sebelah landasan keretapi. Banyak nostalgia. Dulu masa Undang Dato Abdullah ada hentian keretapi kat situ dan keretapi berhenti di situ. Sekarang dah tak ada.Berbalik pada sekolah agama, biasalah. Mana-mana sekolah pun ada masalah, sekolah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif memperbaiki sekolah agama di N.Sembilan ini. Banyak kelemahan yang ana perhatikan secara kasar di NS ini. Baik dari pelajar, ibu bapa, guru, pentadbiran, PIBG dan seterusnya.

Sama-samalah kita memberi input yang positif untuk memperkasakan sekolah agama swasta atau kerajaan di N.Sembilan ini.Sebelum kita tuding jari pada orang lain, tuding jari pada diri kita dulu. Adakah kita pernah membantu pentadbiran sekolah, adakah kita pernah memberi sumbangan pada sekolah dan sebagainya ?Kita doakan Sek Agama Hj Mohd Yatim (kampung den tu) dapat mengambil langkah yang pro aktif membendung masalah mereka, satu masalah yang biasa berlaku di mana-mana sekolah.

Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk membaiki pagar yang rosak yang sering digunakan oleh pelajar menyusup keluar ? Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk mendirikan koperasi dan cyber café untuk mengelakkan pelajar keluar ? Adakah mereka mempunyai warden yang cukup untuk mengawal pelajar ? Adakah ibu bapa mereka kuat silaturrahim sesama mereka untuk menyelesaikan masalah secara kolektif ?Jadi, semuanya salah, semuanya bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya iman. Dipetik dari :http://waghih.blogspot.com

Amy...@Repah@Gadong...


Inilah taiko yang tidak berapa nak klasik sangat. Mohd Suhaimi Abdullah ( Amy miau ). Entah mano datang 'miau' tu pun den kurang pasti. Maso kek Ropah dulu dah ado ko?
Amy sekarang bertugas di Pernec, KL. Sebumbung dengan Jamil. Waktu aku mencatatkan ini pun Amy masih di Brunei kerana tugasan luar. Apa yang aku 'angkat topi', sekalipun jauh Amy setia mengunjungi blog ini dan berchating dengan kawan-kawan. Semangat ukhwah kito totap toba...Terimakasih Mie..
Alhamdulillah, inilah keluarga bahagia kawan kita.

Andai dapatku undurkan masa...

Kata Cuman :

Andainya aku ada mesin putaran masa, aku akan masuk sekolah Gadong balik dan aku akan belajar serajin-rajinnya dan kurangkan berkawan dengan mereka yang malas belajar. Ha..ha..siapa tu Man? Katanya lagi, aku akan ubah apa yang sepatutnya diubah. Aku akan dapatkan apa yang aku pernah terlepas dulu...hak hak..hak....kadang-kadang itulah. Fitrahnya manusia biasa seperti kita, sewaktu kita mempunyainya jarang sungguh kita mahu menghargai sepenuh jiwa. Tetapi bila kita sudah kehilangan barulah kita tahu, kita kenal, kita faham dan kita merinduinya!
Aku juga sependapat dengan Cuman. Memang aku cukup rindu untuk berada di dalam kelas 5 Sejarah. Rindukan suasana sekolah. Rindukan pemandangan, rutin dan mungkin juga seseorang. Rindu untuk mengusik kawan-kawan, junior aku, rindu suasana malam di asrama, rindu suasana hari minggu di asrama, rindu hingar bingar membasuh baju di bilik air, rindu sejuknya pagi yang menggigit kala air tiada dan kita berjalan kaki beramai ke perigi. Aku juga ingin mengubah banyak perkara. Aku ingin seperti Cuman juga. Belajar rajin-rajin. Tidak mahu buat kerja tidak berfaedah seperti hisap rokok ke, ponteng sekolah, lari dari kelas, keluar malam, gaduh-gaduh. Aku mahu berbaik dengan semua orang. Aku ingin melakar kejayaan bersama sekolah. Biar Mak dan Bapak aku rasa bangga dan bersyukur sangat. Biar Ustaz Mansor senyum memanjang. Biar Ustazah Mala bangga, Ustaz Hassan tercengang (eehh..aku asyik cerita pasal kobau pun budak ni buleh lulus? Polik!) Biar Ustazah Kamariah rasa senang hati, biar O....raso best sangat abang eee pandai..hak hak..
Aduh! Aku cuma punya angan-angan.
Namun akhirnya aku akur, perkara yang sama-sama kita rindukan dan yang sama-sama kita angankan telahpun berlalu hampir 20 tahun lalu!

