Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.
Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.
Berbiak Kembang Dengan Pintas
Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.
Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal
Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia
Penternakan Jamnapari
Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.
Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.
Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.
Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.
Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.
9 komen dari kengkawan:
orang kato lah..bukan den kato ek..kalu nak berjayo montornak ni kono 'jadi' macam haiwan yang kito toronak..kok bolo kambing kono 'jadi kambing'..kok bolo lombu kono 'jadi lombu'..baru ado chemistry antaro menatang tu ngan kito..baru tibo soul heh..maksud heh kono lah bergolumang ngan kambing atau lombu tu,botopok betampar bogurau sondo bagai dan sampai leh bocakap ngan natang tu..tapi kok nak toronak natang tapi nak duk lam econ yo,pakai lak nak semat semat..bau kambing pun dah poning..bolom lagi mengadap taik heh...kok cam tu..ghonti kan la...hihihihi
man teori baru..tapi pengalaman aku memang yang ada cakap mcm tu..barulah kambing kenal tuan ee..barulah timbul serasi..tapi la ni x yah jugak sampai mcm tu..bagikan air ketum..jinaklah deh..
Apa yang korang merepek ni...???
Cuman...Jiran aku kat kampung bela AYAM tak nampaklah pula dia bertepuk tampar dan bergurau ngan ayam dia..
Dia makan pun tak adalah pula MENCATUK macam Ayamnya....
Ayam dia pun nampak dia aje dah lari...Takut kena buek LAUK...
Camno cito eh tu...????
Adan..tu kiro jiran kau lom terer lagi la..tu namo heh sistem toronak main lopeh ..taim nak pakai baru lah carik aym tu ateh pokok gumah jiran kepado jiran kau tu..cam no nak ado chemistry..kok den jadi ayam pun tak nak dokek ngan tuan heh tu..tau nak makan yo tang bagi makan tak tau lak tu..harharhar..
den tak do la cakap kono tukar habitat..'jadi' yang den maksudkan tu kono la bokawan ngan ayam tu..baru la sosungguh nak bolo...konal mano satu kito punyo..tau sakit poning heh...kok lagi terer bagi kan namo kek sekor sekor...hihihiih..
Edie : sotim kambing den...hahahahah...kono angkut kek D8..tak pasal yo..lopeh tu tak nak lak deh makan daun lain..nak kotum yo..stok payah,tak clear woooo!!!..apo pun botol ko praktikal bagi air kotum?
sebelum kambing, tuan kambing kono minum dulu, duo tigo jug..lopeh tu bagi pulak kek kambing eee..baru kono..bayangkanlah..tuan dan kambing ee lalok mentedarah air kotom...
hahahaha...hampeh kau!!!..sok sok kambing heh angkek koning yo kek tuan heh tanyo ado stok ko tidak
daun ketum tak da pakai aje DAUN PAKALOLO...
tak pun DAUN JEPON pun boleh...
Edie bukan daun JEPUN masa kat REPAH dulu tau....
man bisness cara koprat sekarang ni.labur je..duit.tiap2 bln check in/out..penternak&pekebun dia buat kerja dia..tokey cam aku ni beri system & serta keperluan yg betul dan jgn lupa kebajikan pekerja selalu dijaga..biar dia jaga binatang & ladang kita mcm dia org punya..insyaalah.apa cara sekalipun kalau iklas kita berjaya...kalau den salah tlg bimbing yo boeh dan kawan2.
no hal..insya Allah
Post a Comment