? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, August 07, 2009

Cikgu Aziz lagi...

Susulan entry tentang Cikgu Aziz...
Ado sahabat yang mengatakan sekarang ni Cikgu Aziz kito tu mengajar di Sarawak. Sekolah mano tak tau lah pulak. Pada sesiapa yang nak berhubung dengan Cikgu Aziz..silakan...
019-634 2368

Renungan Jumaat - Pertanian




KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.


KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai. Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.


Jika pertanian adalah satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan dan berupaya menceburinya bagi mencari nafkah bagi diri dan keluarganya, maka bertani adalah fardu ain baginya. Begitu juga, jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan kepada seseorang yang ada kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu bidang pertanian yang diperlukan negara atau masyarakat dan tidak ada orang lain yang mampu melakukannya, maka dia juga wajib menjalankan usaha itu.


Namun, apabila ada ramai petani yang mampu melakukan usaha sedemikian, maka menjadi fardu kifayah kepada sesiapa melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Dalam Islam, fardu kifayah lebih mulia dan penting bagi seseorang untuk melakukannya. Hal ini kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam berbanding perniagaan dan perusahaan atau perkilangan. Keadaan ini kerana manfaat pertanian lebih meluas dan kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini.


Ada negara yang dilanda krisis kewangan mengalami kekurangan bahan makanan. Mereka tidak mampu mengimportnya kerana kekurangan tukaran wang asing. Jika, sesebuah negara atau masyarakat itu bergantung kepada sumber luar untuk membekalkan bahan makanannya, keadaan ini berisiko tinggi. Ia mendedahkan negara atau masyarakat itu kepada ancaman dan sabotaj luar pada bila-bila masa.



Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda bermaksud: "Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Begitu penting pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan. Keadaan itu kerana seperti yang dijelaskan, ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada beberapa insentif diperuntukkan dalam Islam bagi sektor ini, sama ada kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.


Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)


Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal.Tidak lama setelah tiba di Madinah, Nabi Muhammad menggalakkan usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)



Hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)



Bagaimanapun, tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu, orang lain berhak mengusahakannya. Peruntukan itu berdasarkan dasar yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya. Tanah dianggap terbiar atau mati jika ia: * Gersang yakni tiada pengairan. * Berpaya atau ditenggelami air. * Tidak sesuai untuk tumbuhan. * Tidak boleh digunakan bagi tujuan lain, selain pertanian. * Terletak jauh daripada penempatan penduduk. * Tidak termasuk dalam kawasan simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah.