? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 21, 2010

Adan kehilangan beg...







Sian sahabat kito..Adan yang kehilangan beg duit ee..huh..payah oo..macam2 nak kono buek. Dari I/C sampailah pado lesen dan sebagainya. Sobarlah Dan...pado kengkawan cubo2lah cari beg duit Adan tu...mano tau kok jumpo..contoh beg duit Adan macam kek ateh tu..warno pink yo..dalam beg tu ado keronsang...blue color...tolong cari ye...

Cuman...bisnes lagi..

Wah..baguslah..Cuman diam x diam ada bussines lain ghupo ee...den puji kau Man..mudah2an usaha kau diberkati Allah.
Jadi, pado kengkawan yang menyupport ( ado ko istilah ni?) lawatilah blog :

Wednesday, January 20, 2010

Jemputan kahwin-




Anuar b Alias.
21hb Feb 2010


no 32 Kg Datok Mansor Jalan Rasah 70300 Sbn, n9
Sekolah di SMA Repah Tampin tahun 1988
Tel : 013 202 4141
Anuar ni bawah den setahun. Maso sekolah Repah dulu. Maso mulo dio tepon, pueh dem nak ingat, sapo mamat nih. Lamo baru den ingat. Paling dio ingat si Adan lah. Nuar..apo lambek bonar bukak kodai? Apo nak buek..yo tak..jodoh baru sampai. Apo pun tahniah le..Insya Allah...dijemputlah pado semuo geng Repah yang kenal Anuar di majlis seperti alamat dan tarikh di atas.....silakan...sila..silalah...

Jangan marah...


Baik2 Jamil..bawak besikal wan tu...adik angkat ko tu x melasak ko kek belakang ko?

Ayo yo..ini macam pun ada ka?


Macam-Macam: Lelaki terlupa tinggal anak selama lima hari

BEIJING: Seorang lelaki yang pelupa, tidak sedar meninggalkan anak lelakinya di stesen kereta api selama lima hari. Qu Yuxue, 44, dari darerah Changchun, wilayah timur laut China, Jilin, bernasib baik bertemu semula dengan anaknya, Qu Pengxiang, 5. Beliau mengambil masa dua bulan untuk mengesan semula anaknya yang dihantar ke sebuah rumah anak yatim, lapor New Culture Express. - Agensi
Banyak makan somut agak ee..Dah tuo2 ni risau lak..

Alfian mansor - Sayembara lensa


FYANSTUDIO : 013-6076504

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melapangkan masa ke fyanstudio.

Tuesday, January 19, 2010

Selamat Datang bro Alfian Mansor : Ex student 85/86

Ada seorang lagi sahabat lama Gadong mmskan aku gambar dan blognya. Aku nak ucapkan berbanyak terimakasih. Bro Alfian Mansor ex student 1985-86...lah, apolah kau ni Cuman, ex boypren lak... Insya Allah nanti aku publishkan gambarnya yang terbaru buat tatapan semua sahabat. Tak sangka juga, bro Alfian ni cukup talented di dalam fotografi. Cayalah! Blog bro Alfian di sini : http://www.fyanstudio.blogspot.com/
Teringat2...Dulu, den ambik lukisan yo..lukih gambar kacang..hampeh x do goman kacang...

Saturday, January 16, 2010

Besday Jamil


Semalam 14.1.2010 besday Jamil. Lupa pulak yang ke berapa. Alah..muda lagi. Mil.orang rumah ko bagi hadiah apo? Apo..rahsia? Heh eleh...

Apo pun..selamat hepi besdaylah sahabat den..

Friday, January 15, 2010

Info : Solat sunat gerhana matahari


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة
.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”


(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.


Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
http://www.islamweb.net

Tuesday, January 12, 2010

Sekadar mengingatkan..





KULIM – Laba yang diharapkan, bala yang datang. Begitulah nasib ratusan pelabur di daerah ini apabila dianggarkan lebih RM30 juta wang pelaburan mereka lesap begitu sahaja selepas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan skim pelaburan penternakan cacing menghilangkan diri sejak Disember lalu.


Berikutan itu, pelabur terbabit bukan sahaja berputih mata tetapi ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana terdapat wang pelaburan itu dipinjam daripada pelbagai pihak.


Semalam, berpuluh-puluh pelabur berkumpul di hadapan syarikat berkenaan di Jalan Lunas di sini selepas berasa tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan itu.


