SPM 91 tak berapa bulan lagi. Aku ingat lagi di suatu dinihari, awal pagi jumaat, Kira2 pukul 2 pagi kot, aku, Adan, Zailan dan entah siapa lagi masa tu, lupa le, study kek surau. Kononnya study le..hagham..tiba2 entah siapa le yang bagi idea suruh kejutkan bebudak, kononnya dah subuh. Orait.cantik gak. Tak berlengah kitorang pegi naik dorm adjustkan semua jam dinding dan jam-jam tangan bebudak. Setkan pukul 5 pagi.
Lepas set aje, terus kejutkan bebudak form 1 sampai form 4, kononnya dah pagi, nak Subuh. Yang best ee..ghamai yang bangun lak tu. Lagi best, siap beratur g bilik air lak tu dalam keadaan muka yg ala-ala tempe tegelek. Aku dan yang lain macam nak pecah poghut siot, apo tak ee pukul 2.30 pagi macam ghibut bilik air bawah tu. Aku rasa sure ada budak pempuan yang conpius, awatlah bebudak ni mandi gahamai2 pukul 2 pagi ni. Mandi wajib berkelompok ke apa?
Lepas mandi semua siap2 pakai baju melayu, bersamping lagi. hari jumaatlah katakan. Beratur lak tu pegi surau. Memasing tersenggok2 masuk surau. Cilanat, aku rasa ada bebudak form 5 yang duk belakang surau kat pokok nangka bantai tergelak..Aku kat atas cakaplah dgn bebudak ni, masuk waktu azan!
Tiba-tiba, Mat problem tanya aku. Bang, pukul berapa sebenarnya? Kau taulah muka cool mat problem ni..aku pun buat2 marah. Kau x nampak jam kat dinding surau tu..aku tunjuk jam surau pukul 5.20pagi. Tapi bang, jam saya pukl 2.40 pagi. Aku cakap, jam kau salah tu. Eh taklah bang, jam saya ikut TV.
Aduh, aku memang dah tak dapat nak tahan gelak. Aku tergelak macam nak rak dengan bebudak ni. Senak perut aku siot..Bengang betul diorang agaknya.
Cuma x dapat nak bayangkan, buatnya betul2 bebudak ni azan. Azan Subuh apa pukul 2.30 pagi tu? kah kah kah...
2 komen dari kengkawan:
aku penah kena benda ni.memang macam cilako punya lawak.
ha ha ha..adatlah dok asrama..
Post a Comment