? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, January 29, 2010

Hukum facebook - menurut Islam

Oleh Zaharuddin Abdul Rahman

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had
KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Tuesday, January 26, 2010

Layan Facebook

2-3 hari ni asyik layan facebook. Register lama dah..cuma baru2 ni je aku rajin layan. Benarlah seperti yg dikata...memang asyik. Ramai juga sahabat lama yg aku 'jumpa' balik. Dari sekolah Maahad Ahmadi umpamanya.
Harapnya, dah ada FB bertuah jangan blog ni dah x berguna lagi.....
Kalau sudi registerlah jugak kat FB Ulu Gadong....

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat




DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mangkat jam 7.08 malam hari ini (7.08pm today). Baginda berusia 77 tahun.

Baginda, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini dan ekoran itu Jemaah Majlis Diraja Johor telah bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja.
Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh Baginda.


Al fatihah

Friday, January 22, 2010

Lagu pebret Apak..




Selain dari lagu KAIN CINTA PUTIH - PUTRA, lagu ini juga merupakan antara lagu yang menjadi siulan era 90/91. Antara sahabat yang selalu aku tengok rajin menyanyikan lagu ni dalam bilik air..Apak lee..tulah yang buat aku terkenang-kenang...

Alhamdulillah..jumpa lagi kawan lama...


Hari ini biarpun dalam keadaan susah hati sebab kehilangan wallet tapi ada juga berita gembira yang aku terima. Dalam kesibukan aku menguruskan untuk membuat IC tengahari tadi aku dapat panggilan dari seorang sahabat lama sewaktu aku di sekolah Men agama Repah Tampin (1987-1989).

Semenjak dari tahun 1989 sehinggalah kehari ini (23 tahun) aku tak mendengar cerita dia, tetiba hari ini dapat call dari dia. Thanks you ANUAR coz call dan ingatan awak kat aku, Bila dah dapat contact Nuar, aku pun tanyalah no phone sahabat baik aku, KAMAL ABU HASSAN. Ptg tadi aku call KAMAL, seronoknya dapat sembang dengan member lama, apatah lagi dah 23 tahun tak dengar cerita, banyak cerita dibualkan. sempat juga kamal bercerita tentang masalahnya pada aku... Aku memang ada cari Kamal tapi tak ketemu..Rupanya kamal pun ada juga berusaha untuk menjejaki aku..Akhirnya dapat balik berhubung semula.. Hari ini aku berbicara semula dengan kengkawan yg sudah hampir 23 tahun tak bersua, Anuar, Kamal, Ahmad Sherwani dan Azlan.. Bila dapat berhubung semula dengan kengkawan di Repah ini, Teringat dan terimbas kembali zaman itu dan terasa rindu sesangat saat saat itu.

Tapi apakan daya semua itu tidak akan berulang kembali... Hanya kenangan yang indah terpahat dan terpatri di hati...

Apo pun..den tumpang banggo dan rasa syukur pada Allah. Usaha kito untuk menyatukan sahabat lamo nampaknya taklah sia2. Insya Allah mungkin makin ramai lagi. Tidak kiralah dari sekolah mana..sampaikan salam den kek diorang...

Thursday, January 21, 2010

Adan kehilangan beg...







Sian sahabat kito..Adan yang kehilangan beg duit ee..huh..payah oo..macam2 nak kono buek. Dari I/C sampailah pado lesen dan sebagainya. Sobarlah Dan...pado kengkawan cubo2lah cari beg duit Adan tu...mano tau kok jumpo..contoh beg duit Adan macam kek ateh tu..warno pink yo..dalam beg tu ado keronsang...blue color...tolong cari ye...

Cuman...bisnes lagi..