Mereka mendakwa tidak kurang 3,000 individu dari seluruh negara menjadi mangsa syarikat tersebut yang turut mempunyai cawangan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

kredit : kosmo.com.my
Semangat mereka untuk bersama di dalam sektor ini wajar dibanggakan. Tetapi jalan pintas yang diambil demi meraih keuntungan agak mengecewakan. Memang penternakan cacing mampu mencapai pulangan yang lumayan, namun sikap syarikat setan ini benar2 membuatkan orang akan berpandangan serong pada sektor pertanian.
Aku sendiri di pejabat kerapkali didatangi oleh mereka yang mengadu tentang beberapa syarikat yang gagal menunaikan janji mereka untuk membeli balik hasil pertanian yang telah mereka usahakan sepertimana yang telah pihak syarikat anjurkan. Antara komoditi yang popular ialah serai, ikan keli dan sebenarnya banyak lagi.
Kepada korang yang ada kengkawan yang ghairah nak bertani melalui siri2 kursus sebegini, fikirkanlah semula. Bertanya semula kepada penganjur kursus, adakah kursus ini di bawah pengetahuan agensi yang berkaitan? Contohnya : Ternakan ikan dsb di bawah Jabatan perikanan, lembu kambing di bawah veterinar...tanaman di bawah Jabatan Pertanian. Dapatkan pengesahan sebenar dari agensi berkaitan sekiranya syarikat tersebut mendakwa kursus yang mereka anjurkan 'halal'. Jangan percaya bulat2 pada surat perakuan yang ditunjukkan pihak syarikat...
Korang bayangkanlah..sewa hotel atau dewan seminar ++ sehari katalah baru RM 1500. Satu orang peserta kena bayar katalah RM 300. 10 orang dah berapa? 100 orang berapa pulak untung diorang ni? Lagi satu katalah seorang peserta kursus usahakan projek dan berjaya hasilkan 1 tan. 100 orang dah 100 tan...1000? 2000? Wah besar sungguh pasaran syarikat ni? Betul ke? Terdaya ke diorang nak ambil banyak2 tu? Mana mereka pasarkan? Sejauh mana kekuatan pasaran mereka? Ada perjanjian hitam putih x untuk beli balik? Sanggup x mereka untuk diambil tindakan jika gagal membeli balik seperti yang dijanjikan? Siapa yang sign?
Oleh itu, jangan ghairah sangat. Sebaik2nya rujuk dulu pada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau mana2 agensi2 berkaitan!

Mereka masih hilang!




Sibuk benar orang kita berpolitik. Sibuk! Masing2 nak mempertahankan survival kuasa masing2. Hinggakan mungkin kita sudah seakan terlupa tentang anak2 kecil ini yang masih terus hilang....

Masihkah wujudkah mereka ini? Atau...?

Ya Allah...berikanlah petunjukMu kepada mereka yang lapar dan dahaga kuasa. Kembalikanlah anak2 ini ke tempatnya yang mula...di sisi keluarga mereka yang terus menanti..

Tunjukkanlah kekuasaanMu pada mereka yang tergamak memisahkan anak2 ini dari keluarga mereka!

Monday, January 11, 2010

Info Tani : Ternakan itik telur



Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.


Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.


Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

Besday Hatta....




HEPI BESDAY 2 U....HEPI BESDAY 2 U...HEPI BESDAY 2 HAAATTTTAAAAA...


HEPI BESDAY 2 U..UUUUUUU..

Ko dah tua Ta.....!

Saturday, January 09, 2010

Aku...mutakhir ini..




Salam. Barulah berkesempatan nak updatekan blog. Makin hari makin 'kurang' kengkawan yang datang. Sebab makin hari kengkawan makin sibuk. Blog kengkawan aku yang lain pun nampak dah makin tebal sawangnya. Tak bekomeh...Blog kobun manah pun dah naik semak. Lagi tinggi semak dari pokok ko apo? Blog ABEM update 6 bulan sekali ko? Blog Cikgu Joe pun berjerebu..blog Watashi pun dah hinggap debu..Blog Mokh? Dah rentung kono gulaikan kek dapur..pakai x do lah tuh..orang chef juallah makanan ko resepi ko..kau pi jual baju mandi...lain bunyik ee....Blog Adan yo yang aktif sikit. Aktif macam tuannya jugak. Tahniah le bakal mendapat orang baru...Insya Allah.


Sebenarnya aku cuti panjang di awal tahun. Mulanya 3 hari je...tetapi takdir Tuhan, isteri aku keguguran..masuk wad. Jangkanya yang ke 3..x palah kita merancang..Tuhan juo yg monontukan..Insya Allah, adolah rezeki tu nanti..yang x tahan..anak2 aku asyiklah cium perut Umi dia dok bagi salam kat baby..Oleh itu...terpaksalah aku sambung cuti dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sekejap. Mana anak nak sekolah, mana yang asyik nak berdokong je...Alhamdulillah..orang rumah tambah sihat tetapi masih jugak aku terpaksa uruskan banyak perkara. Membasuh,memasak,kemas rumah...


Takut bini? huh....bukan takut...kesian kat orang rumah...ala..biarlah dia rehat jap...bukan susah sangat jadi 'surirumahtangga' ni...

Thursday, January 07, 2010

klimaks akibat kemurungan...jiwa sakit!











Beristighfar panjang aku. Tergamam.Terkedu.Terkejut. Betapa tergamaknya seorang anak bukan setakat membunuh ahli keluarganya, malah memenggal kepala bapa sendiri. Aku sedih bila kisah2 tragis macam ni terus berlaku. Di Gemencheh, seingat aku awal tahun 1980an, pernah berlaku kisah tragis tragedi pembunuhan seorang pemimpin politik yang cukup menggemparkan negara. Namun dalam beberapa hari ini, berlaku lagi kisah seumpamanya malah aku rasa lebih tragik lagi!

