? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 06, 2009

release tension

Baru balik solat Jumaat. Cuaca di Melaka mendung. Sebelah petang sekarang ni kerap hujan. Bergelumang dengan kerja-kerja di pejabat kadang2 buatkan aku rasa nak jadi Ultraman atau superman. Boleh terbang sana sini. Sekurang2nya relax kepala otak yang kuat berdenyut semenjak dua menjak ni.
Bila lepak dengan kawan2 yang sekepala rasa release juga tension. Macam2 cerita yang boleh diborakkan. Ataupun biasanya aku suka menyendiri sambil belek album lama. Senyum sorang2. Sampai kadang2 orang rumah selalu mengajuk aku - haa teringat makwe lama ke? Ha ha...
Aku pun suka tengok balik entry reunion raya tahun lepas dan tahun ni. Tahun ni rasanya feel sangat. Wajah 'suci' sahabat2 aku...ha hak..
ha kan dah release sikit tension aku...

Renungan Jumaat - Tips menambah kemesraan suami isteri



Sentiasa berdoa agar disayangi.
Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
Sentiasa lakukan ibadah bersama.
Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
Urut belakang isteri sekali sekala.
Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
Lebihkan isteri daripada anak-anak.
Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
Seeloknya masuk tidur serentak.
Belai isteri sebelum pergi kerja.
Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
Lakukan riadah bersama isteri.
Pergi berkelah sekali sekala.
Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala
.