Dari kami untuk semua guru yang pernah mendidik dan mengasuh kami di era 87-91. Kami sedar, kami tidaklah seperti yang diimpikan. Namun kami juga masih sedar, bahawa kami adalah 'anak-anak' kelahiran Ulu Gadong. Tiada dendam yang tersimpan. Kerana guru-guru kami tetap yang terbaik. Maafkanlah kami ini.
Salam penuh dedikasi buat : Ustazah Normala, Ustz Suzana, Ustz Kamariah, Ust Hassan, Allahyarham Ust Zainudin, Ust Mansor, Cikgu Yusof, Cikgu Norizan, Ust Abu Bakar Rashid, Cikgu Rashidah, Allahyarham Ust Redza, Ust Jamil, dan ramai lagi yang telah membimbing kami. Maaf jika tidak tersebutkan namanya.
Doa kami, agar semua guru-guru kami sentiasa beroleh kesejahteraan dari Allah. Alfatihah buat mereka yang telah tiada. Selamat hari guru!