? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 27, 2008

Aku...sepi sendiri...sodih...issk..

Letih juga bila selalu bercakap sendiri. Al maklum cuti sekolah dan dah nak hampir hujung tahun pula tu, maka ramailah yang bercuti dan sibuk dengan kerja-kerja 'menutup akaun'. Insya Allah, aku boleh faham. Aku pun sibuk juga. Cuti pun belum apply lagi.
Kepada yang sedang bercuti, aku ucapkan selamatlah, selamat memandu dan berhati-hati selalu. Kepada yang busy gile, apa pun buat kerja tu sambil bertenang. Jangan gopoh. Paling penting keselamatan diri dan keluarga jaga.
Hmm aku? Biarlah aku sendiri di chat box ni..sendiri melayan blues.....huaaa huaaa

Wednesday, November 26, 2008

Jemputan dari Apak...

Apaq, sahabat kita menjemput semua kawan-kawan ke majlis mencukur jambulnya sendiri...hak..anaknya yang kedua. Majlis akan diadakan Insya Allah di Bongek pada 8 Disember 2008. Bukan ghayo haji ko tarikh ni..ayo..apak ni..
Ralat pulak kalau tak dapek join. Den mungkin x ghayo sini, kalu ditakdirkan x dapek join...mahap la awal2. Apo pun Pak, tahniah, mudah-mudahan rezeki ko dan anak-anak bertambah2lah hendaknya...

Saturday, November 22, 2008

Bjay..welcome to the club...

Mulanya aku tak cam jugak sapa mamat ni? Adakah seorang Along yang sedang bermain solitare setelah memutuskan jari mangsanya? Atau mungkin tukang sembelih ayam yang baru balik dari Pasar Malam membeli ayamnya yang telah dipercikkan? Atau mungkin seorang hero Tamil yang sedang menghafal skrip?

Setelah diteliti dan diamati dengan lebih mendalam, La..hampeh..rupanya Bjaylah....jauh beza sungguh parasnya. Ala-ala tenggek pun ada..Khabarnya sekarang bertugas di Bangi. Apa pun, Alhamdulillah dan terimakasihlah..sudi join kita. Terimakasih juga di atas kiriman gambar ini. Semoga Allah merahmati Bjay ( Tarmizi ) sekeluarga, Insya Allah.

Woiit..terer lagi main ping pong?


Thursday, November 20, 2008

Inilah pemenangnya...

Inilah antara kenangan peribadi yang cukup manis bagi aku. Mengungguli kategori pemidato terbaik dan membantu 5 Sejarah menjadi johan perbahasan ketika itu. Alhamdulillah, semuanya di atas sokongan dan bantuan kawan-kawan juga. Shahdan dan Mazlindawati. Malam itu pertandingan akhir perbahasan menemukan 5 sejarah dan tingkatan 4 yang diwakili oleh Aiman, Shapawi dan Jefri. Aku lupa tajuknya.

Pertandingan yang diadakan itu adalah di atas inisiatif Ustaz Mansor. Juga kerjasama Det. Tengoklah peserta bahas. Det taja semua baju peserta. Grand betul! Pengacara majlis malam itu Cuman dan Roshasnita, pun tidak kurang hebatnya. Merah jambu lagi, ha ha. Sementara Mariani Karni dan Intan bertindak sebagai pomp-pomp girl...? hak hak gurau yo...taklah sebagai pengiring. Sahabatku yang dikasihi, inilah pentasnya. Inilah Dewan sekolah kito yang merakam banyak kenangan.

Hmm..hmm..nak tahu apa hadiahnya? Baucer makan di kedai det yang bernilai RM 1.50..ha ha..aku simpan lagi boucher tu. Nanti aku scan. Tak tahulah, laku lagi kot? Nanti aku nak tanya Detlah..

lagi gambar sumbangan Apaq, Tq.


Wednesday, November 19, 2008

Kodai det...kek dalam sekolah.


