? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 31, 2009

Hobin Jang Hobin!




Malam ini, aku kalau boleh nak tidur awal. Malas nak layan TV. Macam tak sanggup nak dengar cerita yang upset. Takut yang diharap x menjadi kenyataan. Walaupun besar harapan aku, NS dapat masuk ke Final. Entahlah bola itu bulat. Mudah2an NS berjaya!

malam ini aku ramalkan - NS - 1 vs Terengganu 1

Thursday, October 29, 2009




SELEPAS 42 tahun, hari ini rakyat Negeri Sembilan menyaksikan sekali lagi adat istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11. Istiadat itu berlangsung di dalam Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah.
Daulat Tuanku! Daulat tuanku! Daulat Tuanku!

Monday, October 26, 2009

Jangan pisahkan kami!


Tujuh beradik tak mahu berpisah


KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya."Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya."Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq. Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir di sini meluahkan hasratnya itu ketika melawat adiknya, Mohd. Ikmal Rizal, 8, dan Aisyah Nabila yang dirawat di HSNZ.

Sementara itu, Ikmal ketika ditemui berkata, dia sangat rindu ayahnya dan mahu cepat berjumpa dengannya.Ikmal sehingga semalam belum mengetahui kematian ibu bapanya bersama seorang adik dan neneknya.Cerita Ikmal, ayahnya yang cedera dalam kemalangan ketika itu menyerahkan telefon bimbit kepadanya dan menyuruh dia menghubungi ambulans kerana ketika itu hanya dia yang mampu bergerak. - Kosmo

Sunday, October 25, 2009

Terimakasih kerana mengajarkan sesuatu kepada kami - Lewat novel Senjakala ini




Senja kala adalah kisah kegigihan Kinto, seorang pemburu tua yang turun berburu selama lebih daripada seratus hari. Kinto ingin mendapatkan daging rusa untuk anak perawannya yang sakit. Di dalam novel ini dilukiskan kecekalan hati seorang manusia yang tidak mahu menerima kekalahan, tentang harga diri dan kasih sayang. Ia juga mencakup hubungan manusia dengan Tuhannya, alam, dan sesama manusia. Di atas segala-galanya tersimpan falsafah tentang proses pencarian diri, tentang kewujudan kita yang perlu menerima kekalahan bersandarkan kesedaran pada keagungan Tuhan. Cinta yang patah dengan segala macam kompleksitinya, rendah diri seorang lelaki dengan rindu dan cintanya yang tak sampai, juga terungkap dalam novel ini.

Aku, bola, N.Sembilan dan Apak.....


Negeri Sembilan melangkah ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2009 setelah menewaskan Kuala Muda Naza 3-0 dalam perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, untuk secara agregat menang 5-0 Negeri Sembilan mendapat jaringan pertama pada minit ke-12 menerusi Mohd Shukor Adan.Kuala Muda terus tertekan apabila pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-28 setelah Idris Abdul Karim dijatuhkan dan berjaya disempurnakan oleh Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menjadikan kedudukan 2-0 dan Shahurain Abu Samah menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36.
Masa diperingkat awal, aku rasa NS macam x da harapan je nak pergi jauh. Tapi sedar tak sedar, dah sampai semi final. Momentum macam ni mengingatkan aku pada tahun 2000 dulu. NS cemerlang diperingkat kumpulan, suku akhir, separuh akhir sebelum kalah 2-0 dengan Perak. Harap2 tahun ini lebih baik lagi. Teringat kenangan dengan Apak pada tahun tu. Tengok separuh akhir di Paroi. NS kalahkan Sarawak. Gegak gempitanya macam dah menang final. Paling pedih sewaktu final, entah macam mana tempat duduk di Stadium Shah Alam tu boleh jatuh. Dah tu aku berdiri atas sit tu sorang2 pulak tu. Bila tergolek je , penyokong Perak datang dekat2 boo kan aku...cilakak...bebudak yang lain bukan nak cover, tumpang gelak lagi ada. Bila nak balik pulak aku dah sesat, keluar dari toilet entah dah merabab cari bebudak ni. Habis satu stadium aku tawaf. Bengang sungguh bebudak ni dgn aku. Al maklum aku bukan biasa sangat kat situ. Macam2 kenangan sewaktu NS cemerlang tahun 2000 tu. Kenangan dengan Apak dari dulu sampailah sekarang pun banyak yang x boleh lupa. Apak kalau bercerita kisah ni..togolak sambil x habih2 monyobut...banganglah kau...ceh... x po lah..kau totap kawan den Pak..