Saturday, November 01, 2008

tempat-tempat nostalgia...




Kiri atas : Tangga menuju ke kelas 5 sejarah dan 5 Geografi. Sekarang khabarnyasudah menjadi bilik guru. Di tangga inilah kadang-kadang sesi pengusharan awek-awek berlaku. Tetapi biasanya sini line x clear...
Kanan atas : Bangunan asrama putera. Di tingkat atas sekali itulah tempat di mana begitu ramai 'hantu' berkeliaran pada malam jumaat - sebab maleh nak baco yasin. Waktu prep, menyorok. Kadang-kadang lopeh makan pun yo jugak..berasap yo kek ateh tuh...Depan pintu pagar itulah aku menyaksikan sepasang merpati dua sejoli melambai tangan buat kali terakhir tanda perpisahan....lopeh tuh ingatkan jadilah kahwin..huh hampeh...Tetapi yang sobonar ee..inilah bagunan saksi pado suko dan duko persahabatan kito...
Kiri : Di sinilah Cuman memulakan operasi memanjat bilik audio bersama sebuah 'pita misteri'. Sebelum beralih ke tingkat belakang....sobab takut line tak clear...kah kah...

Hanim..dan Acik the Lagend...



Aku dan Jamil. Di sebelah kiri, Hanim@Along. Khabar terakhir aku dengar dia berkahwin dengan abang askar...wallahualam. Di mana dia ya?

Jamil masa ini sedang cintan maut dengan seorang awek dari bangkahulu. Gambar ini, gambar kenangan di meja awek dia ni lah..'Acik the lagend'..kuang kuang..

Hmm..sebut abang askar..teringat juga pada Dek Ta..

Friday, October 31, 2008

maaf..semua. Program esok ditunda...

Maaf semua. Kita merancang tetapi takdir Allah jua yang memutuskan. Perancangan untuk berjumpa esok di Gadong seperti yang dirancang terpaksa kita tunda ke waktu yang lebih sesuai dengan keadaan kawan-kawan. Insya Allah, kita tetap akan buat, cuma kita perlu perancangan lebih baik dan selesa. Ramai yang mengeluh kerana kesuntukan waktu dan tugas. Kita amat memahami keadaan itu, maaflah.Harap-harapnya perancangan kita yang murni itu dapat juga kita laksanakan tahun ini juga...Insya Allah..

Maaf ye...

Thursday, October 30, 2008

Lagi nostalgia kito..


Prep Hours...poi kelas belajar...macam sengal yo kan? Bukan belajar pun..yo tak?

Sekali lagi...terimakasih sahabatku..semua!

Dalam 2 hari ini, Alhamdulillah..blog Ulu Gadong terus setia dikunjungi oleh beberapa teman. Terimakasihlah. Pagi tadi, walaupun cuma beberapa orang teman sahaja, tetapi kemeriahan CBOX dirasa seolah digemakan oleh berpuluh orang. Dengan kehadiran Shahdan yang kuat mengusik, tambah pula regunya seperti Mokh, Cuman, aku rasa cukup syarat untuk aku berguling-guling sambl memeluk perut yang senak.
Aku terhibur dengan ukhwah kita. Alhamdulillah harapnya terus begini. Petangnya pula, masuklah Jamil, sekalipun berada jauh di JB, sanggup meluangkan masa chating bersama. Suhaimi @ Amy miau juga tidak ketinggalan. Sekalipun berada di Brunei ketika ini, lama juga beliau bersama 'kutuk-mengutuk'. Joe dan Mokh turut menyumbang untuk memecahkan panggung! Hinggakan aku ketawa lagi seorang diri terngiang apa yang dibualkan petang tadi....ceh..lawak sungguh!
Terimakasihlah sahabat semua. Khabar-khabarkanlah pada mereka yang masih jauuuhh....

Kona den lagi tak?