Menurut apa yang didengar dan dibaca, suspek dikatakan bekas pelajar sebuah IPTA mempunyai masalah jiwa iaitu kemurungan. Suspek seringkali dilihat bercakap seorang diri dan banyak termenung.

Aku ucapkan takziah pada ahli keluarga arwah2. Harapnya, ini semua menjadi iktibar pada kita.

Alfatihah....








Sunday, January 03, 2010

Al Fatihah - Bonda Salleh kembali ke Rahmatullah

Hampir 3 tahun lepas, sahabat kita Salleh (atok) kehilangan ayahandanya. Masih berbekas rasa kehilangannya. Semalam, Sabtu 2hb Salleh sekali lagi diuji oleh Tuhan yang Maha Mengetahui. Bondanya yang tercinta kembali dijemput Penciptanya.
Aku, mewakili semua sahabat Gadong merakamkan ucapan Takziah pada Salleh dan seluruh keluarganya. Semoga Allah memberikan kekuatan pada Salleh serta family bagi menghadapi kenyataan ini. Untuk menyampaikan ucapan takziah Salleh boleh dihubungi di no : 012-300 5636
Al Fatihah...

Saturday, January 02, 2010

Rutin biaso maso prep dulu2....




















Huh...inilah perangai kengkawan aku maso prep kek asrama dulu...Dari bilik punyalah hensem.Rambut bersikat dan bersulam tancho sampai 13 lapis! ....dia punya macho macam nak pergi tengok beruang kek zoo....gaya jalan nak ke kelas tu pun ado style...yang pakai terompah tu bukan main jalan hentak2 kaki..seiring dan seirama...Kok ado video klip..maso tu cubolah bayangkan dalam slow motion style sahabat2 den ni berjalan..nak poi kelas je tu..bukan poi mano pun...Gaya, mutu, keunggulan..


Tapi...sampai je kek kelas paling lamo pun 5 minit yolah...lopeh tu....? Haraaammm...macam gambar kek ateh tu lah...cumo den yolah..nampak x den yang kek hujung tu...sedang khusyuk menelaah......

Cuit sikit..nostalgia permulaan sekolah...


Hari pertama mengenal alam sekolah rendah. Tahun 1981, waktu tu aku bersekolah di SRK Sultan Ismail 2 Muar Johor. Bagusnya aku cepat menyesuaikan diri di situ. Jumpa kengkawan, terus ghaib. Apa yang ada dalam kepala tunggu time rehat berlari kat padang. Main galah panjang....Teringat jugak masa tu, selalu beli kuih siput apa ntah yang makcik tu selalu jual tepi pagar sekolah. Kuih tu bergulung bulat dan disirakan dengan kuah sambal. Sekeping baru seposen. Malangnya, aku x lama kat situ..ramai kengkawan yang aku sendiri dah x ingat langsung...


Hari pertama ke Sekolah Menengah. 1987,Sekolah Menengah Agama atas dan Senawi...nama masa tu lah..Duduk asrama. Asrama dah macam rumah panjang kat Sarawak. Bercampurlah Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6...Nasib baik jugak masa tu asrama Maahad dah siap. Maka, mana yang senior tu semua naik atas..istilah naik atas maksudnya pindah sekolah barulah..


Kat Asrama tulah gelaran BOEH tercipta. Brother Zul Godang..ontah mano diam ee orang tuo tu? Suko2 dio nak gelarkan bebudak form 1 ni. Zamani member den tu dapat jadi Penghulu payo, Rodzi digelarnya Sodeh..Ada lagi..lupalah..Asalnya brother Zul tu suruh aku hafal apo ntah..doa ko asmaul husna..aku terlupo sikit. "Kau ni menghabihkan bogheh yo...den panggil kau Boehlah..cam ni...cis...gampang mulut orang tuo tuh..terus melekat...
Sebut pasal duk asrama sekolah Moncheh ni..teringat sungguh aku bila time nak TASMIK...nak test doa yang disuruh hafal dah hafal ke..Asmaul Husna dah lancar ke...aku yang ada sikit x hafal kena buat helikopter...si Rodzi di suruhnya kira sambil menyentuh setiap papan dinding kek surau tu, Zamani kono tiup lampu kalimantang sampai padam...gilo! Sampai 48 x ghayo pun bolum tontu padam! Kalau diingatkan balik..nak togolak pulak..

Tapi...aku jadi insaf pulak bila terkenangkan kata2 Ustazah Sariah dulu, kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan rupa gelaran orang yang kita panggil dengan gelaran itu. Jika baik gelaran yang diberi..baiklah juga kita nanti..jika tidak...


Aduss...terus aku cuba ubah jugak sikap aku nih...biarlah orang panggil aku gitu..janji aku cubalah meminimumkan gelaran yang x baik pada kengkawan...kadang2 x berapa nak jadik..sebab dah biasa sangat...Tapi aku mintak mahap le pada sesapa yang pernah aku gelarkan yang bukan2 tu...

