Mon, 26 Mar 2007 07:42:37 -0800
Assalamualaikum wrt wbt pembaca yang budiman,
Ahad 25 Mac sebelum subuh telah berlaku satu kes
dimana pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Agama
Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong, Rembau telah dipercayai
disimbah asid dimuka ketika beliau sedang tidur
sebelum waktu subuh di asrama sekolah tersebut.
Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis dan
sekolah, biarlan mereka yang menyiasatnya.
Mangsa adalah seorang anak yatim, pelajar lelaki
tingkatan 4 berasal dari Kg Astana Raja, Kota, NS.
Sejak kematian ibunya dia dipelihara oleh emak
saudaranya, sementara ayahnya telah berkahwin lain.
Mangsa mengalami kesan kebakaran di muka, mulut dan
lidah. Mangsa memerlukan rawatan susulan dan rawatan
pakar selepas ini. Sekarang sedang dirawat di Hospital
Tampin dalam keadaan sedar dan stabil.
Kepada mereka yang ingin membantu anak yatim ini
bolehlah menghubungi Pn Maznah emak saudaranya (yang
merupakan ibu tunggal) di talian 013-2718054 atau Pn
Norwani Ketua Nisa NS 013-3851202
Ulasan:
Masya Allah, zaman aku dulu raging pun tidaklah sampai tahap sekejam ini.Makin tinggi ilmu agama kita makin rendah pulak akhlak kita, kenapa ya?
Guarda Film Parto con mamma (2012) Complete Italiano in HD
-
[guarda 720p] *Parto con mamma* film completo streaming ita *2012*, guarda
film Parto con mamma (2012) complete italiano in hd
[image: Parto con mamma 201...
4 years ago
1 komen dari kengkawan:
umang hai..kojam heh..asid tu,nasib baik la jaman esey dulu sokolah ni tak ado makmal sains,(makmal tu ado tapi tak ado kolongkapan heh..tompek edie bedating ngan si olin tu jo la)kok ado mungkin yo esey ngan kengkawan dulu buek bom..hahaa.Paling kuek dulu pun bubuh ubek gigi kek **** si fido dido tu dulu..( dah cikgu pun si fido dido tu..hidup teyko klassik
Post a Comment