Selingan sikit : macam nak marah pun ada. Ada yang email kat aku sound..tolong jangan mention nama & gambar dia dalam blog. Oklah aku ikutkan. ini bukan sekali, dah berkali2 aku di sound. Banyak kali jugak aku iktkan. Alasannya takut nanti ada hati yang terluka...ceh..ini bukan blog cari jodoh dik. Ini blog nak menghimpunkan kalau boleh semua generasi Gadong. Kita ada matlamat, bukan suka2. Setakat bergurau, usik mengusik x kan x boleh. Sensitif sangat pun susah jugak. Hidup ni janganlah skima sangat. Siapa yang sensitif sebenarnya? Kalau ada yang tersentuh aku mintak mahap. Alah..memasing ada cerita lama kat sini. X perlu malu. Itu hakikat. itu kenangan. Tapi Alhamdulillah jugak, sebab respon yang aku terima..baik. Aku sendiri tau mana border.
Pesanan ikhlas aku...kalau rasa diri x professional baik jangan jengah blog ni. Elok2 kita nak mengeratkan silaturrahim..ada pulak yang tergamak seolah2nya nak memutuskan. Atau sebenarnya malu ke nak mengaku yang Sekolah Agama Gadong ni sekolah lama kita? Ada ke yang rasa malu nak mengaku bahawa pernah bersekolah di SMAHMYUG ni? Kalaulah ada...aduh..sedihnya..
0 komen dari kengkawan:
Post a Comment