Hari ini, aku terfikir. Kalaulah anak aku sendiri diberi gelaran yang x baik di sekolah...? Camno agak eee perasaan aku kalau aku tahu....?

Friday, January 01, 2010

Azam baru untuk berhenti merokok? Ceh...!


Dari tahun ke tahun,inilah diantara azam yang paling atas rankingnya. Tapi..hapah...biar hujan ribut, sanggup diredah walaupun jauh berbatu. Gila x gilanya...bilalah betul2 boleh berhenti? Nak kata benda ni habit x jugak..tapi bila lepas makan mesti gatal je mulut..Hmm..hari ni menatang ni naik harga lagi....

Huh..peduli apa ya tak....? Ada kawan2 aku yang masa zaman sekolah haram tak usik...tapi bila habis je sekolah..aku tengok dio lagi gilo..polikkan? Apsal jadi cam tu? Dulu zaman sekolah duit mak bapak..dah kojo duit sendiri? cam tu? Makno ee pakai duit sendiri lagi banyak boli menatang tuh?


Alah..aku membebel lak....aku pun sama je...bilolah boleh stop smoking?

Harapan bersama 2010


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Marilah bersama kita mulakan nawaitu dan gerak di tahun baru 2010 masihi ini dengan tekad dan azam untuk terus memperbaiki diri dan sahsiah selaku HAMBA TUHAN yang singgah sebentar di buana yang fana ini
Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, moga kehidupan di tahun ini lebih menyerlah lagi, moga Rahmat Allah berlebih-lebih lagi kepada kita dan semua hambaNya yang setia bersujud dan bersetia di dalam Syahadah!
Moga Malaysia bumi tercinta, lebih makmur, lebih harmoni, lebih aman,lebih nyaman, dan lebih SELAMAT untuk didiami untuk kita, keluarga kita, anak2 kita, generasi kita dan untuk seluruh warganya yang benar2 inginkan DAMAI di bumi bertuah ini!
Doa dan harapan kita bersama....Insya Allah.....

Thursday, December 31, 2009

Terimakasih semua...ini catatan yang akhir....


Esok tahun baru masihi 2010. Tahun ganti berganti, bulan berbilang-bilang,hari terus mendatang. 2010! Datang jua! Genap 20 tahun aku menjejakkan kaki ke Ulu gadong buat kali pertama. Sekolah yang paling x glamour dalam N9. Tapi aku bangga! Walaupun aku tak berjaya nak menjadi kebanggaan sekolah, aku bangga menjadi sebahagian dari warga Ulu Gadong!


Dikesempatan ini, aku nak ucapkan terimakasih kepada semua kawan2 yang terus setia menemani aku di blog ini. Alhamdulillah, disebalik sibuknya kita, masih ada ruang dan tempat untuk kita saling melihat sesama. Mungkin gambar tidak sama dengan keadaan kita berdepan, tetapi rasanya memadailah. Syukur, sepanjang 2 tahun melayari blog ini, ramai kawan2 lama yang telah dapat kita hubungi. Malah reunion raya juga saban tahun tambah meriah. Dapat juga aku rakamkan buat tatapan semua.


Ralatnya, ada beberapa undangan sahabat2 yang tidak dapat aku penuhi. Maaf...bukan aku sengajakan, tetapi ada ketikanya tuntutan tugas membataskan masa bukan sahaja dgn kengkawan, ada ketikanya dengan keluarga sendiri! Insya Allah di lain ketika nanti...

Terimakasih kepada Cuman (tokey cili),Mokh (The amazing chef),Joe ( Cikgu bersiong ),Jamil ( the ketak man),Apak ( The little macho),Adan ( The dancing man) Asharuddin ( From Kemaman with love ), Mus ( The funny gengster ), Cak Om ( tokey seluar ), Bjay ( sivaji the thin ), Amie miau (the cabel man ), Bro Afiq ( watashi ), Bro Azmi majid KPT, Maya,Nora,Arlina, malah ramai lagi yang telah sudi mengkritik dan memuji...tanpa korang siapalah blog ni...


Aku juga nak mohon ampun dan maaflah di atas segalan keterlanjuran bahasa dan gurauan kiranya ada yang terguris. Maaflah..aku cuma insan biasa.....

Mudah2an ada sinar baru di tahun 2010 nanti, Insya Allah.....

Wednesday, December 30, 2009

Jawatan kosong 2010!




Well, Alhamdulillah. Lamo x jumpo Ustaz den yang still hensem ni. Dari Ropah bawak kek Gadong. Sompek yo meghaso 'air tangan' ustaz ni...bolomak pipi maso tu...
Semalam dalam Sinar Harian edisi N9/Melaka, ado lak gambar ustaz Mansor. Ghupo ee dah x mengajar lagi, dah naik pangkat gak ee...Alhamdulillah, joki ustaz dan anak2 lah tu..Ustaz Mansor hari ini bertugas sebagai Pegawai Penyelia Sekolah Agama Rakyat dan KAFA NS. Jadi kepada sesiapa yang teghaso nak mengajar tu bolehlah contact JAINS. Amik borang...
Ustaz..macam sey ni boleh lagi x agak ee?

