Kata Cuman :
Andainya aku ada mesin putaran masa, aku akan masuk sekolah Gadong balik dan aku akan belajar serajin-rajinnya dan kurangkan berkawan dengan mereka yang malas belajar. Ha..ha..siapa tu Man? Katanya lagi, aku akan ubah apa yang sepatutnya diubah. Aku akan dapatkan apa yang aku pernah terlepas dulu...hak hak..hak....kadang-kadang itulah. Fitrahnya manusia biasa seperti kita, sewaktu kita mempunyainya jarang sungguh kita mahu menghargai sepenuh jiwa. Tetapi bila kita sudah kehilangan barulah kita tahu, kita kenal, kita faham dan kita merinduinya!
Aku juga sependapat dengan Cuman. Memang aku cukup rindu untuk berada di dalam kelas 5 Sejarah. Rindukan suasana sekolah. Rindukan pemandangan, rutin dan mungkin juga seseorang. Rindu untuk mengusik kawan-kawan, junior aku, rindu suasana malam di asrama, rindu suasana hari minggu di asrama, rindu hingar bingar membasuh baju di bilik air, rindu sejuknya pagi yang menggigit kala air tiada dan kita berjalan kaki beramai ke perigi. Aku juga ingin mengubah banyak perkara. Aku ingin seperti Cuman juga. Belajar rajin-rajin. Tidak mahu buat kerja tidak berfaedah seperti hisap rokok ke, ponteng sekolah, lari dari kelas, keluar malam, gaduh-gaduh. Aku mahu berbaik dengan semua orang. Aku ingin melakar kejayaan bersama sekolah. Biar Mak dan Bapak aku rasa bangga dan bersyukur sangat. Biar Ustaz Mansor senyum memanjang. Biar Ustazah Mala bangga, Ustaz Hassan tercengang (eehh..aku asyik cerita pasal kobau pun budak ni buleh lulus? Polik!) Biar Ustazah Kamariah rasa senang hati, biar O....raso best sangat abang eee pandai..hak hak..
Aduh! Aku cuma punya angan-angan.
Namun akhirnya aku akur, perkara yang sama-sama kita rindukan dan yang sama-sama kita angankan telahpun berlalu hampir 20 tahun lalu!
0 komen dari kengkawan:
Post a Comment