Lama tak ke udara. Terimakasih pada yang masih terus sudi menjengok. Peliknya bila, ramai pula penyamar2 yang singgah ke sini dan memprovokasi kawan2 aku. Tak apalah tidak menjadi kudis pun. Niat aku ikhlas. Memanglah aku tidak terdaya nak mengkayakan kawan-kawan bila mereka membuka blog. Tetapi, alhamdulillah, dengan usaha yg tidaklah seglamour mana, kita berjaya juga merapatkan kembali ukhwah yang pernah terjalin hampir 20 tahun lalu.
Lebih membanggakan aku dan membuatkan aku bersyukur sangat, kawan2 yang singgah bukan sahaja dari tahun 1987-1991, malah ada yang lebih awal dan ada yang lebih junior . Malahan baru2 ini mantan warden era 1991 Ustaz Mansor turut menjengah. Bukanlah apa, di dalam sibuknya kita menjayakan hidup, silaturrahim ini perlu berterusan. Semuanya kerana kita pernah bergelar warga Ulu Gadong. Hari ini kehidupan mereka bervariasi. Ada yang cukup berjaya dan ada juga yang sederhana. Biar siapa pun mereka, mereka adalah saudara seagama kita yang wajar kita kasihi.
Sepanjang aku kendalikan blog ini, banyak juga komen yang aku terima. Memang tidak semuanya yang manis. Ada yang kata begitu dan begini. Aku tidak berniat mengaut untung apa-apa pun, tetapi bila aku tergelak dan senyum sendiri membaca dan menerima gambar kawan2, aku bagaikan mendapat laba yang lumayan! Pernah juga aku tergelak sorang2 di pejabat, hinggakan ditegur kawan2. Naik senak usus aku bila satu ketika ramai yg berkumpul di Cbox dan saling kutuk mengutuk. Betul, rasa macam dalam doom asrama pulak!
Pada mereka yang 'sakit hati' melihatkan blog ini, aku tak marah. Blog ni pun bukan lama. Selagi terdaya aje. Ini bukan blog politik. biar apa pun ideologi politik, kita bersembang tanpa sebarang sentimen. Kita kawan, kita saudara seagama.
Terimakasih pada semua sahabat, abang2 senior dan adik2 yang terus sudi menjengah. Hanya Allah yang mampu membalas keikhlasan dan kesudian semua...