Seorang anak yang dilahirkan pada 1957, hari ini telah pun berusia 52 tahun. Apakah dengan membesar dan mengharungi kepelbagaian suasana selepas merdeka maka wajar bagi anak itu lebih mengerti erti merdeka? erti kepayahan membangunkan negara bangsa keluar dari kemelut penjajahan. Tidak juga. Tidak semua menginsafinya begitu.
Usia, ada ketikanya hanya angka. Pengisian seringkali tidak sejajar dengan kematangan usia. Tua pada usia tetapi mentaliti masih jauh ketinggalan. Tua pada usia dan mampu pula menjadi panduan pada yang muda. Begitulah, andainya merdeka di beberapa tahun yang mendatang akan hanya dikenang sebagai sejarah semata-mata dan bukannya satu peristiwa yang mampu membangkitkan patriotisme.
Laungkanlah merdeka kerana sememangnya kita telah 52 tahun merdeka! Tetapi barang jangan dilupa, jeritan yang kuat belum tentu lagi melambangkan kekuatan jiwa merdekayang sebenar.
Bertanyalah pada diri, di mana kita andai bumi ini masih dijajah?
0 komen dari kengkawan:
Post a Comment