? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 06, 2008

Diari Aidil Fitri 2008 1

Salam. Lama tidak menjengah. Al maklum kesibukan berhari raya sedikit membataskan waktu untuk updatekan blog ini. Apa pun, syukur Al hamdulillah, suasana Aidilfitri tahun ini tetap diraikan seperti juga tahun-tahun yang sudah.
Sabtu, 4 Oktober hari yang 4 Aidilfitri, aku ke rumah Salleh di Rumah Rakyat Repah, Tampin. Bertolak dari Durian Tunggal, Melaka pun terlalu lewat lebih kurang pukul 6 petang. Aku tiba pun 30 minit kemudian. Kebetulannya, adik bongsu Salleh melangsungkan perkahwinan. Jadi, sambil menyelam minum airlah. Sambil meraikan majlis, kita berhari raya bersama. Aku, isteri dan anak-anak dijamu dengan hidangan yang menyelerakan. Kari kambing antara yang membuka benar selera aku. Terimakasihlah pada Salleh dan isterinya yang sudi melayan aku dan keluarga walaupun aku tiba di ambang maghrib.
Syukur sangat, Alhamdulillah Tuhan masih mengizinkan kita berjumpa di dalam keadaan kita yang masih sihat dan masih berkemampuan.
Ahad 5 Oktober Aidilfitri yang ke 5 aku menerima satu panggilan. Aku terkejut juga, kerana orang yang menelefon aku itu, memang betul-betul lama sangat 'hilang' dari mata dan pengetahuan. Masih kenal Azizan? Nama glamournya Sosot. Satu group sebenarnya dengan aku, Hatta, Pak Tam, Cuman, Cilin, Salizan, Syamsul dan beberapa orang lagi dari SMA atas dan Senawi Gemencheh di dalam tahun 1987-88 dulu. Syukur, dapat kita berhubung balik.
Rancangan aku hari itu, ingin ke rumah Jamil di Felda Jelai 4. Mujur juga Jamil tidak balik lagi ke Seremban. Tiba di Jelai, Jamil minta aku terus ke Rumah ibu mertuanya di FJ 1. Berderau jantung, manakan tidak bukan kah 'cinta lamaku' juga di FJ 1? Malah. tatkala aku melewati jalan ke rumah 'mak mertua tidak jadi' di FJ 1, perasaan aku terawang dek kenangan dulu, alahai.
Tiba di rumah Jamil, Cuman telefon. Rupanya dia sudah ada di rumah Azizan di Kg Tengah, Gemencheh dan mengajak aku dan Jamil ke sana. Sebelum bertolak sempat juga aku dijamu dengan mee hoon. Kata isteri aku sedap. Anak-anak aku pun nampak suka dan cepat mesra dengan anak-anak Jamil. Terimakasih juga pada Jamil dan isterinya.

0 komen dari kengkawan: