Aku bertolak dari rumah Jamil menuju ke rumah Azizan. Cuman telah menunggu di Masjid Kg Tengah. Bertahun aku tidak bersua muka dengan Cuman, sekadar berbalas sms dan email, akhirnya bertemu juga. Alhamdulillah, Cuman nampaknya makin sihat disamping 3 heronya. Kemudian Azizan sampai, dan mengajak terus ke rumahnya.
Bertahun semenjak dari tamat zaman persekolahan, aku langsung tidak mendengar khabar dari Azizan. Kuasa Allah, bertemu juga di Aidilfitri 2008 ini, Alhamdulillah. Dia masih dilihat 'mantain'. Macam dulu juga. Macam zaman dia panjat pokok kelapa di belakang sekolah Agama Gemencheh dulu. Bekerja sendiri dan mempunyai 5 orang anak. Khabarnya yang sulong dalam darjah 5, Alhamdulillah.
Tiada apa lagi yang istimewa bagi aku selain dari berkumpul bersama semua kawan lama dan bertanya khabar. Sekalipun kuih muih yang pelbagai terhidang, bercerita sesama lebih menyeronokkan. Hari itu, ada juga cadangan untuk ke Bukit Jalor, ke Sg Kelamah, ke Gadong namun kesuntukan waktu benar-benar membataskan. Cuman juga bersemangat untuk bertemu kawan-kawan lama sekalipun difahamkan dia baru sihat sedikit dari demam.
Guarda Film Parto con mamma (2012) Complete Italiano in HD
-
[guarda 720p] *Parto con mamma* film completo streaming ita *2012*, guarda
film Parto con mamma (2012) complete italiano in hd
[image: Parto con mamma 201...
4 years ago
2 komen dari kengkawan:
boeh.den rayo ke 4 tu hari baru jumpa tarmizi(vijay)
walaupun duduk sekampung,rumah pun sekangkang koro jo.bertahun den tak jumpa oi.anak nyo dah 4 orang.
hmmm..alhamdulillah..den mintak mahap bebanyak..bukan sengajo..siang dah kojo,malam yo baru buleh poi jalan..
Post a Comment