Pertanian kini telah mula mendapat tempat di Malaysia. Dari dikatakan sebagai sektor kelas ke 3, hari ini pertanian memacu ekonomi dengan begitu pantas. Kesedaran dikalangan belia juga turut meningkat. Di sana sini kita lihat begitu banyak projek pertanian yang merangkumi pelbagai bidang seperti IKS, perladangan,penternakan dan akuakultur begitu giat dijalankan oleh golongan ini. Hasilnya diraih dengan satu kepuasan. Pokoknya, setiap projek perlulah berjalan mengikut piawaian agar hasilnya nanti turut memuaskan.
Aspek kualiti, penggredan, pembungkusan perlu diketahui oleh setiap penggiat bidang ini. Juga aspek turun naik harga perlukan keperihatinan mereka yang terlibat. Rasionalnya, perancangan untuk mengusahakan sesuatu projek dapat dibuat secara lebih terancang dan sistematik.
Untuk kawan-kawan di Ulugadong blog, sila klik cili untuk sedikit info.