Masih ingat dan kenal lagi dengan 'wajah kesayangan hamba' ini? Hah..inilah Azmi Majid. 5 Sejarah 1991. Orangnya memang agak pendiam. Sekumpulan dengan 'Taiko Klasik'. Gelak besar Jimit bila menyebut perkataan Taiko Klasik. Sekarang bertugas sebagai anggota tentera udara di Kuantan, Pahang. Isteri orang Terengganu dan si comel itulah satu-satunya anak pasangan bahagia sahabat kita ni.
Alhamdulillah dan terimakasih pada Sarjan (U) Azmi Majid!

Tuesday, October 28, 2008

Gambar kek library...

Hari jumaat..pakai baju melayu. Tengahari, makan pergi solat jumaat. Lopeh tu poi kodai det...yo tak?

Lagi gambar blur...







Gambar sumbangan Shahdan :

Sayangnya gambar di sebelah kiri ini agak blur..mungkin Adan boleh kirimkan semula. Menarik gambar nih...di sebelah kanan, lagi aksi gila2 kita di sekolah..

Jauh lagi..perjalanan kita..

Gambar sumbangan Cuman. Perjalanan menuju lubok petai ko gunung Datuk ha?



Thursday, October 23, 2008

Bertemu 5






Inilah pertemuan semula sewaktu alumni 2003 bekas pelajar SMAHMYUG. Di majlis ini juga pelancaran Web sekolah turut dilakukan. Masa ini rasa cukup meriah. Ramai yang hadir. Det, suko boto deh..dio sendiri koba..tahun kitolah tahun yang paling nostalgia pado dio..Tahun kitolah maggie dan rokok batang kek kodai ee paling laku..kan..?
Tengok Mus..5 tahun dulu..macam tok pekong..sekarang..stylo siot..slim lagi..kau buek plastik surgery ko Mus? Ko pakai botox macam Shahdan...eeh..eehh...Joe...ado lai ramos ee..
Sori ha..jgn marah...

Form 3 - 1991


Ingat lagi adik-adik kita ni? Form 3 ditahun 1991. Antara yang glamour..Poning, Lokok, Hamdan ada juga yang lain tetapi lupa pula nama glamournya.

Tuesday, October 21, 2008

Cukuplah sekali...

Sekali lagi terimakasih pada semua yang telah sudi bersama blog ulugadong. Aku akui mulanya aku menciptakan blog ini sekadar suka-suka. Kerana aku sedar cukup sukar untuk menyatukan kawan-kawan lama secara terancang. Aku sendiri buat, sendiri baca dan syok sendiri. Ketawa sendiri dan sebak sendiri.
Tetapi aku terfikir, mungkin blog ini mampu menjadi wadah pertemuan sesama kita. Kita berkongsi pengalaman, suka duka, foto kenangan, khabar bersama. Alhamdulillah, Allah Maha Besar. Berjaya juga aku menjejaki ramai kawan-kawan melalui blog ini. Cuman antara yang terawal selain Jamil yang sememangnya sentiasa berhubung rapat dengan aku. Terimakasihlah. Allah jua yang membalasnya.
Namun iltizam untuk menjadikan alumni yang sebenar masih belum terpadam. Sekalipun pada tahun 2003 ianya seakan menjadi kenyataan namun keadaan semasa seringkali membataskan pertemuan-pertemuan selanjutnya.
Kepercayaan pihak SMAHMYUG dengan memberikan aku tanggungjawab besar mengemudi persatuan alumni ini pada tahun 2003 yang lalu, aku terima dengan rasa yang berbelah bagi. Bukan mudah membahagikan masa di antara kerja-kerja persatuan, tugas di pejabat dan juga keluarga. Lantas, pada Ust Wan warden Smahmyug di kala itu, aku lahirkan kerisauan. Ust Wan aku lihat cukup positif apatahlagi pertemuan dan perbincangan bersama pengetua Ustazah Zaiton ketika itu jga cukup positif. Tetapi aku sendiri kian jauh kerana tugasan semasa. Seingat aku, kali akhir aku bersama Ust Wan ketika program lawatan YB Dato' Awalludin ADUN Kota ke SMAHMYUG bagi meninjau tapak surau Darul Aitam yang akan dibina sebagai menggantikan surau lama. Selepas itu tiada khabar. Aku difahamkan Ust Wan telah pun bertukar ke Kelantan.
Begitulah sedikit rentetan pasca penubuhan Persatuan Alumni SMAHMYUG dan pelancaran laman web SMAHMYUG pada 2003. Ramai juga teman seangkatan yang hadir di majlis itu- Musazali dan adik-adiknya, Jamil,Madi,Cilin, Salizan, Joe, Amy Miau selain dari bekas-bekas pelajar dari tahun yang berlainan. Usaha bagi menyatukan bekas pelajar sebenarnya masih berkesinambungan.
Untuk 1 November ini, kita tidaklah merancang majlis yang besar, cuma kita sekadar berjumpa, makan-makan, berbual dan saling bertanya khabar, cukuplah. Cukuplah sekali jika ianya dapat direalisasikan! Sekali dalam 20 tahun!!

