Tidak pasti apakah segala kenangan di smahmyug bisa terluput begitu saja?Sekalipun tangga yang bakal didaki selepas ini atau yang telah didaki lebih tinggi nilainya dari smahmyug.Walau di mana kalian berada,kirimkan doa buat sekolah tercinta kita. Salam Ramadhan Al Mubarak.
Thursday, August 28, 2008
Tuesday, August 26, 2008
Salam Ramadhan, salam merdeka..
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak buat semua warga SMAHMYUG dan bekas warganya.Semoga semua senantiasa dirahmati Allah. Juga Salam kemerdekaan. Merdeka jiwa merdeka bangsa..merdeka minda..semarakkan SMAHMYUG ke pentas pendidikan berkualiti dunia!
Dari den Adiey pado 12:28 PM 0 komen dari kengkawan
Saturday, August 23, 2008
Palitan rindu pada Smahmyug
Aku mengucapkan salam dan selamat tinggal pada Sek Men Agama Ulu Gadong (Smahmyug) pada 1991.Kenangan mengharungi alam persekolahan selama 2 tahun bermula 1990 masih terlalu kuat terpahat di benak. Terkadang aku rasakan ingin kembali menjadi 'anak-anak' Smahmyug yang nakal dan ceria. Kembali untuk memperbaiki kesilapan dulu. Kembali untuk menjadi permata kepada Smaymyug. Atau mungkin juga kembali menyulam cinta lama dengan si dia.Ha ha..di mana dia sekarang ini?
Salam dedikasi juga pada guru-guru era 1990-1991.Semoga Allah merahmati guru-guru kita.
Dari den Adiey pado 2:53 PM 3 komen dari kengkawan
Wednesday, August 20, 2008
Thursday, August 14, 2008
Usaha murni benteras penagihan dadah.
Akhbar hari ini menyatakan bahawa terdapat 1 juta orang penagih dadah di Malaysia sekarang ini. Masalah ini telah sekian lama melanda negara, bukan sahaja di ibu kota bahkan di luar bandar, di kampung-kampung, di Felda Felda, di pedalaman.Usaha membanteras musuh No 1 negara ini bukan hanya terletak pada pihak polis, agensi anti dadah, Pemadam. Ianya juga terletak di bahu kita semua.Saya menyeru kepada semua warga kota agar perhatikanlah apa yang berlaku di kampung mereka. Jangan abaikan belia-belia di kampung bergelumang dengan najis dadah dan gejala sosial. Gerakkanlah pemuda pemuda kampung agar mereka menjadi insan berguna. Dekatkanlah mereka ini dengan aktiviti yang berfaedah.
Saya juga menyeru kepada warga kota, warga korporat, dermawan, hartawan yang berasal dari Rembau, bila balik Rembau tu tanyakanlah masalah dadah dan sosial di kampung. Boleh katakan semua kampung di Rembau ini ada penagih dadah, dari Kg Gadong, Kg Ulu Gadong, Kg Perah, Kg Seberang Paya, Kg Batang Nyamur dan banyak lagi kampung.Kepada anak Rembau yang berminat untuk membangunkan belia Rembau ini agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada agama , bangsa dan daerah Rembau bolehlah menghubungi saya Rozmal bin Malakan Tal 012-2267406 , e-mel rozmal@yahoo.com .Alhamdulillah setakat ini terdapat beberapa program yang telah dan sedang berjalan antaranya Perkhemahan Ibadah, Motivasi Remaja, Pendakian Gunung Datuk. Khidmat Kesihatan dan lain-lain.
InsyaAllah dengan sokongan anak Rembau yang berada di perantauan , program ini sedikit sebanyak akan mengurangkan penagih dadah di Rembau.Penagih dadah perlukan bimbingan, perhatian dan belaian kasih sayang, bukan penghinaan, cemuhan semata-mata.Sekian, wassalam.
Rozmal bin MalakanAhli Kg Kota & Kg Tanjung & Kg BongekRembau, N.SembilanSudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com
Dari den Adiey pado 10:00 PM 0 komen dari kengkawan
Monday, August 11, 2008
Masih ada lagi sikap sekejam ini?
