? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 31, 2009

Layan..jelah

Anyway..kalau nak tau kenapa aku buka entry ini. Cubalah masuk dan layan sampai habis. Lepas tu jangan marah aku lak. Saja..suka-suka. memenuhi masa lapang aku...

lawak cuti merdeka. Kah kah kah...

Sunday, August 30, 2009

Salam merdeka Malaysia!




Seorang anak yang dilahirkan pada 1957, hari ini telah pun berusia 52 tahun. Apakah dengan membesar dan mengharungi kepelbagaian suasana selepas merdeka maka wajar bagi anak itu lebih mengerti erti merdeka? erti kepayahan membangunkan negara bangsa keluar dari kemelut penjajahan. Tidak juga. Tidak semua menginsafinya begitu.


Usia, ada ketikanya hanya angka. Pengisian seringkali tidak sejajar dengan kematangan usia. Tua pada usia tetapi mentaliti masih jauh ketinggalan. Tua pada usia dan mampu pula menjadi panduan pada yang muda. Begitulah, andainya merdeka di beberapa tahun yang mendatang akan hanya dikenang sebagai sejarah semata-mata dan bukannya satu peristiwa yang mampu membangkitkan patriotisme.


Laungkanlah merdeka kerana sememangnya kita telah 52 tahun merdeka! Tetapi barang jangan dilupa, jeritan yang kuat belum tentu lagi melambangkan kekuatan jiwa merdekayang sebenar.


Bertanyalah pada diri, di mana kita andai bumi ini masih dijajah?

Saturday, August 29, 2009

Memoria Hanoi..!




Mokh ni merato dio merayau. Macam2 negara dia dah pergi. Ini gambar dia di Hanoi. Cuba tengok betul2, Nampak tak Suhan, Cak Om dengan Salam?

Happy Chef Family...


Keluarga Bahagia Mokhzani Aris Bin Abu Hassan. Kok ado yang berhajat nak belaja masak ko, nak panggil Mokh buek function ke, nak resepi baik ko..tolong masakkan kek ghumah time korang ghaso maleh nak masak , sudi-sudikanlah call - 019 210 1025

Friday, August 28, 2009

Model..getah pemadam



Jangan pelik la..bila tengok gambar yang dah berusia hampir 20 tahun ni. Memang semua layak jadi model....termasuklah En. Suhan..

Renungan Jumaat - Halalkah Gaji Kakitangan Awam ?

- Pendapatan Kerajaan Bercampur


Soalan :


Betul kah pendapatan kerajaan dibahagi kepada dua akaun? mana buktinya?.Adakah Kastam Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan sebagainya telah asingkan cukai halal dan haram. Jika demikian, bagaimana boleh dikatakan gaji kakitangan awam datang dari akaun yang halal. ?

Thursday, August 27, 2009

Ustaz Zaharudin - Ex SMA Repah


Pada aku buat mereka yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang selok belok pengurusan kewangan Islam, eloklah layari http://www.zaharuddin.net/
Ustaz Zaharudin ni, bekas pelajar SMA Repah. Bawah aku setahun. Masih aku ingat, pada tahun 1989, kami digandingkan di dalam pasukan ping pong SMA Repah. Alhamdulillah, pada tahun itu, SMA Repah berjaya mara ke peringkat kebangsaan di dalam MASKAN. Setelah menjuarai peringkat Negeri di Ampangan. Tapi..habih takat tu jelah. Bukan kalah, tapi selepas itu tidak terdengar pula pertandingan peringkat kebangsaan tu.
Hensem boy ni kebiasaannya datang ke sekolah dengan basikal racing dio. Songkok tetap berbunga. Seingat aku di sekolah, dia memang dikenali sebagai pelajar yang low profile. Pembersih dan kemas. Jarang nampak ustaz ni keletah tak tentu hala. Selepas tamat di Repah, aku pun berpindah dan langsung tidak teringat.
Hari ini, Alhamdulillah beliau telah menempa nama sebagai seorang perunding kewangan Islam yang tersohor. Artikelnya selalu tersiar di Metro Ahad. Selain itu di dalam webnya, beliau sering mengupas persoalan Feqah, dan pelbagai maslahat hukum. Walaupun sebelum itu nama sahabat kita ini mula meniti tatkala mengemudi GAMIS dipenghujung 90an.
Alhamdulillah, aku tumpang bangga dan rasa syukur dengan kejayaan anta Din. Mudah2an Allah memberikan anta kekuatan untuk terus membimbing ummah, Insya Allah.

From Felda Bukit Rokan Utara with smile...


Ini semua geng Bukit Rokan dan Rokan Utara. Samo macam Tipah .
Kok nak bertanyo cerita terbaru kengkawan kito, ini nombor ee...
Salizan Wahid ; 012 9250548
Rosli Tumin ( Cilin ) :- 012 905 7150

Siapolah Minah ni?




Kalau x disebutkan namanya, mungkin sorang pun x tau. Hampir 20 tahun tak berjumpa. Bukan jangka waktu yang singkat. Dalam tempoh itu, banyak perubahan yang berlaku. Baik dari segi kehidupan mahupun fizikal kita sendiri. Siapalah kawan kita kek ateh ni?
Oklah, aku kenal dia ni sejak aku di Gemencheh lagi. Bila masuk Gadong, tak sangka jumpa lagi. Tapi masa tu minah ni ragged. Kain gantung, stokin belang, siap ada ropol lagi. member kamching dia sapa? Alah Azizah tuh..yang pernah jugak couple dgn si deris tu...
Anyway jangan marah. Itu cerita lama. Cerita zaman silam kita. Inilah Latifah Afendi. 5 Geografi. Kalau nak bertanya khabar silalah : 013 275 7263 - Tipah. Terimakasihlah pada Tipah yang sudi nak kontek. Dah dua anaknya, 2 hero kata Tipah. Sekarang menetap di Subang. Lupolak nak tanyo lobih2. Korang nak tau sms yolah.
Pah..betulkan..kau x pakai botox?

Wednesday, August 26, 2009

JONIK


Izinkan aku sayang..
menyentuh perasaanmu..
biar bergetar naluriku...
Sayang..
secebis kenangan..
cinta..yang menggegar dada..
Kumpulan inilah yang ditubuhkan sonyap-sonyap belakang kantin. Sorang pun tak tau kecuali Kak Ina. Kumpulan ini begitu aktif selepas time prep maso tu. Kadang-kadang hari Sabtu pun ado jugak jemputan nyanyi dalam bilik air maso budak2 tongah busy basuh baju. Bebudak pun hepi yo ado group nasyid rock ni. Bersemangat sikit basuh baju. kekadang tu..kok ado majlis kek sekolah pun group ni mesti ado. Bukan apo tolong alihkan hujan.
Den tak tahulah..tapi namo group ni kalau tak salah "JONIK"...agak ee..
- Kenangan abadi Joe dan Nik Zulkipri. Sampai hari ini aku tak pasti samada Nik dikatakan sudah meninggal dunia. Aku ada dengar cerita yang mengatakan Nik menghidap barah otak dan terjatuh di Escalator sebuah pasaraya di KL pada pertengahan 90an. Wallahualam

wajah kesayangan cikgu!


Diumumkan, pemenang bagi kategori anak murid kesayangan Cikgu Suzana untuk tahun 1991 ini jatuh kepada...yeah...Jo...Jo..Jo...Johari Osman..


Ekleh...biasolah..Jo..Belia 14 B...


Alah..jeles le..tu..tapi korang tengok..Mariani punya renungan. Pandanglah aku Joe..pandanglah..tapi Joe relax yo..buek x ompok yo kan?..Mano tak ee..ko tengoklah..kain gantung tu..siap selipar sapolah tu..Itu yang Joe jago mato tuh...Joe pun..selipar Suhan tu..selambo yo kau rembatkan Joe?
Joe pun pandai...bukan apo maso tu cover line kek budak form 4 tu...
Joe - Tq sudi hantar gambar ni!

Monday, August 24, 2009

Zailan Ragiman...waduh waduh..


Alhamdulillah seorang lagi sahabat lama dapat dihubungi. Bekas ketuo Umum tahun 1991, Zailan Ragiman. Koba ee duduk kek Palong. Aktiviti ee motong. Tak tahulahkan..kok melawak pulak mamat ni. Dulu den tahu Zailan kojo kek JB. Maso dio kahwin dulu den datang yo. Maso tu bujang lai. Den, Apak dan Adan. Lopeh tu ghaib.....