Monday, October 20, 2008

Bertemu 4



Pertemuan aku dan Mokh di majlis perkahwinan Apak pada 2006.

* Cadangan pertemuan semula 1 November: Berikan respon segera 019 656 9766

Inilah barisan kita..yang ikhlas mendaki...


Inilah antara gambar yang cukup aku suka. Cukup klasik dan ada zooknya. Gambar sumbangan Cuman ini memperlihatkan kita satu keazaman,kesepakatan,iltizam, semangat untuk mendaki Gunung Datuk walaupun tanpa kebenaran warden. Syabas! Mereka memang berani. Taiko besar Gadong masa itu. Maklumlah form 5 lah katakan...

Ha..ha..korang tengoklah beb. Dressing maso tuh! Madi..nampak madi...ramos boy george ko GQ? Ceh..Amy miau..bukan main toba bingkai eee..sekarang pakai macam tu lagi ko? Fuh BJ, bersiul lagu tamil. Hatta cool yo kan..menutup kekengkangan eee...Mokh..baru balik ot jago bank..muko tak mandikan? Shamsul dan Izan..penuh harapan. Cuman..lagak macho la tuh...

Aku senyum dan ketawa sorang bila tengok gambar ni lamo-lamo...syahdukan?


* Jangan lupa cadangan program perjumpaan kito, 1 November ini - den masih menunggu respon - 019 656 9766

Sunday, October 19, 2008

Hulurkan bantuan pada generasi baru ini



Jemaah Ulu Gadong merupakan satu badan yang kini akan menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan miskin di SMA Ulu Gadong. Sub Intstrumen ini berperanan seakan PIBG juga. Justeru, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyalurkan sebarang bantuan, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah di talian 06-438 1411.

Insya Allah, dengan bantuan yang bakal diberikan, manalah tahu ianya mungkin sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kehidupan generasi baru yang lebih memerlukan di sekolah ini.Lebih lanjut disini

Teringat pula pada seorang budak yatim piatu darjah 5 ke 6 , yang sama menginap di asrama sewaktu zaman aku dulu. kecil aje susuknya. Lupa aku namanya, siapa ye Ama? Zaha?

Saturday, October 18, 2008

5 Geografi - satu nostalgia



Ayo..yoo..ama apa..mokh apa lu bikin..? Mana itu sarban hilang..? Alah cuman...slim eee..Nik,Samsul,Mat Jan..sapo lai tu?..gilo beb..meleleh airmato den tengok gambar klasik nih..

Inilah kenangan. Inilah nostalgia. Kalau ada magic, rasa macam nak masuk balik dalam gambar ni. Rasa macam nak duduk form 5 lama-lama. Rasa nak bercinto lamo-lamo...Cubo tengok lamo sikit..raso sodihkan..? Itulah..masa yang lepas tidak mungkin berulang lagi...
gambar sumbangan cuman - klik

Gambar adan...


Gambar terbaru, keluarga bahagia Hj Shahdan Baharudin, bersama isteri dan anak-anak. Alhamdulillah..inilah nikmat Tuhan. Jauh merantau sekalipun..ukhwah antara kita masih utuh lagi. Mudah-mudahan kita tidak 'lost contact' lagi.
Adan, apo yang lopeh tu biarlah berlalu..kito bukak buku baru k..kito pun dah makin tuo..yo tak?

Friday, October 17, 2008

Cadangan perjumpaan sesama kita.

