? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 27, 2009

Ustaz Zaharudin - Ex SMA Repah


Pada aku buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang selok belok pengurusan kewangan Islam, eloklah layari http://www.zaharuddin.net/
Ustaz Zaharudin ni, bekas pelajar SMA Repah. Bawah aku setahun. Masih aku ingat, pada tahun 1989, kami digandingkan di dalam pasukan ping pong SMA Repah. Alhamdulillah, pada tahun itu, SMA Repah berjaya mara ke peringkat kebangsaan di dalam MASKAN. Setelah menjuarai peringkat Negeri di Ampangan. Tapi..habih takat tu jelah. Bukan kalah, tapi selepas itu tidak terdengar pula pertandingan peringkat kebangsaan tu.
Hensem boy ni kebiasaannya datang ke sekolah dengan basikal racing dio. Songkok tetap berbunga. Seingat aku di sekolah, dia memang dikenali sebagai pelajar yang low profile. Pembersih dan kemas. Jarang nampak ustaz ni keletah tak tentu hala. Selepas tamat di Repah, aku pun berpindah dan langsung tidak teringat.
Hari ini, Alhamdulillah beliau telah menempa nama sebagai seorang perunding kewangan Islam yang tersohor. Artikelnya selalu tersiar di Metro Ahad. Selain itu di dalam webnya, beliau sering mengupas persoalan Feqah, dan pelbagai maslahat hukum. Walaupun sebelum itu nama sahabat kita ini mula meniti tatkala mengemudi GAMIS dipenghujung 90an.
Alhamdulillah, aku tumpang bangga dan rasa syukur dengan kejayaan anta Din. Mudah2an Allah memberikan anta kekuatan untuk terus membimbing ummah, Insya Allah.

From Felda Bukit Rokan Utara with smile...


Ini semua geng Bukit Rokan dan Rokan Utara. Samo macam Tipah .
Kok nak bertanyo cerita terbaru kengkawan kito, ini nombor ee...
Salizan Wahid ; 012 9250548
Rosli Tumin ( Cilin ) :- 012 905 7150

Siapolah Minah ni?




Kalau x disebutkan namanya, mungkin sorang pun x tau. Hampir 20 tahun tak berjumpa. Bukan jangka waktu yang singkat. Dalam tempoh itu, banyak perubahan yang berlaku. Baik dari segi kehidupan mahupun fizikal kita sendiri. Siapalah kawan kita kek ateh ni?
Oklah, aku kenal dia ni sejak aku di Gemencheh lagi. Bila masuk Gadong, tak sangka jumpa lagi. Tapi masa tu minah ni ragged. Kain gantung, stokin belang, siap ada ropol lagi. member kamching dia sapa? Alah Azizah tuh..yang pernah jugak couple dgn si deris tu...
Anyway jangan marah. Itu cerita lama. Cerita zaman silam kita. Inilah Latifah Afendi. 5 Geografi. Kalau nak bertanya khabar silalah : 013 275 7263 - Tipah. Terimakasihlah pada Tipah yang sudi nak kontek. Dah dua anaknya, 2 hero kata Tipah. Sekarang menetap di Subang. Lupolak nak tanyo lobih2. Korang nak tau sms yolah.
Pah..betulkan..kau x pakai botox?

Wednesday, August 26, 2009

JONIK


Izinkan aku sayang..
menyentuh perasaanmu..
biar bergetar naluriku...
Sayang..
secebis kenangan..
cinta..yang menggegar dada..
Kumpulan inilah yang ditubuhkan sonyap-sonyap belakang kantin. Sorang pun tak tau kecuali Kak Ina. Kumpulan ini begitu aktif selepas time prep maso tu. Kadang-kadang hari Sabtu pun ado jugak jemputan nyanyi dalam bilik air maso budak2 tongah busy basuh baju. Bebudak pun hepi yo ado group nasyid rock ni. Bersemangat sikit basuh baju. kekadang tu..kok ado majlis kek sekolah pun group ni mesti ado. Bukan apo tolong alihkan hujan.
Den tak tahulah..tapi namo group ni kalau tak salah "JONIK"...agak ee..
- Kenangan abadi Joe dan Nik Zulkipri. Sampai hari ini aku tak pasti samada Nik dikatakan sudah meninggal dunia. Aku ada dengar cerita yang mengatakan Nik menghidap barah otak dan terjatuh di Escalator sebuah pasaraya di KL pada pertengahan 90an. Wallahualam

wajah kesayangan cikgu!


Diumumkan, pemenang bagi kategori anak murid kesayangan Cikgu Suzana untuk tahun 1991 ini jatuh kepada...yeah...Jo...Jo..Jo...Johari Osman..


Ekleh...biasolah..Jo..Belia 14 B...