Zailan boleh dihubungi di : 017 6983670

Friday, August 21, 2009

Nostalgia poso kek Gadong

Poso di zaman sekolah dulu satu pengalaman yang indah sobonar ee. Indahnya bila dikenang saat berbuka puasa di kantin. Beramai-ramai. Lauk ee jangan cakaplah. Kadang2 tu molampuh! Yolah joki anak2 yatim. Ponah yo dapek aiskrim maso buko. Fuh ghaso macam dapek lauk kijang dari gunung. Ulu Gadong ni sekolah bertuah. Maso poso ghamai boto dermawan2 yang datang. Kawan2 yang bertitlekan anak yatim ni mewah duit ghayo. Maso tu kalau dapek dalam seratus lobih dah dikategorikan mewahlah. ( Teringat lak kek Saha )
Memang nostalgia. Time terawih ghamai lah yang mengarut. Bilo time Ust Mansor jadi imam, fuh loktang lah form 5 kek belakang yo tak. Kono lak time Ustaz Mansor balik kampung, terawih dalam biliklah yo tak? Tapi den tak...tak...diulang tak...hak...
Abang Mohdan, Arwah Tok Uban, Kodai det, kerang...aduh..nostalgia poso kek Gadong!

Salam Ramadhan

Salam. Sempena kehadiran Ramadhan Mubarak ini, aku, isteri tersayang juga puteri2ku memohon keampunan buat semua sahabat dan teman yang mengenali dan setia mengikuti blog ini. Mudah2an ini adalah Ramadhan kita yang terbaik dan semoga ianya diterima Allah sebagai pemangkin amalan kita, Insya Allah.
Buat semua, selamat berpuasa...

Renungan Jumaat : Ramadhan : Satu Anugerah


"Setiap amalan anak Adam digandakan pahala. Satu kebaikan bersamaan dengan SEPULUH seumpamanya sehinggalah kepada TUJUH RATUS kali ganda".


Lalu Allah Ta'ala bersabda (hadis Qudsi).


"Melainkan PUASA, kerana sesungguhnya ia(puasa) bagiKu dan Aku lah yang berhak memberi ganjaran pahala dengannya. dia (orang yang berpuasa) meninggalkan syahwatnya dan makan minum nya keranaKu. Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan. satu kegemnbiraan di saat ia berbuka, dan satu kegembiraan lagi di saat ia bertemu Tuhannya. Dan bau busuk mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau Harum Kasturi."


" Barangsiapa yang mendirikan (malam) Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keredhaan Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu.

Tuesday, August 18, 2009

Pasca HPPNK 09.

Alhamdulillah, selesai sudah sebuah program besar bagi semua agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat kebangsaan bagi tahun 2009. Kali terakhir Melaka menjadi tuan rumah program sebegini pada tahun 1989 ( kalau tak silap la ). Selepas 20 tahun barulah program besar peringkat kebangsaan ini kembali ke Melaka.
Penat? Memang memenatkan. Bukan sahaja bertarung dengan keletihan tetapi juga cuaca yang panas dan terik turut menjadi 'musuh' di dalam menjayakan program ini. Tetapi aku seronok. Beginilah agaknya mereka yang berjuang di sawah bendang bagi menghasilkan makanan ruji kita. Cuaca panas itulah agaknya yang sering membakar semangat warga tani untuk terus tekun berusaha menghasilkan pelbagai produk makanan buat orang lain yang bergelar pendidik, pasukan keselamatan, kontraktor, pekerja kilang, atau sesiapa sahaja. Tanpa mereka yang bergelar petani dan peladang hatta nelayan mungkin sudah lama Malaysia berwajahkan Singapura?
Dulu aku tidak ada kesedaran tentang pertanian. Aku juga seperti orang lain yang cuma tahu bila ke pasar ada itu dan ini. Tetapi, Alhamdulillah, sejak berkecimpung di dalam dunia pertanian, timbul keinsafan dalam diri. Di antara tugas aku ialah membuat pemantauan tentang bekalan bermula dari ladang hinggalah ke dalam pasaran seperti pasaraya dan sebagainya. Banyak sebenarnya kisah yang aku temui. Variasi kehidupan warga petani alaf ini mungkin tidaklah sedhaif 20 atau 30 tahun dulu. Namun tetap juga terselit keperihan di dalam usaha mereka sebelum meniti kejayaan.
Jauh di sudut hati, aku juga ingin berjaya seperti mereka. Bekerja makan gaji bukanlah tidak bagus, cuma aku tidak mahu menipu diri bila bercakap tentang kepuasan. Bukan duit berganda yang dihambat, cuma kepuasan.
Syukur pada Tuhan yang telah menetapkan takdir aku di bidang ini. Kini aku aku semakin mengerti tentang hikmahNya.
Aku percaya sesungguhnya, 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan!

