Rasa sebak, marah dan geram yang teramat sangat tatkala aku melihat perlakuan binatang seperti ini. Kenapa begitu sekali 'manusia yang berhati binatang' ini memperlakukan anak sekecil itu? Kalaulah ditakdirkan manusia ini ada dihadapan aku sekarang, aku pun tak tahu bagaimana harus aku 'tangankan'.
Tolonglah, janganlah ada hendaknya kita 'sejahat' ini pada makhluk Allah yang lain. Sekalipun mungkin anak kecil itu nakal dan berbeza agama dan budaya, itu bukan alasan untuk kita menjadi 'hilang akal' tatkala menanganinya..Nauzubillah...
KEJAM
Sunday, April 19, 2009
Kalaulah ditakdirkan itu anak kita?
Dari den Adiey pado 9:51 PM 2 komen dari kengkawan
Saturday, April 18, 2009
Detik 12 malam...tiba-tiba...
Dari den Adiey pado 12:51 PM 4 komen dari kengkawan
Friday, April 17, 2009
Rutin yang memenatkan!
Dari den Adiey pado 8:51 PM 2 komen dari kengkawan
Monday, April 13, 2009
Abah! Bagilah tangan Ita balik!!
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibukbekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, atau pun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya. Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempatletak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakarantidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.
Apa lagikanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunyabermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dansebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari sipembantu rumah.
Si ayah yanghilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terusdipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengertiapa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cumamendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersamapembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari sikuke bawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji takbuat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji takconteng kereta lagi," katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung siibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Dari den Adiey pado 8:32 PM 3 komen dari kengkawan
Thursday, April 09, 2009
Saturday, April 04, 2009
Sibuknya dengan urusan dunia...
Dari den Adiey pado 12:53 PM 5 komen dari kengkawan
Saturday, March 28, 2009
Siapa punya kerja?
Aku bengang! Bila gambar keluarga, catatan dan kawan-kawan telah dieksploitasi atas dasar politik! Blog ini juga turut diceroboh. Apa perkataan yang patut aku cakap pada orang yang macam ini?
Dari den Adiey pado 3:00 PM 2 komen dari kengkawan
Tuesday, March 24, 2009
Mimpikan kawan lamo..
Salam teman seangkatan.
Dari den Adiey pado 7:56 AM 0 komen dari kengkawan
Wednesday, March 18, 2009
Tuesday, March 17, 2009
Pesanan Joe...
Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.Dulu, masa tidur menghadap muka...rapat- rapat, sekarang berlaga punggungsaja..... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbagke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, samabrand....sedondon. .. Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam irontudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tuje la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy! !!Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlmkereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12bulan sekali pun dah kira hebat ler tu...
Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras le pulak...Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgnpakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh bukajugak... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"
Dari den Adiey pado 11:21 AM 0 komen dari kengkawan
Monday, March 09, 2009
Dalam mengenangmu Ya Rasulullah....
Kelahiran Rasulullah SAW mengubah kehidupan umat manusia di dunia daripada masyarakat yang dulunya kufur bertukar menjadi taat dan mentauhidkan Allah. Jelaslah kelahiran Baginda SAW benar-benar membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan manusia. Itulah rahmat dan nikmat daripada Allah mengutus junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke muka bumi ini.
Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tiada Kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107)
Perjuangan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam penuh dengan peristiwa pahit dan getir. Baginda menempuh pelbagai ancaman dan halangan; menghadapi bermacam kesengsaraan, penderitaan dan penindasan. Namun begitu, Baginda tetap tabah, sabar dan tidak putus asa menjalankan perintah serta amanah Allah. Akhirnya Baginda berjaya menegakkan kebenaran di muka bumi ini. Lihatlah betapa besarnya pengorbanan Rasulullah SAW dalam menghadapi kekufuran dan kezaliman musuh Islam.Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan paling istimewa. Oleh itu, Allah memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih. Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.
Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)
Kehidupan Nabi Muhammad SAW mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.
Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan.
Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati. Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam.Sempena bulan mulia ini, umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1430
Dari den Adiey pado 11:33 AM 0 komen dari kengkawan
Wednesday, March 04, 2009
Buli : Mengapa masih berlaku?
Dari den Adiey pado 4:28 PM 0 komen dari kengkawan
Hidup tidak selamanya begini..
Jangan lupa di mana bumi dipijak. Jangan lupa tuan punya langit dan dunia yang fana ini. Hidup tak selamanya begini. Akhirat jua tempat kita kembali.
Dari den Adiey pado 4:28 PM 5 komen dari kengkawan
Selingan - Ternakan kambing Jamnapari
Di Malaysia, kambing telinga panjang ini pernah popular sekitar tahun 70an, dan baka nya di bawa daripada India. Namun populasinya semakin berkurangan disebabkan oleh penghijrahan penduduk ke bandar dan kurangnya minat generasi baru dalam bidang penternakan. Di Indonesia baka ini di panggil kambing Etawah dan mula diperkenalkan oleh pihak Belanda untuk memperkayakan kawasan lembah di Indonesia. Pada tahun 1975 import baka induk di bawa masuk ke Indonesia, di biak dan di edar secara meluas kepada penternak hingga populasi kambing baka ini kini mencecah jutaan ekor dan populasi terbanyaknya berada di kepulauan Jawa.
Berbiak Kembang Dengan Pintas
Penggunaan baka ruminan kecil seperti kambing Jamnapari ini memberi kelebihan kepada penternak disebabkan tubuh relatifnya yang kecil berbanding ruminan yang lain dan kadar cepat mencapai dewasa kelamin. Kadar reproduksinya adalah efisien di mana ia mampu beranak tiga kali dalam jangkamasa dua tahun dengan kadar purata dua ekor anak atau lebih setiap kali beranak.
Bertumbuh Secara Baik Di Negara-negara Tropikal
Jamnapari berasal daripada negara India dan Pakistan, diimpot ke Indonesia dan berkembang biak secara baik dan pantas. Jamnapari mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit. Oleh itu penjagaan keseluruhan kambing Jamnapari ini adalah mudah. Ianya memiliki daya adaptasi yang tinggi terhadap persekitaran di sebabkan secara semulajadinya ianya di ternak di kawasan beriklim khatulistiwa dan mempunyai cuaca yang seakan sama dengan di Malaysia
Penternakan Jamnapari
Kambing Jamnapari mempunyai daya pembiakkan yang baik. Melalui pemakanan yang berzat, ianya dapat memenuhi keperluan pemakanan yang sempurna dan menjamin kesihatan ternakan. Kambing Jamnapari diberi makanan dua kali sehari, konsentrat dan daun-daun. Selain itu juga keperluan seperti air dan kandang adalah penting bagi menjamin kesempurnaan ternakan.
Jamnapari sesuai dipelihara samaada dengan sistem lepas mahupun sistem feedlot. Dalam sistem feedlot, kandang di gunakan. Bagi penternakan berskala besar, kandang kayu bertiang konkrit di gunakan bagi menjamin keutuhan kandang. Kebersihan kandang merupakan faktor utama untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Lantai kandang perlu di sapu setiap hari dan adalah penting menjamin kandang sentiasa kering.
Pembiakan Jamnapari
Kambing jantan dan betina perlu dijaga dengan baik bagi menjamin kualiti pembiakan. Kambing-kambing jantan sebaiknya perlu di asingkan bagi pengurusan ternakan yang baik. Ini adalah baik dalam mengelakkan perkahwinan sekeluarga atau 'inbreeding' berlaku yang dapat menjejaskan kualiti kambing. Makanan yang berkhasiat dan tinggi protein adalah baik bagi kambing jantan dalam menjaga kualiti sperma.
Kambing betina pembiak adalah penting dalam menambahkan bilangan ternakan. Kambing betina pembiak Jamnapari mula berkahwin sebaiknya seawal umur 12 bulan dan berupaya melahirkan sehingga 4 ekor anak dalam suatu masa. Kambing Jamnapari merupakan kambing yang baik untuk di biakkan. Selain kesesuaian dengan iklim di Malaysia, kambing Jamnapari juga tahan lasak daripada penyakit.
