? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, March 28, 2009

Siapa punya kerja?

Aku bengang! Bila gambar keluarga, catatan dan kawan-kawan telah dieksploitasi atas dasar politik! Blog ini juga turut diceroboh. Apa perkataan yang patut aku cakap pada orang yang macam ini?

Tuesday, March 24, 2009

Mimpikan kawan lamo..

Salam teman seangkatan.

Lama kita x 'bermesraan' di sini. Faham. masing-masing sibuk betul. Makin gawat dunia kita, ukhwah kita juga makin samar. Jangan terputus terus sudahlah.
Hari ini aku datang awal pejabat. Malam tadi ramai kawan-kawan bertamu dalam mimpi aku. Entah macam mana aku berjumpa Darmadi, Mus, Jamil dan yang lain di depan tangga librari. Mus kutuk aku, gomok! kato ee...ha ha. Darmadi menten yo...
Itulah, lamo x jumpo duduk bersembang. Harap2 semua ok, sihat hendaknya. Insya Allah.

Wednesday, March 18, 2009

Mokh lagi...


Sempat juga Mokh mengabadikan kenangan bersama Allahyarham Loloq. Tidak pula dinyatakan dimana.

Tuesday, March 17, 2009

Pesanan Joe...

Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.Dulu, masa tidur menghadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggungsaja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....

Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, samabrand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam irontudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tuje la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)

Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlmkereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"

Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun dah kira hebat ler tu...

Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras le pulak...Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgnpakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajugak... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"

Monday, March 09, 2009

Juri Raja lawak musim ke 4...


Inilah 3 juri Raja Lawak musim ke 4. Gerek seh...pakai selipa yo...

Dalam mengenangmu Ya Rasulullah....

Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)

Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.

Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)

Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.

Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan.

Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430

Wednesday, March 04, 2009

Buli : Mengapa masih berlaku?


Aku dan kawan2 yang lain pun bekas pelajar asrama. Seingat2 aku selama setahun menjadi senior belum lagilah ada kes buli yang berlaku di era kami. Bukan membangga diri, itulah hakikat. Pukul, belasah pelajar junior bukan tradisi. Sekalipun pada 1991, kami memecah tradisi dengan meletakkan semua level ada di dalam satu bilik. Jika dulu, senior cuma bercampur sesama mereka, manakala junior dengan junior. Tetapi kami merombak cara itu. Pun bukanlah bermakna kami menjadikan junior sebagai 'alat', tidak. Kami memastikan pelajar junior dilindungi.
Tahun sebelumnya, saat kami bergelar junior, perkara ini masih berlaku. Malah sekolah kami pernah digelar antara sekolah yang terkenal dengan gangsterisme. Ramai yang takut untuk ke sekolah kami atau bersekolah di sini. Maklumlah sekolah kami jauh terperosok dari bandar. Kemudahan kurang. Kawasan kampung. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ada ketikanya sekolah kami sering menjadi tempat longgokan pelajar2 bermasalah atau pelajar2 yang kurang 'cerdik' samada dari kawasan setempat mahupun dari sekolah lain. Sehinggakan sekolah kami sering dipandang rendah oleh pelajar lain.
Di dalam soal buli membuli, kami tidak berkompromi! Malah, pernah kami 'membelasah' kawan setingkatan kerana dikatakan 'mencopet' duit pelajar junior. Bagi kami, senior wajar menjadi pelindung bukan pembuli. Setakat usik mengusik itu biasa. Hidup kalau tak bergurau, suram beb. Tapi biarlah berpada. Kalau aktiviti petang pula, kami bersama-sama dengan adik2 di padang. Main bola sampai berpuluh-puluh orang atas padang dok kejar bola yang dah pancit / kepet. Seronok bila kita dapat mewujudkan keseronokan itu. Tapi bila elemen ego, bongkak, riak merajai akal, itulah yang akan terjadi. Senior pandang junior bagaikan harimau. Berlagak tak sudah!
Penumbuk, pukul memukul bukan penyelesai masalah. Masalah mungkin bertambah parah. Kasih mengasihi, sayang menyayang jika tidak dipupuk dari awal hanya akan mengundang padah. Nasihat kami, pandanglah sekolah dengan rasa kasih, kerana itu adalah platform untuk mendewasakan sahsiah diri.
ps - Aku secara pribadi nak minta maaf pada kawan2 yang dimaksudkan di atas. Aku sayang korang. Apa yang berlaku pada masa itu 'terpaksa' dibuat demi menjaga kebajikan anak2 yatim. Maaf! Selepas meninggalkan sekolah, barulah terasa betapa berharganya SMAHMYUG pada aku. Menyesal juga kerana tidak menggunakan kesempatan yang ada waktu itu untuk melakukan sesuatu yang lebih baik lagi. Apa pun, SMAHMYUG tetap terbaik pada aku! This blog is tribute for that the very sweet memori's.

Hidup tidak selamanya begini..