Friday, August 14, 2009

Renungan Jumaat


Berjumpa Joe di HPPN 09..


Dalam kesibukan menjayakan program HPPN peringkat kebangsaan 09, sempat juga aku berjumpa sahabat lama Joe dan isteri yang kebetulannya ke Melaka pada hari Rabu yang lepas.. Sempat juga bersembang sambil bersarapan serta mengutuk dan mengumpat kengkawan yang dah lamo x dongar ceghito...hak hak.. Memang seronok. Cuma yang x bestnya masa terlalu suntuk. Aku pula bertugas pagi tu. Mujur Joe singgah juga melawat HPPN 09 . Alhamdulillah. Gitulah..ukhwah kito. Walau jauh tercampak..ingatan totap tak putuih....
Joe pun nak copek balik. Nampak x..bakul tu..Joe kono balik copek sobab dio nak masak. Fuh..kau yang masak yo Joe..? Baguih lah kau. Kek Gadong dulu kau makan maggie siap sorok muko dalam almari kan? Takut bona orang nak ngecek. Hah tu lah..amalkan makan mee segera tu lai..apo dah jadi sekarang?
Kepado sahabat den Joe...jangan marah dan berbanyak terimakasih sobab sudi luangkan waktu..mondongar celoteh den..suko boto den jumpo kau..

Saturday, August 08, 2009

Seminggu ni den busy!

Dalam seminggu ni memang aku busy. Maaf jika tak dapat nak join.
Sibuk dengan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan. Tahun ini Melaka Tuan rumah. Jemput semua datang ke MITC Ayer Keroh Melaka. Bermula dari 10 Ogos sampai 16 Ogos. Kalau nak tengok aku beraksi menjual buah binjai! Juga petai dan jering ( pebret Cuman tuuu), datanglah.
Kalu datang jangan lupa pakai penutup muka. Dan bawa air 100 plus bebanyak! Musim penyakit ni....baiklah berjaga2.

Friday, August 07, 2009

Cikgu Aziz lagi...

Susulan entry tentang Cikgu Aziz...
Ado sahabat yang mengatakan sekarang ni Cikgu Aziz kito tu mengajar di Sarawak. Sekolah mano tak tau lah pulak. Pada sesiapa yang nak berhubung dengan Cikgu Aziz..silakan...
019-634 2368

Renungan Jumaat - Pertanian




KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai.


KEPENTINGAN bidang pertanian pada pandangan Islam dapat dilihat daripada banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah- buahan yang pelbagai. Kegiatan pertanian dari aspek akidah dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Hal ini kerana tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Melakukan usaha pertanian lebih membuatkan seseorang itu memahami hakikat sebenar tawakal kepada Allah dan beriman kepada kekuasaan-Nya.


Jika pertanian adalah satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan dan berupaya menceburinya bagi mencari nafkah bagi diri dan keluarganya, maka bertani adalah fardu ain baginya. Begitu juga, jika pihak pemerintah mengeluarkan arahan kepada seseorang yang ada kepakaran dan kemahiran dalam satu-satu bidang pertanian yang diperlukan negara atau masyarakat dan tidak ada orang lain yang mampu melakukannya, maka dia juga wajib menjalankan usaha itu.


Namun, apabila ada ramai petani yang mampu melakukan usaha sedemikian, maka menjadi fardu kifayah kepada sesiapa melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua. Dalam Islam, fardu kifayah lebih mulia dan penting bagi seseorang untuk melakukannya. Hal ini kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam berbanding perniagaan dan perusahaan atau perkilangan. Keadaan ini kerana manfaat pertanian lebih meluas dan kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini.