Saturday, December 26, 2009

26 Disember 2004...Tsunami, iktibar sepanjang zaman...




Aku juga awalnya tak tahu dari mana istilah itu muncul, soalnya istilah tsunami seperti bahasa jepun. Menurut jabatan Meteorologi dan Geofisika (BMG), Tsunami berasal dari kata :

Tsu = Pelabuhan
Nami = Gelombang




tsunami_kanji





Tsunami dipakai dan menjadi bagian bahasa dunia, setelah gempa besar yang terjadi pada 15 Juni 1896, yang menimbulkan tsunami besar melanda kota pelabuhan Sanriku (JEPUN) dan menewaskan 22.000 orang serta membadai pantai timur Honshu sepanjang 280 km.


Tsunami adalah gelombang laut yang disebabkan oleh gempa bumi , tanah longsor atau letusan gunung berapi yang terjadi di laut. Gelombang tsunami bergerak dengan kecepatan ratusan kilometer per jam di lautan dalam dan dapat melanda daratan dengan ketinggian gelombang mencapai 30 m atau lebih. Magnitudo Tsunami yang terjadi di Indonesia berkisar antara 1,5-4,5 skala Imamura, dengan tinggi gelombang Tsunami maksimum yang mencapai pantai berkisar antara 4 - 24 meter dan jangkauan gelombang ke daratan berkisar antara 50 sampai 200 meter dari garis pantai.

mekanisme_tsunami

Berdasarkan Katalog gempa (1629 - 2002) di Indonesia pernah terjadi Tsunami sebanyak 109 kali , yakni 1 kali akibat longsoran (landslide), 9 kali akibat gunung berapi dan 98 kali akibat gempabumi tektonik.
Gempa yang menimbulkan tsunami sebagian besar berupa gempa yang mempunyai mekanisme fokus dengan komponen dip-slip, yang terbanyak adalah tipe thrust (Flores 1992) dan sebagian kecil tipe normal (Sumba 1977).

Gempa dengan mekanisme fokus strike slip kecil sekali kemungkinan untuk menimbulkan tsunami.
Tanda-tanda akan datangnya tsunami di daerah pinggir pantai adalah :
Air laut yang surut secara tiba-tiba.
Bau asin yang sangat menyengat.
Dari kejauhan tampak gelombang putih dan suara gemuruh yang sangat keras.



Tsunami terjadi jika :

Gempa besar dengan kekuatan gempa > 6.3 SR
Lokasi pusat gempa di laut
Kedalaman dangkal <>





Alfatihah - Buat semua para arwah yang telah kembali pada penciptanya lantaran tragedi ini....

Pengantin sana sini!


Fuh..hujung minggu yang sibuk! Pengantin sana sini. Rabak jugak poket. Tapi apa nak kata, ini hari orang. Hari kita sampai jugak nanti. Hari kita? Dak..eerrr..maksud aku hari anak2 kita. Kalau panjang umur sempatlah memasing tengok menantu. Dengar2, ada jugak kawan2 kita yang mungkin bakal terima menantu dalam masa 3-4 tahun ni. Alahai..mana taknya, habis SPM terus nikah. Dah tu terus jadi lak tu...

Pantas betul masa berlalu. Inilah yang disebut sebagai transformasi usia dan masa. Sedar tak sedar 2010 dah tinggal x berapa hari lagi...

Wednesday, December 23, 2009

Selamatlah menyekolahkan anak2 kita...







Rasa nyesal jugak kahwin lambat ni. Baru terfikir, bila anak dah masuk darjah satu aku pun dah umur 4o. Apa nak buat, kalau tak, sepatutnya umur 25 lagi dah kawin. Alahai jodohkan? Siapalah kita nak menentukan. Semuanya kuasa Tuhan. Bukan apa, bila pergi pasaraya, banyak yang dah buat sale baju sekolah...aku belum nak rasa semua tu. Insya Allah setahun dua lagi lah kot..kalau ada umur.

Pada kawan2 yang bakal menyekolahkan anak2, tahniahlah. Toksah ceritalah pasal duit ringgit. Dah tanggungjawab ya tak. Kalau 3 - 4 orang yang sekolah, bengkok jugakkan? Alah..sekejap je tuh..Insya Allah rezeki anak2 ada...jangan risau le..






Teringat kata2 Amie, keje kuat2 bukan lagi untuk den, tapi untuk anak bini!

MAAL HIJRAH: SUNTIKAN UNTUK KEUNGGULAN UMAT



Oleh : Prof. Madya Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin
Panel Penulis JAKIM

Pada awal abad yang ketujuh Masehi, masyarakat dunia berada di pintu kehancuran. Kuasa dunia pada abad tersebut yang terdiri dari Kerajaan Empayar Rom (509SM-453M) dan Kerajaan Empayar Farsi (700SM-641M) telah menjunam jatuh akibat rebutan kuasa dan perpecahan di sana sini. Masyarakat Arab yang menghuni Semenanjung Tanah Arab lebih teruk menghadapi keruntuhan akibat daripada keruntuhan moral dan sifat taksub kepada kabilah dan puak. Dunia dalam bahaya kerana keadaan masyarakatnya tidak stabil lantaran kehilangan tonggak pegangan dan moral.

