BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 13, 2009

Ya Allah..selamatkanlah anak kecil ini







Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kawan2 mahupun sesiapa yang kenal mohon sedikit sumbangan untuk NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL. Anak kecil ini dilahirkan pada 18 Jun 2008, dilahirkan dengan berat badan 2.8kg dan ketika berusia 4 bulan dengan keadaan badan menjadi kering, lendir pada kerongkong yang pekat sehingga tidak boleh menelan susu, serta mengalami cirit birit sepanjang masa. Pada Oktober 2008 Alia disahkan menghidap penyakit CYCTHIC FIBROSIS. CYCTHIC FIBROSIS adalah penyakit ganetik dan jarang ditemui di benua asia . Penyakit ini tidak dapat disembuhkan kerana penghidapnya kekurangan satu enzim di dalam badan yang menjejaskan proses respirasi peparu, percernaan usus dan hati. Ini kerana Alia memiliki hati yang saiz lebih besar dan usus yang lebih tebal dari manusia normal, Alia juga perlu disedut kahak dan makan pelbagai jenis ubat setiap hari. Alia juga lemah kepada persekitaran dan mudah dijangkiti penyakit serta kerap masuk wad di PPUM dan perlu dimasukkan anti-biotik khas setiap 6 bulan untuk menyahkan kuman dalam badan. Alia memerlukan pembelanjaan perubatan melebihi RM12,000.00 setiap tahun termasuk ubat khas seumur hidup, rawatan wajib setiap 6 bulan sekali, susu khas dan pelbagai pembelajaan lagi.

Diharap jika ada rakyat Malaysia mahupun negara lain yang prihatin dan simpati pada Alia bolehlah menyumbangkan bantuan kewangan pada bapa NAZIRAH ALIA BINTI NOOR ISMAIL (maklumat lanjut sila runjuk dibawah) bagi membiayai keperluan dan meneruskan kehidupan seperti manusia biasa. Alia yang merupakan penghidap penyakit yang jarang-jarang dijumpai.


Sumbangan ikhlas anda amat di hargai: Noor Ismail Bin Mohd Ali (bapa Alia) 6012-671 9840 F-03-04 Mentari Court , Jalan PJS 8/9, Taman Seri Mentari , 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

RHB Bank A/C No : 112-24-6000-4059-2

Wednesday, November 11, 2009

Kubeb the lagend

Sahabat baik aku. Dari Maahad Ahmadi Moncheh bawak sampai ko Rasah. Khubaib dan isterinya Ina. Entah macammana dok layan internet ternampak pulak mamat ni. Banyak kenangan pahit dan manis dengan dia ni. Sekarang ni khabarnya kubeb ado di Australia ko London. Orang rumah ee sambung buek PHD koba ee. 3 tahun ooo...

Siapo yang x kona lagenda Maahad Ahmadi ni memang silap la..Ghadafi pun geng baik kubeb....Apo pun den dah lamo 'terputus' dgn kubeb. Jauh di sudut hati den totap konang segalo jaso baik kubeb dan keluargo pado den. Moga Allah limpahkan rahmat dan barakah pada kubeb dan keluarga, Insya Allah.


Sunday, November 8, 2009

Alfatihah : Takziah buat Sallizan

Aku terima SMS - mengatakan ayahanda sahabat kita Sallizan Wahid telah kembali ke Rahmatullah pagi tadi. Aku mewakili semua mengucapkan takziah buat Izan dan keluarga. Moga tabah dan kuat untuk menghadapi kenyataan ini.
Sama2lah kita doakan semoga roh ayahanda Izan dipilih Allah untuk ditempatkan dikalangan orang2 yang yang beriman, Insya Allah.

NS juara Piala Malaysia 2009











Alhamdulillah, setelah menunggu dari tahun 2000 sampailah 2009 ni, barulah NS berjaya mengakhiri kemarau penantian. Aku sendiri seolahnya merasakan aku bagaikan berada dicelah2 ribuan penyokong NS. Terkenang2 nostalgia 2000...Pastinya kejayaan menewaskan Kelantan 3-1 akan dikenang sebagai kejayaan dan kenangan terindah oleh setiap penyokong NS. Apatahlagi, kejayaan seumpama ini hanya tercatat 61 tahun dahulu. 9 tahun sebelum merdeka lagi. Wira2 NS ketika itu pun ramai yang telah tiada.
Tetapi dalam pada tu, terkilan juga melihatkan gelagat penonton yang dah macam tak de kerja lain. Jadah apa dibakarnya kerusi stadium tu? Kerusi tu ke yang main bola kek padang tu? kerusi tu ke yang kalahkan team korang tu? Aku rasa penonton yang tengok sarkas pun lagi berdisplin!

Apapun kepada Apak, Cuman tahniah le...Cumo Apak tu..dulu koba kau warga Anggerek...Sokong Selangor...ceh...

Saturday, November 7, 2009

Monang ko NS malam ni?


Pasukan NS yang telah memenangi piala HMS Malaya pada tahun 1948.

Malam ini perhitungan sebenar akan berlangsung. Hangatnya bahang kemuncak perebutan piala Malaysia terasa sampai ke rumah aku. Rasa hati nak pergi je ke Bukit Jalil. Bukan jauh. Tapi mengenangkan tengok TV lagi best, aku batalkan aje niat tu. Lagipun, pergi stadium dengan bawak anak2 rasa x sesuai le. Dengan jerit pekik orang yang gunakan bermacam2 bahasa kurang sesuai, suasana berhimpit2, entah hujan ke..hmm..baik aku duduk rumah depan TV sambil melayan ubi rebus cicah sambal dan kopi o...lagi nikmat...

Aku rasa Apak pun mesti lepak depan TVkan.....

Apa pun..aku ramal NS menang 2-1....


Friday, November 6, 2009

release tension

Baru balik solat Jumaat. Cuaca di Melaka mendung. Sebelah petang sekarang ni kerap hujan. Bergelumang dengan kerja-kerja di pejabat kadang2 buatkan aku rasa nak jadi Ultraman atau superman. Boleh terbang sana sini. Sekurang2nya relax kepala otak yang kuat berdenyut semenjak dua menjak ni.
Bila lepak dengan kawan2 yang sekepala rasa release juga tension. Macam2 cerita yang boleh diborakkan. Ataupun biasanya aku suka menyendiri sambil belek album lama. Senyum sorang2. Sampai kadang2 orang rumah selalu mengajuk aku - haa teringat makwe lama ke? Ha ha...
Aku pun suka tengok balik entry reunion raya tahun lepas dan tahun ni. Tahun ni rasanya feel sangat. Wajah 'suci' sahabat2 aku...ha hak..
ha kan dah release sikit tension aku...