Alah..jeles le..tu..tapi korang tengok..Mariani punya renungan. Pandanglah aku Joe..pandanglah..tapi Joe relax yo..buek x ompok yo kan?..Mano tak ee..ko tengoklah..kain gantung tu..siap selipar sapolah tu..Itu yang Joe jago mato tuh...Joe pun..selipar Suhan tu..selambo yo kau rembatkan Joe?
Joe pun pandai...bukan apo maso tu cover line kek budak form 4 tu...
Joe - Tq sudi hantar gambar ni!

Monday, August 24, 2009

Zailan Ragiman...waduh waduh..


Alhamdulillah seorang lagi sahabat lama dapat dihubungi. Bekas ketuo Umum tahun 1991, Zailan Ragiman. Koba ee duduk kek Palong. Aktiviti ee motong. Tak tahulahkan..kok melawak pulak mamat ni. Dulu den tahu Zailan kojo kek JB. Maso dio kahwin dulu den datang yo. Maso tu bujang lai. Den, Apak dan Adan. Lopeh tu ghaib.....


Zailan boleh dihubungi di : 017 6983670

Friday, August 21, 2009

Nostalgia poso kek Gadong

Poso di zaman sekolah dulu satu pengalaman yang indah sobonar ee. Indahnya bila dikenang saat berbuka puasa di kantin. Beramai-ramai. Lauk ee jangan cakaplah. Kadang2 tu molampuh! Yolah joki anak2 yatim. Ponah yo dapek aiskrim maso buko. Fuh ghaso macam dapek lauk kijang dari gunung. Ulu Gadong ni sekolah bertuah. Maso poso ghamai boto dermawan2 yang datang. Kawan2 yang bertitlekan anak yatim ni mewah duit ghayo. Maso tu kalau dapek dalam seratus lobih dah dikategorikan mewahlah. ( Teringat lak kek Saha )
Memang nostalgia. Time terawih ghamai lah yang mengarut. Bilo time Ust Mansor jadi imam, fuh loktang lah form 5 kek belakang yo tak. Kono lak time Ustaz Mansor balik kampung, terawih dalam biliklah yo tak? Tapi den tak...tak...diulang tak...hak...
Abang Mohdan, Arwah Tok Uban, Kodai det, kerang...aduh..nostalgia poso kek Gadong!

Salam Ramadhan

Salam. Sempena kehadiran Ramadhan Mubarak ini, aku, isteri tersayang juga puteri2ku memohon keampunan buat semua sahabat dan teman yang mengenali dan setia mengikuti blog ini. Mudah2an ini adalah Ramadhan kita yang terbaik dan semoga ianya diterima Allah sebagai pemangkin amalan kita, Insya Allah.
Buat semua, selamat berpuasa...

Renungan Jumaat : Ramadhan : Satu Anugerah


"Setiap amalan anak Adam digandakan pahala. Satu kebaikan bersamaan dengan SEPULUH seumpamanya sehinggalah kepada TUJUH RATUS kali ganda".


Lalu Allah Ta'ala bersabda (hadis Qudsi).


"Melainkan PUASA, kerana sesungguhnya ia(puasa) bagiKu dan Aku lah yang berhak memberi ganjaran pahala dengannya. dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makan minum nya keranaKu. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. satu kegemnbiraan di saat ia berbuka, dan satu kegembiraan lagi di saat ia bertemu Tuhannya. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau Harum Kasturi."


" Barangsiapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keredhaan Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.

Tuesday, August 18, 2009

Pasca HPPNK 09.

Alhamdulillah, selesai sudah sebuah program besar bagi semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan bagi tahun 2009. Kali terakhir Melaka menjadi tuan rumah program sebegini pada tahun 1989 ( kalau tak silap la ). Selepas 20 tahun barulah program besar peringkat kebangsaan ini kembali ke Melaka.
Penat? Memang memenatkan. Bukan sahaja bertarung dengan keletihan tetapi juga cuaca yang panas dan terik turut menjadi 'musuh' di dalam menjayakan program ini. Tetapi aku seronok. Beginilah agaknya mereka yang berjuang di sawah bendang bagi menghasilkan makanan ruji kita. Cuaca panas itulah agaknya yang sering membakar semangat warga tani untuk terus tekun berusaha menghasilkan pelbagai produk makanan buat orang lain yang bergelar pendidik, pasukan keselamatan, kontraktor, pekerja kilang, atau sesiapa sahaja. Tanpa mereka yang bergelar petani dan peladang hatta nelayan mungkin sudah lama Malaysia berwajahkan Singapura?
Dulu aku tidak ada kesedaran tentang pertanian. Aku juga seperti orang lain yang cuma tahu bila ke pasar ada itu dan ini. Tetapi, Alhamdulillah, sejak berkecimpung di dalam dunia pertanian, timbul keinsafan dalam diri. Di antara tugas aku ialah membuat pemantauan tentang bekalan bermula dari ladang hinggalah ke dalam pasaran seperti pasaraya dan sebagainya. Banyak sebenarnya kisah yang aku temui. Variasi kehidupan warga petani alaf ini mungkin tidaklah sedhaif 20 atau 30 tahun dulu. Namun tetap juga terselit keperihan di dalam usaha mereka sebelum meniti kejayaan.
Jauh di sudut hati, aku juga ingin berjaya seperti mereka. Bekerja makan gaji bukanlah tidak bagus, cuma aku tidak mahu menipu diri bila bercakap tentang kepuasan. Bukan duit berganda yang dihambat, cuma kepuasan.
Syukur pada Tuhan yang telah menetapkan takdir aku di bidang ini. Kini aku aku semakin mengerti tentang hikmahNya.
Aku percaya sesungguhnya, 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan!

