Aku dan kawan2 yang lain pun bekas pelajar asrama. Seingat2 aku selama setahun menjadi senior belum lagilah ada kes buli yang berlaku di era kami. Bukan membangga diri, itulah hakikat. Pukul, belasah pelajar junior bukan tradisi. Sekalipun pada 1991, kami memecah tradisi dengan meletakkan semua level ada di dalam satu bilik. Jika dulu, senior cuma bercampur sesama mereka, manakala junior dengan junior. Tetapi kami merombak cara itu. Pun bukanlah bermakna kami menjadikan junior sebagai 'alat', tidak. Kami memastikan pelajar junior dilindungi.
Tahun sebelumnya, saat kami bergelar junior, perkara ini masih berlaku. Malah sekolah kami pernah digelar antara sekolah yang terkenal dengan gangsterisme. Ramai yang takut untuk ke sekolah kami atau bersekolah di sini. Maklumlah sekolah kami jauh terperosok dari bandar. Kemudahan kurang. Kawasan kampung. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada ketikanya sekolah kami sering menjadi tempat longgokan pelajar2 bermasalah atau pelajar2 yang kurang 'cerdik' samada dari kawasan setempat mahupun dari sekolah lain. Sehinggakan sekolah kami sering dipandang rendah oleh pelajar lain.
Di dalam soal buli membuli, kami tidak berkompromi! Malah, pernah kami 'membelasah' kawan setingkatan kerana dikatakan 'mencopet' duit pelajar junior. Bagi kami, senior wajar menjadi pelindung bukan pembuli. Setakat usik mengusik itu biasa. Hidup kalau tak bergurau, suram beb. Tapi biarlah berpada. Kalau aktiviti petang pula, kami bersama-sama dengan adik2 di padang. Main bola sampai berpuluh-puluh orang atas padang dok kejar bola yang dah pancit / kepet. Seronok bila kita dapat mewujudkan keseronokan itu. Tapi bila elemen ego, bongkak, riak merajai akal, itulah yang akan terjadi. Senior pandang junior bagaikan harimau. Berlagak tak sudah!
Penumbuk, pukul memukul bukan penyelesai masalah. Masalah mungkin bertambah parah. Kasih mengasihi, sayang menyayang jika tidak dipupuk dari awal hanya akan mengundang padah. Nasihat kami, pandanglah sekolah dengan rasa kasih, kerana itu adalah platform untuk mendewasakan sahsiah diri.
ps - Aku secara pribadi nak minta maaf pada kawan2 yang dimaksudkan di atas. Aku sayang korang. Apa yang berlaku pada masa itu 'terpaksa' dibuat demi menjaga kebajikan anak2 yatim. Maaf! Selepas meninggalkan sekolah, barulah terasa betapa berharganya SMAHMYUG pada aku. Menyesal juga kerana tidak menggunakan kesempatan yang ada waktu itu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Apa pun, SMAHMYUG tetap terbaik pada aku! This blog is tribute for that the very sweet memori's.
0 komen dari kengkawan:
Post a Comment