Mon, 26 Mar 2007 07:42:37 -0800
Assalamualaikum wrt wbt pembaca yang budiman,
Ahad 25 Mac sebelum subuh telah berlaku satu kes
dimana pelajar Tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Agama
Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong, Rembau telah dipercayai
disimbah asid dimuka ketika beliau sedang tidur
sebelum waktu subuh di asrama sekolah tersebut.
Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis dan
sekolah, biarlan mereka yang menyiasatnya.
Mangsa adalah seorang anak yatim, pelajar lelaki
tingkatan 4 berasal dari Kg Astana Raja, Kota, NS.
Sejak kematian ibunya dia dipelihara oleh emak
saudaranya, sementara ayahnya telah berkahwin lain.
Mangsa mengalami kesan kebakaran di muka, mulut dan
lidah. Mangsa memerlukan rawatan susulan dan rawatan
pakar selepas ini. Sekarang sedang dirawat di Hospital
Tampin dalam keadaan sedar dan stabil.
Kepada mereka yang ingin membantu anak yatim ini
bolehlah menghubungi Pn Maznah emak saudaranya (yang
merupakan ibu tunggal) di talian 013-2718054 atau Pn
Norwani Ketua Nisa NS 013-3851202
Ulasan:
Masya Allah, zaman aku dulu raging pun tidaklah sampai tahap sekejam ini.Makin tinggi ilmu agama kita makin rendah pulak akhlak kita, kenapa ya?
Dari den Adiey pado 12:47 PM 1 komen dari kengkawan
Saturday, August 09, 2008
Kasut nostalgiaku..
Dari den Adiey pado 10:49 PM 0 komen dari kengkawan
sedikit info tentang Gunung Datuk
Dari den Adiey pado 7:03 PM 0 komen dari kengkawan
eeh..KJ tuh..
Dari den Adiey pado 6:54 PM 0 komen dari kengkawan
Friday, August 08, 2008
Inilah orangnya...
Dari den Adiey pado 10:16 PM 0 komen dari kengkawan
jumpo kawan lamo
Salam,baru lepas jumpa kawan lama Jamil Ithnin. Selalu juga jumpa dia,sebab keje dia pun merayau satu malaya.Kalau jumpa memang tak dak topik lain, asyik cerita pasal sekolah dan kisah cinta masa tu..Jamil bertugas di PERNEC K.Lumpur. Bekas pelajar SMAHMYUG 1987-1991.Mudah-mudahan sahabat aku yang sorang tu sihat dan dilimpahkan rahmat Allah,Insya Allah. Jamil Ithnin email-www.a_namell@yahoo.com
Dari den Adiey pado 4:19 PM 0 komen dari kengkawan
kalau ada blog boleh dikongsi..
Salam..kalau anda ada blog untuk di paparkan berikan kami alamatnya..
Dari den Adiey pado 11:22 AM 0 komen dari kengkawan
Thursday, August 07, 2008
iktibar
‘Kami ke landasan kerana takut dipukul senior’ REMBAU27 Okt. – Takut kepada pelajar senior dikatakan punca tujuh pelajarSekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), keluar dari asramadan tidur di kawasan landasan kereta api hingga menyebabkan duadaripada mereka maut kelmarin.
Dari den Adiey pado 9:44 PM 0 komen dari kengkawan
Suatu pengkisahan tentang pengasas SMAHMYUG.