Friday, August 14, 2009

Renungan Jumaat


Berjumpa Joe di HPPN 09..


Dalam kesibukan menjayakan program HPPN peringkat kebangsaan 09, sempat juga aku berjumpa sahabat lama Joe dan isteri yang kebetulannya ke Melaka pada hari Rabu yang lepas.. Sempat juga bersembang sambil bersarapan serta mengutuk dan mengumpat kengkawan yang dah lamo x dongar ceghito...hak hak.. Memang seronok. Cuma yang x bestnya masa terlalu suntuk. Aku pula bertugas pagi tu. Mujur Joe singgah juga melawat HPPN 09 . Alhamdulillah. Gitulah..ukhwah kito. Walau jauh tercampak..ingatan totap tak putuih....
Joe pun nak copek balik. Nampak x..bakul tu..Joe kono balik copek sobab dio nak masak. Fuh..kau yang masak yo Joe..? Baguih lah kau. Kek Gadong dulu kau makan maggie siap sorok muko dalam almari kan? Takut bona orang nak ngecek. Hah tu lah..amalkan makan mee segera tu lai..apo dah jadi sekarang?
Kepado sahabat den Joe...jangan marah dan berbanyak terimakasih sobab sudi luangkan waktu..mondongar celoteh den..suko boto den jumpo kau..

Saturday, August 08, 2009

Seminggu ni den busy!

Dalam seminggu ni memang aku busy. Maaf jika tak dapat nak join.
Sibuk dengan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Tahun ini Melaka Tuan rumah. Jemput semua datang ke MITC Ayer Keroh Melaka. Bermula dari 10 Ogos sampai 16 Ogos. Kalau nak tengok aku beraksi menjual buah binjai! Juga petai dan jering ( pebret Cuman tuuu), datanglah.
Kalu datang jangan lupa pakai penutup muka. Dan bawa air 100 plus bebanyak! Musim penyakit ni....baiklah berjaga2.

Friday, August 07, 2009

Cikgu Aziz lagi...

Susulan entry tentang Cikgu Aziz...
Ado sahabat yang mengatakan sekarang ni Cikgu Aziz kito tu mengajar di Sarawak. Sekolah mano tak tau lah pulak. Pada sesiapa yang nak berhubung dengan Cikgu Aziz..silakan...
019-634 2368

Renungan Jumaat - Pertanian




KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.


KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai. Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.


Jika pertanian adalah satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan dan berupaya menceburinya bagi mencari nafkah bagi diri dan keluarganya, maka bertani adalah fardu ain baginya. Begitu juga, jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan kepada seseorang yang ada kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu bidang pertanian yang diperlukan negara atau masyarakat dan tidak ada orang lain yang mampu melakukannya, maka dia juga wajib menjalankan usaha itu.


Namun, apabila ada ramai petani yang mampu melakukan usaha sedemikian, maka menjadi fardu kifayah kepada sesiapa melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Dalam Islam, fardu kifayah lebih mulia dan penting bagi seseorang untuk melakukannya. Hal ini kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam berbanding perniagaan dan perusahaan atau perkilangan. Keadaan ini kerana manfaat pertanian lebih meluas dan kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini.


Ada negara yang dilanda krisis kewangan mengalami kekurangan bahan makanan. Mereka tidak mampu mengimportnya kerana kekurangan tukaran wang asing. Jika, sesebuah negara atau masyarakat itu bergantung kepada sumber luar untuk membekalkan bahan makanannya, keadaan ini berisiko tinggi. Ia mendedahkan negara atau masyarakat itu kepada ancaman dan sabotaj luar pada bila-bila masa.



Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda bermaksud: "Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Begitu penting pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan. Keadaan itu kerana seperti yang dijelaskan, ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada beberapa insentif diperuntukkan dalam Islam bagi sektor ini, sama ada kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.


Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)


Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal.Tidak lama setelah tiba di Madinah, Nabi Muhammad menggalakkan usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)



Hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)



Bagaimanapun, tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu, orang lain berhak mengusahakannya. Peruntukan itu berdasarkan dasar yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya. Tanah dianggap terbiar atau mati jika ia: * Gersang yakni tiada pengairan. * Berpaya atau ditenggelami air. * Tidak sesuai untuk tumbuhan. * Tidak boleh digunakan bagi tujuan lain, selain pertanian. * Terletak jauh daripada penempatan penduduk. * Tidak termasuk dalam kawasan simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah.