Wah..baguslah..Cuman diam x diam ada bussines lain ghupo ee...den puji kau Man..mudah2an usaha kau diberkati Allah.
Jadi, pado kengkawan yang menyupport ( ado ko istilah ni?) lawatilah blog :

Wednesday, January 20, 2010

Jemputan kahwin-




Anuar b Alias.
21hb Feb 2010


no 32 Kg Datok Mansor Jalan Rasah 70300 Sbn, n9
Sekolah di SMA Repah Tampin tahun 1988
Tel : 013 202 4141
Anuar ni bawah den setahun. Maso sekolah Repah dulu. Maso mulo dio tepon, pueh dem nak ingat, sapo mamat nih. Lamo baru den ingat. Paling dio ingat si Adan lah. Nuar..apo lambek bonar bukak kodai? Apo nak buek..yo tak..jodoh baru sampai. Apo pun tahniah le..Insya Allah...dijemputlah pado semuo geng Repah yang kenal Anuar di majlis seperti alamat dan tarikh di atas.....silakan...sila..silalah...

Jangan marah...


Baik2 Jamil..bawak besikal wan tu...adik angkat ko tu x melasak ko kek belakang ko?

Ayo yo..ini macam pun ada ka?


Macam-Macam: Lelaki terlupa tinggal anak selama lima hari

BEIJING: Seorang lelaki yang pelupa, tidak sedar meninggalkan anak lelakinya di stesen kereta api selama lima hari. Qu Yuxue, 44, dari darerah Changchun, wilayah timur laut China, Jilin, bernasib baik bertemu semula dengan anaknya, Qu Pengxiang, 5. Beliau mengambil masa dua bulan untuk mengesan semula anaknya yang dihantar ke sebuah rumah anak yatim, lapor New Culture Express. - Agensi
Banyak makan somut agak ee..Dah tuo2 ni risau lak..

Alfian mansor - Sayembara lensa


FYANSTUDIO : 013-6076504

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melapangkan masa ke fyanstudio.

Tuesday, January 19, 2010

Selamat Datang bro Alfian Mansor : Ex student 85/86

Ada seorang lagi sahabat lama Gadong mmskan aku gambar dan blognya. Aku nak ucapkan berbanyak terimakasih. Bro Alfian Mansor ex student 1985-86...lah, apolah kau ni Cuman, ex boypren lak... Insya Allah nanti aku publishkan gambarnya yang terbaru buat tatapan semua sahabat. Tak sangka juga, bro Alfian ni cukup talented di dalam fotografi. Cayalah! Blog bro Alfian di sini : http://www.fyanstudio.blogspot.com/
Teringat2...Dulu, den ambik lukisan yo..lukih gambar kacang..hampeh x do goman kacang...

Saturday, January 16, 2010

Besday Jamil


Semalam 14.1.2010 besday Jamil. Lupa pulak yang ke berapa. Alah..muda lagi. Mil.orang rumah ko bagi hadiah apo? Apo..rahsia? Heh eleh...

Apo pun..selamat hepi besdaylah sahabat den..

Friday, January 15, 2010

Info : Solat sunat gerhana matahari


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة
.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”


(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.


Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
http://www.islamweb.net

Tuesday, January 12, 2010

Sekadar mengingatkan..





KULIM – Laba yang diharapkan, bala yang datang. Begitulah nasib ratusan pelabur di daerah ini apabila dianggarkan lebih RM30 juta wang pelaburan mereka lesap begitu sahaja selepas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan skim pelaburan penternakan cacing menghilangkan diri sejak Disember lalu.


Berikutan itu, pelabur terbabit bukan sahaja berputih mata tetapi ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana terdapat wang pelaburan itu dipinjam daripada pelbagai pihak.


Semalam, berpuluh-puluh pelabur berkumpul di hadapan syarikat berkenaan di Jalan Lunas di sini selepas berasa tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan itu.


Mereka mendakwa tidak kurang 3,000 individu dari seluruh negara menjadi mangsa syarikat tersebut yang turut mempunyai cawangan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

