? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, December 24, 2010

Akan diupdatekan!

Memang FB dan Twitter medium komunikasi yg hot sekarang. Namun Blog yg sudah berusia hampir 2 tahun ini tetap ada ummpphnya..Insya Allah..blog ini akan kembali diupdatekan..tunggu!

Menjelang 2011

Salam.Menjelang 2011. Perjalanan hidup adakalanya terasa singkat adalanya terasa begitu lembab. Kenangan semakin jauh ditinggalkan. Sekadar merindui tetapi tidak terkesan sangat. Mungkin juga segala panorama kehidupan sedikit sebanyak menghakis ingatan. Sedar2 diri semakin tua!

Wednesday, March 17, 2010

Cikgu pempuan 2010.

Cikgu2 SMAHMYUG 2010. Cikgu yang pegang beg merah tu kenal x? Hanim...bawah den setahun..Alhamdulillah setia dia di situ..sihat semacam yo...Tapi cikgu lelaki..haram den x kona dah...100% baru..!

Rumah Sharmila ke?


Bagus bebudak sekolah ni sekarang..cikgu2 kreatif..ada program rentas desa..eehh..rumah Sharmila tu kan?

Generasi baru 2010

Generasi baru SMAHMYUG 2010..ha ha..sekolah ku..pakcik dah lamo tinggalkan...dulu kek padang nilah rambut pakcik kono gunting..ha ha...

Blog baru SMAHMYUG

Untuk dapatkan berita terbaru tentang SMAHMUG sila ke : http://smahmy.blogspot.com/

Tuesday, March 16, 2010

Tip menjadi Jutawan berpandukan Al Quran


Mahmud Ibn Labid r.a. pernah berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah bersabda, “Dua perkara yang tidak disenangi oleh anak Adam. Mati, padahal mati itu adalah lebih baik dari dugaan (kesesatan). Harta yang sedikit, padahal harta yang sedikit meringankan hisab. [1]

Namun sekiranya anda ingin juga menjadi seorang jutawan, Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah An-Nuur ayat 37 hingga 38, “(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”
“(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”

Bermaksud, dengan mengingati Allah, mendirikan solat, memberi zakat dan sedekah, takutkan hari kiamat kerana akan diadili, seseorang itu akan mendapat limpah kurnia Allah dan pembalasan yang paling baik. Allah sesungguhnya satu-satunya sumber segala rezeki dan Dia akan menambahkan kurniaNya kepada hamba yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas.

Kajilah Al-Quran dengan sebenarnya-benarnya, kerana tips untuk menjadi jutawan banyak terdapat di dalam Al-Quran. Terjemahan Al-Quran bermodalkan RM20 di pasaran. Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu” [2]

Sekiranya anda bukan berniat untuk menjadi jutawan, tetapi sekadar ingin hidup sederhana, beribadat kepada Allah. Serta dalam masa yang sama tidak mahu mempunyai bebanan hutang dan dikurniakan kecukupan dalam semua perkara, amalkan membaca Surah Al-Waqiah setiap malam. Menurut Ibnu Mas’ud, Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada setiap malam, ia tidak akan ditimpa kemiskinan selama-lamanya.”[3]

Sekiranya anda sekarang berada di dalam keadaan terdesak, ditimpa kesusahan, memerlukan “fast-cash” untuk sesuatu perkara mustahak, maka ikutlah petua Rasulullah s.a.w. Di dalam sebuah hadith yang diriwayat oleh Huzaifah r.a., apabila Rasulullah s.a.w mengalami kesulitan, beliau akan segera mengerjakan solat.[4] Solat yang dimaksudkan adalah solat sunat. Ini adalah selaras dengan firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 45, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”.

Di dalam riwayat lain diceritakan oleh Abdullah bin Salam r.a., ketika keluarga Rasulullah menghadapi sebarang kesempitan rezeki, beliau akan memerintahkan mereka mendirikan solat dan membaca ayat 132 surah Taha.[5]Firman Allah di dalam ayat berkenaan, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

Kebanyakkan yang mengamalkan tip ini mendapat kemurahan rezeki yang luas dan “low profile”. Mereka tidak terburu-buru dan tergesa-gesa dalam mengejar kesenangan. Kebanyakkan mereka akhirnya menjadi komited dalam beribadat atau melakukan aktiviti dakwah. Mereka hanya melakukan sedikit pekerjaan dunia, namun kurnia yang diperolehi melebihi apa yang mereka kerjakan.
Wallahu’alam.

