Salam. Sebenarnya perancangan untuk menubuhkan persatuan alumni SMAHMYUG telah pun berjalan seperti yang direncanakan. Dengan usaha gigih Ust Wan dan beberapa orang lagi bekas pelajar ianya telah dirasmikan oleh ustaz Jamil, bekas pengetua SMAHMYUG, bertempat di dewan sekolah yang bersejarah pada tanggal 28 April 2002. Pada peringkat awalnya, kehadiran yang dicatatkan agak memberangsangka. Hampir seratus bekas pelajar dari pelbagai era dan tahun hadir memberikan sokongan.
Namun, disebabkan ramai diantara kita yang terlalu sibuk dengan kerjayadan keluarga, maka perjalanan alumni ini seakan terhenti. Ustaz Wan juga difahamkan telah bertukar. Sedihnya aku. Tetapi aku tidak menyalahkan sesiapa. Kita merancang, Tuhan menentukan. Apakah mungkin impian untuk melihat penyatuan semula semua bekas pelajar SMAHMYUG akan tetap jadi kenyataan? Wallahualam.