2 - 3 hari ini, adalah rutin yang begitu memenatkan. Kesibukan tugas kadang-kadang menjadikan diri lebih matang. Lebih berilmu. Atau mungkin lebih bosan. Bagi aku, semuanya terangkum dalam diri. Namun, ada ketikanya aku berfikir juga untuk 'pencen awal' , kalau bolehlah.
Hari Rabu 15 April, hari cuti umum di Melaka sempena Melaka Bandaraya bersejarah. Aku pula telah diarahkan HQ untuk memberikan ceramah kepada lebih 70 peneroka, berkaitan pertanian di Felda Pasoh 4, Jelebu. Maklumlah, sekarang Felda giat dengan projek Cili Kulai pada peneroka. Setiap seorang dapat percuma 20 polybeg. Matlamat jangkamasa panjang, Felda bakal menjadi terminal pengeluaran makanan utama negara.
Felda Pasoh ni, memang selalu dengar tetapi memang belum pernah sampai. Cantik, tenang dan damai rupanya Felda Pasoh 4 ini. Balik dari Pasoh aku melintas ke Pekan Bahau dan Pasir Besar. Saja ambil jalan jauh untuk balik rumah. Adan? Dah comfom le tak do. Sibuk dok setkan rambut sendiri atau rambut orang rumah...atau tongah tolong lipek kain kot...Kot kebetulan balik kampung, boleh jugak mengeteh sama.
Sebenarnya, petang hari yang sama, aku menerima lagi arahan bagi tugasan yang sama untuk keesokannya. Aku diarahkan ke Felda Jelai 4! waduh pak..maklumlahkan..Felda Jelailah katakan. Aku tiba di FJ jam 7.45 pagi Khamis. Peneroka yang terlibat lebih kurang di Pasoh.
Sebelum tu aku cuba juga sms Jamil, manalah tahukan kot-kot ada di kampung. Jamil dalam perjalanan ke Gua Musang pulak. Sms Mokh, sibuk pulak kek dapur.Takut pulak kot tergoreng tepung berempah tangan sendiri. Cuman? Samo yo..sibuk menyambungkan public phone kek luar masuk dalam bilik student agaknya. Lopeh tu ajarkan student macam mano nak buek call paling jimat. Pakai duit syiling boleh pakai kad pun boleh. Agaknyalah....
Tapikan, nostalgia sungguh FJ nih..menjeling jugak jalan tepi Juragan tu...alahai..
Maso bagi ceramah tu risau jugak kot-kot ado muko yang dikenali. Tapi difahamkan, program tu hanya melibatkan FJ 2,4 dan Felda Kepis. Fuh..
Sempat jugalah mempromotekan 'Kobunmanah' Cuman, sebagai kobun contoh...pandai kaulah Man...Balik dari FJ aku hanya sempat mandi dan solat di rumah sebelum menyambung tugas di MYDIN MITC untuk promosi buah-buahan sehinggalah jam 12 malam. Ya Allah penatnya...
2 komen dari kengkawan:
Jolai..byk nostalgia tu..tak gitu?
amacam peneroka kek jolai ado respon tak nak jadi chili grower?Den pun baru balik dari kursus usahawan fertigasi anjuran utusan malaysia & Agrobank..3 hari kek bangi..ponek heh lak ai...
apo pun thanks promote kobunmanah..
Ini MOU antara Felda dan FAMA. Respon memang ok. tapi kualiti masih kurang. harap cili ko lebih standard. harga semasa agak baik sekarang.
kursus yang macam tu bagus. harap ko dapek "full time" lah satu hari nanti.
Post a Comment