Renungan Jumaat - Tips menambah kemesraan suami isteri



Sentiasa berdoa agar disayangi.
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
Sentiasa lakukan ibadah bersama.
Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
Urut belakang isteri sekali sekala.
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
Lebihkan isteri daripada anak-anak.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
Seeloknya masuk tidur serentak.
Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
Lakukan riadah bersama isteri.
Pergi berkelah sekali sekala.
Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala
.

Tuesday, November 3, 2009

Apak yang produktif...

Malam tadi, sms Apak. Saja dah lama x berhallo...

Insya Allah kalau x da apa aral tahun depan den dapek baby lagi. Mudah2an kali ni baby girl..orang rumah den dah 2 bulan...
Ayo....Apak..pantasnya. Produktif boto kau ni. Apo pil kau baghah ni..
hehe nak buek camno. dua2 subur....
Alhamdulillah, gitulah bila sampai masa dan ketikanya kita rasa kita mula beransur macho di rembang petang...keh keh..for Apak..Insya Allah den doakan semuo selamat. Dulu lamo Apak sensorang..tup tup..dah nak masuk 3 anak eee..

Monday, November 2, 2009

Hujung tahun punya cerita...


Hujung tahun biasanya waktu yang 'makin sibuk' bagi sesetengah kawan kita. Termasuk jugaklah den. Pelik. Dulu zaman sekolah, hujung tahun memang dinantikan sebab dah nak cuti penggal. Zaman dah bekerja ni, lain pulak. Dulu time2 cam nilah mak bapak kita nak apply cuti, kira bajet nak bawak anak2 pegi jalan sana sini. Hmm..sekarang keadaan tu dah terbalik pada kita pulakkan? kita pulak tengah berkira2 nak bawak anak2 pegi jalan...ada bajet on..macam sahabat kita Mokh..jalan2 ke Bandung indonesia..kelas gitu..itu namanya family production...hak hak...


Ingat x...Masa sibuk nak hadap SPM dulu, asrama sunyi sepi. Yang tinggal Form 5 je. Yang lain dah balik. Apa lagi, asrama dah jadi macam sarkas. Macam geran tanah sekolah tu kita yang punya. masa exam lak..bila aku ingat balik pun kelakar. Ingat sesapa yang amik lukisan? lukisan x lah cantik sangat, tapi dewan exam dah macam wayang. Sana krap sini krup. Apa lagi, kacang kasi habislah. Pengawas exam sporting lak tu..diaorang le suruh habiskan. Ingat x?


Saja bercerita..hujung tahun tiba..bermakna usia kita sedang memasuki gerbang baru..Ya Allah..semakin berumur kita...


Budu vs masak lomak cili api...







Alhamdulillah, logo ghaso ee bilo NS dapek yo masuk final. Somonjak duo monjak ni ghajin pulak NS masuk final bola. Tapi x ponah yo lai sangkut. Tosangkut banyak kali. Harap kali ni monjadilah. Apo kato Apak?


Den ni kekadang macam dalam dilema lak. Apo tak ee..den lahir kek Tumpat, Kelantan, tapi mombujang kek NS. Daghi sekolah ghondah sampailah sekolah monongah. Apo pun den totap pilih NS. Susah nak ubah. Setakat masak lomak cili api ni dah biaso sangat. Masaklah apo yo..ikan koli,ikan sungai, ayam, kotam..somuo jadi ( teringat pulak lauk ikan jaket kek Gadong ) janji kuah ee pokat. Budu pun den makan yo. Kono lak dongan ikan rebus goreng...fuh..tak ingat

Buke ghapo, ambo ni buke tok leh no support tanoh tumpoh daghoh ambo..tapi dale suke bola nih..ambo ado nostalgia di NSembile..


Haghap NS buleh bawak balik pialo taon nih..








Saturday, October 31, 2009

Hobin Jang Hobin!




Malam ini, aku kalau boleh nak tidur awal. Malas nak layan TV. Macam tak sanggup nak dengar cerita yang upset. Takut yang diharap x menjadi kenyataan. Walaupun besar harapan aku, NS dapat masuk ke Final. Entahlah bola itu bulat. Mudah2an NS berjaya!

malam ini aku ramalkan - NS - 1 vs Terengganu 1

Thursday, October 29, 2009




SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
Daulat Tuanku! Daulat tuanku! Daulat Tuanku!

Monday, October 26, 2009

Jangan pisahkan kami!


Tujuh beradik tak mahu berpisah


KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya."Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya."Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq. Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir di sini meluahkan hasratnya itu ketika melawat adiknya, Mohd. Ikmal Rizal, 8, dan Aisyah Nabila yang dirawat di HSNZ.

Sementara itu, Ikmal ketika ditemui berkata, dia sangat rindu ayahnya dan mahu cepat berjumpa dengannya.Ikmal sehingga semalam belum mengetahui kematian ibu bapanya bersama seorang adik dan neneknya.Cerita Ikmal, ayahnya yang cedera dalam kemalangan ketika itu menyerahkan telefon bimbit kepadanya dan menyuruh dia menghubungi ambulans kerana ketika itu hanya dia yang mampu bergerak. - Kosmo

Sunday, October 25, 2009

Terimakasih kerana mengajarkan sesuatu kepada kami - Lewat novel Senjakala ini




Senja kala adalah kisah kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih daripada seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Di dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. Ia juga mencakup hubungan manusia dengan Tuhannya, alam, dan sesama manusia. Di atas segala-galanya tersimpan falsafah tentang proses pencarian diri, tentang kewujudan kita yang perlu menerima kekalahan bersandarkan kesedaran pada keagungan Tuhan. Cinta yang patah dengan segala macam kompleksitinya, rendah diri seorang lelaki dengan rindu dan cintanya yang tak sampai, juga terungkap dalam novel ini.

Aku, bola, N.Sembilan dan Apak.....


Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009 setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0 Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd Shukor Adan.Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.
Masa diperingkat awal, aku rasa NS macam x da harapan je nak pergi jauh. Tapi sedar tak sedar, dah sampai semi final. Momentum macam ni mengingatkan aku pada tahun 2000 dulu. NS cemerlang diperingkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir sebelum kalah 2-0 dengan Perak. Harap2 tahun ini lebih baik lagi. Teringat kenangan dengan Apak pada tahun tu. Tengok separuh akhir di Paroi. NS kalahkan Sarawak. Gegak gempitanya macam dah menang final. Paling pedih sewaktu final, entah macam mana tempat duduk di Stadium Shah Alam tu boleh jatuh. Dah tu aku berdiri atas sit tu sorang2 pulak tu. Bila tergolek je , penyokong Perak datang dekat2 boo kan aku...cilakak...bebudak yang lain bukan nak cover, tumpang gelak lagi ada. Bila nak balik pulak aku dah sesat, keluar dari toilet entah dah merabab cari bebudak ni. Habis satu stadium aku tawaf. Bengang sungguh bebudak ni dgn aku. Al maklum aku bukan biasa sangat kat situ. Macam2 kenangan sewaktu NS cemerlang tahun 2000 tu. Kenangan dengan Apak dari dulu sampailah sekarang pun banyak yang x boleh lupa. Apak kalau bercerita kisah ni..togolak sambil x habih2 monyobut...banganglah kau...ceh... x po lah..kau totap kawan den Pak..

Friday, October 23, 2009

azmanatliza@live.com

aku lah kot ado yang kona ko cucu tapa gajah ,den ghaso ado yo kona kek ado yang kona den laie anta lah email korang kek den insya allah kok den baleh.

Jumaat : Sekuntum puisi kasih











Andainya di suatu ketikanya nanti,

tinta ini terhenti,

dan tiada lagi bahasa yang menyantuni kasih,

apakah masih bisa kenangan bertempat disisi?


Alahai, kiranya dendam masih berkesumat jiwa,
maka rebahlah kota ukhwah

yang dulunya kita bina bersama derai tawa airmata

yang dulunya kita dirikan dengan cinta

yang kita raikan kian lama

Andainya tinta ini terhenti,

jangan disimbah api kasih yang marak

ukhwah ini biarlah melata

selagi ada sampainya masa

kita menjadi orang terakhir menjulang memori

Nanti, ziarahlah tanah kasih,

berdiri dan renung kesilaman kisah
riwayat ukhwah sonsong menyonsong

taut bertaut, bertali berarus,

di tanah kasih ini,

telah tumbuh pepohon rendang,

tempat kita berteduh.

Sunday, October 18, 2009

Kengkawan lamo..

Ramai juga sahabat2 pempuan yg rajin singgah semenjak dua menjak ni. Alhamdulillah. Bukan selalu pun diorang ke sini. sesekali. Almaklum, ada lagi tanggung jawab besar mereka di rumah. Kita fahamlah. At least ukhwah tu terus kukuh. Open house rumah Adan hari tu pun khabarnya Tipah dan Zarimah ada. Cuma yang aku rasa nak masukkan lutut dalam hidung Adan tu bukan apa, tak diambilnya gambo! Aduh..masuk dalam blog gambo hp canggih manggih...nak snap samo kengkawan tu buleh x do..X polah..den anggap tu x do rezeki kito nak tengok gambar terkini sahabat2 Gadong.
Tapi den tertanyo, mano lak hilang ee Nora 75? Lamo x muncul. Bro Azmi Majid KPT pun senyap je. Ghamai gak yang tanyo den..Azmi Majid mano? Maklum tahun den pun ado jugak namo Azmi Majid. Tapi Azmi Majid tu jadi Sarjan Tentera Udara. Ini Azmi Majid senior kito setahun. Iyolah kok sudi..x pakso.
Maaflah..x dapek nak masukkan gambar2 terkini, besok nak nak berangkat lak ke Penang. Tunggulah..kok ado gambar lain mmskanlah..

Sedikit renungan, secubit rasa


Salam semoga semuanya dirahmati Allah. Berada di penghujung Syawal membuatkan aku berfikir panjang. Menginsafi apakah ada lagi hayat untuk bertemu bulan2 barakah anugerah Allah ini. Memanglah pertemuan dan perpisahan aturan hidup yang telah ditentukan Allah. Pun begitu, apakah kita bersedia untuk bertemu Tuhan dan bersedia pula berpisah dengan kehidupan?

Subhanallah..

Sunday, October 11, 2009

Usik2 hujung minggu 2

Alhamdulillah, Mokh akhirnya menghubungi aku. Risau jugak. Sejak dari hari tu, alih2 diam je. Ada khabar angin kata Mokh kecewa pasal kambing yang dijanjikan utk kengkawan hari tu x do. Lalu lari nak cover malu sobab dah terpromote lobih2, pi lah bercuti kek Padang, Sumatera. Alih2 tertimbus. SMART masih x jumpa. Ceh..ghupo ee sajo kawan ni tutup hp maleh nak serabut pasal kojo.
Alhamdulillah, bondanya juga terus sihat macam biasa. Lega. Kata Mokh lagi, anak buah ee pulak,baru 7 tahun, tertelan jarum peniti. Masya Allah...abih camno? Dah operate kato Mokh, Alhamdulilah semuo ok. Aduyai..camnolah tu kalau jadi kek anak2 kito. Berhati2lah semuo. Malang kok boleh dibau, boleh yo kito elakkan. Kok x leh camno..tawakkal yo lah..

Usik2 hujung minggu

Salam.Pertama, Adan maaf sebab x dpt hadir di open house kau. Hari ini aku bertolak ke kg mentua kau, Sg Petani. Bukan nak jalan raya rumah mentua kau..aku kat Park Avenue, kursus. Kojolah. Ghaso ee x do kengkawan kito kek sanun kan? Kecuali Saleh. Itupun kek Langkawi..jauh gak..
Harap ramailah kengkawan yang datang dan memeriahkan open house kau di hujung syawal ini. X beritau pun apo menu kau? Maggie campur telur ado x? Pebret mus tu. X kesahlahkan..silaturrahim yg terjalin tu jauh lebih lazat. Bilo dah bekumpo..percayolah apo lauk pun jadi biaso..yg ponting cerito pasal zaman sekolah jugak yg best.
Oklah..terimakasih pada yang terus sudi menjenguk. Ustaz Mansor pun ghajin gak bertandang. Terimakasih ya Ustaz. Masih jelas terbayang, Ustaz kito ni kalau tersenyum kito ingat memang org ee suko sonyum. Silaplah bai..paneh kono lompang dalam doom dulu masih hangat teraso...
ustaz..Datsun buah kana dulu tu buek drift ko?

