Masa zaman sekolah rendah, siapa yang pakai kasut Bata, dah kira hebatlah tu. Harga kasut Bata zaman aku kecik dulu pun baru berapa je..tak sampai pun RM10. Ada juga yang hanya setakat beli kasut plastik. Harga masa tu dalam RM3-4. Sekarang ni payah nak jumpa kasut plastik tu. Bila waktu rehat je dah sah sah kasut aku bertukar kaler. Apa taknya waktu rehat tulah pakat ramai2 turun padang main bola. Sebiji bola berebut sampai dekat 30 orang kat padang. Dah tu bola tu kempis pulak tu..
Bila dah besar kit, kasut Aliph pun menjengah pasaran. Kasut jenis high cut. Jenis lidah terkeluar. Fuh..sapo yang pakai maso tu terasa betul macho ee..bejalan macam x jejak tanah. Teringat kilang kasut ni kat Alor Gajah. Bila kumpulan Gersang meletup, ada pulak trend baru. Tali kasut x warna putih, dah berbelang pulak. Tali kasut pun fancy...
Ha ha..aku terasa macam muda pulak...
5 komen dari kengkawan:
teringat zaman pakai kasut ni tahu n 1990, form 1..
kerja keras nak beli kasut ni..
ambik upah arwah atuk petik kopi..
bila pakai memang rasa gah he..he.. nak nak lagi bila ramai yang tgk2 & kita sorang plak yang pakai...
betullah..rasa "banggo" sekampung tu tinggi sikit yo tak?
BOEH...kasut hitam pengawas kau dulu jenama apa...????
hah hah..ni sorang lagi..mennjolok aku...kah kah..nostalgia beb..kasut hitam...?hampeh!
stylo lah bro kasut kau
Post a Comment