Apa kata kita buat jamuan hari raya di Ulu Gadong. Mungkin kita boleh minta jasa baik Det untuk masak. Kita collect lah seorang sedikit bayar pada Det.
Aku secara peribadi cukup bersetuju. Tetapi masa kawan-kawan perlu juga kita ambil kira. Sudah lama kita plan macam ini. Jarang yang betul-betul berjaya. Jadi pada kawan-kawan, cubalah luangkan masa sekejap pun jadilah. Bukan selalu pun. Kalau ok sila beri cadangan tarikh. Ada yang mencadangkan pada 1 November ini. Ada yang bersetuju ke? Atau ada cadangan lain?

Thursday, October 16, 2008

Relax ha..cerito lamo ni...


Bercanda di Pasiran pantai..kita berdua..

Aduh Joe..klasik sungguh gamba nih..kek mano nih? Pd ko Pengkalan Balak? Ni maso ni kau sedang meng usya si Ida Mufidah la..jiwang karat jugak ko yo..den ingatkan Jamil dengan Cuman yo yang jiwang..
Apo pun jangan maghahlah dengan paparan gambar ni. Bukan niat untuk mengaibkan atau apo..sekadar berkongsi satu memori yang sebenarnya tidak akan datang lagi dalam hidup. Itulah sekali....
Tapi...fuh...rupa-rupanya...si Joe ni..ha ha..pocah rahsio..

Bertemu kita..


Pertemuan di majlis perkahwinan Apak 2006

Sahabat lamo.Mana menghilang?



Hmm..mano poi ee mamat duo orang nih? Kutang-Noraizam Saleh dan Kembang - Fendi...?
Gambar kutang diambil sewaktu baru sampai ke asrama dari cuti penggal (kalau tidak silap). Masa itu belum ramai yang tiba. Budak yang kutang peluk itu namanya Abd Hadi. Ingat lagi masa kes histeria di asrama? Hadi itulah salah seorang yang kerap terkena. Sebilik dengan Jo kalau tidak salah. Mana pergi budak tu sekarang? Bukan si Hadi aje, tetapi kutang tu..mano hilang eee?
Fendi? Langsung...hanyut...tak dengar cerita lepas sekolah.

Kenangan lama...aduh...




Gambar kanan : Aku dan Mus hari akhir sebelum bergelar sebagai bekas pelajar. Selamba beb hisap rokok!

Gambar kiri : Mokh,Arwah Rahim, Mus,Suhan..Kenangan mandi di Lubok Petai..Ya Tuhan.sedihnya aku...

klik pada gambar untuk besarkan.











Mus yang blur...pening aku...



Gambar blur ni Mus yang hantar. Tetapi bila aku terima aku pun jadi blur sama. Blur macam Mus jugak sewaktu kono maghah kek Ust Mansor pasal tape blue waktu kek asrama dulu. Terkebil-kebil. Bak kato Jamil badan yo bosar..anu ciput...ha ha..

Hampir terlupa, 2 hari lepas Mus telefon. Katanya Jamil sedang berada di rumahnya. Kebetulan Jamil outstation di JB. Wah suka sungguh Mus dan Jamil. Aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah.

Gambar di atas - dari kiri aku, Jamil dan .....siapa ye..blurlah aku...

Wednesday, October 15, 2008

Chef Mokhzani Aris


















Kichi-kichi lembu jaga..sudah besar dapur jaga..ha ha

Sebenarnya, siapa yang pernah menyangka kau akan berada jauh di tahap ini di satu hari nanti. Seronok mendengar pengalaman kau Mokh. Dari seorang cutter (pemotong sayur) biasa, hinggalah hari ini bergelar Eksekutif Chef di PNB Ilham Resort, P.Dickson.

Hakikatnya,kau memang seorang chef yang handsome dan gila. Berbeza zaman di Repah dan gadong. Kok jopun ( maso di repah dulu, ingat tak?) nampak kau haghi ni..memang pitam dio Mokh..

Alhamdulillah, kerjaya kau hari ini begitu membanggakan, bersyukurlah dengan kejayaan yang di kecapi hari ini. Aku dan kawan-kawan mendoakan yo...
Hmm terkenang zaman kau botak maso di Repah dulu..

Ya Allah..ukhwah ini besar ertinya..bagi kami

Aku tertanya juga, mana perginya dua sahabat kita ini? Zailan Ragiman dan Jamal ( cino koto, Jamil yang panggil cam ni tau, bukan den ). Sewaktu Zailan berkahwin dulu, aku, Salleh dan Hj Shahdan sempat juga datang ke majlisnya. Cuma selepas itu, semuanya ghaib.
Apakah selepas kita punya komitmen dan tanggungjawab, maka persahabatan ini sudah tiada ertinya?
"Ya Allah temukanlah kami kembali seperti dulu, kau yang menemukan kami dan kau jua yang memisahkan, maka kami pohon padaMu Ya Rabbul Jalil, tautkanlah kembali ukhwah antara kami.."

Arlina Ahmad

Sajo nak kongsi gambar lamo ni. Berlatarbelakangkan rumah Ustaz Mansor dan van sekolah kito. Den tak tahu pulak mano poi ee Arlina. Last jumpo pun tahun 1996 dulu. Maso tu dio kojo di Oriental Bank kek The Mall. Ghasoee memang dah kahwin. Ado ko yang tahu ceghito terkini Arlina Ahmad?

Monday, October 13, 2008

Abang Joe @ Cikgu Joe



Bagi kawan-kawan yang sudah terlupa atau mungkin ingat-ingat lupa, inilah 'budak baik' 5 Geografi. Pelajar kesayangan Ustazah Mala dan Rozana, juga ustazah Ida Mufidah..ha..ha...ha..relax le..gurau aje. Pengawas kita ni dulu cukup cool. Kaya dengan senyuman. Kalau marah..korang tentu boleh tengok kening mamat ni bercantum kan..? Jangan tak tau..mamat ni simpan siung ajaib. Tak pasti pula anak dara mana yang sudah terkena siung ajaib dia masa di Gadong 18 tahun dulu.
Alhamdulillah, hari ini Johari bin Osman masih sihat dan masih boleh berhubung dengan kita. Bertugas sebagai guru di Sek Keb Palong 4. Bahagia bersama
Noraini bte Shariff
Luqman Al-Hakim anak 1
Akmal Hafiz anak 2
Fatimah Azzahra anak 3
Johari Osman hari ini tampil dengan imej baru. Tu yang buat aku pelik. Korang pelik tak? Aku nak tanya satu, Jo..kau ponah panjek tak asrama pempuan haghi tu?

Pertemuan syahdu Aidilfitri 2008


















Dari kiri, Cuman, Jamil dan aku. Lokasi di rumah Salleh (kanan) pada hari raya ke 4 2008 yang lalu. Hmm..cuma aku yang masih 'slimkan...kan..kan...?

Thursday, October 09, 2008

Azmi Majid @ Jimit

Alhamdulillah dan terimakasih pada kawan lama yang baharu menjengah ke blog ini. Azmi Majid @ jimit 5 bSejarah baharu saja smskan aku. Cuma tidak sempat berbual lama. Aku akan dapatkan info terbaharu beliau. Insya Allah.

Monday, October 06, 2008

Diari Aidilfitri 2008 3

Lama bersembang di rumah Azizan, kami bertolak ke rumah Salleh di Tampin. Hujan renyai dan kemudiannya bertukar lebat mengiringi 'konvoi' kami ke Tampin. Bagi aku, ini hari kedua berturut-turut aku ke rumah Salleh. Segan pula. Tetapi disebabkan kawan-kawan lama, aku selamba saja. Fuh lama kami berbual. Semuanya berkisar zaman sekolah. Apa lagi topik menarik? Semua 'rahsia' lama terbuka. Kadang-kadang serius dan kadang-kadang berderai tawa kami bila ada saja kisah-kisah lawak yang timbul. Bagaikan saat itu berulang kembali.
Kurang lebih pukul 5 petang, kami menamatkan 'reunion' kecil itu dengan saling bermaafan dan bersalaman. Suasana mendung beserta hujan renyai petang itu bagaikan tidak mengizinkan pertemuan singkat itu berlanjutan. Namun, masing-masing ada komitmen yang perlu dibereskan. Hiba juga rasa hati untuk berpisah. Kami rasa, kami ini masih lagi pelajar asrama Sekolah Menengah Agama Ulu Gadong, lagaknya. Seolah-olahnya masih dengan suasana bergurau, usik-mengusik, bertengkar, bermasam muka, buat projek bukan-bukan, couple, ponteng, panjat pagar dan macam-macam lagi aksi nakal.
Aku sempat berpesan pada Cuman, Insya Allah jika ada umur lagi, ada kesihatan dan kemampuan, 2009 kita cuba merancang satu konvoi ke rumah kawan-kawan lama, Insya Allah.