Tuesday, August 04, 2009

Mudah2an sihat..



Aku mewakili sahabat ulugadong mendoakan mudah2an abah Adan cepat sembuh dan sihat seperti biasa, Insya Allah. Banyakkan bersabar dan ekau sendiri Dan, jago diri jago kesihatan. Takut kau lak ghobah!

Dah duduk sensorang kek ghumah tu..jangan galak sangat boli sabun...bukan apo..kawan kau yo yang posan ni...k

Cikgu Aziz...


Sekali lagi aku mencilok gambar klasik dari blog bro Afiq. Izinkan dan halalkan yee..Subjek utama gambar ini iolah cikgu Aziz @ k.....terlalu banyak konangan dengan dia ni. Terpandang gambar cikgu Aziz ni aku tak boleh lupa kan Adan..gayanya meniru lenggok cikgu ni menjadi sungguh..
" Ha..kenapo kau ni..x bangun lagi..zasss...zaass..nak kono ko...bangun cepat... " aduh tak kuasa maakkk...

Last aku dengar Cikgu Aziz berpindah mengajar di SMA Johol. Selepas tu x tau..Bro Azmi Majid pun tentu banyak cerita tentang Cikgu Azizkan..almaklum pengawas...

Apa pun..yang sudah tu sudahlah..aku mendoakan Cikgu Aziz berbahagialah hendaknya..serta di rahmati Allah..

Monday, August 03, 2009

Bingkisan dari Cikgu Joe..













Assalamualaikum?

Alhamdulillah semalam aku lalu sekolah ulu gadong untuk menziarahi mak linda yang agak uzur. Orang tua tu kena stroke tapi masih boleh bercakap. Sesiapa ada kelapangan bolehlah pergi melawat.
Ada beberapa keping gambar yang aku ambil tapi aku tak masuk dalam kawasan sekolah. Untuk melepaskan rindu korang ngan sekolah.

Lepas tu aku pergi kedai det tapi dia tak ada sebab ada urusan dalam sekolah. Rupanya abang det dah jadi ajk disiplin bagi sekolah gadong. Aku tunggu gak sambil minam, adalah dalam 1/2 jam tapi mungkin banyak kerja abang det kat dalam.

Walaubagaimanapun aku balik lepas tu.

So gambar yang aku kirimkan ini kalau agak nak paparkan dalam blog terpulang kat engkaulah. Pokok dek kau lah.

Okey, wasalam
ps - Cikgu Joe, terimakasih bebanyak di atas kiriman gambar ini. sayang gambar bersama family linda dan kak Ina tidak dirakam bersama. Apa pun sekali lagi terimakasih dan sama2lah kita doakan yang terbaik buat keluarga Mazlindawati Rani. Syahdu tengok gambar ni. Banyak yang sudah berubah!


Friday, July 31, 2009

Lagi gambar klasik era 88-89 di Gadong!

Ini mesti maso asrama baru masih dalam pembinaan..betul tak bro. Batch den batch yang pertamo dapek duduk...






Fullamak..aku betul2 tabik bro Afiq. Betul2 klasik gambar ni semua. Betul2 aku suka. Rasa nak nangis siot. Bro Afiq, aku 'pinjam' sat gambar ni. Untuk korang semua banyak lagi gambar klasik dari koleksi bro Afiq di SMAHMYUG era 1988-1989 boleh korang tengok di blog WATASHI!
Buat bro Afiq...Thanks a lot!





Zaman dah berubah, dunio dah maju yo tak?


SK Bukit Rokan Utara Satu - satunya Ada Lapangan Golf TAMPIN,

Walaupun terletak di kawasan luar bandar, Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara, Gemencheh, dekat sini, mencipta rekod sebagai sekolah pertama di negara ini yang mempunyai lapangan golf.Inisiatif sekolah itu mewujudkan lapangan golf tujuh lubang di kawasan seluas 4.05 hektar itu membolehkan anak-anak peneroka Felda turut menceburi permainan yang sering dikaitkan dengan golongan elit.Guru besar sekolah itu Abdul Rahman Abdul Samad mencetuskan idea tersebut selepas kejayaan sekolah itu muncul johan tiga tahun berturut-turut sejak 2004 dalam sukan kriket bawah 12 tahun peringkat kebangsaan."
- Takut lak dah tak pandai nak motong..dulu kengkawan den nak pakai seluar kocek tampal ko, nak pakai kasut yang ado namo susah payah gi motong..