Latar Belakang Allahyarham Haji Mohd Yatim Bin Zainal Abidin dilahirkan dalam tahun 1903 bersamaan 1320 Hijrah di Kampung Tanah Datar, Kota dalam Daerah Rembau. Bapanya dari suku Tanah Datar dan manakala ibunya orang Biduanda. Beliau anak pertama dari dua adik beradik.PendidikanHaji Mohd Yatim mula mendapatkan pendidikan di Sekolah Melayu Kota sehingga Darjah Empat. Bapanya menyimpan hasrat supaya anak lelakinya itu menjadi orang alim dalam agama. Lalu beliau menghantar Allahyarham mengaji agama di pondok- pondok dalam Negeri Kedah dan Kelantan ketika usianya menjangkau 20an. Mengikut riwayatnya, beliau pernah berguru dengan Allahyarham Tok Kenali tokoh ulama terbilang dari Kelantan. Sekembalinya ke kampung halaman, beliau bertemu jodoh dengan Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan ketika usianya telah 32 tahun. Mereka dikurniakan anak lelaki dalam tahun 1936.Belayar Ke MekahTidak beberapa lama selepas itu, Allahyarham membawa isteri dan anak kecilnya menunaikan rukun Islam kelima. Beliau bertekad untuk menetap di Mekah untuk melanjutkan pengajian agamanya. Allahyarham menuntut di Darul Ulum Masjidilharam Al Makkahtul Al Mukarramah. Mereka memperolehi anak perempuan di sana tetapi Allah SWT lebih menyayangi puterinya ini dan meninggal dunia dalam usia masih kecil. Dijangkakan Haji Mohd Yatim menuntut di Mekah selama hampir 4 tahun sebelum balik ke tanahair.Membuka Madrasah.Sekembalinya dari Mekah, Allahyarham terus menggunakan ilmu yang telah dipelajari untuk berbakti. Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah pondok di kampungnya di Ulu Gadong. Selepas dua tiga tahun membuka pondoknya, Allahyarham Haji Mohd Yatim prihatin dengan kedhaifan anak-anak yatim dan miskin untuk mendapat pengajian agama. Dengan tekad dan sokongan penduduk-penduduk kampungnya, mereka akhirnya mendirikan Madrasah Itthihadiah Ulu Gadong dan sebuah asrama untuk dihuni oleh anak-anak yatim dan miskin secara percuma. Allahyarham Haji Mohd Yatim memberikan segenap tenaganya untuk menghidupkan madrasah yang telah didirikan.Haji Mohd Yatim juga mengajar agama sebelah malamnya di surau-surau atau masjid sekitar Daerah Rembau sehingga akhir hayatnya. Beliau juga adalah pengasas Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Dan Miskin Ulu Gadong. Mungkin kerana kegigihan dan kealimannya maka Dato' Haji Ipap bin Haji Abdullah, Undang Luak Rembau ketika itu telah melantik Allahyarham menjadi Kadhi Daerah Rembau bagi tahun 1954 hingga 1968.PerwatakanMenurut anak-anaknya, bapa mereka berperwatakan lemah lembut, tekun dalam mencari ilmu dan mendidik, mudah tersenyum dan penyabar. Sikap ini tentu menepati gaya peribadi unggul seorang guru dan alim pula dalam agama. Beliau juga seorang bersederhana dalam berpakaian dan sering berserban, berbaju Melayu dan berkain pelekat sahaja.Dengan isterinya Hajjah Aminah Binti Haji Tahadan, mereka dikurniakan 11 orang cahaya mata iatu 4 lelaki dan 7 perempuan. Setelah isterinya meninggal dunia, Allahyarham berkahwin kali kedua dengan Hajjah Sarah Binti Haji Maarof tetapi tiada memperolehi anak.Allahyarham yang telah menginfakkan sebahagian besar tenaga dan usianya kepada pendidikan agama ini akhirnya dijemput Allah SWT sewaktu usianya 76 tahun. Beliau kembali ke rahmatullah pada tanggal 13 April 1979. Atas segala baktinya itu, sekolah yang didirikannya ( telah diambil alih oleh Kerajaan) diberi nama Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim. Beliau juga dianugerahkan Pingat Khidmat Lama ( PKL) dan dinobatkan sebagai Tokoh Ulama Silam Negeri Sembilan sempena Sambutan Maal Hijrah 1423 yang lalu. Kita berdoa semoga ulama yang gigih ini diberkati Allah SWT jua atas sumbang bakti beliau dalam mendidik anak bangsanya. Amin. (Dipetik daripada blog Orangtuo).AT 1:34 AM1
Saya tertarik membaca serba ringkas riwayat hidup Tuan Haji Mohd. Yatim bin Haji Zainal Abidin yang tertera ini. Namun demikian saya rasa saya ingin membuat penjelasan sedikit berhubung latar awal kehidupan Tuan Haji Mohd. Yatim.Setahu kami ayah Tuan Haji Mohd. Yatim, iaitu Tuan Haji Zainal Abidin. Nama penuh Haji Zainal Abidin ialah
Dari den Adiey pado 9:40 PM 0 komen dari kengkawan