Ada negara yang dilanda krisis kewangan mengalami kekurangan bahan makanan. Mereka tidak mampu mengimportnya kerana kekurangan tukaran wang asing. Jika, sesebuah negara atau masyarakat itu bergantung kepada sumber luar untuk membekalkan bahan makanannya, keadaan ini berisiko tinggi. Ia mendedahkan negara atau masyarakat itu kepada ancaman dan sabotaj luar pada bila-bila masa.



Nabi Muhammad saw menjelaskan kepentingan pertanian dalam sabda Baginda bermaksud: "Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Begitu penting pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan. Keadaan itu kerana seperti yang dijelaskan, ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada beberapa insentif diperuntukkan dalam Islam bagi sektor ini, sama ada kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.


Rasulullah bersabda bermaksud: "Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya: "Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sabda Nabi bererti: "Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)


Mengusahakan hasil bumi dengan bertani dan tanah terbiar adalah antara cara mendapatkan punca pendapatan halal.Tidak lama setelah tiba di Madinah, Nabi Muhammad menggalakkan usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)



Hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)



Bagaimanapun, tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu, orang lain berhak mengusahakannya. Peruntukan itu berdasarkan dasar yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya. Tanah dianggap terbiar atau mati jika ia: * Gersang yakni tiada pengairan. * Berpaya atau ditenggelami air. * Tidak sesuai untuk tumbuhan. * Tidak boleh digunakan bagi tujuan lain, selain pertanian. * Terletak jauh daripada penempatan penduduk. * Tidak termasuk dalam kawasan simpanan penempatan bagi kegunaan masyarakat setempat seperti bagi tujuan padang ragut, tempat mencari kayu api dan tempat melakukan riadah.

Tuesday, August 04, 2009

Mudah2an sihat..



Aku mewakili sahabat ulugadong mendoakan mudah2an abah Adan cepat sembuh dan sihat seperti biasa, Insya Allah. Banyakkan bersabar dan ekau sendiri Dan, jago diri jago kesihatan. Takut kau lak ghobah!

Dah duduk sensorang kek ghumah tu..jangan galak sangat boli sabun...bukan apo..kawan kau yo yang posan ni...k

Cikgu Aziz...


Sekali lagi aku mencilok gambar klasik dari blog bro Afiq. Izinkan dan halalkan yee..Subjek utama gambar ini iolah cikgu Aziz @ k.....terlalu banyak konangan dengan dia ni. Terpandang gambar cikgu Aziz ni aku tak boleh lupa kan Adan..gayanya meniru lenggok cikgu ni menjadi sungguh..
" Ha..kenapo kau ni..x bangun lagi..zasss...zaass..nak kono ko...bangun cepat... " aduh tak kuasa maakkk...

Last aku dengar Cikgu Aziz berpindah mengajar di SMA Johol. Selepas tu x tau..Bro Azmi Majid pun tentu banyak cerita tentang Cikgu Azizkan..almaklum pengawas...

Apa pun..yang sudah tu sudahlah..aku mendoakan Cikgu Aziz berbahagialah hendaknya..serta di rahmati Allah..

Monday, August 03, 2009

Bingkisan dari Cikgu Joe..













Assalamualaikum?

Alhamdulillah semalam aku lalu sekolah ulu gadong untuk menziarahi mak linda yang agak uzur. Orang tua tu kena stroke tapi masih boleh bercakap. Sesiapa ada kelapangan bolehlah pergi melawat.
Ada beberapa keping gambar yang aku ambil tapi aku tak masuk dalam kawasan sekolah. Untuk melepaskan rindu korang ngan sekolah.

Lepas tu aku pergi kedai det tapi dia tak ada sebab ada urusan dalam sekolah. Rupanya abang det dah jadi ajk disiplin bagi sekolah gadong. Aku tunggu gak sambil minam, adalah dalam 1/2 jam tapi mungkin banyak kerja abang det kat dalam.

Walaubagaimanapun aku balik lepas tu.

So gambar yang aku kirimkan ini kalau agak nak paparkan dalam blog terpulang kat engkaulah. Pokok dek kau lah.

Okey, wasalam
ps - Cikgu Joe, terimakasih bebanyak di atas kiriman gambar ini. sayang gambar bersama family linda dan kak Ina tidak dirakam bersama. Apa pun sekali lagi terimakasih dan sama2lah kita doakan yang terbaik buat keluarga Mazlindawati Rani. Syahdu tengok gambar ni. Banyak yang sudah berubah!