Friday, October 9, 2009

Ucapan Hari Raya - Ghadafi shahrom ( 1991 - 1992 )



hanafi_vr4@yahoo.com


Hmm..perhatikan betul2. Kenal tak mamat ni? Sebenarnya x banyak berubah. Sejak aku kenal dia dari Sekolah Maahad Gemencheh, kurang lebih inilah size dia...ingat x? Ghadafilah..alah kalau di Gadong sezaman dengan Aziz yang tinggi tu..Masuk Gadong since 1991. Dulu masa di Maahad sapa yang x kenal dia ni? Bucu atap surau tu pun angin dengan 'budak baik' ni..ha ha ha..
Hari ini sahabat kita ni Alhamdulillah..bolehlah dikatakan berjaya. Berjaya menghasilkan dua orang hero. Satu yang aku respek..cinta setia dia ni..orang rumah dia pun dulu Maahad jugak. Cuma puas aku dok perhati..x berapa nak camlah. Gila2 Ghadafi ni pun,cintanya tetap juga bersemi dipelamin yang sebenar. Alhamdulillah..mudah2an kekallah hingga akhir hayat Insya Allah...
Maso kek Gadong hari tu, kau repair x pintu bilik air tu Fi? X dolah den dongar cerito yo...

Open House rumah Adan..jom kito..


Sahabat kita Shahdan mengajak semua sahabat Ulu Gadong ke 'open housenya' di alamat yang tertera. Sesiapa yg berkelapangan datanglah. Dengar cerita ada stage untuk show tarian zapin. Kelasss..dan ada massage...? eerrr...tu aku x comfom lagi..nanti aku cek dulu. Salah nanti naya aku..datanglah ye..bawak family..org rumah Adan macam rupa Sheila mambokan? Adan...lak? Cuman cakap apsal kau dah macam tong gas dan? Terlebih hormon ko? jangan marah den...marah Cuman...

Jauh lagi perjalanan..

Maaf lama x update. sebabnya, biasa, siibuuk. Bosan gak. Tapi apa nak kata, hadap ajelah. Demi keluarga, keje keje keje. Esok lusa aku berangkat ke Sg Petani Kedah. Ada keje, nak mengajar orang selok belok pemasaran produk segar pertanian ni. Seronoknya dapat jalan tempat orang. Macam jugak keje Jamil dan Amy. Tapi diorang lagi dahsyat, elaun masyuk x boleh tahan. Alhamdulillah, selagi terdaya nak panjat kabel..diorang panjatlah.
Aku...? Kalau ikut sifir, lagi 23 tahun nak pencen. Tahun 2032..Ya Tuhan..jauhnya perjalanan. Sempat ke tak sempat nak sampai. Entah2....

Saturday, October 3, 2009

Maaf! Program esok dibatalkan.

SALAM. Begitulah kita merancang Tuhan menentukan. Perancangan untuk berkunjung ke rumah Mokh di PD esok terpaksa dibatalkan kerana Mokh memaklumkan pada awal pagi ini Sabtu 3 Oktober, bondanya yang tersayang telah dikejarkan ke hospital Kuala Pilah kerana lelah. Mokh mohon sampaikan ribuan kemaafan pada sahabat semua kerana perkara yang tidak terduga ini. Difahamkan juga, semua adik beradik Mokh juga turut balik. Sehinggalah jam 3 pm aku cuba juga sms bertanyakan perkembangan bondanya, tapi masih belum mendapat jawapan.

Sama2lah kita berdoa kepada Allah agar bonda sahabat kita ini kembali sihat seperti biasa, Insya Allah.

Thursday, October 1, 2009

Juga yang ini...


Jangan lupo Ahad ni, open house rumah Mokh..ajak kengkawan Gadong..kita reunion kek sanun..

Antara menu Istimewa di rumah Mokh, Ahad ini..




Roti Bengali is an old style roti about three inches wide and six inches long with a dome at the exposed top. I don't know why it's called Roti Bengali as the proprietor is neither a Bengali or from Punjab but whatever it is, this roti can rival any french bread anytime. It has a leathery but soft outer crust but once the bread is sliced, you can smell the engaging aroma of freshly baked flour. It's white bread is soft, moist and fresh. Really delicious! I guess that all those years of experience really shows. You want to see the kitchen? C'mon.. let's go in and find out what makes this bread Ismalia. The flour is mixed in a huge mixer but the to preserve the quality, the buns are kneaded by handlah. The best thing is that all their roti's are baked in deep old fashioned ovens. And you know what?.



They are still using chopped firewood as fuel to bake the hundreds of roti on metallic trays. Wallau! That explains a lot about Ismailia's delicious bread. One roti is charged at 80 cents. Normally you don't buy one. It comes in sets of two. For two person's normally four roti is just about enough. You can't eat the bread at Ismailia as they are not a cafe so they will 'tah pao' (wrap) it up nicely for you to scurry home. The thing is they've got two sets of wrappers. If you are not local or new to Ismalia, they will wrap your bread in plastic bags. This absolutely spoils the bread as the moisture condenses on the plastic and ruins the crust. Instead, ask them to wrap your roti in paper wrappers which are more tolerant of the moisture. If you like roti manis, their's share equal praise with all the rest of the roti's. Eating your Roti Bengali. Sometimes in your busy life, you just need to wind down.

Have ready some slices of roast chicken and roast beef , salads, butter, cream cheese, sliced sweet Holland onions, mayonnaise and not forgetting a cup of ice cold coffee. Make a roast chicken sandwich, have a munch and a sip of coffee while watching the sunset from Batu Ferringhi. I think Ismalia has earned Malaysia a grand title. We now have the capability of baking Bread with World Class Standards.