Allah Maha Adil dan Maha Penyayang kerana tidak membiarkan masyarakat manusia terus hancur dan musnah. Allah s.w.t mengutuskan seorang rasul-Nya yang terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam mengimbau kembali peristiwa tersebut, Allah s.w.t menjelaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Dan berpegang teguhlah kepada Tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu) lalu Allah menyatukan antara hati kamu (hingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Kamu dahulu berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (melalui Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayat-Nya'
(Ali ‘Imran:103)

Ayat tersebut antara lain menjelaskan bahawa keadaan manusia yang hampir-hampir rosak binasa dan akan menerima akibat yang lebih buruk di akhirat telah diselamatkan menerusi pengutusan rasul untuk memandu mereka ke jalan yang benar dan akhirnya mereka terselamat.

Bagi mengubah masyarakat supaya berada dalam keadaan selamat, Rasulullah s.a.w telah berhempas pulas mengorbankan segala apa yang ada dan ini diikuti pula oleh sahabat-sahabat baginda yang setia. Dalam tempoh 23 tahun, usaha tersebut dicurahkan oleh baginda dan akhirnya mencapai matlamat iaitu berjaya mengubah dan menyelamatkan masyarakat dunia dari kehancuran dan kerosakan.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w membuat perbandingan tentang usahanya itu yang bermaksud:

'Antara aku dan kamu diumpamakan seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Maka datanglah segala unggas dan binatang-binatang kecil yang berterbangan lalu jatuh ke dalamnya, sedangkan lelaki itu berusaha untuk menahan benda-benda tersebut dari jatuh ke dalamnya. Aku memegang dengan kuat ikatan pinggang kamu supaya tidak jatuh ke dalam api, sedangkan kamu terlepas dari peganganku.'

Hadith ini menggambarkan keadaan manusia yang menuju kepada kebinasaan sedangkan mereka tidak mengetahuinya. Manakala Rasulullah s.a.w pula berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka agar terlepas dari kebinasaan itu. Akhirnya masyarakat Islam di Semenanjung Tanah Arab telah dapat mencabar kuasa dunia iaitu Rom dan Farsi seterusnya muncul selepas itu sebagai sebuah masyarakat yang mengambil alih kuasa dunia.

Tuesday, December 22, 2009

Mokh yang hensem...( tapi hensem lagi aku..kot..)

Aku puji kawan aku yang seorang ni. Terimakasih sebab sudi datang jumpa aku. Walaupun dalam hujan, dia tetap datang dengan motor 'jaguh special edition'nya. Lama juga kitorang sembang. Aku tabik dengan gaya cool Mokh bedepan dengan cabaran dan masalah. Alhamdulillah, akhirnya kebenaran tetap datang pada yang benar. Kekadang heran jugak, kenapa mesti ada kaum yang obses pada hasad dengki ni? Sentiasa nak mencari peluang untuk menjahanamkan orang lain. Alah...pesta dunia ni sementara jee..

Banyak perkara yang Mokh kongsi dengan aku. Aku jadi syok pulak bila Mokh bercerita tentang pengalaman kerja dia. Dari seorang pemotong sayur sampailah ke tahap ini! Chef Exec! Bodek kuat agaknya mamat nih...ha hak..

Sebetulnya hari tu hari yang memenatkan pada aku. Outstation di Shah Alam 4 hari balik terus ke PD. Exam. Tak study apa pun...tawakkal je lah..mujurlah sahabat aku yang kreatif nak mengenakan kengkawan ni sanggup datang ke tempat penginapan aku di Tiara Beach, untuk bersembang. Hilang rasa penat bila mengekek2 aku gelak dengan lawak Mok! Ceh...

Terimakasih Mokh...Insya Allah nanti den sampai yo kek ghumah ko...


Tuesday, December 15, 2009

Syukurlah Mokh....

Salam.Aku berada di Charlton Holidays Shah Alam sejak Jumaat. Apa lagi berkursuslah. Semalam, Isnin baru balik.Hari ini Selasa aku ke PD pulak 2 hari. Penat dan sesekali rasa boring. Tapi, bila dah sampai PD ni, aku cubalah nanti hallo dengan Mokh..itupun kalau dia sudi nak angkat call aku....
Apa pun tahniah Mokh...Cuma harap kau sesekali kena fikirkan jugak jerangkap samar yang sebenarnya masih ada sekeliling kau tu...atau dengan bakat kau tu...carilah dahan berpaut yang lebih kendiri...

Thursday, December 10, 2009

Tahun baru..umur baru...