kredit : kosmo.com.my
Semangat mereka untuk bersama di dalam sektor ini wajar dibanggakan. Tetapi jalan pintas yang diambil demi meraih keuntungan agak mengecewakan. Memang penternakan cacing mampu mencapai pulangan yang lumayan, namun sikap syarikat setan ini benar2 membuatkan orang akan berpandangan serong pada sektor pertanian.
Aku sendiri di pejabat kerapkali didatangi oleh mereka yang mengadu tentang beberapa syarikat yang gagal menunaikan janji mereka untuk membeli balik hasil pertanian yang telah mereka usahakan sepertimana yang telah pihak syarikat anjurkan. Antara komoditi yang popular ialah serai, ikan keli dan sebenarnya banyak lagi.
Kepada korang yang ada kengkawan yang ghairah nak bertani melalui siri2 kursus sebegini, fikirkanlah semula. Bertanya semula kepada penganjur kursus, adakah kursus ini di bawah pengetahuan agensi yang berkaitan? Contohnya : Ternakan ikan dsb di bawah Jabatan perikanan, lembu kambing di bawah veterinar...tanaman di bawah Jabatan Pertanian. Dapatkan pengesahan sebenar dari agensi berkaitan sekiranya syarikat tersebut mendakwa kursus yang mereka anjurkan 'halal'. Jangan percaya bulat2 pada surat perakuan yang ditunjukkan pihak syarikat...
Korang bayangkanlah..sewa hotel atau dewan seminar ++ sehari katalah baru RM 1500. Satu orang peserta kena bayar katalah RM 300. 10 orang dah berapa? 100 orang berapa pulak untung diorang ni? Lagi satu katalah seorang peserta kursus usahakan projek dan berjaya hasilkan 1 tan. 100 orang dah 100 tan...1000? 2000? Wah besar sungguh pasaran syarikat ni? Betul ke? Terdaya ke diorang nak ambil banyak2 tu? Mana mereka pasarkan? Sejauh mana kekuatan pasaran mereka? Ada perjanjian hitam putih x untuk beli balik? Sanggup x mereka untuk diambil tindakan jika gagal membeli balik seperti yang dijanjikan? Siapa yang sign?
Oleh itu, jangan ghairah sangat. Sebaik2nya rujuk dulu pada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau mana2 agensi2 berkaitan!

Mereka masih hilang!




Sibuk benar orang kita berpolitik. Sibuk! Masing2 nak mempertahankan survival kuasa masing2. Hinggakan mungkin kita sudah seakan terlupa tentang anak2 kecil ini yang masih terus hilang....

Masihkah wujudkah mereka ini? Atau...?

Ya Allah...berikanlah petunjukMu kepada mereka yang lapar dan dahaga kuasa. Kembalikanlah anak2 ini ke tempatnya yang mula...di sisi keluarga mereka yang terus menanti..

Tunjukkanlah kekuasaanMu pada mereka yang tergamak memisahkan anak2 ini dari keluarga mereka!

Monday, January 11, 2010

Info Tani : Ternakan itik telur



Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.


Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.


Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

Besday Hatta....




HEPI BESDAY 2 U....HEPI BESDAY 2 U...HEPI BESDAY 2 HAAATTTTAAAAA...


HEPI BESDAY 2 U..UUUUUUU..

Ko dah tua Ta.....!

Saturday, January 09, 2010

Aku...mutakhir ini..




Salam. Barulah berkesempatan nak updatekan blog. Makin hari makin 'kurang' kengkawan yang datang. Sebab makin hari kengkawan makin sibuk. Blog kengkawan aku yang lain pun nampak dah makin tebal sawangnya. Tak bekomeh...Blog kobun manah pun dah naik semak. Lagi tinggi semak dari pokok ko apo? Blog ABEM update 6 bulan sekali ko? Blog Cikgu Joe pun berjerebu..blog Watashi pun dah hinggap debu..Blog Mokh? Dah rentung kono gulaikan kek dapur..pakai x do lah tuh..orang chef juallah makanan ko resepi ko..kau pi jual baju mandi...lain bunyik ee....Blog Adan yo yang aktif sikit. Aktif macam tuannya jugak. Tahniah le bakal mendapat orang baru...Insya Allah.


Sebenarnya aku cuti panjang di awal tahun. Mulanya 3 hari je...tetapi takdir Tuhan, isteri aku keguguran..masuk wad. Jangkanya yang ke 3..x palah kita merancang..Tuhan juo yg monontukan..Insya Allah, adolah rezeki tu nanti..yang x tahan..anak2 aku asyiklah cium perut Umi dia dok bagi salam kat baby..Oleh itu...terpaksalah aku sambung cuti dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sekejap. Mana anak nak sekolah, mana yang asyik nak berdokong je...Alhamdulillah..orang rumah tambah sihat tetapi masih jugak aku terpaksa uruskan banyak perkara. Membasuh,memasak,kemas rumah...