Diari Aidilfitri 2

Aku bertolak dari rumah Jamil menuju ke rumah Azizan. Cuman telah menunggu di Masjid Kg Tengah. Bertahun aku tidak bersua muka dengan Cuman, sekadar berbalas sms dan email, akhirnya bertemu juga. Alhamdulillah, Cuman nampaknya makin sihat disamping 3 heronya. Kemudian Azizan sampai, dan mengajak terus ke rumahnya.

Bertahun semenjak dari tamat zaman persekolahan, aku langsung tidak mendengar khabar dari Azizan. Kuasa Allah, bertemu juga di Aidilfitri 2008 ini, Alhamdulillah. Dia masih dilihat 'mantain'. Macam dulu juga. Macam zaman dia panjat pokok kelapa di belakang sekolah Agama Gemencheh dulu. Bekerja sendiri dan mempunyai 5 orang anak. Khabarnya yang sulong dalam darjah 5, Alhamdulillah.

Tiada apa lagi yang istimewa bagi aku selain dari berkumpul bersama semua kawan lama dan bertanya khabar. Sekalipun kuih muih yang pelbagai terhidang, bercerita sesama lebih menyeronokkan. Hari itu, ada juga cadangan untuk ke Bukit Jalor, ke Sg Kelamah, ke Gadong namun kesuntukan waktu benar-benar membataskan. Cuman juga bersemangat untuk bertemu kawan-kawan lama sekalipun difahamkan dia baru sihat sedikit dari demam.

Diari Aidil Fitri 2008 1

Salam. Lama tidak menjengah. Al maklum kesibukan berhari raya sedikit membataskan waktu untuk updatekan blog ini. Apa pun, syukur Al hamdulillah, suasana Aidilfitri tahun ini tetap diraikan seperti juga tahun-tahun yang sudah.
Sabtu, 4 Oktober hari yang 4 Aidilfitri, aku ke rumah Salleh di Rumah Rakyat Repah, Tampin. Bertolak dari Durian Tunggal, Melaka pun terlalu lewat lebih kurang pukul 6 petang. Aku tiba pun 30 minit kemudian. Kebetulannya, adik bongsu Salleh melangsungkan perkahwinan. Jadi, sambil menyelam minum airlah. Sambil meraikan majlis, kita berhari raya bersama. Aku, isteri dan anak-anak dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. Kari kambing antara yang membuka benar selera aku. Terimakasihlah pada Salleh dan isterinya yang sudi melayan aku dan keluarga walaupun aku tiba di ambang maghrib.
Syukur sangat, Alhamdulillah Tuhan masih mengizinkan kita berjumpa di dalam keadaan kita yang masih sihat dan masih berkemampuan.
Ahad 5 Oktober Aidilfitri yang ke 5 aku menerima satu panggilan. Aku terkejut juga, kerana orang yang menelefon aku itu, memang betul-betul lama sangat 'hilang' dari mata dan pengetahuan. Masih kenal Azizan? Nama glamournya Sosot. Satu group sebenarnya dengan aku, Hatta, Pak Tam, Cuman, Cilin, Salizan, Syamsul dan beberapa orang lagi dari SMA atas dan Senawi Gemencheh di dalam tahun 1987-88 dulu. Syukur, dapat kita berhubung balik.
Rancangan aku hari itu, ingin ke rumah Jamil di Felda Jelai 4. Mujur juga Jamil tidak balik lagi ke Seremban. Tiba di Jelai, Jamil minta aku terus ke Rumah ibu mertuanya di FJ 1. Berderau jantung, manakan tidak bukan kah 'cinta lamaku' juga di FJ 1? Malah. tatkala aku melewati jalan ke rumah 'mak mertua tidak jadi' di FJ 1, perasaan aku terawang dek kenangan dulu, alahai.
Tiba di rumah Jamil, Cuman telefon. Rupanya dia sudah ada di rumah Azizan di Kg Tengah, Gemencheh dan mengajak aku dan Jamil ke sana. Sebelum bertolak sempat juga aku dijamu dengan mee hoon. Kata isteri aku sedap. Anak-anak aku pun nampak suka dan cepat mesra dengan anak-anak Jamil. Terimakasih juga pada Jamil dan isterinya.