Anak kambing diasingkan daripada ibu kambing 2-3 bulan selepas dilahirkan. Pengasingan ini merangsang anak untuk makan makanan kental seperti konsentrat dan daun-daun serta membolehkan anak kambing cepat membesar. Di samping itu juga ianya memulakan kitaran haid ternakan, mempercepatkan proses pengeluaran ovum yang merangsang ibu kambing miang.
Dari den Adiey pado 4:09 PM 9 komen dari kengkawan
Kamis yang stylo..tyco classiq the lagend
Dari den Adiey pado 11:27 AM 5 komen dari kengkawan
Tuesday, March 03, 2009
Arlina 2
Dari den Adiey pado 6:17 PM 2 komen dari kengkawan
Monday, March 02, 2009
Mari sama membantu
Dari den Adiey pado 8:11 PM 0 komen dari kengkawan
Sunday, March 01, 2009
Rock yeeeaahhh!
Dari den Adiey pado 2:07 PM 5 komen dari kengkawan
Chef Mokh lagi..
Dari den Adiey pado 1:46 PM 3 komen dari kengkawan
Saturday, February 21, 2009
Friday, February 20, 2009
Selamat berhujung minggu kawan!
Dari den Adiey pado 4:23 PM 2 komen dari kengkawan
Thursday, February 19, 2009
Bro..dunio dah canggih..
Dari den Adiey pado 8:36 PM 4 komen dari kengkawan
Wednesday, February 18, 2009
Salah ke kalau wa macam ni?
Dari den Adiey pado 3:25 PM 6 komen dari kengkawan
Tuesday, February 17, 2009
Berdengkur di bilik air.
Kisah berlaku sewaktu aku tingkatan 1. Tahun 1987. Waktu di Sek Men Agama Atas dan Senawi ( sekarang Maahad Ahmadi ). Fuh maso tu brader lower six dan upper six bosar badang. Muko garang. Masih aku ingat, Bro Zul, Tajul, Nasir, Culan, Syamsul, Arwah Mahmud dan ghamai lagi. Aku tinggal di asrama pulak tu.
Biasolah form 1 kan, level paling kecik sekali maso tu kan? Satu hari minggu oriantasi. Lopeh prep balik asrama. Sembang-sembang kojap lopeh tu tidor awal. Punyo nyonyak tidor.
Cilanat, besok pagi bangun den ingat ateh katil. Ghupo ee dalam bilik air siot. Dopan jamban lai. Bukan den sorang, ado sorang lai, lupo den sapo. Hampeh, menyirap den. Yang polik, buleh nyonyak lak den tido.
Kepado yang buek tu, x polah, selamat berbahgio. Mintak Tuhan panjangkan umor ee, Insya Allah.
Dari den Adiey pado 8:13 PM 2 komen dari kengkawan
Monday, February 16, 2009
Insiden pukul 2.30 pagi!
Dari den Adiey pado 9:11 PM 2 komen dari kengkawan
Sunday, February 15, 2009
Kisah selipar..
Wooi..tolong amikkan selipar...dari tingkat 3 asrama Salizan menjorit. Maso tu den dah ado bersidai kek tanggo surau. Bukan apo, sajo nak tengok budak pempuan lalu...lobih lagi si.....Kebetulan maso tu lalulah si Mat problem. Lupo namo mamat nih. Selipar ni memang kritikal kek asramakan? Madang hilang..Den panggil Mat problem, kau nampak x abang Salizan ko tu? Kato den sambil menunjukkan kek Salizan. Nampak bang. Problem koba.
