? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, September 30, 2008

Saleh, isteri dan dua heronya.

Mohd salleh,nor surayya,
Muhammad syamil iqbal dan Muhammad
subhi a'fif

Alhamdulillah, seorang lagi kawan lamo kito sudi juga mengirimkan gambarnya sekeluarga buat tatapan kito. Saleh, jauh nun di Langkawi. Katanya Raya ke 3 baru balik ke Tampin. Jangan lupa, sudi-sudikanlah untuk ke rumahnya pada Hari Raya ke 4, kerana majlis perkahwinan adiknya.

Hmm...aku teringat di satu masa dulu, bila Saleh sengaja disenaraikan di dalam pemilihan ketua kelas 5 sejarah, bersama dengan Tenggek,Salam, Zaki dan siapa lagi ya...ha keje siapa ni? Menggeleng Ustazah Kamariah..Ni planning Jamil kan? Last-last pilih Cak Om jugak..

Monday, September 29, 2008

Kita..hampir 18 tahun yang lalu...

Ini semua tidak akan berulang lagi..ia tiba cuma sekali di dalam kehidupan kita. Justeru, kehilangannya amat kita rasai hingga saat ini. Apa yang tertinggal..cuma memori..

Friday, September 26, 2008

Kisah kawan lamo

Lagi kisah kawan-kawan lamo kito. Sila klik Cuman.

Thursday, September 25, 2008

Terimakasih..semua

Alhamdulillah, ramai juga kawan-kawan kita yang dapat aku hubungi. Terbaharu, Azli Pak Tam dan Asharudin. Insya Allah..kita akan cuba kumpulkan semuanya di sini. terimakasih pada yang sudi membantu.

Wednesday, September 24, 2008

Siapa Mafia ni?

Fuh..ganas..siut..takut den tengok misai ee..Jamil..ko kena x mamat nih? Mamat nih pernah jadi ketuo kito tau. Ketuo asrama putera 1991! Pernah gak kantoi dalam banyak hal..ha ha..Ganeh boto ...kawan kito nih..
Apo yang ponting..dio masih sihat dan masih boleh berhubung dengan kito..Alhamdulillah.

Monday, September 22, 2008

Layan blues...

Gilo ghaso ee..layan blog ni lamo-lamo. Sonyum sorang-sorang tengok gamba dulu-dulu. Sambil kepalo terawang dek shahdunya lagu rock lamo-lamo kek bawah tu. Aduuhh..syy..jangan korang beritau pulak orang ghumah yo..nanti den pulak yang kono..Alahai..rindu pulak kek Gadong.

Oliinn..mano eee? Hmm..syyy oghang ghumah pangge lak. Buek susu anak jap.

Ok selamat bersahur yo..7 hari lagi ghayo kito...!!!

Ini kisah Salleh..

Masih ingat Salleh B. Abd Rahim? Ahli kumpulan taiko klasik? Atok? Dia sekarang berada di Permata Kedah Pulau Langkawi. Kerjanya? Ada jugalah kaitan dengan Maritim, aku pun tak berapa nak faham. Bukan apa, dia baru telefon aku, mewakilkan aku menjemput semua kawan-kawan ke majlis perkahwinan adiknya di Rumah Rakyat Repah Tampin, N.Sembilan pada hari raya ke 4. Bagi aku cantik juga, dapat kita berjumpa.

Cuma musykilnya, bila Salleh cuba bercakap dialek NS, dah bunyi macam jawa cakap Hong Kong. Hang lama sangat duk Langkawi Leh, sampai begetaq lidah nak becakap!

Sunday, September 21, 2008

Carilah kawan yang baik.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Teman yang baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi. Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium baunya yang busuk.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Mekanisme mengeratkan persahabatan.

Hadis : Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya."

Riwayat Al-TabraniHuraiani)

Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.
ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain.
iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.

Saturday, September 20, 2008

Hatta dan Pak Tam.

Hatta SMS petang tadi. Kenapa gambar aku tak de, katanya. Alahai, dalam stok aku pun tidak ada. Tetapi, apa kata kalau Hatta kirimkan gambar nostalgia ke blog ini. Emailkan gambar pada alamat yang tertera. Insya Allah akan aku paparkan untuk kenangan bersama.

Sebut Hatta, teringat seorang lagi, Pak Tam ( Mohd Azli Othman ). Bila waktu azan solat, fuh shahdu alunan suara mamat dua orang ni. Insaf rasanya. Dua-dua suara jantan. Mahu meremang segala bulu bila berkumandang saja azan dari Hatta dan Pak Tam, betul tak? Rapatnya Hatta dan Pak Tam, memang tidak dinafikan. Tetapi, aku masih tertanya, kenapa kau orang bergaduh belakang kantin dulu ha?

Tolong aku dapatkan info terkini Pak Tam.

Cikgu Aziz @ Kupek.

Woit..sapo budak kecik nih? Sobolah kupek nih? Sapo ha?



Masing-masing ada cara mahu lepaskan feeling.Kononnya masa tu macholah..? Ha..ha.
Ni, tahu ke siapa hero atas pokok tu?

Awek 5 Sejarah

Fuh..awek sape le yang lain bona duduk ee ni? Tengok yang lain, sopan yo. Taklah..bilo lamo den tengok gambar ni kan..rindu pulak pada seseorang..kan..kan..? Alahai..semuanya kenangan. Doa den, agar semuo ee beroleh sejahtera dan rahmat dari Allah, Insya Allah.

