? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 14, 2008

Usaha murni benteras penagihan dadah.

Akhbar hari ini menyatakan bahawa terdapat 1 juta orang penagih dadah di Malaysia sekarang ini. Masalah ini telah sekian lama melanda negara, bukan sahaja di ibu kota bahkan di luar bandar, di kampung-kampung, di Felda Felda, di pedalaman.Usaha membanteras musuh No 1 negara ini bukan hanya terletak pada pihak polis, agensi anti dadah, Pemadam. Ianya juga terletak di bahu kita semua.Saya menyeru kepada semua warga kota agar perhatikanlah apa yang berlaku di kampung mereka. Jangan abaikan belia-belia di kampung bergelumang dengan najis dadah dan gejala sosial. Gerakkanlah pemuda pemuda kampung agar mereka menjadi insan berguna. Dekatkanlah mereka ini dengan aktiviti yang berfaedah.

Saya juga menyeru kepada warga kota, warga korporat, dermawan, hartawan yang berasal dari Rembau, bila balik Rembau tu tanyakanlah masalah dadah dan sosial di kampung. Boleh katakan semua kampung di Rembau ini ada penagih dadah, dari Kg Gadong, Kg Ulu Gadong, Kg Perah, Kg Seberang Paya, Kg Batang Nyamur dan banyak lagi kampung.Kepada anak Rembau yang berminat untuk membangunkan belia Rembau ini agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada agama , bangsa dan daerah Rembau bolehlah menghubungi saya Rozmal bin Malakan Tal 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com .Alhamdulillah setakat ini terdapat beberapa program yang telah dan sedang berjalan antaranya Perkhemahan Ibadah, Motivasi Remaja, Pendakian Gunung Datuk. Khidmat Kesihatan dan lain-lain.

InsyaAllah dengan sokongan anak Rembau yang berada di perantauan , program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan penagih dadah di Rembau.Penagih dadah perlukan bimbingan, perhatian dan belaian kasih sayang, bukan penghinaan, cemuhan semata-mata.Sekian, wassalam.

Rozmal bin MalakanAhli Kg Kota & Kg Tanjung & Kg BongekRembau, N.SembilanSudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com