? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, October 25, 2009

Terimakasih kerana mengajarkan sesuatu kepada kami - Lewat novel Senjakala ini




Senja kala adalah kisah kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih daripada seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Di dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. Ia juga mencakup hubungan manusia dengan Tuhannya, alam, dan sesama manusia. Di atas segala-galanya tersimpan falsafah tentang proses pencarian diri, tentang kewujudan kita yang perlu menerima kekalahan bersandarkan kesedaran pada keagungan Tuhan. Cinta yang patah dengan segala macam kompleksitinya, rendah diri seorang lelaki dengan rindu dan cintanya yang tak sampai, juga terungkap dalam novel ini.

Aku, bola, N.Sembilan dan Apak.....


Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009 setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0 Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd Shukor Adan.Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.
Masa diperingkat awal, aku rasa NS macam x da harapan je nak pergi jauh. Tapi sedar tak sedar, dah sampai semi final. Momentum macam ni mengingatkan aku pada tahun 2000 dulu. NS cemerlang diperingkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir sebelum kalah 2-0 dengan Perak. Harap2 tahun ini lebih baik lagi. Teringat kenangan dengan Apak pada tahun tu. Tengok separuh akhir di Paroi. NS kalahkan Sarawak. Gegak gempitanya macam dah menang final. Paling pedih sewaktu final, entah macam mana tempat duduk di Stadium Shah Alam tu boleh jatuh. Dah tu aku berdiri atas sit tu sorang2 pulak tu. Bila tergolek je , penyokong Perak datang dekat2 boo kan aku...cilakak...bebudak yang lain bukan nak cover, tumpang gelak lagi ada. Bila nak balik pulak aku dah sesat, keluar dari toilet entah dah merabab cari bebudak ni. Habis satu stadium aku tawaf. Bengang sungguh bebudak ni dgn aku. Al maklum aku bukan biasa sangat kat situ. Macam2 kenangan sewaktu NS cemerlang tahun 2000 tu. Kenangan dengan Apak dari dulu sampailah sekarang pun banyak yang x boleh lupa. Apak kalau bercerita kisah ni..togolak sambil x habih2 monyobut...banganglah kau...ceh... x po lah..kau totap kawan den Pak..