Satu lagi memori klasik terakam di blog kita. Kedai Det. Satu perkara yang aku cukup ingat kalau bulan poso, malam mesti boli kerang. Fuh..kono lak cicah sambal det..hilang biji mato hitam. Lopeh tu besok..Ustaz Burn pun bising, kulit koghang besepah..Siang ee pulak kalau bulan poso, pukul 5 det dah bukak kodai, suruh budak boli mee goreng campur sambal. Nak turun boli sendiri sogan, kalau x bulan posa pun, kodai yang asalnya pejabat kontraktor inilah tompek melepak sambil mengurat. Tak tahulah, boleh untung ko Det meniago kek sini gak ee?
Hmm..ado lagi ko kenangan yang tertinggal tentang kodai det ni? Kongsilah...
Terimakasih Apaq yang sudi kirimkan gambar ini.

Sunday, November 16, 2008

Stok gambar dah nak habis..

Salam, dimohon jasa baik kawan-kawan semua untuk mengirimkan gambar-gambar untuk paparan diblog. Ini kerana stok gambar di dalam simpanan den hampir habis dah. ok ado yang sudi, den ucapkan jutaan terimakasih. Mudah-mudahan blog yang tidak seberapa ini dapek terus 'bernafas'. Sekali lagi, terimakasih yo.

Tuesday, November 11, 2008

Kak Ija

Kak Ija. Baik, peramah. Bila marah, suara halusnya keluar macam bertih jagung. Masa ni anak dara lagi. Sekarang aku dengar dah 5 anaknya. Tapi lama sungguh tak jumpa. Aku doakan mudah-mudahan sihatlah dia hendaknya.

Tapi aku confiuse sikit, siapa mamat yang sebelah tu? handsome semacam je...ha ha..



Monday, November 10, 2008

Chef punyo ceghito..

Tukang masak kerjanya enteng,
bangun pagi, masak nasi goreng..

Apo kato cuti sekolah nih, kito turun PD. Lepak tompek den. Kek mano? Apolah..Ilham Resort tau? Alah sampai nanti hello lah kek den..Diskaun? Alah..Insya Allah boleh diatur. Dah ado kad Chef Aris Fun Club? Bolum? Tak po..itu boleh diatur. Nak daftar? Masuk blog den. Ado kek topi tu..puji den lobih-lobih kit..lagi banyak diskaun den bagi.

Nak makan sodap-sodap? Beres..no hal punyo..Janji kau duduk tompek den. Kotam? Kambing panggang? Ayam salut madu? Buleh..kocik punyo hal. Apo? Bawak ayam sendiri dari rumah? Bawak ikan sendiri? Suruh den masakkan yo? Kau ingat ni kodai Tom Yam? Banyak cekadak..

Alah..maghilah..bukan selalu..lepak..nak mancing..ko..apo ko, kalau nak datang sini nanti..baju mandi den jangan lupo boli yo....

Friday, November 07, 2008

Shamsul @ mat......



Macam 'gayboy' si Shamsul bilo dressing macam ni. Ha ha..Bersih aje muko mamat ni..maso ni. Sojuk yo tengok. 'Dosa' tak banyak lagi kot..kui kui kui..

Kok ado yang tau mano hilang ee mamat ni..beritau le kengkawan..

Bila kukenang, bila kuingat.



Di sini kasih pernah berbunga,

Tanpa bahang dan tanpa apinya,

Di sini langit mendung selalu,

tiada cahaya menyinariku..

Segak tak Mr. Rosman Ahmad @ Cuman maso nih? Ingat sonang budak sekolah nak dapek pakai baju nih? Baju catering Dak Det. Ingat lagi..Cuman maso ni menjadi pengacara pertandingan bahas peringkat akhir sekolah. Kono pulak bergambar dengan Sharmila, si kecil molek yang cantik manis 5 sejarah. Fuh, macam...macam apo yo?

Err..Man, maso ni Cilin x ghaso kocik hati ko dengan kau? Ha ha..'awek dio tuh!' Jangan maghah yo..gurau yo...

Thursday, November 06, 2008

Macam best yo..

Kepada kawan-kawan jangan lupa cuti sekolah ini bawa keluarga ke SINI. Maklumat lanjut hubungi Hj Shahdan.

Tuesday, November 04, 2008

Satu iktibar...



REMBAU 26 Okt. – Dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, dekat sini, maut apabila digilis kereta api kargo sewaktu tidur di landasan selepas keluar dari asrama tanpa kebenaran untuk minum di pekan Kota di sini, malam tadi.

Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badannya.Lebih menyayat hati, kejadian pukul 11.45 malam dekat Kampung Tanjung itu turut disaksikan lima rakan mangsa yang gagal mengejutkan mereka berdua yang nyenyak tidur.Dipercayai, mereka keluar dari kawasan sekolah antara waktu Maghrib dan Isyak melalui jalan pintas ke pekan Kota yang kerap digunakan pelajar yang selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden.

Ini cerita lama. Harapnya, kejadian seumpama ini janganlah berulang lagi. Cuma sekadar satu renungan bersama. Iktibar. Al Fatihah.

Permasalahan Sekolah Agama di N.Sembilan

Landasan keretapi kat Kota tu, masa ana budak-budak dulu memang tempat ana bermain dengan sepupu. Benda dah berlaku apa nak di kato, sudah takdir. Dulu masa main atas landasan tu memang sentiasa pandang kiri kanan, sebab kalau keretapi lalu memang tak sedar punya. Tahu-tahu dah dekat. Malam tak main pun, waktu siang saja.

Dari Kota ke Ulu Gadong tu memang selalu berulang alik. Rumah atok wan pun sebelah landasan keretapi. Banyak nostalgia. Dulu masa Undang Dato Abdullah ada hentian keretapi kat situ dan keretapi berhenti di situ. Sekarang dah tak ada.Berbalik pada sekolah agama, biasalah. Mana-mana sekolah pun ada masalah, sekolah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif memperbaiki sekolah agama di N.Sembilan ini. Banyak kelemahan yang ana perhatikan secara kasar di NS ini. Baik dari pelajar, ibu bapa, guru, pentadbiran, PIBG dan seterusnya.

Sama-samalah kita memberi input yang positif untuk memperkasakan sekolah agama swasta atau kerajaan di N.Sembilan ini.Sebelum kita tuding jari pada orang lain, tuding jari pada diri kita dulu. Adakah kita pernah membantu pentadbiran sekolah, adakah kita pernah memberi sumbangan pada sekolah dan sebagainya ?Kita doakan Sek Agama Hj Mohd Yatim (kampung den tu) dapat mengambil langkah yang pro aktif membendung masalah mereka, satu masalah yang biasa berlaku di mana-mana sekolah.

Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk membaiki pagar yang rosak yang sering digunakan oleh pelajar menyusup keluar ? Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk mendirikan koperasi dan cyber café untuk mengelakkan pelajar keluar ? Adakah mereka mempunyai warden yang cukup untuk mengawal pelajar ? Adakah ibu bapa mereka kuat silaturrahim sesama mereka untuk menyelesaikan masalah secara kolektif ?Jadi, semuanya salah, semuanya bertanggungjawab.

Tepuk dada, tanya iman. Dipetik dari :http://waghih.blogspot.com

Amy...@Repah@Gadong...


Inilah taiko yang tidak berapa nak klasik sangat. Mohd Suhaimi Abdullah ( Amy miau ). Entah mano datang 'miau' tu pun den kurang pasti. Maso kek Ropah dulu dah ado ko?
Amy sekarang bertugas di Pernec, KL. Sebumbung dengan Jamil. Waktu aku mencatatkan ini pun Amy masih di Brunei kerana tugasan luar. Apa yang aku 'angkat topi', sekalipun jauh Amy setia mengunjungi blog ini dan berchating dengan kawan-kawan. Semangat ukhwah kito totap toba...Terimakasih Mie..
Alhamdulillah, inilah keluarga bahagia kawan kita.

Andai dapatku undurkan masa...

Kata Cuman :

Andainya aku ada mesin putaran masa, aku akan masuk sekolah Gadong balik dan aku akan belajar serajin-rajinnya dan kurangkan berkawan dengan mereka yang malas belajar. Ha..ha..siapa tu Man? Katanya lagi, aku akan ubah apa yang sepatutnya diubah. Aku akan dapatkan apa yang aku pernah terlepas dulu...hak hak..hak....kadang-kadang itulah. Fitrahnya manusia biasa seperti kita, sewaktu kita mempunyainya jarang sungguh kita mahu menghargai sepenuh jiwa. Tetapi bila kita sudah kehilangan barulah kita tahu, kita kenal, kita faham dan kita merinduinya!
Aku juga sependapat dengan Cuman. Memang aku cukup rindu untuk berada di dalam kelas 5 Sejarah. Rindukan suasana sekolah. Rindukan pemandangan, rutin dan mungkin juga seseorang. Rindu untuk mengusik kawan-kawan, junior aku, rindu suasana malam di asrama, rindu suasana hari minggu di asrama, rindu hingar bingar membasuh baju di bilik air, rindu sejuknya pagi yang menggigit kala air tiada dan kita berjalan kaki beramai ke perigi. Aku juga ingin mengubah banyak perkara. Aku ingin seperti Cuman juga. Belajar rajin-rajin. Tidak mahu buat kerja tidak berfaedah seperti hisap rokok ke, ponteng sekolah, lari dari kelas, keluar malam, gaduh-gaduh. Aku mahu berbaik dengan semua orang. Aku ingin melakar kejayaan bersama sekolah. Biar Mak dan Bapak aku rasa bangga dan bersyukur sangat. Biar Ustaz Mansor senyum memanjang. Biar Ustazah Mala bangga, Ustaz Hassan tercengang (eehh..aku asyik cerita pasal kobau pun budak ni buleh lulus? Polik!) Biar Ustazah Kamariah rasa senang hati, biar O....raso best sangat abang eee pandai..hak hak..
Aduh! Aku cuma punya angan-angan.
Namun akhirnya aku akur, perkara yang sama-sama kita rindukan dan yang sama-sama kita angankan telahpun berlalu hampir 20 tahun lalu!

Saturday, November 01, 2008

tempat-tempat nostalgia...




Kiri atas : Tangga menuju ke kelas 5 sejarah dan 5 Geografi. Sekarang khabarnyasudah menjadi bilik guru. Di tangga inilah kadang-kadang sesi pengusharan awek-awek berlaku. Tetapi biasanya sini line x clear...
Kanan atas : Bangunan asrama putera. Di tingkat atas sekali itulah tempat di mana begitu ramai 'hantu' berkeliaran pada malam jumaat - sebab maleh nak baco yasin. Waktu prep, menyorok. Kadang-kadang lopeh makan pun yo jugak..berasap yo kek ateh tuh...Depan pintu pagar itulah aku menyaksikan sepasang merpati dua sejoli melambai tangan buat kali terakhir tanda perpisahan....lopeh tuh ingatkan jadilah kahwin..huh hampeh...Tetapi yang sobonar ee..inilah bagunan saksi pado suko dan duko persahabatan kito...
Kiri : Di sinilah Cuman memulakan operasi memanjat bilik audio bersama sebuah 'pita misteri'. Sebelum beralih ke tingkat belakang....sobab takut line tak clear...kah kah...

Hanim..dan Acik the Lagend...



Aku dan Jamil. Di sebelah kiri, Hanim@Along. Khabar terakhir aku dengar dia berkahwin dengan abang askar...wallahualam. Di mana dia ya?

Jamil masa ini sedang cintan maut dengan seorang awek dari bangkahulu. Gambar ini, gambar kenangan di meja awek dia ni lah..'Acik the lagend'..kuang kuang..

Hmm..sebut abang askar..teringat juga pada Dek Ta..