? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, January 22, 2009

Berkelah kito..







Hajat hati nak bawa keluarga berkelah di Pengkalan Balak, Melaka. Cuti panjangkan. Ingat nak memancing sekali. Relax yo tak. Nak sewa chalet? Masalah ee full house..member kobalah..nak join.? Den ingat nak gi hari Isnin, sobab maso tu dah cool sikit. Weekend sosak. cuti



Wednesday, January 21, 2009

Cili fertigasi




Pertanian kini telah mula mendapat tempat di Malaysia. Dari dikatakan sebagai sektor kelas ke 3, hari ini pertanian memacu ekonomi dengan begitu pantas. Kesedaran dikalangan belia juga turut meningkat. Di sana sini kita lihat begitu banyak projek pertanian yang merangkumi pelbagai bidang seperti IKS, perladangan,penternakan dan akuakultur begitu giat dijalankan oleh golongan ini. Hasilnya diraih dengan satu kepuasan. Pokoknya, setiap projek perlulah berjalan mengikut piawaian agar hasilnya nanti turut memuaskan.

Aspek kualiti, penggredan, pembungkusan perlu diketahui oleh setiap penggiat bidang ini. Juga aspek turun naik harga perlukan keperihatinan mereka yang terlibat. Rasionalnya, perancangan untuk mengusahakan sesuatu projek dapat dibuat secara lebih terancang dan sistematik.

Untuk kawan-kawan di Ulugadong blog, sila klik cili untuk sedikit info.

Monday, January 19, 2009

Ini jawapan ikhlas tulus dari hati...

Alhamdulillah..kalau itu yang terbaik. cukuplah berita semasa kawan2 dibaca dari blog ini. memang kalau nak berkisah ttg semalam, lukanya cukup dalam. bodohnya diri kerana masih terus mengenang satu nama yg cukup besar maknanya. bodohnya diri kerana lupa keadaan semasa. Juga tidak terniat utk menagih sesuatu yg mustahil. cuma terkadang nakalnya kawan2 suka memekarkan kembali kenangan lama. Menyuburkan rasa rindu yg sememangnya tidak pernah terpadam. Nama indah itu akan sentiasa hidup, matikanlah jika termampu. Pun begitu masa tidak akan berputar kembali. Kehidupan yg ada tetap diteruskan seadanya selagi hayat berkesinambungan. Kenangan semalam sekadar igauan dan mimpi. Di hadapan masih banyak lagi tanggungjawab besar yang perlu dilaksana.

Maaf jika benar ini MARKONAH, nama ini cukup menyentuh. Memang banyak persoalan yg tertinggal, namun itu bukan pokoknya. jika benar, tiada lain sekadar doa yang diri boleh kirimkan. Segala yang terbaik buat SARIPAH, suami dan anak-anak juga keluarga di PULAU KAPAS. Ikhlas, hati ini cuma mengenang tidak minta untuk ditatang. Cukuplah diri tahu yang empunya nama ini masih terus bernafas,sihat dan berjaya. Dalam usia dan kehidupan sebegini, tidak wajar mengungkit cerita lama.Namun, kenangan itu sekadar masih berbekas, itu saja.

Izinkan nama SUTINAH terus segar di dalam blog ini. Sekadar meraikan memori yg sebenarnya menguatkan lagi silaturahim sesama kami di sini. Nama itu tidak akan mati. Jangan pula disalahertikan, ia bukan mengumpan cinta lama bertaut..tidak sama sekali. Demi Allah tidak! Cuma kami di blog ini, suka mengusik sesama dengan menjadikan kisah lama sebagai modal bermesra sekalipun masing2 jauh ke serata. Walaupun hakikatnya, ia tetap memori indah dan luka yang paling sukar terhapus! Maaf sekali lagi. jika ini bicara yg terakhir, Alhamdulillah. Hikmah Tuhan tiada yang dapat dimengertikan secara tepat. sudi-sudikanlah terus berkunjung ke ulugadong blog...terimakasih.

Aku menerima email dari seseorang yang mengakui dirinya MARKONAH. Awalnya aku fikir kawan-kawan yang sengaja mengusik. Aku tidaklah berapa nak serius. Tetapi bila banyak diantara ceritanya menepati kisah lama aku dan dia, jadi aku mula keliru juga. Sehinggalah dia tersalah tafsir sesuatu dan mengucapkan bye-bye. Namun, jika benarlah itu SUTINAH, tidak mengapa, biarlah ini menjadi jawapan aku yang paling tulus dan ikhlas.

Sunday, January 18, 2009

Mus and sons..


Aku nak tergelak tengok sahabat kita si Mus ni. Macam Shogun samurai dulu..ingat tak? Aku rasa nak lempang aje muka dia..Anyway..inilah keluarga bahagia Mus. Cute anak bongsu kau..Mus. Err..bini kau sorang je kan..?

Monday, January 12, 2009

Luahkan kebencian kamu...













Assalamualaikum sahabat ULU GADONG yang dikasihi...
Ini adalah entry khas. Apa yang aku nak dari korang bukan duit. Tetapi sekadar satu coretan luahan rasa bantahan terhadap kekejaman si bangsat LAKNATULLAH ZIONIS!!!
Sahabat..pandanglah wajah anak2 kecil Palestine yang tidak berdosa ini. Dan pandang pula wajah anak-anak kita. Syukur, anak2 kita masih boleh ketawa riang,makan apa saja. Namun tidak begitu di sana. Mereka 'terhukum' dengan taburan peluru yang melayang menggila dari tiap sudut. Tiada istilah 'bebas'pada mereka.
Doakanlah saudara seagama kita di sana. Hulurkan sumbangan sahabat pada tempat yang sewajarnya. Kita tidak terdaya, namun kita tetap boleh 'berjuang bersama mereka, sekalipun di atas sejadah!
Disamping itu hamburkanlah kebencian kamu kepada satu bangsa yang tidak bernilai di muka bumi Allah ini.
Sibangsat Yahudi!!

Sunday, January 11, 2009

Meniru yo lah Mus..

Gambar ini Mus yang kirim. Terimakasih sahabat. Suasana di dalam 5 Sejarah. Meja orang lain semua sebiji sebiji.Mus dan Zailan saja yang rapat. Korang tahu apasal? Sobab Mus ni lombab kit. Namo yo ketuo asrama putera, dalam kelas asyik nak meniru yo..boto tak? ha ha..nak meniru dongan orang yang pakai baju biru jugak, sudahlah. Muko yang ditutup dengan buku ni sapo lak?

Belakang Zailan, tu sahabat kito, Allahyarham Rahim Maarof.

Saturday, January 03, 2009

Daulat Tuanku - Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11


KUALA PILAH, 29 Dis -- Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, 60, hari ini dimasyhurkan sebagai Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.Istiadat pemasyhuran itu dilakukan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak.Upacara berlangsung di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah. Pemasyhuran Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan yang baru itu dilakukan berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
DAULAT TUANKU!

Sembah Takziah

Pada tanggal 27 Disember seluruh rakyat jelata di Negeri Sembilan terkejut dengan KEMANGKATAN YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN. Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.


Majlis pemakaman telah selamat dijalankan pada 29 Disember 2008 di Makam diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.

Kami, warga bekas pelajar SMAHMYUG 1987-1991 merakamkan ucapan takziah kepada seluruh kaum kerabat di atas kemangkatan Almarhum Tuanku Jaafar. Al fatihah.

Friday, January 02, 2009

Gambar klasik Asharudin 3

Sapo ni woi?

Salam 1430..salam 2009 buat semua

Salam penuh rahmat Maal hijrah 1430.

Berlabuh satu lagi tahun yang baru. 2009.Menginjak seangka lagi usia kita. Warna-warni kehidupan semalam membasahi kanvas hidup yang rasanya baru sekejap tadi dibentangkan. Rasanya baru sekejap tadi kita berduyun mendaftar untuk menjadi sebahagian warga SMAHMYUG. Rasanya baru sekejap tadi kita melihat wajah masing-masing yang penuh celaru. Kenapa mesti Ulu Gadong? Kenapa tidak di Ampangan?Kenapa tidak di Gemencheh? Kenapa tidak di sekolah-sekolah lain yang lebih elit? Kenapa mesti kita membuka lembaran 1990 di Ulu Gadong? Sekolah yang terkenal dengan gangsterisme, buli, liar...sudahlah begitu, jauh terperosok pula di hujung kampung? Kenapa? Hanya Allah jua yang tahu. Bagi aku sejujurnya, tidak sekelumit pun rasa kesal di hati setelah merasakan pengalaman dan memori yang diharung selama 2 tahun itu, rupanya cukup manis untuk dikenang hingga kini. Percayalah, cukup manis!
Salam 2009.
19 tahun jauh berlalu. 19 tahun. Satu jangkawaktu yang cukup lama. Seusia dengan anak sulung Det. Syukur Alhamdulillah, kita masih mampu tersenyum pada usia 35. 19 tahun. Sejarah mencatatkan pertemuan kita pada usia 16 tahun. Dan...Sejarah 19 tahun itu tidak akan usang sampai bila-bila.
Alhamdulillah..dengan izin Allah..kita masih boleh meniti usia itu dan tahun-tahun mendatangnya dengan sabar. Alfatihah buat pengasas-pengasas SMAHMYUG, mereka yang bertungkus lumus merealitikan penubuhan SMAHMYUG, Kakitangan, guru-guru yang ikhlas dan berdedikasi, teman-teman seangkatan yang telah pulang menemui Penciptanya yang Baqa'.
Salam buat semua.