Dulu aku pernah siarkan juga gambar sahabat kita Arlina. Tapi gambar zaman sekolah. Gambar di atas sewaktu Arlina masih bertugas di salah sebuah bank di KL pada tahun 1997. Alhamdulillah, masih dapat juga bertemu walau sekian lama. Cuma selepas lebih 10 tahun ini, kita masih 'kehilangan' berita sahabat kita Arlina. Di mana dia agaknya? Gambar di atas dirakamkan pada tahun 97 sewaktu majlis makan malam TV3 yang dibuat di PWTC di mana waktu itu aku masih bertugas di sana.
Doa aku dan kawan2 di blog, jika empunya diri terbaca, moga2 dilimpahkan Allah Rahmat dan kebahagiaan buatnya sekeluarga.
ps - teringat cerita Apak yang (terpaksa) datang beraya rumah Arlina di Gadong 2 - 3 kali sehari. X pe, sirap rumah aku banyak lagi, kata Arlina. Sebenarnya, Apaq jadi pemandu pelancong untuk kengkawan yang x tau jalan nak ke rumah Arlina.