Takut bini? huh....bukan takut...kesian kat orang rumah...ala..biarlah dia rehat jap...bukan susah sangat jadi 'surirumahtangga' ni...

Thursday, January 07, 2010

klimaks akibat kemurungan...jiwa sakit!











Beristighfar panjang aku. Tergamam.Terkedu.Terkejut. Betapa tergamaknya seorang anak bukan setakat membunuh ahli keluarganya, malah memenggal kepala bapa sendiri. Aku sedih bila kisah2 tragis macam ni terus berlaku. Di Gemencheh, seingat aku awal tahun 1980an, pernah berlaku kisah tragis tragedi pembunuhan seorang pemimpin politik yang cukup menggemparkan negara. Namun dalam beberapa hari ini, berlaku lagi kisah seumpamanya malah aku rasa lebih tragik lagi!

Menurut apa yang didengar dan dibaca, suspek dikatakan bekas pelajar sebuah IPTA mempunyai masalah jiwa iaitu kemurungan. Suspek seringkali dilihat bercakap seorang diri dan banyak termenung.

Aku ucapkan takziah pada ahli keluarga arwah2. Harapnya, ini semua menjadi iktibar pada kita.

Alfatihah....








Sunday, January 03, 2010

Al Fatihah - Bonda Salleh kembali ke Rahmatullah

Hampir 3 tahun lepas, sahabat kita Salleh (atok) kehilangan ayahandanya. Masih berbekas rasa kehilangannya. Semalam, Sabtu 2hb Salleh sekali lagi diuji oleh Tuhan yang Maha Mengetahui. Bondanya yang tercinta kembali dijemput Penciptanya.
Aku, mewakili semua sahabat Gadong merakamkan ucapan Takziah pada Salleh dan seluruh keluarganya. Semoga Allah memberikan kekuatan pada Salleh serta family bagi menghadapi kenyataan ini. Untuk menyampaikan ucapan takziah Salleh boleh dihubungi di no : 012-300 5636
Al Fatihah...

Saturday, January 02, 2010

Rutin biaso maso prep dulu2....




















Huh...inilah perangai kengkawan aku maso prep kek asrama dulu...Dari bilik punyalah hensem.Rambut bersikat dan bersulam tancho sampai 13 lapis! ....dia punya macho macam nak pergi tengok beruang kek zoo....gaya jalan nak ke kelas tu pun ado style...yang pakai terompah tu bukan main jalan hentak2 kaki..seiring dan seirama...Kok ado video klip..maso tu cubolah bayangkan dalam slow motion style sahabat2 den ni berjalan..nak poi kelas je tu..bukan poi mano pun...Gaya, mutu, keunggulan..


Tapi...sampai je kek kelas paling lamo pun 5 minit yolah...lopeh tu....? Haraaammm...macam gambar kek ateh tu lah...cumo den yolah..nampak x den yang kek hujung tu...sedang khusyuk menelaah......

Cuit sikit..nostalgia permulaan sekolah...


Hari pertama mengenal alam sekolah rendah. Tahun 1981, waktu tu aku bersekolah di SRK Sultan Ismail 2 Muar Johor. Bagusnya aku cepat menyesuaikan diri di situ. Jumpa kengkawan, terus ghaib. Apa yang ada dalam kepala tunggu time rehat berlari kat padang. Main galah panjang....Teringat jugak masa tu, selalu beli kuih siput apa ntah yang makcik tu selalu jual tepi pagar sekolah. Kuih tu bergulung bulat dan disirakan dengan kuah sambal. Sekeping baru seposen. Malangnya, aku x lama kat situ..ramai kengkawan yang aku sendiri dah x ingat langsung...