Friday, October 23, 2009

azmanatliza@live.com

aku lah kot ado yang kona ko cucu tapa gajah ,den ghaso ado yo kona kek ado yang kona den laie anta lah email korang kek den insya allah kok den baleh.

Jumaat : Sekuntum puisi kasih











Andainya di suatu ketikanya nanti,

tinta ini terhenti,

dan tiada lagi bahasa yang menyantuni kasih,

apakah masih bisa kenangan bertempat disisi?


Alahai, kiranya dendam masih berkesumat jiwa,
maka rebahlah kota ukhwah

yang dulunya kita bina bersama derai tawa airmata

yang dulunya kita dirikan dengan cinta

yang kita raikan kian lama

Andainya tinta ini terhenti,

jangan disimbah api kasih yang marak

ukhwah ini biarlah melata

selagi ada sampainya masa

kita menjadi orang terakhir menjulang memori

Nanti, ziarahlah tanah kasih,

berdiri dan renung kesilaman kisah
riwayat ukhwah sonsong menyonsong

taut bertaut, bertali berarus,

di tanah kasih ini,

telah tumbuh pepohon rendang,

tempat kita berteduh.

Sunday, October 18, 2009

Kengkawan lamo..

Ramai juga sahabat2 pempuan yg rajin singgah semenjak dua menjak ni. Alhamdulillah. Bukan selalu pun diorang ke sini. sesekali. Almaklum, ada lagi tanggung jawab besar mereka di rumah. Kita fahamlah. At least ukhwah tu terus kukuh. Open house rumah Adan hari tu pun khabarnya Tipah dan Zarimah ada. Cuma yang aku rasa nak masukkan lutut dalam hidung Adan tu bukan apa, tak diambilnya gambo! Aduh..masuk dalam blog gambo hp canggih manggih...nak snap samo kengkawan tu buleh x do..X polah..den anggap tu x do rezeki kito nak tengok gambar terkini sahabat2 Gadong.
Tapi den tertanyo, mano lak hilang ee Nora 75? Lamo x muncul. Bro Azmi Majid KPT pun senyap je. Ghamai gak yang tanyo den..Azmi Majid mano? Maklum tahun den pun ado jugak namo Azmi Majid. Tapi Azmi Majid tu jadi Sarjan Tentera Udara. Ini Azmi Majid senior kito setahun. Iyolah kok sudi..x pakso.
Maaflah..x dapek nak masukkan gambar2 terkini, besok nak nak berangkat lak ke Penang. Tunggulah..kok ado gambar lain mmskanlah..

Sedikit renungan, secubit rasa


Salam semoga semuanya dirahmati Allah. Berada di penghujung Syawal membuatkan aku berfikir panjang. Menginsafi apakah ada lagi hayat untuk bertemu bulan2 barakah anugerah Allah ini. Memanglah pertemuan dan perpisahan aturan hidup yang telah ditentukan Allah. Pun begitu, apakah kita bersedia untuk bertemu Tuhan dan bersedia pula berpisah dengan kehidupan?

Subhanallah..