Hmm..Ya Tuhan..kurang beberapa hari saja lagi tahun baru 2010 bakal menjengah. Sesekali terfikir jugak aku rasa takut bila saban tahun umur terus naik dan naik. Dosa menimbun, pahala entah banyak entahkan tidak...sempat ke tidak...fuh..banyak oo nak dikumpulkan di dalam otak..semuanya berkaitan perjalanan hidup seharian.
Teringat topik yang aku dan Amie miau sembangkan hari tu. Dah umur2 gini, apa saja yang kito buek semuo ee utk keluargo. Kadang2 baju sendiri pun tak berganti..leka nak cari baju anak yo..nampak itu bokonan nampak ini bokonan..ha ha..baju sendiri kadang2 cari kek bundle yo...boto tu mie..
Hari tu maso sembang dgn Amie..aku tersentuh bilo Amie cakap dio nak sangat poi rumah Ustaz Mansor..sobab Ustaz Mansor sobonar ee banyak mongajar den jadi orang..den yo yang buek x kesah..al maklum zaman bebudak maso tu..itulah Mie..bilo kito kehilangan barulah kito sodar akan kehadirannya...Insya Allah nanti kito samo2 usohokan..
2010...umo den meningkat lai...hmm..dah nak masuk 25.....ghupoee...

Tuesday, December 08, 2009

Usaha Bro Afiq wajar dipuji!

Gambar Bro Afiq dan Adzrul ( Abang Mokh )

Aku tabik dengan usaha yang baik yang telah bro Afiq buat. Sanggup ke sana dan ke sini mencari sahabat2 Gadong yang sezaman dengannya. Sedikit sebanyak aku melihat ini merupakan satu semangat setiakawan yang cukup mahal dan tinggi nilainya. Aku hargai semangat bro Afiq.

Bro, mari kita realisasikan reunion Gadong!

Berjumpa Amie....


Jumaat lepas, amie miau dalam perjalanannya ke Melaka, sempat singgah di Durian Tunggal berjumpa dengan aku. Tabik aku dengan sahabat aku yang seorang ni. Lama jugak duduk berbual kek kodai tom yam tu. Macam2 benda yang diborakkan. Hari tu pulak, kebetulannya aku memang sibuk. Penat sebab ada event di MITC. Tapi bila Amy talipon, aku rasa happy pulak. Lama x sembang secara berdepan dgn sahabat aku yang sorang ni.


Terimakasih sebab sudi datang mie..harap rezeki ko bertambah murahlah..jago diri...apsallah kau ni botambah tombam mie?


Wednesday, December 02, 2009

Adan yang glamour....mak tak kisah..


Adan, tahniah le..sebab menang. Aku x nafikan kelebihan kau ni. Bakat seni semulajadi kau ni patutnya datri dulu lagi digunakan. Kalaulah kau join petronas atau RTM aku rasa dah lama kau meletop! Silap2 hari ni bolehlah kawan2 tengok kau di SEHATI BERDANSA. Ye lah..kau pemalukan?

Ado yang tanyo den..apo kojo kau kek MATRADE? Penari ke pemandu? Den tak kisah..janji kawan den glamour..ahh kau jadi apo pun glamour yo Dan..MATRADE x do buek pertandingan bahas ko? Kok ado jangan lupo den...http://syadiena.blogspot.com/

Sekali lagi tahniah!

Thursday, November 26, 2009

Selamat menyambut idul Adha..Selamat berkorban...

Salam.Selamat menyambut Aidiladha. Selamat berkorban kepada yang bakal menumbangkan apa yang dituntut agama. Selamatlah kepada yang berada nun jauh di tanah suci. Insya Allah jika ada izin dari Allah, kami bakal menyusul jua. Selamatlah menunggu daging-daging korban di rumah. Selamatlah menyampaikan amanah Allah kepada si tukang agih. Pastikan daging tu sampai kepada yang patut terima. Jangan pulak terniat nak mencilok daging korban. Kelak akhirat payah nak bersoal jawab.
Selamatlah kepada tuan2 punya haiwan yang nak dikorbankan. Mudah2an Allah memberikan limpah Rahmatnya dihari akhir kita nanti.
Selamatlah kepada semua sahabat selama bercuti. Selamatlah makan berkeluarga. Selamatlah mengawal perut dan kolestrol. Selamatlah jiwa raga waktu memandu. Selamatlah hendaknya sahabat2ku semua, Insya Allah.
Salam Aidil Adha....

Hikmah melakukan Qurban





Hadis : Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu" Riwayat at- Tirmidzi

Huraian : i) Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

ii) Antara hikmah korban adalah: a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s. b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah. c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

iii) Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah: Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Tuesday, November 24, 2009

Renungan : Hikmah mengerjakan haji




Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

HAJI merupakan salah satu daripada rukun Islam. Ia diwajibkan ke atas setiap orang Islam sebagaimana yang telah difardukan melalui Al-Quran, Al-Sunnah dan ijmak ulama.

Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.’’ (Surah Ali Imran ayat 97).


Mengenai kewajipan ibadat haji ini Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam menjelaskan dalam sabda Baginda yang maksudnya:

"Agama Islam itu dibina atas lima perkara bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa Ramadan dan mengerjakan haji.’’ (Hadis riwayat Al-Bukhari).