Wednesday, September 30, 2009

reunion raya 2009 - 7 ( akhir )




Dari rumah Hatta kitorang menyusur pulak ke Felda Bukit Jalor. Maso tu dah dokek pukul 6pm. Jauh jugak nak masuk ke dalam kawasan Felda BJ. Adolah dalam 5 ke 6 km. Tapi kengkawan lamo punya pasal yo tak. Sampai rumah Joe yang payah eh nak cari parking. Maklumlah konvoi dalam 5 kereta. Tapi oklah..tumpang-tumpang laman orang jap yo. Joe punya suko..ceria boto muko ee..ceria eh tu macam baghu dapek makan ayam yang abang Mohdan bagi kek kantin sekolah dulu. Cuman lak..kalau x ngutuk ghambut Joe memang x sah. Hatta paling macho. Relax yo. Boto2 macam broker tanah. Kitorang x kesah do pasal kueh ghayo. Kau bueklah mee ko nasi ko, yang ponting ziarah kengkawan tu. Bilo lai yo tak?
Banyak yo perkaro yang disembangkan. Semua berkaitan hal kengkawan sekolah. Ado yang ado ado yang dah lamo poi..Alhamdulillah. Joe cakap yo, lain kali kalau nak konvoi..cakap siang2..dari ghayo pertamo den x jalan mano..yolah Joe..Insya Allah..ado umor..kito plan bebaik..den terimaksih yo dengan Jamil yang bagi idea ni..sodar x sodar sobonar ee dah 3 tahun dah. Tahun lopeh ziarah rumah Azizan dan Salleh. Tahun ni ghamai pulak. Alhamdulillah.
Kitorang bersurai kurang 15 minit pukul 7 malam. Bersalaman dan bermaafan. Entah bila kita boleh jumpa lagi. Joe sayu je muka. Terimakasih banyak Joe..Habih..x kan ko nak suruh kitorang tido ghumah ko lak kan? Den secara peribadi, syukur sangat. Mudah2an di aidilfitri yang akan datang, kita semua dapat berkumpul lagi.
Hmm..malam tu ada kengkawan yang repeat poi palong...sanggup tuh...


Tuesday, September 29, 2009

Rumah terbuka Chef Mokhzani Aris...


Meh kito serang rumah terbuka Chef MOKH..kek

Rumah No 53, Taman Bayu, Batu 8, Telok Kemang hari Ahad 4. 10. 09 ni...bermula jam 2pm jojak sampai subuh esok...mokh janji dengan den..ado kambing bakar...den pogang cakap kau...jangan x do yo...jangan lupo...hari Ahad ni..4 Oktober 2009...warga Gadongg..kito berkumpo kek Teluk Kemang....jeng... jeng.... jeng...

Monday, September 28, 2009

Sedikit pesanan buat seseorang..

Selingan sikit : macam nak marah pun ada. Ada yang email kat aku sound..tolong jangan mention nama & gambar dia dalam blog. Oklah aku ikutkan. ini bukan sekali, dah berkali2 aku di sound. Banyak kali jugak aku iktkan. Alasannya takut nanti ada hati yang terluka...ceh..ini bukan blog cari jodoh dik. Ini blog nak menghimpunkan kalau boleh semua generasi Gadong. Kita ada matlamat, bukan suka2. Setakat bergurau, usik mengusik x kan x boleh. Sensitif sangat pun susah jugak. Hidup ni janganlah skima sangat. Siapa yang sensitif sebenarnya? Kalau ada yang tersentuh aku mintak mahap. Alah..memasing ada cerita lama kat sini. X perlu malu. Itu hakikat. itu kenangan. Tapi Alhamdulillah jugak, sebab respon yang aku terima..baik. Aku sendiri tau mana border.
Pesanan ikhlas aku...kalau rasa diri x professional baik jangan jengah blog ni. Elok2 kita nak mengeratkan silaturrahim..ada pulak yang tergamak seolah2nya nak memutuskan. Atau sebenarnya malu ke nak mengaku yang Sekolah Agama Gadong ni sekolah lama kita? Ada ke yang rasa malu nak mengaku bahawa pernah bersekolah di SMAHMYUG ni? Kalaulah ada...aduh..sedihnya..

Reunion raya 2009 - 7





Dari rumah Asharudin, kitorang bergerak pulak poi Sungai Kelamah. Mano lai..Hatta the lagendlah..kang...kang..kang.. Masuk je dalam kawasan Felda SK, den pun tipon Hatta.

Ta..den dah masuk dalam felda nih..mano?
Kau kek mano nih?
Den dopan ( apo ntah haghi tu..lupo lak..)..
Ok..kau naik bukit...lopeh tuh kau turun bukit...
Ok..ta..( masih pogang hp )..naik bukit...peh tu..turun bukit....eehh..ta ni apo lak jalan tanah merah nih?
La kau ikut mano nih...
Botolah..kau koba tadi naik bukit turun bukit...
x po..kau ikut tanah merah tu..masuk sawit..
(dalam hati..biar boto Hatta ni..apolak masuk sawit ni..dah tukar ko ghumah dio buek dalam sawit pulak ko)
Eehh..Ta..apolak lalu dopan kandang kambing nih? biar boto Ta..ghumah kau mano?
Ok..den dah nampak kau di..masuk kanan...
( dalam hati..compius lagi..masuk kanan?..Orang rumah den pun tunjukkan Hatta berdiri depan pagar )

Ceh...apolah kau bawak kengkawan ikut jalan camel trophy ni? Semua pakat nak tergelak. Memang x boleh nak marah. Sebab seronoknya bila berjumpa Hatta nih.. Cuman menjadik2 bila jumpa Hatta. Banyak lah story tentang kawan2 yang dapat kitorang share. Hatta ni kengkadang macam informer jugak...Ada cerita kawan2 yang menghepikan,ada yang menyedihkan...dan ada jugaklah yang membuatkan Cuman...teruja sungguh..ceh..yang bestnya, Hatta koba, aku dah poi ghumah Tipah. Ooo..pergi x ajak kengkawan. kau poi sorang naik moto ko Ta? Hatta golak..beghak kau..dgn orang ghumah denlah..ha ha..
Kalaulah x mengonangkan jam dah dokek pukul 6, den ingat lagi rancak kitorang sembang. Bukan selalu dapek macam ni. Last sekali dalam doom asrama dulu. Dah tua2 ni bekumpo kito balik. Lopeh ni kito nak serang rumah seorang 'budak baik' Gadong . Kali ini konvoi dah bertambah sebiji lagi kereta. Hatta and Family. Fuh..meriah nya...



SAMBUNG DAA...






Sambungan - reunion raya 2009 - 6

Dari rumah Apak kitorang bergerak poi rumah Asharudin ( 5 geografi 91 ). Pueh nak memujuk Apak join sekali. kojap2 pandang orang rumah ee. Aduh..ini yolah maso yang ado nak berjalan pun. Last2 Apak join jugak. Happy lak ghaso ee. Bertambah sebiji kereta lagi. Nak pergi rumah si Din ni pun bukanlah susah mana. Cuma banyak simpang. Sampai rumah Din, tengok ghamai jugak tetamu dia. Din tetap macam tu jugak. Cool dan mantain walaupun sedang mendokong heronya.



Lama juga bersembang. Suka betul nampaknya Din. Almaklum, ini adalah pertemuan pertama aku dan Din sejak habis sekolah tahun 1991. Bayangkanlah. Seronok duk Terengganu Din? Alah dah biasa. Dari tahun 1998..kata Din. Fuh lamanya merantau. Raya ni Din balik JB.Rumah mentua. Kemudian ke Palong. Besoknya raya ke 4, Din dah balik Kemaman. Ya Tuhan...x polah Din..dah kebiasaan. Lopeh ni kito nak poi ghumah seorang lagi, lagenda Gadong 1990-91. Terimakasih Din, panjang umur, Insya Allah kita jumpa lagi.

Sunday, September 27, 2009

Ucapan hari raya : Bro Taufiq ( 1988-1989 )



Kami ucapkan selamat Hari Raya kpd semua ahli keluarga yang jauh dan dekat, tak lupa juga rakan taulan yang mengenali dari kecik hingga lah dah besau ni ha..Halalkan makan dan minum serta Maafkan kami zahir dan Batin. Akhir kata eratkan siratulrahim antara kita. http://watashi88-89.blogspot.com/
Salam bro Afiq. Alhamdulillah..Salam lebaran. Den pun nak mintak mahap yo..kok bro maghah ko den ciluk gambau bro...den nak ucap tq bebanyak sobab sudi lagi bro join kitorang..salam buat family..

Ucapan hari raya : Mokhzani Aris Abu Hasan ( 1990-1991 )




adie.selamat hari raya den ucapkan kat semua kawan2.minta maaf raya tak dpt runion sama2.sobab eh den cuti dua hari jo.jadi raya pertama den kat jolai dan rayo kedua kat pd.tipun den pulak molotup dengan chargernyo sekali pada mlm rayo tu ari. anak2 bujang den la poi lotak eh paku kat plug suiz masa den tongah charge tipun tu.nasib baik tak do kemalangan jiwa.kalau tidak tak berayo la.bagi tau semua kawan2 yo nanti den buek open hause datang la ramai2.
Ayoo..kau mokh..orang lain main mercun yo..lain cagho ee...cagho kau ni advance sangat. Mercun buatan sendiri ni bahayo mokh..kono pulak cagho baghu macam kau ni..buek mercun pakai hphone...fuh..yang lain jangan ikut..bahayo..
apo pun Alhamdulillah..semua ok. Hati2lah lain kali yo..jangan leko yo..hmm kiut miut anak2 ko..Mokh..yang sorang tu boto goman ko...Selamat haghi ghayo kek kau dan family Mokh. Hari tu dalam otw nak ke Palong, sobonar ee singgah yo ghumah ko kek Jolai jap. Den dgn Jamil, tulah..omak kau koba kau dah balik. Tipun pun x berangkek. Kalaulah kau dapek join sekali..lagi meghiah...Kau tau apo Cuman cakap...ala..Mokh tu sibuk kek dapur..ghayo ni ghamai oghang oder roti benggali...kah kah kah...

Friday, September 25, 2009

Shahrudin Abd Rashid @ Apak - ( 1987-1991 )

Maaf bebanyak. Hp den jatuh hari tu. Jadi sms dan gambar Apak tu tetibo hilang. Tak dapek den nak paparkan namo2 anak dan org rumah apak. Bilo dah tukar lain, den pun mintak Apak mmskan balik gambar ee..Apo pun inilah keluargo bahagio Apak di hari rayo 2009 ni. Dah duo hero Apak...tapi pak..samping biru dengan baju merah tu macam x konolah...cubo kau try pakai cukin/towel biaso...ok kut...

Ucapan hari raya - Mohd Suhaimi Bin Abdullah (1990-1991)



assalamualaikum.......

Adi mintak maaf lah sebab dah lamo den tak kirim khabar berito.
Ini dio den hantar gambar terbaru family den.Leh la ko masukkan dlm blog nanti.
Sebulan 2 ni den sebuk sikit anak den yg no 4 baru lahir 16.8.09.
akhir kato mintak tlg sampaikan salam rayo den ni yo.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.JIKALAU ADO SILAP DAN SALAH SEPANJANG DEN KONA KENGKAWAN SEMUO TAK KIRO LAH YG JAUH DAN DEKAT HARAP DIMAAFKAN DARI HUJUNG KAKI KE HUJUNG RAMBUT. ( misaiiiii...lah..)

BILO TGK GAMBAR LAMO-LAMO NI DEN TERINGATKAN KAWAN-KAWAN KITO. SEMOGA PERSAHABATAN KITO KEKAL DAN BERTAMBAH ERAT LAGI YO... ( ini yang mahal nih..nak menitik air mato den..)

IKHLAS DARI....


Mohd Suhaimi Bin Abdullah@ptx.pid (msuhaimi@pernec.com.my)

019-669 8797


MASHITAH
MUHAMMAD AIMANMUHAMMAD IRFAN
MUHAMMAD ABID
ALEESYA MAISARAH



Pertamo ee..samo2lah kito..den pun mintak mahap yo kek kau mie..dulu banyak kutuk kau..dari Repah bawak ko Gadong. Ceghito lamo..keduo ee..tahniah sobab dapek anak lai..puteri impian ko...Alhamdulillah...

Wednesday, September 23, 2009

Reunion raya 2009 - 5


Abang : Ayah dulu kat sekolah glamour ya?
Apak : memang le..glamour..tiang parking kat sekolah tu pun kenal ayah tau..Bukan tiang parking aje..pintu bilik air pun segan dengan ayah...
Abang : Fuh..bestlah ayah...mesti kawan2 ayah tu jeles kat ayah kan?
Apak : Bukan jeles lagi..memang diorang hilang akal bila ayah lalu depan diorang..satu macam aje angin diorang..kena pulak pakcik Cuman kau tu...
Abang : Mesti ayah ramai makwekan?
Apak : Ramai jugaklah..ayah je yang jual mahal..ayah masa tu fikir nak study je..x da masa nak fikir makwe..
Abang : Abang boleh jadi macam ayah x?
Apak : Boleh sayang..
Abang : Abang kena masuk sekolah Gadong jugak ke ayah...lepas tu baru boleh glamour macam ayah?
Apak : Err...er...nanti ayah pikirkan ye nak...
sambung daa...