Sunday, October 11, 2009

Usik2 hujung minggu 2

Alhamdulillah, Mokh akhirnya menghubungi aku. Risau jugak. Sejak dari hari tu, alih2 diam je. Ada khabar angin kata Mokh kecewa pasal kambing yang dijanjikan utk kengkawan hari tu x do. Lalu lari nak cover malu sobab dah terpromote lobih2, pi lah bercuti kek Padang, Sumatera. Alih2 tertimbus. SMART masih x jumpa. Ceh..ghupo ee sajo kawan ni tutup hp maleh nak serabut pasal kojo.
Alhamdulillah, bondanya juga terus sihat macam biasa. Lega. Kata Mokh lagi, anak buah ee pulak,baru 7 tahun, tertelan jarum peniti. Masya Allah...abih camno? Dah operate kato Mokh, Alhamdulilah semuo ok. Aduyai..camnolah tu kalau jadi kek anak2 kito. Berhati2lah semuo. Malang kok boleh dibau, boleh yo kito elakkan. Kok x leh camno..tawakkal yo lah..

Usik2 hujung minggu

Salam.Pertama, Adan maaf sebab x dpt hadir di open house kau. Hari ini aku bertolak ke kg mentua kau, Sg Petani. Bukan nak jalan raya rumah mentua kau..aku kat Park Avenue, kursus. Kojolah. Ghaso ee x do kengkawan kito kek sanun kan? Kecuali Saleh. Itupun kek Langkawi..jauh gak..
Harap ramailah kengkawan yang datang dan memeriahkan open house kau di hujung syawal ini. X beritau pun apo menu kau? Maggie campur telur ado x? Pebret mus tu. X kesahlahkan..silaturrahim yg terjalin tu jauh lebih lazat. Bilo dah bekumpo..percayolah apo lauk pun jadi biaso..yg ponting cerito pasal zaman sekolah jugak yg best.
Oklah..terimakasih pada yang terus sudi menjenguk. Ustaz Mansor pun ghajin gak bertandang. Terimakasih ya Ustaz. Masih jelas terbayang, Ustaz kito ni kalau tersenyum kito ingat memang org ee suko sonyum. Silaplah bai..paneh kono lompang dalam doom dulu masih hangat teraso...
ustaz..Datsun buah kana dulu tu buek drift ko?

Friday, October 09, 2009

Ucapan Hari Raya - Ghadafi shahrom ( 1991 - 1992 )



hanafi_vr4@yahoo.com


Hmm..perhatikan betul2. Kenal tak mamat ni? Sebenarnya x banyak berubah. Sejak aku kenal dia dari Sekolah Maahad Gemencheh, kurang lebih inilah size dia...ingat x? Ghadafilah..alah kalau di Gadong sezaman dengan Aziz yang tinggi tu..Masuk Gadong since 1991. Dulu masa di Maahad sapa yang x kenal dia ni? Bucu atap surau tu pun angin dengan 'budak baik' ni..ha ha ha..
Hari ini sahabat kita ni Alhamdulillah..bolehlah dikatakan berjaya. Berjaya menghasilkan dua orang hero. Satu yang aku respek..cinta setia dia ni..orang rumah dia pun dulu Maahad jugak. Cuma puas aku dok perhati..x berapa nak camlah. Gila2 Ghadafi ni pun,cintanya tetap juga bersemi dipelamin yang sebenar. Alhamdulillah..mudah2an kekallah hingga akhir hayat Insya Allah...
Maso kek Gadong hari tu, kau repair x pintu bilik air tu Fi? X dolah den dongar cerito yo...

Open House rumah Adan..jom kito..


Sahabat kita Shahdan mengajak semua sahabat Ulu Gadong ke 'open housenya' di alamat yang tertera. Sesiapa yg berkelapangan datanglah. Dengar cerita ada stage untuk show tarian zapin. Kelasss..dan ada massage...? eerrr...tu aku x comfom lagi..nanti aku cek dulu. Salah nanti naya aku..datanglah ye..bawak family..org rumah Adan macam rupa Sheila mambokan? Adan...lak? Cuman cakap apsal kau dah macam tong gas dan? Terlebih hormon ko? jangan marah den...marah Cuman...

