? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, December 23, 2009

Selamatlah menyekolahkan anak2 kita...







Rasa nyesal jugak kahwin lambat ni. Baru terfikir, bila anak dah masuk darjah satu aku pun dah umur 4o. Apa nak buat, kalau tak, sepatutnya umur 25 lagi dah kawin. Alahai jodohkan? Siapalah kita nak menentukan. Semuanya kuasa Tuhan. Bukan apa, bila pergi pasaraya, banyak yang dah buat sale baju sekolah...aku belum nak rasa semua tu. Insya Allah setahun dua lagi lah kot..kalau ada umur.

Pada kawan2 yang bakal menyekolahkan anak2, tahniahlah. Toksah ceritalah pasal duit ringgit. Dah tanggungjawab ya tak. Kalau 3 - 4 orang yang sekolah, bengkok jugakkan? Alah..sekejap je tuh..Insya Allah rezeki anak2 ada...jangan risau le..






Teringat kata2 Amie, keje kuat2 bukan lagi untuk den, tapi untuk anak bini!

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT



Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin
Panel Penulis JAKIM

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)

Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.

Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:

'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.