Relax..bukan apa..tujuan aku sebenarnya nak menunjukkan simbolik. Kita ni kalau bersatu, insya Allah kita boleh berjaya. Arahan yang baik jika dilaksanakan mengikut apa yang sepatutnya pasti akan mendapat hasil yang baik juga. Mungkin tidak 100%, tetapi cukuplah untuk mengingatkan bahawa kita ada usaha untuk mencapai kejayaan. Apa yang penting kejayaan biarlah kejayaan yang berkat dan diredhai. Bukan kejayaan yang diraih dari kesengsaraan orang lain, menindas dan menipu. Bersedia, bersatu dan bersabar serta ikhlas di dalam kehidupan adalah antara intipati penting mencorak diri menongkah hidup. Tidak kiralah apa yang kita lakukan dan siapa kita.

Jangan lupa di mana bumi dipijak. Jangan lupa tuan punya langit dan dunia yang fana ini. Hidup tak selamanya begini. Akhirat jua tempat kita kembali.

ps - nampak x Adan dalam gambar ni?

Selingan - Ternakan kambing Jamnapari




Kambing Baka Jamnapari berasal dari kawasan Sungai Jamuna di daerah Etawah, dalam negeri Uttar Pradesh, India. Baka kambing ini adalah di antara baka kambing terbesar di India ( jantan berat badan 44kg dan betina 36kg ) dan sangat tahan lasak serta bersifat dwi-fungsi dipelihara untuk bekalan daging dan susu. Jamnapari juga di ketahui seluruh dunia dalam fungsinya meningkatkan dan memperbaiki kualiti kambing keturunannya seperti kambing Anglo Nubian dan Damascus.

Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.

Berbiak Kembang Dengan Pintas

Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.

Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal

Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia

Penternakan Jamnapari

Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.

Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.

Pembiakan Jamnapari

Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.

Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.

Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.

Kamis yang stylo..tyco classiq the lagend


Fuh stylo bro Kamis masa ni..17 tahun..umo maso ni..gambar dirakamkan oleh Cikgu Yusof di Pengkalan Kempas, PD. Aku pun ingat2 lupa apa motif Cikgu Yusof bawak kita orang ke sini. Kamis difahamkan jadi Ustaz. Dulu mengajar kek Putrajaya, sekarang dah pindah Gemencheh. Koba ee mengajar kek sekolah Cino. Kok boto, calling le kitorang..wei..

Tuesday, March 03, 2009

Arlina 2


Dulu aku pernah siarkan juga gambar sahabat kita Arlina. Tapi gambar zaman sekolah. Gambar di atas sewaktu Arlina masih bertugas di salah sebuah bank di KL pada tahun 1997. Alhamdulillah, masih dapat juga bertemu walau sekian lama. Cuma selepas lebih 10 tahun ini, kita masih 'kehilangan' berita sahabat kita Arlina. Di mana dia agaknya? Gambar di atas dirakamkan pada tahun 97 sewaktu majlis makan malam TV3 yang dibuat di PWTC di mana waktu itu aku masih bertugas di sana.
Doa aku dan kawan2 di blog, jika empunya diri terbaca, moga2 dilimpahkan Allah Rahmat dan kebahagiaan buatnya sekeluarga.
ps - teringat cerita Apak yang (terpaksa) datang beraya rumah Arlina di Gadong 2 - 3 kali sehari. X pe, sirap rumah aku banyak lagi, kata Arlina. Sebenarnya, Apaq jadi pemandu pelancong untuk kengkawan yang x tau jalan nak ke rumah Arlina.

Monday, March 02, 2009

Kenangan di SMAP - Labu.



Gambar kenangan bersama aktivis seni/penulis - Mana Sikana di depan sek Men agama Labu.



Mari sama membantu

Ada seorang hamba Allah telah menghantar email kepada aku tentang satu projek yang boleh aku simpulkan sebagai pembangunan IT. Agak menarik dan mempunyai potensi yang besar demi kemajuan dan pembangunan IT di sekitar Ulu Gadong. Dari apa yang di maklumkan, projek ini mempunyai target dan sasaran kepada pelajar-pelajar SMAHMYUG khususnya golongan anak yatim. Insya Allah, benda yang baik kita sokong! Mudah2an usaha murni ini terus berkembang.

Sunday, March 01, 2009

Rock yeeeaahhh!


Di awal kemunculannya, mamat ni lebih selesa dengan tarian bangra. Sehinggakan di satu ketika mamat ni sanggup membotakkan kepala demi tidak mahu dikejar peminat. Ramai yang tidak tahu, bila mamat ni sanggup menoreh getah dari siang membawak ke malam hanya untuk menukar imejnya seperti gambar di atas. Sampai jahanam le pokok getah tu..agaknya. Hari ini, mamat ni boleh berbangga dengan kejayaannya dengan membuat aksi 'miming'. Aksi tersebut sempat dirakam secara candid oleh seorang cleaner yang baru balik dari kerja overtime di belakang sebuah kantin lama sekolah. Syabas untuk mamat ni..serba boleh!

Chef Mokh lagi..


Mokh sekarang ni serupa jugak macam celebriti. Kerja kat hotel tu macam syarat je. Aku x pelik jika kawan aku ni meletop jugak nama dia besok. Ya lah..dari seorang pemotong sayur biasa hinggalah hari ini bergelar seorang Exec Chef ( ketuo tukang masak la.. ). Syukur dan aku jugak tumpang banggo dengan kejayaan ko. Teruskan usaha ko bergambar dengan artis-artis yang lain pulak.. Adan mesti bengkak ni..