Tak do zook..eee

Kau Jamil, jangan kau ingat kau budak lamo kau boleh buek apo-apo...dulu bolehlah..kau kongker...sekarang lain..
Gitulah agak ee sikit lobih kurang bahaso yang imam gunokan..den lupo namo "imam" zaman Hafiz tu. Antara perkataan yang selalu digunakan ...TAK DO ZOOK..eeeontah x faham lak den apo menatang zook..? Tapi itulah dengan gayo mato buntang ee..mulut yang menganga sikit..fuh..imam dio punya maghah..
Itu kenangan maso den mulo masuk Gadong. Bodopan dengan brader2 form 5 maso tu. Nak golak pun ado..
mano lah agak ee "imam" tu? Last jumpo kek Tampin. Dio dongan anak2 ee...Mudah2an dio selamatlah hondak ee..Insya Allah...

Renungan Jumaat


KITA sering diingatkan supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Rakan yang baik akan membawa kebaikan, sebaliknya yang jahat membawa kemudaratan.

Persahabatan Nabi Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar adalah ikatan persaudaraan yang perlu dicontohi umat Islam. Mereka sama-sama terbabit dalam perniagaan sehingga menjadi sahabat karib. Kedua-duanya mempunyai akhlak mulia, sama haluan dalam perjuangan sehingga terjalin kasih sayang dan kemesraan.


Persahabatan Rasulullah SAW dengan Abu Bakar adalah contoh terbaik umat akhir zaman dalam memperjuangkan agama. Ia sewajarnya dijadikan panduan bagi umat Islam memilih kawan yang baik. Keutamaan Abu Bakar di mata Rasulullah dijelmakan menerusi sabda Baginda bermaksud:


Jika ditimbang keimanan Abu Bakar dengan keimanan umat sekaliannya, nescaya akan berat lagi keimanan Abu Bakar.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).


Rasulullah SAW juga meluahkan isi hatinya kepada Abu Bakar seperti dinaqalkan dalam buku susunan Syed Ahmad Semait, Sepuluh Yang Dijaminkan Masuk Syurga, katanya:


“Semoga Allah merahmatimu! Engkau adalah sahabatku! Engkau telah membenarkanku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah membantuku ketika orang lain membiarkanku, engkau telah beriman kepadaku ketika orang lain mendustakanku, engkau telah mententeramkan hatiku ketika hatiku sedang dalam keadaan keluh kesah. Sesungguhnya tiada siapa pun, biar apa pun sekali yang dilakukannya buat diriku yang dapat menyamai apa yang dibuat olehmu.”


Allah SWT memilih Abu Bakar sebagai teman karib Rasulullah SAW dalam mendokong usaha dakwah amat bertepatan sekali.


Mencari kawan yang baik dan mampu membimbing ke arah kebaikanRasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW menggariskan beberapa perkara bagi memilih teman atau kawan yang baik, antaranya :
Hendaklah bersahabat dengan orang yang bertakwa dan berimanSabda Baginda bermaksud:


“Jangan kamu bersahabat melainkan dengan orang yang beriman dan jangan berikan makan kecuali kepada orang yang bertakwa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).


Hindari daripada berkawan dengan yang buruk perangai dan akhlaknyaIbn Asakir menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Jauhilah kawan yang buruk (akhlak dan perangainya), kamu akan dikenali sepertinya.”



Sabda Baginda lagi :


Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud).


Menegur kesilapan kawan di atas perkara yang benarUbadah Ibn As-Samit berkata: Rasulullah SAW mengikat janji dengan kami supaya dengar dan patuh ketika susah dan senang, yang disukai dan dibenci dan jangan merebut sesuatu dari tuannya kecuali ada bukti kekufurannya. Begitu juga, kami hendaklah berkata benar di mana saja kami berada tanpa takut akan penghinaan daripada seseorang yang suka menghina, semata-mata kerana Allah.” (Hadis riwayat Muslim).


Membantu kawan ketika kesempitan Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda:


“Seorang Muslim dengan Muslim yang lain adalah bersaudara, dia tidak menzaliminya dan tidak mengelakkan diri daripada menolongnya, sesiapa yang melepas hajatnya, sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada sesuatu kesempitan, maka Allah akan melepaskan satu kesempitan daripada kesempitan-kesempitan hari kiamat, dan sesiapa yang menutup (keaiban) saudaranya, maka Allah akan melindunginya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Thursday, July 30, 2009

H1N1 : Sedikit info

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini?

CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini. Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?

Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Wednesday, July 29, 2009

Sahabat Gadong lagi...


Mohd Kamal Daud



http://profiles.friendster.com/41281413


"Carilah Sahabat Apabila Dilihat Wajahnya Teringat Akan Allah, Mendengar Perbualannya Iman Kita Bertambah, Bila Mendampinginya Kita Akan Mendapat Ketenangan. Itulah Sahabat Sejati"


Monday, July 27, 2009

Bulan puasa bulan rezeki SMAHMYUG?




