? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 28, 2009

Seorang lagi kawan lamo kito. senior kito...


RE: sesamolah kito.‏
From:
cimie ... (cimmiect@hotmail.com)
Sent:
Wednesday, 27 May, 2009 1: 15 AM

Semalam baru den jumpa hatta kek spital putrajaya, dia tgk adik dia bersalin...secara kebetulan...Ekau kek fama melaka, ada kawan den kojo kek JKM Wisma persekutuan...Zamri Abu Lis...tu pun kalu ko ada meeting apo-apo kek situ...
ni no den 017-6826205(HP) 03-88835258 (P)..Mohd Azmi Abd Majid Kementerian Pengajian Tinggi Putrajaya..
Ni den bagi kawan-kawan den kalu yg lain tu mungkin diaorang ada nombornya mcm akak Zailan..Jailah.......Ada la den jumpa Johaslin kek royale bintang soghomban tp tak ambik no dia...kojo kontrkator..Sobona eee den pun tak larat nak call semua coz kawan-kawan SPM lain, STPM lain, Form 6 lain, Diploma Lain, Degree lain, dan advance Diplom lain...so nak call semua mati ooooo....Bagus n Tahniah la wat Blogg ni... Hafez0166202080Farezz-0192499621 Udin Tompel-012-2619411 Faezah Tampin-0122128837 Nizam-0126515867 Khairul Bernama-0122925838 Rizal Jopon-0126142994 sarina-0136701216 Zaridah-0123132551
Alhamdulillah...dan berbanyak terimakasih. Sudi menjengok dan sudi lagi terus mengukuhkan silaturrahim.

Sunday, May 24, 2009

Al Fatihah..

Salam. Aku baru mendapat berita dari sahabat kita Azizan @ Sosot, kg Tengah Gemencheh, semalam 23.5.09, ayahandanya telah pun kembali ke Rahmatullah akibat barah. Menurut Izan, arwah ayahnya meninggal di Hospital Tampin.
Patutlah juga Izan lama tak sms atau call. Rupanya selama ini dia banyak berhabis masa menjaga ayahnya. Insya Allah kita sama-sama mendoakan agar sahabat kita dan keluarganya tabah dan sabar dengan dugaan ini.
Aku dan semua kawan-kawan 'ULUGADONG' mengucapkan takziah. Al Fatihah.

Thursday, May 21, 2009

Ragam warga kita..




Cikgu Joe...thanks alot atas kiriman gambar ini. Sonyum sensorang den. Lawak! Tapi hakikatnya inilah ragam kehidupan warga kito yang berkejaran mencari kesempurnaan hidup...tanpa peduli persepsi orang....Syukurlah kita masih waras....mudah2an mereka yang di dalam gambar ini berbahagialah..hendaknya..

Wednesday, May 20, 2009

Jumpo kawan lamo...

Maaf. Baru balik dari kursus 3 hari di Residence hotel, Uniten, Bangi. Bukan kursus tu yang aku nak cerita, apa yang menarik kisah pertemuan singkat aku dengan seorang member lama kita.
Makan malam di sebuah restoran Satey Kajang bersama dengan member sekursus. Sewaktu nak makan, aku terpandang seorang minah ni. Macam biasa nampak. Bila diamati, laa Arlina ghupoee...masih macam dulu. Mantain yo..Selopeh lobih 10 tahun, baru dapek jumpo. Alhamdulillah...Tuhan masih berikan kito umur dan kosompatan yo tak.
Sempat jugalah berborak. Anak dah ompek. Kojo di KL ( EON Raja Laut ). Tinggal di Kajang. Sompek jugaklah war-warkan blog ni. Tapi, Apak jugak yang dio tanyo. Den pun kobarlah perkombangan Apak. Aiseyy..Apak ni..sekampung pun payah nak jumpo.
Yolah Arlina, memasing dah berkeluargo. Sibuk yo tak..Apo pun den dan kengkawan doakan Arlina berbahagia dongan family. Tak dapek nak borak panjang, sobab Arlina tunggu laki ee balik main futsal...
Hmmmm.....

Saturday, May 16, 2009

Tekong baieeekkk ....



Tekong maut sih... Minggu sukan kek gadong maso tu. Den rumah hijau. Den lupo lak sapo yang satu team dengan den maso tu...Somangat ee somacam sobab ehem..ehem ado kek tingkap ateh tu. Tu yang 'perasan' lobih... tu...

Cover tak jadi majalah.....