Wednesday, March 10, 2010

Cerita dari Rizal..seorang lagi kawan lamo Gadong

Salam.lama x jenguk blog ni.Dah bersawang rupanya. Sibuk ber FB..dah ada medium baru ye tak.
Baru2 ni ditakdirkan den jumpo sorang lai kawan lamo Gadong. Namo ee Rizal. Dulu dio ni x duk asrama. Budak luar la. Maso tu duk kek Batang Nyamor. bawah den setahun. Kigho ee sezaman dgn Jolai, sapawi,jai..Rizal kek Petronas kek Melako ni. Hujung minggu rajin menolong org rumah ee bisnes kek pasar malam. Maaf lah x sompek lak nak bergambar. Tapi x po..insya Allah nanti den usohokan.
Rizal koba..kawan ee yg samo kek Gadong Awaludin dan ado sorang lagi tu dah pun kembali Rahmatullah beberapa tahun dulu, accident. Den x beghapo nak cam jugak arwah ni..gitulah..
Alfatihah

Monday, March 01, 2010

Pak Lang 3 - majlis kahwin dulu2


Dulu, seminggu sebelum majlis kahwin, orang kampung boto2 bokampung kek rumah tuan rumah. memasing bawaklah gulo, ayam, bogheh, sayur ko, apo ko..meriah boto. Baghang2 tu pulak dilotakkan kek ateh tikar kek dapur. Gulo ee kek sini, bogheh kek sini...pendek kato oghang kampung maso tu memasing ado syer..semangat kampung maso tu kuek..sobab memasingkan bukan oghang sonang.


Apo dioang buek tok?

Macam2, ado yg menanak, ado yang buek tapai,ado yang potong kayu, ado yang cari buluh,ado yang tolong komeh ghumah..memacam lah..macam majlis tu dah berlangsung lak..suasano kampung..maso tu lain..

Hmm..hari ni tok, ramai yang x sedar suasana macam tu semakin hilang tok. Keluar duit pakai katering. Orang kampung datang ternganga-nganga. X tau apa nak buat. Datang hulur,makan dan balik. Ado yang datang menghulur je.

Tok..satu masa nanti semua tu akan hilang. Tradisi lama silap2 cuma jadi mitos aje...

Saturday, February 27, 2010

Pembunuh anak comel ini..betul2 bangsat!


Syafia Humairah Sahari, 3, ditampar, disepak teman lelaki ibuKUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dengan kesan luka pada muka dan perut, dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya di kediaman mereka, di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, dekat Batang Kali, malam kelmarin.

Syafia Humairah Sahari dipercayai ditampar dan disepak di perutnya beberapa kali sehingga mengalami kecederaan parah pada tubuh selain luka muka, dagu, telinga serta lebam kaki dan tangan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bahru (HKKB) ketika dibawa oleh teman lelaki ibunya dan ditinggalkan di wad kecemasan selepas mendakwa kanak-kanak itu mati akibat kemalangan jalan raya. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Affandi Yahya, berkata lelaki berusia 28 tahun bersama rakannya melarikan diri sejurus jururawat bertanya maklumat terperinci mengenai kanak-kanak berkenaan. "Ketika dihampiri jururawat, dia mendakwa perlu bergegas ke balai polis untuk membuat laporan kemalangan itu.

IBU mangsa, Siti Nurhanim Aziz dan datuknya, Aziz Sahar menunggu jenazah kanak-kanak itu di Hospital Kuala Kubu Bahru, semalam.