Ingat lagi tak? Bila tiba bulan puasa, adakalanya sekolah kita cukup mewah dengan pelbagai program dan majlis berbuka puasa. Syukur sesangat. Mudah-mudahan bertambahlah barakah para penyumbang yang sudi menderma. Aku terjumpa blog ahli RADIO AMATUR ini yang mengadakan majlis serupa di SMAHMYUG tahun lepas. Rupanya, tradisi ini masih berterusan. Mudah2an ianya menjadi satu ibadah buat semua. Kita bila?

Sahabat Gadong...

Danial Farhan


http://wwwhumair-humair.blogspot.com/
Nasr City, Cairo, Egypt
Danial Farhan bin Dolmat.


Latar belakang pendidikan:

Taski ABIM (1989-90), Sek. Keb. Senawang (1991),
Sek. Keb. Seri Kelana (1992-96),
Sek. Men. Agama Hj. Mohd. Yatim, Ulu Gadong (1997-99),
Maahad Ahmadi Gemencheh (2000-03),
Universiti al Azhar, Kaherah (2004-sekarang).

Adan..afro look...


Rasanya Adan lagi macho macam ni...hak hak...Adan kembali menulis. Harapnya Adan kembali menceriakan blog Gadong. Lamo tak dongar kau mengusik kengkawan...

Lagi sahabat Gadong ditemui....

Ida Mufidah Bte Muhammad




Hospital Pakar Al Islam ( dulunya Kampung Baru Medical Centre )
Salam Isnin. Harap semua ceria dan sentiasa dirahmati Allah.


Dalampada aku asyik melayari internet, aku terbuka web sebuah hospital swasta yang tersohor. Apa yang menariknya aku terpandang wajah seorang kakitangan yang dipaparkan. Lama juga aku perhatikan. Takut tersalah.Tetapi bila diamati rasanya memang betul.

Kiranya,dia ni junior aku. Pernah juga aku paparkan gambarnya di blog ini tahun lepas. Masa itu dia baru form 4. Alhamdulillah. Mudah-mudahan kita doakan sahabat kita ini sihat ceria bersama keluarga dan sentiasa diberkati Allah, Insya Allah.

Selamat bertugas!

Friday, July 24, 2009

Renungan Jumaat


Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka iniakan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.Tanda AkhirAkan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


PENUTUP Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Saturday, July 18, 2009

Pelanduk duo serupo kut...











Terkedu aku bila Cuman tanpa rasa bersalah meng emailkan aku gambar2 ni. Serupa macam tak sama. Aku tergelak sorang2 macam nak rak. Entah apasal aku gelak pun aku compius. Kata Cuman, tang kening tebal dah sama dah...ha ha ha...gelak lagi aku.

Kalaulah Cuman ada dopan mato den sekarang ni...den nak salam sambil memakukan telinganya di bonet kereta. Cuman...Cuman...wak nak memerut pun terbantut...

Err...gambar sapo ni sobonar eee? Kuaso Tuhan manusio difahamkan ado 7 berwajah serupo...mungkinlah...
ps- Bukanlah sengaja nak mencari publisiti atau 'masih mengharap', tidak..jangan disalahtafsirkan. Seperti yang pernah den koba dulu, ini semua sekadar satu gurauan. Gambar kek ateh ni pun den ghaso bukanlah gamba yg sobonar. Kobotulan ee samo yo..memasing dah bekeluargo..yo tak...apo yg lopeh tu sejarah. Ado hikmah ee..lagi pun x do sapo ko yg nak bagi den gambar2 lamo zaman sekolah? Den dah nak habih dah..emaillah..kok ado yo..gambar lamo ko gambar baru ko...den sosah yo...

Thursday, July 16, 2009

Info : Ternakan ayam kampung.






Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
Jangan fikir, ternakan ayam kampung tidak menguntungkan. Sebenarnya ia cukup berbaloi jika dibuat secara komersial. Berdasarkan kepada kajian, pengalaman dan pengamatan aku, fuh...lumayan!

Tuesday, July 14, 2009

he he he..

Huh den ingat nak cari bomoh la..kok ado yg pandai tengok2kan..den nak suruh tengokkan sapo agak ee..si MAYA ni...lelaki ke pempuan? Kompius..sekolah gadong ko dulu dio ni?

MAYA...? MAYA...? AYAM...? cam samo lak...isshhh....

Satu lagi...ado korang perasan x..mano hilang ee Hj Shahdan ( Adan )?...rindu pulak celoteh ee..

Monday, July 13, 2009

Bosar..eeee...ish ish...


He he he...perut sapo lagi bosar?....Yang pastinya bukan den lah yo tak...?

Gambar kenangan alumni...


Gambar ini dirakamkan pada tarikh bersejarah penubuhan alumni SMAHMYUG. Sempat bergambar kenangan bersama dengan rakan2 sezaman dan seangkatan, juga Brother Det. Korang tengoklah si Mus...bapak godang eee...ni agak eee yang terlopeh sekor kek PD dulu yo tak?