Jauh lagi perjalanan..

Maaf lama x update. sebabnya, biasa, siibuuk. Bosan gak. Tapi apa nak kata, hadap ajelah. Demi keluarga, keje keje keje. Esok lusa aku berangkat ke Sg Petani Kedah. Ada keje, nak mengajar orang selok belok pemasaran produk segar pertanian ni. Seronoknya dapat jalan tempat orang. Macam jugak keje Jamil dan Amy. Tapi diorang lagi dahsyat, elaun masyuk x boleh tahan. Alhamdulillah, selagi terdaya nak panjat kabel..diorang panjatlah.
Aku...? Kalau ikut sifir, lagi 23 tahun nak pencen. Tahun 2032..Ya Tuhan..jauhnya perjalanan. Sempat ke tak sempat nak sampai. Entah2....

Saturday, October 03, 2009

Maaf! Program esok dibatalkan.

SALAM. Begitulah kita merancang Tuhan menentukan. Perancangan untuk berkunjung ke rumah Mokh di PD esok terpaksa dibatalkan kerana Mokh memaklumkan pada awal pagi ini Sabtu 3 Oktober, bondanya yang tersayang telah dikejarkan ke hospital Kuala Pilah kerana lelah. Mokh mohon sampaikan ribuan kemaafan pada sahabat semua kerana perkara yang tidak terduga ini. Difahamkan juga, semua adik beradik Mokh juga turut balik. Sehinggalah jam 3 pm aku cuba juga sms bertanyakan perkembangan bondanya, tapi masih belum mendapat jawapan.

Sama2lah kita berdoa kepada Allah agar bonda sahabat kita ini kembali sihat seperti biasa, Insya Allah.

Thursday, October 01, 2009

Juga yang ini...


Jangan lupo Ahad ni, open house rumah Mokh..ajak kengkawan Gadong..kita reunion kek sanun..

Antara menu Istimewa di rumah Mokh, Ahad ini..




Roti Bengali is an old style roti about three inches wide and six inches long with a dome at the exposed top. I don't know why it's called Roti Bengali as the proprietor is neither a Bengali or from Punjab but whatever it is, this roti can rival any french bread anytime. It has a leathery but soft outer crust but once the bread is sliced, you can smell the engaging aroma of freshly baked flour. It's white bread is soft, moist and fresh. Really delicious! I guess that all those years of experience really shows. You want to see the kitchen? C'mon.. let's go in and find out what makes this bread Ismalia. The flour is mixed in a huge mixer but the to preserve the quality, the buns are kneaded by handlah. The best thing is that all their roti's are baked in deep old fashioned ovens. And you know what?.



They are still using chopped firewood as fuel to bake the hundreds of roti on metallic trays. Wallau! That explains a lot about Ismailia's delicious bread. One roti is charged at 80 cents. Normally you don't buy one. It comes in sets of two. For two person's normally four roti is just about enough. You can't eat the bread at Ismailia as they are not a cafe so they will 'tah pao' (wrap) it up nicely for you to scurry home. The thing is they've got two sets of wrappers. If you are not local or new to Ismalia, they will wrap your bread in plastic bags. This absolutely spoils the bread as the moisture condenses on the plastic and ruins the crust. Instead, ask them to wrap your roti in paper wrappers which are more tolerant of the moisture. If you like roti manis, their's share equal praise with all the rest of the roti's. Eating your Roti Bengali. Sometimes in your busy life, you just need to wind down.

Have ready some slices of roast chicken and roast beef , salads, butter, cream cheese, sliced sweet Holland onions, mayonnaise and not forgetting a cup of ice cold coffee. Make a roast chicken sandwich, have a munch and a sip of coffee while watching the sunset from Batu Ferringhi. I think Ismalia has earned Malaysia a grand title. We now have the capability of baking Bread with World Class Standards.