Dari den Adiey pado 9:05 PM 0 komen dari kengkawan
Saturday, February 14, 2009
Madi enterpise 2 (versi Cuman)
jomputan makan konduri@baco yasin pun bes yo..dapek makan lain skit dari kantin asrama..balik eksyen lak tu kek sapo yang tak poi..kok korang ingat maso tu..(mungkin adat kek gadong cam tu kot), bilo baco yasin adolak duit limo pusin kek lam piring totongah tu..sapo yang abih baco yasin ambik 5 pusin tu dan ulang baco lagi skali..yang bebudak ni lak komain laju lagi baco.(ntah botol ko tidak yang dibaco tu tak tau la)..ado yang sampai tigo ompek kali ulang pun ado..peh tu sonyum yo pasal duit 5pusin ponoh lam poket..leh boli gokok kek madi enterprise..kalu madi poi skali kek situ yo dio berurus niago ( lopeh makan la katokan)..
Yang untung madi enterprise yo lai.
Dari den Adiey pado 6:47 PM 2 komen dari kengkawan
Friday, February 13, 2009
Kisah Madi Enterprise
Dari den Adiey pado 7:09 PM 2 komen dari kengkawan
Kenangan mandi air jamban.
Dari den Adiey pado 12:01 PM 4 komen dari kengkawan
Thursday, February 12, 2009
Saleh demam
Dari den Adiey pado 11:34 AM 3 komen dari kengkawan
Wednesday, February 11, 2009
Kisah lamo di SMA Repah, Tampin.
1st Time Skodeng
1992 – Sekolah Agama Repah, Tampin –Aku banyak belajar jadi jahat kat Sekolah Agama ni. Pelik betul. Patutnya kat Sekolah Agama jadi bertambah baik. Alaaa..tu suma pokok pangkal kat diri masing2.Minggu ni last jadi budak tingkatan 2. Sekolah tu sampai tingkatan 3 je. Bemakna 1 minggu terakhir ni, macam2 perangai kena buat untuk menghiburkan diri. Warden pun dah malas nak handle kitorang lagi. Waktu kitorang penuh dengan aktiviti x sehat untuk dilakukan selaku pelajar berasrama.
Mandi lombong beramai2 pun ada, main spirit2 pun ada, isap rokok atas syiling bilik mandi pun ada, tengok bahan lucah jangan tanya laa…Tengah syok2 tido, dalam pukul 2 pagi tu, kawan aku (Faizal kecik) kejut kan aku jak buat aktiviti panas kan badan. Mestilah nak follow. Ni suma akan jadi kenangan. Kitorang menuju kat belakang bilik mandi. Peargh…ada dalam 8~ 12 orang la aku pikir. Muka2 skema yang x patut jadi jahat pun ada. Modus operandi kitorang malam tu adalah skodeng pelajar pompuan tido. Aku dah teruja. Dada aku dah berdebar2, kena plak embun jantan meresap kat tulang. Aku tengok perancangan diorang dah macam citer Nam Tour Of Duty pun ada. x suma bleh kena pergi. Kena follow the leader. 3 pergi termasuk leader, yang lain stay menunggu giliran.- Giliran aku dah tiba –Leader: “ Abot..jalan kena tunduk tau..selipar tanggal, yang penting jangan ada bunyi.” (dah macam sarjan plak bagi arahan)Aku:
“Okeh..you go 1st, I go 2nd.”Leader tu punya pergi memang pantas. Laluan utama kena lalu depan bilik mandi pompuan dan buat corner L ke belakang bangunan asrama dan panjat tingkap nako untuk skodeng secara live dari jarring besi atas tingkap nako tadi. Aku x berapa focus. Aku lebih ke tengok keadaan sekeliling. Mane lah tau ada ambush ke. Badan aku dah menggigil sejuk+takut. Yang aku Nampak Cuma katil double darker yang berbaris dan pompuan tengah tido. ‘Harapan’ tinggi yang aku pikirkan tadi x jadi kenyataan. X de langsung adengan 18sx. Belum sempat nak focus, leader dah terjun nak cabut. Aku pun cabut la.Sampai kat tempat check point, memasing terus berkerumun kat leader. Wallawei…memang licik betul leader ni. Cemana aku x leh perasan dia sempat singgah kat penyidai dalam bilik mandi tadi rembat spenda+bra budak pompuan. Patut la semenjak menjak tu pehak sekolah terima aduan ada spenda+bra diorang hilang.