Impian yang seakan terkubur...


Salam. Sebenarnya perancangan untuk menubuhkan persatuan alumni SMAHMYUG telah pun berjalan seperti yang direncanakan. Dengan usaha gigih Ust Wan dan beberapa orang lagi bekas pelajar ianya telah dirasmikan oleh ustaz Jamil, bekas pengetua SMAHMYUG, bertempat di dewan sekolah yang bersejarah pada tanggal 28 April 2002. Pada peringkat awalnya, kehadiran yang dicatatkan agak memberangsangka. Hampir seratus bekas pelajar dari pelbagai era dan tahun hadir memberikan sokongan.


Namun, disebabkan ramai diantara kita yang terlalu sibuk dengan kerjayadan keluarga, maka perjalanan alumni ini seakan terhenti. Ustaz Wan juga difahamkan telah bertukar. Sedihnya aku. Tetapi aku tidak menyalahkan sesiapa. Kita merancang, Tuhan menentukan. Apakah mungkin impian untuk melihat penyatuan semula semua bekas pelajar SMAHMYUG akan tetap jadi kenyataan? Wallahualam.

Wednesday, July 08, 2009

Maaf-maafkanlah..

Hmm...masih ada lagi ke kawan2 yang bermasam muka sesama sendiri? Bertahun-tahun tidak bertegur? Takkanlah cerita di zaman sekolah dulu terus berbekas di hati? Kalaulah ada..sudah2lah..memasing hidup bukannya lama. Kisah2 pedih dan luka zaman sekolah tu padamkanlah..
Harap2nya tidak adalah..kepada yang bersedia memafkan Alhamdulillah..kepada yang masih selesa terus bermusuhan, teruskanlah..kita bukan bebudak lagi ye tak..?

Monday, July 06, 2009

Hepi best day ... buat diri sendiri...arrghhh..

Hari ini, 6 Julai, seperti juga hari yang lain. Hari ini aku memaksa diri merenung perjalanan jauh yang telah aku rentasi sepanjang hidup. Jatuh bangun, kecewa bahagia, dosa pahala. buatkan aku terfikir sebenarnya 'betapa tuanya' aku di dalam kefanaan alam Tuhan ini.
Apa yang telah aku dapat? Apa yang telah aku kecapi? Kekayaan? Jauh...kebahagiaan? Ya..anak2 adalah penawar kepahitan yang paling ampuh. Kerja? Ah..bosanlah nak bercakap pasal kerja...tidak pernahnya surut..makin hari makin bertambah..
Tetapi, apa yang lebih utama, betapa bersyukurnya aku,bila pada usia yang genap 25...25? hak hak..aku masih mampu berdiri dan menatap wajah2 tersayang...
Untuk diri aku sendiri...selamat hari ulang tahun! Terasa sungguh dah tua...atau mungkinkah ini ulangtahun kelahiran yang terakhir? Ya Allah...

Friday, July 03, 2009

Al Fatihah..

Den mewakili kengkawan menyampaikan salam takziah buat JAMIL BIN ITHNIN yang telah kehilangan bapanya pada awal pagi Jumaat 3 Julai 09 pukul 3 pagi.

Kita tumpang bersimpati dengan apa yang berlaku. Mudah2an Jamil dan keluarga cukup tabah menerima ketentuan Allah. Sesungguhnya kita yang masih hidup ini juga hanya menunggu giliran untuk kembali kepada yang Maha Esa. Untuk hubungi Jamil - 012-904 2937

Sekali lagi dari kami - TAKZIAH. Al Fatihah.

Wednesday, July 01, 2009

Aduh...tak ingat le aku...


Nama Penuh : Mohd Taufik Mhd Judah
Nama Panggilan : Afiq

Umur : 36 TahunTel : (012) 301 2569

Email :
afiq1910@yahoo.com
Aku betul2 x boleh nak ingat bro..yang aku tau duduk atas kerusi tu Hasmarafis...dan..sapa sorang lagi agak ee..lupalah..fiq..
Anyway thanx a lot..join 'ULUGADONG'.....

Di gadong...macam2 adaaa...


Rasanya pernah den paparkan gambar trio taiko klasik ni..Bukan apa den rindu kek diorang..Yang tinggal cumo Nadri dan Salleh. Allahyarham Iskandar Bin Ateen telah lama dijemput Allah. Semuanya dari SMA Repah. Sama2 belajar pandai sampai berjaya masuk Sekolah Gadong...hak hak maghah ko?
Best apo..sekolah Gadong...macam2 kito belajarkan? Ilmu Akhirat...Ilmu dunio..ilmu panjek momanjek..intai mongintai..Ilmu......hisab maso tulah..( Sekarang Matematikkan? )
Musazali Sabirun...apo lai ilmu yang kau belaja kek Gadong?

