? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, March 04, 2009

Buli : Mengapa masih berlaku?


Aku dan kawan2 yang lain pun bekas pelajar asrama. Seingat2 aku selama setahun menjadi senior belum lagilah ada kes buli yang berlaku di era kami. Bukan membangga diri, itulah hakikat. Pukul, belasah pelajar junior bukan tradisi. Sekalipun pada 1991, kami memecah tradisi dengan meletakkan semua level ada di dalam satu bilik. Jika dulu, senior cuma bercampur sesama mereka, manakala junior dengan junior. Tetapi kami merombak cara itu. Pun bukanlah bermakna kami menjadikan junior sebagai 'alat', tidak. Kami memastikan pelajar junior dilindungi.
Tahun sebelumnya, saat kami bergelar junior, perkara ini masih berlaku. Malah sekolah kami pernah digelar antara sekolah yang terkenal dengan gangsterisme. Ramai yang takut untuk ke sekolah kami atau bersekolah di sini. Maklumlah sekolah kami jauh terperosok dari bandar. Kemudahan kurang. Kawasan kampung. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada ketikanya sekolah kami sering menjadi tempat longgokan pelajar2 bermasalah atau pelajar2 yang kurang 'cerdik' samada dari kawasan setempat mahupun dari sekolah lain. Sehinggakan sekolah kami sering dipandang rendah oleh pelajar lain.
Di dalam soal buli membuli, kami tidak berkompromi! Malah, pernah kami 'membelasah' kawan setingkatan kerana dikatakan 'mencopet' duit pelajar junior. Bagi kami, senior wajar menjadi pelindung bukan pembuli. Setakat usik mengusik itu biasa. Hidup kalau tak bergurau, suram beb. Tapi biarlah berpada. Kalau aktiviti petang pula, kami bersama-sama dengan adik2 di padang. Main bola sampai berpuluh-puluh orang atas padang dok kejar bola yang dah pancit / kepet. Seronok bila kita dapat mewujudkan keseronokan itu. Tapi bila elemen ego, bongkak, riak merajai akal, itulah yang akan terjadi. Senior pandang junior bagaikan harimau. Berlagak tak sudah!
Penumbuk, pukul memukul bukan penyelesai masalah. Masalah mungkin bertambah parah. Kasih mengasihi, sayang menyayang jika tidak dipupuk dari awal hanya akan mengundang padah. Nasihat kami, pandanglah sekolah dengan rasa kasih, kerana itu adalah platform untuk mendewasakan sahsiah diri.
ps - Aku secara pribadi nak minta maaf pada kawan2 yang dimaksudkan di atas. Aku sayang korang. Apa yang berlaku pada masa itu 'terpaksa' dibuat demi menjaga kebajikan anak2 yatim. Maaf! Selepas meninggalkan sekolah, barulah terasa betapa berharganya SMAHMYUG pada aku. Menyesal juga kerana tidak menggunakan kesempatan yang ada waktu itu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Apa pun, SMAHMYUG tetap terbaik pada aku! This blog is tribute for that the very sweet memori's.

Hidup tidak selamanya begini..



Relax..bukan apa..tujuan aku sebenarnya nak menunjukkan simbolik. Kita ni kalau bersatu, insya Allah kita boleh berjaya. Arahan yang baik jika dilaksanakan mengikut apa yang sepatutnya pasti akan mendapat hasil yang baik juga. Mungkin tidak 100%, tetapi cukuplah untuk mengingatkan bahawa kita ada usaha untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting kejayaan biarlah kejayaan yang berkat dan diredhai. Bukan kejayaan yang diraih dari kesengsaraan orang lain, menindas dan menipu. Bersedia, bersatu dan bersabar serta ikhlas di dalam kehidupan adalah antara intipati penting mencorak diri menongkah hidup. Tidak kiralah apa yang kita lakukan dan siapa kita.

Jangan lupa di mana bumi dipijak. Jangan lupa tuan punya langit dan dunia yang fana ini. Hidup tak selamanya begini. Akhirat jua tempat kita kembali.

ps - nampak x Adan dalam gambar ni?

Selingan - Ternakan kambing Jamnapari




Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas

Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari

Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.

Kamis yang stylo..tyco classiq the lagend


Fuh stylo bro Kamis masa ni..17 tahun..umo maso ni..gambar dirakamkan oleh Cikgu Yusof di Pengkalan Kempas, PD. Aku pun ingat2 lupa apa motif Cikgu Yusof bawak kita orang ke sini. Kamis difahamkan jadi Ustaz. Dulu mengajar kek Putrajaya, sekarang dah pindah Gemencheh. Koba ee mengajar kek sekolah Cino. Kok boto, calling le kitorang..wei..