Dalam 2 hari ini, Alhamdulillah..blog Ulu Gadong terus setia dikunjungi oleh beberapa teman. Terimakasihlah. Pagi tadi, walaupun cuma beberapa orang teman sahaja, tetapi kemeriahan CBOX dirasa seolah digemakan oleh berpuluh orang. Dengan kehadiran Shahdan yang kuat mengusik, tambah pula regunya seperti Mokh, Cuman, aku rasa cukup syarat untuk aku berguling-guling sambl memeluk perut yang senak.
Aku terhibur dengan ukhwah kita. Alhamdulillah harapnya terus begini. Petangnya pula, masuklah Jamil, sekalipun berada jauh di JB, sanggup meluangkan masa chating bersama. Suhaimi @ Amy miau juga tidak ketinggalan. Sekalipun berada di Brunei ketika ini, lama juga beliau bersama 'kutuk-mengutuk'. Joe dan Mokh turut menyumbang untuk memecahkan panggung! Hinggakan aku ketawa lagi seorang diri terngiang apa yang dibualkan petang tadi....ceh..lawak sungguh!
Terimakasihlah sahabat semua. Khabar-khabarkanlah pada mereka yang masih jauuuhh....