Aku suspek leader ni mesti antara yang terlibat. sini
Dalam dok layan blog, aku terserempak dengan blog mamat ni. Sonyum yo baco kenangan junior kitorang kek Ropah. X jauh yo bezo ee maso taon 88-89. Adan, Mokh mesti sonyum bilo ingat kek Jopun..Fahimah..ha ha ha..
Dari den Adiey pado 4:42 PM 7 komen dari kengkawan
Monday, February 09, 2009
Blog ini untuk semua..
Salam buat semua, maaf lama aku x updatekan blog ni. Sibuk! Projek-projek pertanian makin banyak. Makin ramai yang 'hilang kerja' makin bertambah pulak projek. Bagus jugak, bila duit vss tak dipersiakan. Apa-apa keadaan sekalipun, makan tetap kena makan. Siapa yang akan menjadi pengeluar makanan kalau tidak petani dan peladang ye tak? Tak kan nak jadi macam Singapore.
Dari den Adiey pado 9:04 AM 2 komen dari kengkawan
Thursday, January 22, 2009
Berkelah kito..


Dari den Adiey pado 12:23 PM 0 komen dari kengkawan
Wednesday, January 21, 2009
Cili fertigasi
Dari den Adiey pado 4:45 PM 4 komen dari kengkawan
Monday, January 19, 2009
Ini jawapan ikhlas tulus dari hati...
Alhamdulillah..kalau itu yang terbaik. cukuplah berita semasa kawan2 dibaca dari blog ini. memang kalau nak berkisah ttg semalam, lukanya cukup dalam. bodohnya diri kerana masih terus mengenang satu nama yg cukup besar maknanya. bodohnya diri kerana lupa keadaan semasa. Juga tidak terniat utk menagih sesuatu yg mustahil. cuma terkadang nakalnya kawan2 suka memekarkan kembali kenangan lama. Menyuburkan rasa rindu yg sememangnya tidak pernah terpadam. Nama indah itu akan sentiasa hidup, matikanlah jika termampu. Pun begitu masa tidak akan berputar kembali. Kehidupan yg ada tetap diteruskan seadanya selagi hayat berkesinambungan. Kenangan semalam sekadar igauan dan mimpi. Di hadapan masih banyak lagi tanggungjawab besar yang perlu dilaksana.
Maaf jika benar ini MARKONAH, nama ini cukup menyentuh. Memang banyak persoalan yg tertinggal, namun itu bukan pokoknya. jika benar, tiada lain sekadar doa yang diri boleh kirimkan. Segala yang terbaik buat SARIPAH, suami dan anak-anak juga keluarga di PULAU KAPAS. Ikhlas, hati ini cuma mengenang tidak minta untuk ditatang. Cukuplah diri tahu yang empunya nama ini masih terus bernafas,sihat dan berjaya. Dalam usia dan kehidupan sebegini, tidak wajar mengungkit cerita lama.Namun, kenangan itu sekadar masih berbekas, itu saja.
Izinkan nama SUTINAH terus segar di dalam blog ini. Sekadar meraikan memori yg sebenarnya menguatkan lagi silaturahim sesama kami di sini. Nama itu tidak akan mati. Jangan pula disalahertikan, ia bukan mengumpan cinta lama bertaut..tidak sama sekali. Demi Allah tidak! Cuma kami di blog ini, suka mengusik sesama dengan menjadikan kisah lama sebagai modal bermesra sekalipun masing2 jauh ke serata. Walaupun hakikatnya, ia tetap memori indah dan luka yang paling sukar terhapus! Maaf sekali lagi. jika ini bicara yg terakhir, Alhamdulillah. Hikmah Tuhan tiada yang dapat dimengertikan secara tepat. sudi-sudikanlah terus berkunjung ke ulugadong blog...terimakasih.