Reunion Raya 2009 - 4




Orang rumah aku cakap. Sedap mee kat rumah Apak. Aku pun setuju. sedapnya sehingga membuatkan dua sahabat aku ni..lupa daratan. Cuman..dari tepi dah ala ala Rhoma Irama kan..macholah konon...Jamil..sedaya upaya mengcover perut dia bawah meja...hah ha..terimakasihlah Apak dan keluarga..Alhamdulillah..sedapnya mee kau ni Pak membuatkan ......

air bag kawan kita ni jadi cam ni...hah..

Reunion Raya 2009 - 3

Fuh Pak..sodap ee mee goreng kau Pak..bosar2 kotam ni...alah Mil..makanlah...biaso yo tuh..kotam2 tu banyak kek payo belakang ghumah tu..diorang memang manjo dongan den..makan..makan..tambah..tambah..

Taklah susah sangat nak mencari rumah mentua Apak nih.. Cuma jalan nak masuk Pasir Besar..punyalah jem..fuh..maklumlah hari raya...Ingat Pasir Besar ingat shahdan ye tak..dia x do..balik Sg Petani..Sampai je rumah Apak..kitorng disambut Apak yang sedang mendokong anak bongsu dia. Alahai..sahabat aku sorang nih..dah dokong anak dah..nampak jugaklah pelik...sikit hari lagi anak dio pulak yg dokong dio...memang ceria..maklumlah lama x jumpa.. Cuman x habih2 mengusik mengutuk..memang diolah yg kongker..keadaan..hah hah..

Reunion Raya 2009 - 2

Cuman call dia kata dia otw. Aku dan Jamil pun gerak. Sebelum tu singgah jap kat rumah Zakri Nasir. Ingat lagi? AJK taiko klasik...hah hah..Mat cer.. le..adik dia cakap Zakri tak bercuti. Bertugas di kem Majidee JB..tentera le..sempat amik no hp dia dari adik dia..019 7277324 ( Zakri Nasir ).
Singgah jugak kat rumah Mokh. Mak dia cakap raya kedua malam lagi dia dah balik PD. Aduh..Singgah pulak rumah Norizan..5 Geog..alah yang montel..cinonit tuh..pun tak da..balik Jasin..ye lah..dah kita nih main terjah aje ye tak..
Kemudian Tunggu Cuman di Simpang Jelai. Kemudia sama2 bergerak terus ke Palong 1. Rumah mentua Apak. Aku ralat jugak, x terfikir nak amik gambar masa otw tu.
Nak jumpa Apak...jeng jeng...

Reunion raya 2009 - 1

Alhamdulillah, sewaktu entry ini aku post aku dah mula bekerja. Tak cuti pun. Alah rumah dan opis dekat. Kampung isteri pun dekat. Bagi canlah kawan2 yang jauh balik. Sedar tak sedar sudah beberapa tahun Raya aku macam ni. Sedar tak sedar juga ini tahun kedua reunion raya Ulu Gadong 87-91 dibuat. Tidaklah secara official. Lebih kurang santai aje.
Pada raya ke 3- Dari Durian Tunggal aku bertolak ke Jelai 4. Pergi rumah 'penghulu' dulu. Jamil lah. Lebih kurang pukul 12 lebih sampai. Dalam pada tu, aku menunggu Cuman dan Mus. Malangnya Mus..huh..nak marah pun tak guna. Talipon tak berangkat. Sms x berbalas..apahal lak mamat nih. Semalam janji macam nak rak! Beria-ia malam tu dia tepon nak join. Sampai ke sudah...hampeh! Cuman lewat kit, sedara dia datang. Tak apalah aku dan Jamil tunggu jap. Plan nak rayau kawan2 kat area Palong.
Dalam pada tu..try jugak cal Jimit. Alahai kat Segamat pulak budak kecik tu. Zailan pun x da. Pergi Labis. Cal Apak. Alhamdulillah Apak ada kat Palong 1. Cal Asharudin, Alhamdulillah ada kat Palong 3. Joe pun ada kat Bukit Jalor. Hatta pun ada kat Sg Kelamah.

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya semua....




Salam semua..selamat hari raya..selamat balik kampung. Selamatlah mencium tangan kedua2 mak bapak bagi yang masih punya. Dan selamatlah mendoakan roh mereka bagi yang telah tiada. Kita pun tak kekal juga. Selamat berhenti kalau terasa kepala tu dah x selamat. Kalau mengantuk, tolonglah berhenti. Selamatlah berlemang dan berketupat. Berendang atau bersambal. Selamatlah berziarah sanak saudara. senak jugak poketkan? Setahun sekali. Selamat berbaju baru bagi yang dah menempahnya 4 bulan dulu. Atau membelinya last minute semalam atau 48jam dari sekarang. Selamatlah melayan karenah anak2 di pagi raya. Karenah suami yang berpantang sebulan. Karenah isteri yang pantang shopping dalam sebulan nih. Karenah kereta yang time2 macam nilah..nak buat hal..
Selamatlah puasa sebulan disempurnakan, selamatlah Aidilfitri diraikan penuh keinsafan bukan dengan 'hilang akal'. selamatlah kita bermaafan...lama x kumpul bersama....
dari kami :- warga Ulu Gadong 1987 - 1991....

Thursday, September 17, 2009

Ucapan hari raya - Musyariman Sabirun (1989 - 1993 )


Salam kepada semua, Saya sekeluarga memohon ampun & maaf sempena Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.Mohon dihalalkan makan/minum,dimaafkan diatas perbuatan atau tuturkata yang tidak sepatutnya dan apa2 lagi la ye... Akhir kata....Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,berhati2 dijalan raya dan bagi le duit raya tu kat sini..he..he..he... Sekian,Terima kasih.

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan hari raya - Hj Adan ( 90-91 )



(aedanshah@gmail.com)

Tiada insan yang tidak melakukan kesilapan dan Kesalahan.
Bersempena bulan yang penuh kerahmatan dan kegembiran Kami seisi keluarga mengucapakan
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Selamat Hari Raya dari Shahadan B.Baharudin dan keluarga.

Emailkan / mmskan ucapan hari raya korang..

Aku dengan ini mempersilakan sahabat2 bekas warga sekolah tercinta Ulu Gadong, tidak kiralah dari tahun berapa pun, untuk berkongsi rasa dan mengirimkan ucapan selamat hari raya diblog ini. Ucapan boleh diemailkan di wadahariff@hotmail.com , atau mmskan gambo korang di
012 2677 944. Sebaik2nya bio le ada gambor.. . Kepada yang sudi, syukran jazila....