Duduk kiri : Arlina Ahmad,Norhanim (Kak Long),Cikgu praktikal - lupa namanya,ni sorang lagi, lupa jugak - tolong aku,Norli Azimah.
Berdiri kiri: Sharmila,Norlaila,Mazlindawati dan Maznida.



Friday, September 19, 2008

Ha..Inilah kumpulan koir sekolah kito..

Dari kiri, den lah,Hj Shahdan (khabar terkini katanya bertugas di MiTi,Mokhzani Aris - Singh, (Bertugas sebagai Eksekutif Chef di Ilham Resort P.Dickson. Kerapkali juga Mokh ke luar negara untuk food Exhibition,kiranya berjaya jugalah kawan kita ni). Tetapi yang seorang ni, aku tidak pasti. Nama betulnya pun aku sudah hampir terlupa. Shamsul...? Tapi kita panggil Mat Sex aje..kenapa ya..?

Kenangan kita.

Saat indah ini sudah lama berlalu. Sudah lama hilang ditelan kedewasaan. Apa yang tertinggal sekadar kenangan-kenangan yang tidak bisa terluput begitu saja.

Terimakasih kepada yang baru datang di sini.

Terimakasih pada member-member lama yang baru kita temui diblog ini. Terimakasih. Harapnya terus setia bersama memberikan info2 terkini diri masing-masing. Tunggulah, ada lagi gambar yang bakal dimuatkan. Selamat berpuasa.

Friday, September 12, 2008

Kita berkongsi maklumat.

Aku masih ternantikan kehadiran teman-teman yang lain. Bukan sekadar memeriahkan blog ini, namun lebih dari itu! Aku mahu kita saling bermaklumat tentang diri masing-masing. Itulah caranya kita kembali berhubung dan beralumni di sini. Alamat.telefon.email atau apa saja yang boleh dikongsikan.

Wednesday, September 10, 2008

Tahniah Apaq!

Aku baru dapat sms, dari Sdr Shaharudin B. Abd Rashid ( Apaq lah ) tentang kelahiran anaknya yang ke dua. Lelaki. "Aku dapat hero lagi.."katanya. Tahniah dari aku dan kawan-kawan. Semoga bertambah rezeki ko Pak.

"Ghayo ni jomput datang beghayo kek Palong.."katanya lagi. Insya Allah. Hmm..tak singgah Pasir Besar? Ha..ha...

Apa pun aku cukup menghormati sahabat aku yang seorang ini. Banyak membantu aku dan banyak pengalaman bersama.

Tuesday, September 09, 2008

Syahdunya,makan di kantin

Suasana sewaktu makan di kantin. Ado yang rembat tray ni bawak balik rumah ko?



Monday, September 08, 2008

kawan lamo-Jamil kenal kot?

zul .m.noor
Homepage:
http://www.protonparts.com.my/
E-Mail:
acoy@izzi.com.my
City/Country:
bandar sunway s,gor
Comments:
buat smahmyug semoga sukses.buat teman2 ex-student 87-89 semoga sukses jgn lupa contact 019-2434285 {aloy}

dari web sekolah kito

Jeng..jeng..


Kumpulan ini tidak sempat merakamkan album. Cuma setakat album gambar. Ini disebabkan oleh vokalis utamanya Suhaimi Tenggek..pemalu sangat..ha..ha..

nostalgia








Hmm...seperti yang aku janjikan..korang boleh layan nostalgia dengan beberapa paparan gambar klasik ini. Aku juga alu-alukan korang kirimkan gambar nostalgia itu ke wadahariff@hotmail.com

Gambar kiri, sahabat kita Nik Zulkipri dan Iskandar Md Ateen. Aku tidak pasti tentang Nik, ada yang kata dia telah meninggal dunia akibat barah otak.Tetapi Iskandar memang ya. Difahamkan dia bekerja di syarikat Sony dan menemui ajal dalam kemalangan jalanraya. Kalau ada sesiapa yang boleh beri info, silakan. Al Fatihah untuk yang telah tiada.

Dan yang sebelah tu..Jamil dengan gaya macho dan rambut ketaknya..ha..ha..masa ni Jamil baru 48kg..sekarang...?

RAMBO 1.1 1991

Anonymous said...

tragedi umah uwan...Rambo ramai ramai
September 8, 2008 8:46 AM

Ha..ha..ingat lagi korang? Selipar siapa kena angkut? Nak tengok rambo punya pasal..amik ko..tapi siapa pocah lubang ha?Sampai sekarang aku tertanya? Ekau yo Man?

Friday, September 05, 2008

Ukhwah, kita eratkan di sini.

Aku harap,blog ini boleh menjadi platform untuk kita kembali menjalinkan ukhwah. Menjalinkan persahabatan dan perkenalan baru sesama kita. Sejarah persahabatan kita adalah sejarah yang panjang. Malah nilainya terlalu mahal. Jadi,sudi-sudikanlah untuk kita berkongsi khabar suka dan duka. sumbangan anda dialu-alukan.

Thursday, September 04, 2008

terkenang-waktu bersahur.

Terkenang bulan puasa kita di asrama - 1990-1991. Waktu bersahur dikejut abang Mohdan.Beratur seawal pagi dengan muka ala-ala ikan betok sembelit. Marah betul abang Mohdan kalau kita tidak makan. Bak kata Jamil,kono pakso makan sahur! Ado ko gambar kito bersahur hah?

Wednesday, September 03, 2008

Sudah ke?

Ramadhan dah tiba. Saja nak tanya,sudah berganti ke puasa yang terkantoi waktu di asrama dulu? Sudah berbayar ke hutang kawan2?