Maaflah..aku tetap aku..


Jangan berangan nak mengubah apa-apa. Kalau dah ayam tu ayam jugak. Kalau dah itik tu itiklah jugak. Takkan nak jadi merak pulak ye tak. Apolah kawan aku sorang tu. Besar periuk besarlah kerak. Besar poket pun belum tentu ada duit. Nasihat aku berpadalah. Kalau x mewah pun x pe, janji soru x mis. Kalau nak lebih jugak, usahalah lebih sikit. Hallo..dunia hari ni bukan susah sangat nak cari duit. Nak buang duit laaagggi sseennang!!! Betul tak?

He he..aku menceceh ni sebab ada sikit bengang dengan sorang usahawan ni. Asyik nak bergantung je pada agensi untuk majukan bisnes dia. Nasi dah depan mata pun masih nak suruh orang lain tolong suapkan, nak suruh suruh orang tolong kunyahkan ke? Pelik sungguh...member aku kat Bukit Rokan tu..sanggup jual kereta nak buat bisnes. Buat loan..bagai. Kalu nak senang kenalah berkorban sikit. Takut nanti, cepat naik, cepat pulak jatuh...pandai2lah berdikari. Aku ni bukan pangkat besar sangat...aku tolong pun setakat yang termampu je..lebih2 sori..biarlah kau cakap aku skima ke, mat belia ke...bodek ke...aku x kisah..aku x berani nak langgar border...kesian anak2 aku..

Nak berbincang? X da hal..datang pejabat...nak kata aku pandai x lah. Banyak lagi yang aku kena belajar. Nak ilmu pasal cili? Jumpa member aku Cuman. Nak tau pasal bisnes kat oversea? Cuba tanya Adan..Nak tau pasal bisnes internet? Risik2lah kek Wak Jelan. Nak ilmu masak itik? Masak ayam? Belajarlah dengan Chef Aris. Jangan malu...

Aku puji kau nak bisnes..bagus. Tapi sampai bila kau nak tidur ateh buaian? Sampai bila kitorang kena dodoikan kau?


Monday, November 23, 2009

Musim bersunat dah datang..


Bertuahlah bebudak hari ni. Bersunat kat klinik. Guna cara moden. 3 - 4 hari dah boleh berlari. Zaman bebudak aku masih sempat diribakan dengan batang pisang. Berendam dalam sungai. Fuh dia punya feel, masa tu rasa macam anak raja. Bila masuk bab makan aje ada sengal kit. Aduh...itu x boleh ini x boleh. Balik-balik ikan bilis goreng halia...nak baik lama oo..3 minggu jugak.


Cuma aku masih belum ada pengalaman macam2 kawan aku yang telah 'menyunatkan' anak. Hmm..belum rezeki lagi nak ada seorang putera....


Musim tengkujuh datang lagi


Salam. Musim tengkujuh datang lagi. Sudah jadi rutin, setiap hujung tahun pastinya hujan akan turun lebih kerap. Semenjak dua menjak ni pulak, semacam satu igauan pulak, fobia dan trauma mengenangkan begitu banyaknya tragedi yang berlaku. Hati berdebar2 bila tibanya penghujung tahun. Lepas satu-satu. Mudah2an tahun ini tidaklah seburuk yang dulu, Insya Allah.
Bila tibanya tengkujuh, maka harga sayur dan ikan tidak semena-mena melambung. Contohnya, permintaan untuk timun cukup tinggi. Musim hujan lak tu timun ni naik harga...apsal gak ee? harga semasa di peringkat runcit dah cecah RM2.50/kg. Banyak kebun2 sayur banjir dan hasil tanaman rosak. Itu antara faktor. Pasaraya besar pun teruk terjejas sebab kurangnya bekalan sayur. Cili? Tak usah cakaplah..kat ladang aje ada yang dah cecah RM 10.00/kg. Huh..kiralah harga runcit berapa? Untunglah Cuman..buat duit...
Nak beli ikan pun hati2. Ada yang kata jangan beli ikan dari kawasan banjir..takut kuman. Hari tu kawan aku dah jem bekalan siakap 3 tan dari Kelantan. Tak tahu mana nak dihumbankan..aku pun x dapat nak bantu. Semua takut nak ambil. Tambahan pula surat khabar dah war warkan pasal ikan dari kawasan banjir ada masalah kualiti.
Apa pun, itulah senarionya. Musim silih berganti. Hidup tidak selamanya ceria. Ada ketikanya masalah pasti datang. Soalnya, macammana nak berdepan dengan masalah? Ada x orang yang hidupnya happy tanpa masalah?

Friday, November 20, 2009

Iras sapo mamat nih?


Ini bukan Abdul Salam Idriskan? Ghaso ee bukan..ado iras Cuman tak? He he..jgn marah Man..sajo nak ngusik. Lamo kau x jongok kek sini. Mano planning poi bocuti? x kan asyik nak duk kobun yo..