Hari pertama ke Sekolah Menengah. 1987,Sekolah Menengah Agama atas dan Senawi...nama masa tu lah..Duduk asrama. Asrama dah macam rumah panjang kat Sarawak. Bercampurlah Tingkatan 1 sampai Tingkatan 6...Nasib baik jugak masa tu asrama Maahad dah siap. Maka, mana yang senior tu semua naik atas..istilah naik atas maksudnya pindah sekolah barulah..


Kat Asrama tulah gelaran BOEH tercipta. Brother Zul Godang..ontah mano diam ee orang tuo tu? Suko2 dio nak gelarkan bebudak form 1 ni. Zamani member den tu dapat jadi Penghulu payo, Rodzi digelarnya Sodeh..Ada lagi..lupalah..Asalnya brother Zul tu suruh aku hafal apo ntah..doa ko asmaul husna..aku terlupo sikit. "Kau ni menghabihkan bogheh yo...den panggil kau Boehlah..cam ni...cis...gampang mulut orang tuo tuh..terus melekat...
Sebut pasal duk asrama sekolah Moncheh ni..teringat sungguh aku bila time nak TASMIK...nak test doa yang disuruh hafal dah hafal ke..Asmaul Husna dah lancar ke...aku yang ada sikit x hafal kena buat helikopter...si Rodzi di suruhnya kira sambil menyentuh setiap papan dinding kek surau tu, Zamani kono tiup lampu kalimantang sampai padam...gilo! Sampai 48 x ghayo pun bolum tontu padam! Kalau diingatkan balik..nak togolak pulak..

Tapi...aku jadi insaf pulak bila terkenangkan kata2 Ustazah Sariah dulu, kita akan dibangkitkan di akhirat kelak dengan rupa gelaran orang yang kita panggil dengan gelaran itu. Jika baik gelaran yang diberi..baiklah juga kita nanti..jika tidak...


Aduss...terus aku cuba ubah jugak sikap aku nih...biarlah orang panggil aku gitu..janji aku cubalah meminimumkan gelaran yang x baik pada kengkawan...kadang2 x berapa nak jadik..sebab dah biasa sangat...Tapi aku mintak mahap le pada sesapa yang pernah aku gelarkan yang bukan2 tu...

Hari ini, aku terfikir. Kalaulah anak aku sendiri diberi gelaran yang x baik di sekolah...? Camno agak eee perasaan aku kalau aku tahu....?

Friday, January 01, 2010

Azam baru untuk berhenti merokok? Ceh...!


Dari tahun ke tahun,inilah diantara azam yang paling atas rankingnya. Tapi..hapah...biar hujan ribut, sanggup diredah walaupun jauh berbatu. Gila x gilanya...bilalah betul2 boleh berhenti? Nak kata benda ni habit x jugak..tapi bila lepas makan mesti gatal je mulut..Hmm..hari ni menatang ni naik harga lagi....

Huh..peduli apa ya tak....? Ada kawan2 aku yang masa zaman sekolah haram tak usik...tapi bila habis je sekolah..aku tengok dio lagi gilo..polikkan? Apsal jadi cam tu? Dulu zaman sekolah duit mak bapak..dah kojo duit sendiri? cam tu? Makno ee pakai duit sendiri lagi banyak boli menatang tuh?


Alah..aku membebel lak....aku pun sama je...bilolah boleh stop smoking?

Harapan bersama 2010


Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Marilah bersama kita mulakan nawaitu dan gerak di tahun baru 2010 masihi ini dengan tekad dan azam untuk terus memperbaiki diri dan sahsiah selaku HAMBA TUHAN yang singgah sebentar di buana yang fana ini
Moga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya, moga kehidupan di tahun ini lebih menyerlah lagi, moga Rahmat Allah berlebih-lebih lagi kepada kita dan semua hambaNya yang setia bersujud dan bersetia di dalam Syahadah!
Moga Malaysia bumi tercinta, lebih makmur, lebih harmoni, lebih aman,lebih nyaman, dan lebih SELAMAT untuk didiami untuk kita, keluarga kita, anak2 kita, generasi kita dan untuk seluruh warganya yang benar2 inginkan DAMAI di bumi bertuah ini!
Doa dan harapan kita bersama....Insya Allah.....