Tuesday, September 15, 2009

Suatu ketika..kita pernah di sini...


Klik utk besarkan gambar..

Kenangan di MARKUS..


Lagi gambar kiriman Joe. Gambar diambil sewaktu program MARKUS di Sek Dato Sedia Raja (kalau x silap). Dari kiri, Joe..macam ahli sufikan? ahlil kitab..., Zailan, Razali ( Form 3 maso ni, mano budak pandai ni sekarang? ), dan...hmm sapo budak yg kerek bonar nih? Songkok tak boleh pakai boto2 ko? Apohal lak nak keluar ramos ni? Artis ko budak ni? Samping tuh..apahal lak nak londeh bagai? Sekolah agamo ko nih? Huh..budak form 5 tahun bilolah ajar nih?
Terkini 17-9-09 : Info tentang Razali Bin...?
Salam Diy, razali tu lopeh gadong dio poi Monceh, then poi Darul Quran JAKIM kek Pusat islam masa tu, den ponah jumpa dio masa tu kek sana, lopeh tu dio masuk Akaedemi pengajian Islam Univ. Malaya. Den ponah jumpa skali lai kek Tabung Haji Soghomban masa den kojo kek Pejabat kebudayaan Nogori 2002 masa tu kek bangunan Arab Malaysian...Lani dio memang kojo dgn Ibu Pejabat Tabung Haji tapi kek kolumpo..dan baru-baru jumpo dio kek JAKIM, dio nak rakam berkaitan haji den Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM..dio la jadi penceramah..la ni dio sebagai Pengurus Penerbitan Haji. Selalu masuk TV1 bilo org nak pi haji dio ada la... emel razali@lth.gov.my..
Sumber : Mohd Azmi Abd Majid - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya...

Monday, September 14, 2009

Terimakasih pada semua

Lama tak ke udara. Terimakasih pada yang masih terus sudi menjengok. Peliknya bila, ramai pula penyamar2 yang singgah ke sini dan memprovokasi kawan2 aku. Tak apalah tidak menjadi kudis pun. Niat aku ikhlas. Memanglah aku tidak terdaya nak mengkayakan kawan-kawan bila mereka membuka blog. Tetapi, alhamdulillah, dengan usaha yg tidaklah seglamour mana, kita berjaya juga merapatkan kembali ukhwah yang pernah terjalin hampir 20 tahun lalu.
Lebih membanggakan aku dan membuatkan aku bersyukur sangat, kawan2 yang singgah bukan sahaja dari tahun 1987-1991, malah ada yang lebih awal dan ada yang lebih junior . Malahan baru2 ini mantan warden era 1991 Ustaz Mansor turut menjengah. Bukanlah apa, di dalam sibuknya kita menjayakan hidup, silaturrahim ini perlu berterusan. Semuanya kerana kita pernah bergelar warga Ulu Gadong. Hari ini kehidupan mereka bervariasi. Ada yang cukup berjaya dan ada juga yang sederhana. Biar siapa pun mereka, mereka adalah saudara seagama kita yang wajar kita kasihi.
Sepanjang aku kendalikan blog ini, banyak juga komen yang aku terima. Memang tidak semuanya yang manis. Ada yang kata begitu dan begini. Aku tidak berniat mengaut untung apa-apa pun, tetapi bila aku tergelak dan senyum sendiri membaca dan menerima gambar kawan2, aku bagaikan mendapat laba yang lumayan! Pernah juga aku tergelak sorang2 di pejabat, hinggakan ditegur kawan2. Naik senak usus aku bila satu ketika ramai yg berkumpul di Cbox dan saling kutuk mengutuk. Betul, rasa macam dalam doom asrama pulak!
Pada mereka yang 'sakit hati' melihatkan blog ini, aku tak marah. Blog ni pun bukan lama. Selagi terdaya aje. Ini bukan blog politik. biar apa pun ideologi politik, kita bersembang tanpa sebarang sentimen. Kita kawan, kita saudara seagama.
Terimakasih pada semua sahabat, abang2 senior dan adik2 yang terus sudi menjengah. Hanya Allah yang mampu membalas keikhlasan dan kesudian semua...

Thursday, September 10, 2009

Topik khamis: Bagaimana cara terbaik reunion boleh direalisasikan?

Sudah bermacam perancangan. Di satu ketika ianya seolah2 hampir menjadi realiti. Namun tetap juga buntu lantaran komitmen sekelian warga yang semakin sibuk 'membesarkan keluarga'. Pun begitu, masih ramai juga yang menyuarakan hasrat murni ini.
Fuh..siapa yang tidak mahu 'kembali' ke sekolah dan berreunion? Ramai yang mahu. Masalahnya masa! Jadi apa cadangan korang?

Wednesday, September 9, 2009

TUGU PERINGATAN SUNGAI KELAMAH





LOKASI Jambatan Sungai Kelamah. Berhampiran Felda Sungai Kelamah, jalan Tampin-Gemas. Kira-kira 40km dari Tampin dan kira-kira 10km dari Gemas. PERISTIWA Tugu ini dibina sebagai memperingati bekas-bekas Tentera Australia dan Jepun serta keluarga mereka yang terkorban semasa berlakunya peperangan antara Batalion Australia ke-2/30 dengan Tentera Jepun pada 14 Januari 1941.
Dalam peperangan ini, Tentera Australia yang diketuai oleh Lt. Kol. Gallaghan telah melakukan serang hendap terhadap kemaraan askar-askar Jepun ke Tampin. Pertempuran telah meletus dan berlarutan ke hari berikutnya. Pertempuran ini telah menyebabkan ramai Tentera Jepun terkorban dan pada 15 Januari 1941, sepasukan Tentera Jepun yang lain telah tiba dan menyebabkan Tentera Australia terpaksa berundur ke Segamat.
Dalam usaha menghalang kemaraan Tentera Jepun, jambatan kayu yang merentangi Sungai Gemencheh di Kampung Sungai Kelamah yang menghubungkan Tampin dengan Gemas terpaksa diletupkan. Tapak jambatan dan beberapa tiangnya masih kekal hingga ke hari ini.
Bukan apo, ghamai kengkawan kito dari Sg Kelamah yang ontah mano diam ee. Cumo Hatta yo yg ghajin datang jongok. Sobut Sg Kelamah, teringat kawan2 dari Maahad. Rashid..ontah sapo lagi gak ee..Dulu ado yo sorang senior tu..den admire gak..sapo tu Jameah Maamor..mano deh agak ee..