Salam. Musim tengkujuh datang lagi. Sudah jadi rutin, setiap hujung tahun pastinya hujan akan turun lebih kerap. Semenjak dua menjak ni pulak, semacam satu igauan pulak, fobia dan trauma mengenangkan begitu banyaknya tragedi yang berlaku. Hati berdebar2 bila tibanya penghujung tahun. Lepas satu-satu. Mudah2an tahun ini tidaklah seburuk yang dulu, Insya Allah.
Bila tibanya tengkujuh, maka harga sayur dan ikan tidak semena-mena melambung. Contohnya, permintaan untuk timun cukup tinggi. Musim hujan lak tu timun ni naik harga...apsal gak ee? harga semasa di peringkat runcit dah cecah RM2.50/kg. Banyak kebun2 sayur banjir dan hasil tanaman rosak. Itu antara faktor. Pasaraya besar pun teruk terjejas sebab kurangnya bekalan sayur. Cili? Tak usah cakaplah..kat ladang aje ada yang dah cecah RM 10.00/kg. Huh..kiralah harga runcit berapa? Untunglah Cuman..buat duit...
Nak beli ikan pun hati2. Ada yang kata jangan beli ikan dari kawasan banjir..takut kuman. Hari tu kawan aku dah jem bekalan siakap 3 tan dari Kelantan. Tak tahu mana nak dihumbankan..aku pun x dapat nak bantu. Semua takut nak ambil. Tambahan pula surat khabar dah war warkan pasal ikan dari kawasan banjir ada masalah kualiti.
Apa pun, itulah senarionya. Musim silih berganti. Hidup tidak selamanya ceria. Ada ketikanya masalah pasti datang. Soalnya, macammana nak berdepan dengan masalah? Ada x orang yang hidupnya happy tanpa masalah?