Fuh, memang dulu ada jugak le berangan nak jadi cover majalah URTV. Duluuuu...zaman pinggang saiz 28. Bersidai tepi swimming pool. Cover macho..hak hak..

Zaman-zaman bujang. Adan masa tu memang boleh sangat jadi model. Muka pun jambu. Masa tu aku ingat dia ni ada sugar mummy le. Agaknya.....hak hak..

Selamat hari guru.


Dari kami untuk semua guru yang pernah mendidik dan mengasuh kami di era 87-91. Kami sedar, kami tidaklah seperti yang diimpikan. Namun kami juga masih sedar, bahawa kami adalah 'anak-anak' kelahiran Ulu Gadong. Tiada dendam yang tersimpan. Kerana guru-guru kami tetap yang terbaik. Maafkanlah kami ini.
Salam penuh dedikasi buat : Ustazah Normala, Ustz Suzana, Ustz Kamariah, Ust Hassan, Allahyarham Ust Zainudin, Ust Mansor, Cikgu Yusof, Cikgu Norizan, Ust Abu Bakar Rashid, Cikgu Rashidah, Allahyarham Ust Redza, Ust Jamil, dan ramai lagi yang telah membimbing kami. Maaf jika tidak tersebutkan namanya.
Doa kami, agar semua guru-guru kami sentiasa beroleh kesejahteraan dari Allah. Alfatihah buat mereka yang telah tiada. Selamat hari guru!

Monday, May 11, 2009

Buat emak,ibu,mama,umi...

Mak..
saban waktu mengusap kedut yang menjalari kulit kusammu,
di ketikanya senja berbalam menghampari usia mak yang jauh,
tatkala senyum tulus mak merekah dari celahan bibir berbirat,
mak masih begitu kuat, mendakap kasih buat semua cahayamata mak.

Mak, sebenarnya begitu mahal airmata mak,
kami anak-anak mak, alpa tentang segugus hati merah mak,
kami berlari tanpa peduli, tanpa secubit rasa naluri,
betapa mak begitu terulit dengan resah,
betapa mak sayu tatkala doa ditadah.

Mak, kami mengalas selera di bawah kerlipan neon,
kami menjamah pesta dunia hingga senak usus ini,
sedang mak, kami tahu, makan sekadarnya,
mak masih khuatir, perut kami berbunyi.

Mak, satu dalam jutaan.
mak adalah emak yang mengendong kami berbulan lamanya,
mak adalah ibu yang menyusukan kami,
mak adalah umi yang mengasihi kami,
mak adalah mama yang mendidik nurani kami,
mak adalah emak buat kami!

Mak, tua di wajah mak,
adalah kasih yang telah mak terjemah,
adalah sayang yang mak luang,
adalah cinta yang mak tatang.

Sekian lamanya mak, kami tidak pernah lupa,
budi mak sanjungan abadi,
kasih mak kasih yang kami bawa mati,
sayang mak adalah sayang yang tidak terbilang,
cinta mak pada cahayamata mak ini, adalah cinta yang luhur.

Mak...SELAMAT HARI IBU!

Sunday, May 03, 2009

Hatta the warrior...kuang kuang..kaaanngg...


Bila aku teringat Hatta, aku tak boleh lupa satu kenangan di KL. Masa tu memasing bujang lagi. Duk KL. Hatta dengan RxZnya. Mat rempit awal 90an. Masa tu Hatta kojo kek Plus. Tongah malam Hatta datang cari aku semato-mato mintak adjustkan....adolah satu bondo tu. Gilo..memang mamat ni selambo yo..bukan kigho apo pun..Alah cerita dah dekat 20 tahun.
Hari ini Hatta kojo kek PTG Seremban. Kayo mamat ni..banyak tanah eee...
Nostalgia Cuman : Sekolah agamo moncheh!!..maso tu tongah hangat Rock kapak ni..pengaruh rock kapak ni memang tebal maso tu..seluar sekolah pun fit giler,londeh lak tu..ado yang bootcut lagi..bayang kan la pakai suar fit londeh atau boot cut peh tu pakai songkok..hahaha.Yang paling den tak dapek lupo kan Hatta sampe jatuh pokok kelapo..maso dah jatuh tu ayat petamo yang yang dio cakap 'aposal korang tak sambut den'' gilo..palohotak heh nak sambut dio..hatta tokoyak kelangkang heh gara gara jatuh lam toilet pasal berak sambil duduk ateh kerusi..sengal.Teringat tompek lepak yang paling popular ..bawah pokok manggo kek topi pagar tu..bersidai memasing kek situ taim rehat.