Tuesday, September 30, 2008

Saleh, isteri dan dua heronya.

Mohd salleh,nor surayya,
Muhammad syamil iqbal dan Muhammad
subhi a'fif

Alhamdulillah, seorang lagi kawan lamo kito sudi juga mengirimkan gambarnya sekeluarga buat tatapan kito. Saleh, jauh nun di Langkawi. Katanya Raya ke 3 baru balik ke Tampin. Jangan lupa, sudi-sudikanlah untuk ke rumahnya pada Hari Raya ke 4, kerana majlis perkahwinan adiknya.

Hmm...aku teringat di satu masa dulu, bila Saleh sengaja disenaraikan di dalam pemilihan ketua kelas 5 sejarah, bersama dengan Tenggek,Salam, Zaki dan siapa lagi ya...ha keje siapa ni? Menggeleng Ustazah Kamariah..Ni planning Jamil kan? Last-last pilih Cak Om jugak..

Monday, September 29, 2008

Kita..hampir 18 tahun yang lalu...

Ini semua tidak akan berulang lagi..ia tiba cuma sekali di dalam kehidupan kita. Justeru, kehilangannya amat kita rasai hingga saat ini. Apa yang tertinggal..cuma memori..

Friday, September 26, 2008

Kisah kawan lamo

Lagi kisah kawan-kawan lamo kito. Sila klik Cuman.

Thursday, September 25, 2008

Terimakasih..semua

Alhamdulillah, ramai juga kawan-kawan kita yang dapat aku hubungi. Terbaharu, Azli Pak Tam dan Asharudin. Insya Allah..kita akan cuba kumpulkan semuanya di sini. terimakasih pada yang sudi membantu.

Wednesday, September 24, 2008

Siapa Mafia ni?

Fuh..ganas..siut..takut den tengok misai ee..Jamil..ko kena x mamat nih? Mamat nih pernah jadi ketuo kito tau. Ketuo asrama putera 1991! Pernah gak kantoi dalam banyak hal..ha ha..Ganeh boto ...kawan kito nih..
Apo yang ponting..dio masih sihat dan masih boleh berhubung dengan kito..Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2008

Layan blues...

Gilo ghaso ee..layan blog ni lamo-lamo. Sonyum sorang-sorang tengok gamba dulu-dulu. Sambil kepalo terawang dek shahdunya lagu rock lamo-lamo kek bawah tu. Aduuhh..syy..jangan korang beritau pulak orang ghumah yo..nanti den pulak yang kono..Alahai..rindu pulak kek Gadong.

Oliinn..mano eee? Hmm..syyy oghang ghumah pangge lak. Buek susu anak jap.

Ok selamat bersahur yo..7 hari lagi ghayo kito...!!!

Ini kisah Salleh..

Masih ingat Salleh B. Abd Rahim? Ahli kumpulan taiko klasik? Atok? Dia sekarang berada di Permata Kedah Pulau Langkawi. Kerjanya? Ada jugalah kaitan dengan Maritim, aku pun tak berapa nak faham. Bukan apa, dia baru telefon aku, mewakilkan aku menjemput semua kawan-kawan ke majlis perkahwinan adiknya di Rumah Rakyat Repah Tampin, N.Sembilan pada hari raya ke 4. Bagi aku cantik juga, dapat kita berjumpa.

Cuma musykilnya, bila Salleh cuba bercakap dialek NS, dah bunyi macam jawa cakap Hong Kong. Hang lama sangat duk Langkawi Leh, sampai begetaq lidah nak becakap!

Sunday, September 21, 2008

Carilah kawan yang baik.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mekanisme mengeratkan persahabatan.

Hadis : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."

Riwayat Al-TabraniHuraiani)

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.