Pada aku buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang selok belok pengurusan kewangan Islam, eloklah layari http://www.zaharuddin.net/
Ustaz Zaharudin ni, bekas pelajar SMA Repah. Bawah aku setahun. Masih aku ingat, pada tahun 1989, kami digandingkan di dalam pasukan ping pong SMA Repah. Alhamdulillah, pada tahun itu, SMA Repah berjaya mara ke peringkat kebangsaan di dalam MASKAN. Setelah menjuarai peringkat Negeri di Ampangan. Tapi..habih takat tu jelah. Bukan kalah, tapi selepas itu tidak terdengar pula pertandingan peringkat kebangsaan tu.
Hensem boy ni kebiasaannya datang ke sekolah dengan basikal racing dio. Songkok tetap berbunga. Seingat aku di sekolah, dia memang dikenali sebagai pelajar yang low profile. Pembersih dan kemas. Jarang nampak ustaz ni keletah tak tentu hala. Selepas tamat di Repah, aku pun berpindah dan langsung tidak teringat.
Hari ini, Alhamdulillah beliau telah menempa nama sebagai seorang perunding kewangan Islam yang tersohor. Artikelnya selalu tersiar di Metro Ahad. Selain itu di dalam webnya, beliau sering mengupas persoalan Feqah, dan pelbagai maslahat hukum. Walaupun sebelum itu nama sahabat kita ini mula meniti tatkala mengemudi GAMIS dipenghujung 90an.
Alhamdulillah, aku tumpang bangga dan rasa syukur dengan kejayaan anta Din. Mudah2an Allah memberikan anta kekuatan untuk terus membimbing ummah, Insya Allah.