Aku menerima email dari seseorang yang mengakui dirinya MARKONAH. Awalnya aku fikir kawan-kawan yang sengaja mengusik. Aku tidaklah berapa nak serius. Tetapi bila banyak diantara ceritanya menepati kisah lama aku dan dia, jadi aku mula keliru juga. Sehinggalah dia tersalah tafsir sesuatu dan mengucapkan bye-bye. Namun, jika benarlah itu SUTINAH, tidak mengapa, biarlah ini menjadi jawapan aku yang paling tulus dan ikhlas.
Dari den Adiey pado 10:12 PM 6 komen dari kengkawan
Sunday, January 18, 2009
Mus and sons..
Dari den Adiey pado 1:17 PM 6 komen dari kengkawan
Monday, January 12, 2009
Luahkan kebencian kamu...
Dari den Adiey pado 10:34 PM 0 komen dari kengkawan
Sunday, January 11, 2009
Meniru yo lah Mus..
Gambar ini Mus yang kirim. Terimakasih sahabat. Suasana di dalam 5 Sejarah. Meja orang lain semua sebiji sebiji.Mus dan Zailan saja yang rapat. Korang tahu apasal? Sobab Mus ni lombab kit. Namo yo ketuo asrama putera, dalam kelas asyik nak meniru yo..boto tak? ha ha..nak meniru dongan orang yang pakai baju biru jugak, sudahlah. Muko yang ditutup dengan buku ni sapo lak?Belakang Zailan, tu sahabat kito, Allahyarham Rahim Maarof.
Dari den Adiey pado 8:14 PM 0 komen dari kengkawan
Saturday, January 03, 2009
Daulat Tuanku - Tunku Mukhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
Dari den Adiey pado 10:01 PM 0 komen dari kengkawan
Sembah Takziah
Pada tanggal 27 Disember seluruh rakyat jelata di Negeri Sembilan terkejut dengan KEMANGKATAN YANG DI PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN. Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
Majlis pemakaman telah selamat dijalankan pada 29 Disember 2008 di Makam diraja Seri Menanti, Kuala Pilah.
Dari den Adiey pado 9:47 PM 0 komen dari kengkawan
Friday, January 02, 2009
Salam 1430..salam 2009 buat semua
Salam penuh rahmat Maal hijrah 1430.
Dari den Adiey pado 11:39 AM 0 komen dari kengkawan
Tuesday, December 23, 2008
Gambar klasik dari Asharudin 2
Oit korang..perasan tak? diorang pegang tangan le..eehh.. tak le..eehh..macam ye..hak hak..waktu ni den tengok duo-duo comel goman ee. Boto-boto macam budak sekolah. Jimid tengok tu..dengan seluar track ee..Si Din..baju yang ko pakai tu nostalgia la Din..maso ni nak poi..panjek Gunung kan? Ko lari dari asrama? Yang pasti ee..diorang ni group taiko klasik. Tak merbahayo doh..relax dan muko seposen..hak hak..Dari den Adiey pado 9:25 PM 0 komen dari kengkawan
Gambar klasik dari Asharudin 1
Alhamdulillah sekian lamanya Asharudin mengirimkan gambar ini, baru sekarang den dapek memaparkan untuk tatapan kengkawan. Terimakasih Din. Sekalipun di dalam visual hitam putih den ghaso lagi nampak klasik. Den pun ingat2 lupo tang gambar ni. Kek mano dan maso bilo? Sapo pompuan tu? Zaiton Sameon ko? Nampak gambar taiko klasik tak ( Mat Cher )?Dari den Adiey pado 9:02 PM 1 komen dari kengkawan
Wednesday, December 10, 2008
Seloka blues 2 - Layan jiwang
Dari den Adiey pado 7:45 AM 3 komen dari kengkawan
Tuesday, December 09, 2008
Seloka blues - aku sorang-sorang
Dari den Adiey pado 9:52 AM 3 komen dari kengkawan





