Lupolah pasal gambar ni..


Den ingat2 lupalah gambar ni. Masa nak pergi mana agaknya? Pertandingan apa ya? MASKAN ko? Syarahan kut? Entahlah..lupa. Kok Adan ingat lai..tolong kobakan..tahun 1991 ni..
Bukan apa den cumo nak kobakan..yang maso ni den raso hensem sangat....tu je...

Awek baru gua maso tu....


Lamanya tidak update blog kesayangan. Maaf semua. Alasan klise...ssiiibbuukk... Terimakasih pada yang masih sudi berkunjung. Den hargai semuo yang datang ke sini. Ado Afiq, Maya, Mus dan Asharudin. Maaf yo..
Afiq? Hasmarafiz ko? Kalau betul kata betul...Maya..ni kengkadang kompius jugak..alah..beritau aje sapa. Bukan polis tangkap pun. Din, hari itu aku kursus di Kuala Tahan, Tembeling. Maaf sebab x sempat nak reply sms. Anyway..aku hargai kau..
Yang lain? Adan? Mokh? Jamil?..ha kek ateh ni..gambar Jamil selepas habis sekolah. Inilah aweknya yang baru maso tu..lopeh putus dengan N...hah hah.jiwang karat siot mamat nih...nak tergelak aku bila kenangkan kisah cintan mamat ni dulu....handsome kawan aku ni masa umur 22. Alahai...gambar 13 tahun dulu..sapo2 pun hensem yo tak? Cubo sekarang...huh..hampeh..lobih lagi si Adan...

Wednesday, June 17, 2009

MAYA dan kursus lagi..

Maya...misteri ni..tapi aku rasa aku tau sapa MAYA..ni..issh..ado lak Ustazah Mala..sodap kau yo dan...Apak?....Hmm..ado sikitlah kaitan..eee..Tunggulah..Din..terimakasih sobab singgah..
Minggu ni den x do kek Melako..kursus lai..kali ni kek Pahang..tunggu nanti den ceghito banyak lai...

Saturday, June 13, 2009

Sori...lamo x update...

Salam...

Rutin cuti sekolah. Aku tidak ke mana. Tetap juga dengan alasan klise. SIBUK! Impaknya, aku jadi bertambah bosan. Kalaulah ditakdirkan aku berkepak sekarang, mahu juga aku terbang jauh..jauh dari kesibukan dunia.
Blog pun lama juga tidak diupdatekan. Aku cuma mahu ubahsuai sedikit sahaja lagi. Maaflah..
Sepanjang cuti ini, aku terima juga call dari Cuman, Saleh, Hatta dan Arlina. Terimakasihlah..pada yang masih mengingati. Cumo Hatta yo yang aku ralat kit.. kau orang tau apsal..?
Dio tepon den..dio koba dio kek Melako. Kobotulan den botugas kek TESCO ado program promosi IKS dan buah-buahan. Den koba datanglah Tesco kok nak jumpo...Dio tanyo den..ghamai x orang kek Tesco? Den kobalah, x do orang langsung, kalau kau datang baru ado 15 orang! Hari Sabtu..faham2 ajelah kan..
Maghah lak deh..amboi..dah x boleh gurau pulak. Malam den sms..mano Ta..koba nak datang? Dio jawab, den dah balik Soromban!
Hampeh!!

Thursday, May 28, 2009

Seorang lagi kawan lamo kito. senior kito...


RE: sesamolah kito.‏
From:
cimie ... (cimmiect@hotmail.com)
Sent:
Wednesday, 27 May, 2009 1: 15 AM

Semalam baru den jumpa hatta kek spital putrajaya, dia tgk adik dia bersalin...secara kebetulan...Ekau kek fama melaka, ada kawan den kojo kek JKM Wisma persekutuan...Zamri Abu Lis...tu pun kalu ko ada meeting apo-apo kek situ...
ni no den 017-6826205(HP) 03-88835258 (P)..Mohd Azmi Abd Majid Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..
Ni den bagi kawan-kawan den kalu yg lain tu mungkin diaorang ada nombornya mcm akak Zailan..Jailah.......Ada la den jumpa Johaslin kek royale bintang soghomban tp tak ambik no dia...kojo kontrkator..Sobona eee den pun tak larat nak call semua coz kawan-kawan SPM lain, STPM lain, Form 6 lain, Diploma Lain, Degree lain, dan advance Diplom lain...so nak call semua mati ooooo....Bagus n Tahniah la wat Blogg ni... Hafez0166202080Farezz-0192499621 Udin Tompel-012-2619411 Faezah Tampin-0122128837 Nizam-0126515867 Khairul Bernama-0122925838 Rizal Jopon-0126142994 sarina-0136701216 Zaridah-0123132551
Alhamdulillah...dan berbanyak terimakasih. Sudi menjengok dan sudi lagi terus mengukuhkan silaturrahim.