? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, November 04, 2008

Satu iktibar...



REMBAU 26 Okt. – Dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, dekat sini, maut apabila digilis kereta api kargo sewaktu tidur di landasan selepas keluar dari asrama tanpa kebenaran untuk minum di pekan Kota di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badannya.Lebih menyayat hati, kejadian pukul 11.45 malam dekat Kampung Tanjung itu turut disaksikan lima rakan mangsa yang gagal mengejutkan mereka berdua yang nyenyak tidur.Dipercayai, mereka keluar dari kawasan sekolah antara waktu Maghrib dan Isyak melalui jalan pintas ke pekan Kota yang kerap digunakan pelajar yang selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden.

Ini cerita lama. Harapnya, kejadian seumpama ini janganlah berulang lagi. Cuma sekadar satu renungan bersama. Iktibar. Al Fatihah.

Permasalahan Sekolah Agama di N.Sembilan

Landasan keretapi kat Kota tu, masa ana budak-budak dulu memang tempat ana bermain dengan sepupu. Benda dah berlaku apa nak di kato, sudah takdir. Dulu masa main atas landasan tu memang sentiasa pandang kiri kanan, sebab kalau keretapi lalu memang tak sedar punya. Tahu-tahu dah dekat. Malam tak main pun, waktu siang saja.

Dari Kota ke Ulu Gadong tu memang selalu berulang alik. Rumah atok wan pun sebelah landasan keretapi. Banyak nostalgia. Dulu masa Undang Dato Abdullah ada hentian keretapi kat situ dan keretapi berhenti di situ. Sekarang dah tak ada.Berbalik pada sekolah agama, biasalah. Mana-mana sekolah pun ada masalah, sekolah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif memperbaiki sekolah agama di N.Sembilan ini. Banyak kelemahan yang ana perhatikan secara kasar di NS ini. Baik dari pelajar, ibu bapa, guru, pentadbiran, PIBG dan seterusnya.

Sama-samalah kita memberi input yang positif untuk memperkasakan sekolah agama swasta atau kerajaan di N.Sembilan ini.Sebelum kita tuding jari pada orang lain, tuding jari pada diri kita dulu. Adakah kita pernah membantu pentadbiran sekolah, adakah kita pernah memberi sumbangan pada sekolah dan sebagainya ?Kita doakan Sek Agama Hj Mohd Yatim (kampung den tu) dapat mengambil langkah yang pro aktif membendung masalah mereka, satu masalah yang biasa berlaku di mana-mana sekolah.

Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk membaiki pagar yang rosak yang sering digunakan oleh pelajar menyusup keluar ? Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk mendirikan koperasi dan cyber café untuk mengelakkan pelajar keluar ? Adakah mereka mempunyai warden yang cukup untuk mengawal pelajar ? Adakah ibu bapa mereka kuat silaturrahim sesama mereka untuk menyelesaikan masalah secara kolektif ?Jadi, semuanya salah, semuanya bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya iman. Dipetik dari :http://waghih.blogspot.com

Amy...@Repah@Gadong...


Inilah taiko yang tidak berapa nak klasik sangat. Mohd Suhaimi Abdullah ( Amy miau ). Entah mano datang 'miau' tu pun den kurang pasti. Maso kek Ropah dulu dah ado ko?
Amy sekarang bertugas di Pernec, KL. Sebumbung dengan Jamil. Waktu aku mencatatkan ini pun Amy masih di Brunei kerana tugasan luar. Apa yang aku 'angkat topi', sekalipun jauh Amy setia mengunjungi blog ini dan berchating dengan kawan-kawan. Semangat ukhwah kito totap toba...Terimakasih Mie..
Alhamdulillah, inilah keluarga bahagia kawan kita.

Andai dapatku undurkan masa...

Kata Cuman :

Andainya aku ada mesin putaran masa, aku akan masuk sekolah Gadong balik dan aku akan belajar serajin-rajinnya dan kurangkan berkawan dengan mereka yang malas belajar. Ha..ha..siapa tu Man? Katanya lagi, aku akan ubah apa yang sepatutnya diubah. Aku akan dapatkan apa yang aku pernah terlepas dulu...hak hak..hak....kadang-kadang itulah. Fitrahnya manusia biasa seperti kita, sewaktu kita mempunyainya jarang sungguh kita mahu menghargai sepenuh jiwa. Tetapi bila kita sudah kehilangan barulah kita tahu, kita kenal, kita faham dan kita merinduinya!
Aku juga sependapat dengan Cuman. Memang aku cukup rindu untuk berada di dalam kelas 5 Sejarah. Rindukan suasana sekolah. Rindukan pemandangan, rutin dan mungkin juga seseorang. Rindu untuk mengusik kawan-kawan, junior aku, rindu suasana malam di asrama, rindu suasana hari minggu di asrama, rindu hingar bingar membasuh baju di bilik air, rindu sejuknya pagi yang menggigit kala air tiada dan kita berjalan kaki beramai ke perigi. Aku juga ingin mengubah banyak perkara. Aku ingin seperti Cuman juga. Belajar rajin-rajin. Tidak mahu buat kerja tidak berfaedah seperti hisap rokok ke, ponteng sekolah, lari dari kelas, keluar malam, gaduh-gaduh. Aku mahu berbaik dengan semua orang. Aku ingin melakar kejayaan bersama sekolah. Biar Mak dan Bapak aku rasa bangga dan bersyukur sangat. Biar Ustaz Mansor senyum memanjang. Biar Ustazah Mala bangga, Ustaz Hassan tercengang (eehh..aku asyik cerita pasal kobau pun budak ni buleh lulus? Polik!) Biar Ustazah Kamariah rasa senang hati, biar O....raso best sangat abang eee pandai..hak hak..
Aduh! Aku cuma punya angan-angan.
Namun akhirnya aku akur, perkara yang sama-sama kita rindukan dan yang sama-sama kita angankan telahpun berlalu hampir 20 tahun lalu!