"Kira-kira jam 11 malam, polis dimaklumkan oleh pihak hospital dan meminta menyiasat secara terperinci kerana mengesyaki berlaku penderaan selepas melihat kanak-kanak berkenaan mempunyai banyak kesan luka dan lebam. "Polis menjalankan siasatan berhubung kemalangan seperti yang dimaklumkan, namun tiada sebarang laporan mengenai kemalangan membabitkan kanak-kanak berusia tiga tahun," katanya semalam. Norel Azmi berkata, pemeriksaan awal hospital mendapati ada tanda-tanda kecederaan dipercayai dipukul menggunakan objek tajam. "Berdasarkan kecederaan, penderaan dipercayai baru dilakukan dan mangsa mengalami pendarahan dalaman sehingga menyebabkan kematian.

"Kira-kira jam 3 pagi, polis menahan teman lelaki ibu mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi untuk siasatan. Hasil soal siasat, suspek mengaku mencederakan kanak-kanak itu dengan menampar dan menyepak mangsa," katanya. Beliau berkata, polis turut menahan untuk soal siasat ibu mangsa, seorang ibu tunggal berusia 20-an selepas suspek mendakwa ia dilakukan bersama teman wanitanya. Sementara itu, Bernama melaporkan, bapa suspek enggan mengulas mengenai kejadian itu dan akan memberi keterangannya kepada polis apabila diperlukan. Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, suspek ke padang berdekatan untuk bermain bola dengan membawa mangsa bersamanya.

Ketika sedang bermain bola, kanak-kanak itu menangis dan suspek pergi ke arahnya lalu menyerang kanak-kanak itu. Orang ramai meleraikannya sebelum mengangkat kanak-kanak itu ke dalam teksi milik suspek dan membawanya ke hospital.
Aku x faham dgn perangai setan2 ni. Apa bangsat dan hina sangat manusia ni menjadi manusia? Budak sekecil ni kau jadikan lawan? bodoh ke? Ya Tuhan...marah sungguh aku dengan si bangsat ni. Mak budak ni pun satu..aduhai..kenapalah orang ramai yang tengok tu x leraikan..Aku betul2 rasa sedih..geram dan kesal dgn peristiwa ni..

Thursday, February 25, 2010

Memilih sahabat - Pesan Rasulullah dan Imam Al Ghazalie



Dalam memilih sahabat, Rasulullah SAW pernah bersabda;

“seseorang itu atas agama(perjalanan) rakannya maka hendaklah seseorang kamu memerhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.”

Pesanan baginda melalui hadisnya itu perlu dijadikan panduan kepada kita dalam memilih sahabat. Sahabat banyak mempengaruhi pemikiran, tindakan dan tingkahlaku kita berbanding dengan orang lain yang bukan bergelar sahabat. Ini menjadikan sahabat sebagai cerminan atau refleksi kepada SIAPA diri kita.

Kita juga sering mendengar dari mulut orang-orang di sekeliling kita apabila berkata tentang seseorang;
“Lihatlah dengan siapa dia berkawan…”. Ini menunjukkan bahawa sedikit sebanyak sifat yang dimiliki sahabat adalah sebahagian dari sifat yang dimiliki oleh kita. Dengan siapa kita bersahabat, itulah yang mencirikan diri kita yang sebenarnya.

Kesukaran dalam memilih sahabat pernah disuarakan oleh Saidina Ali karamallahuwajhah melalui kata-kata hikmahnya yang berbunyi; “Seseorang yang mempunyai seribu orang kawan sukar mendapat seorang pun sahabat yang setia bila dia benar-benar memerlukan, tetapi jika dia mempunyai seorang musuh, dia akan mendapati musuh itu ada di mana-mana”.

Imam Al-Ghazali menerusi kitabnya yang bertajuk Ihya` Ulumuddin (Bimbingan Mukminin) telah memetik pesanan Al-Qamah kepada puteranya dalam memilih sahabat.

Katanya, “Wahai anakku! Kiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

1.Jika engkau membuat bakti kepadanya, dia akan melindungimu.
2. Jika negkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantumu.
4. JIka engkau menghlurkan sesuatu kebaikan padanya, dia akan menerimanya dengan baik.
5. Jika dia mendaat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai dan menyebut kebaikanmu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu untuk meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Lantaran itu, berhati-hatilah dalam memilih sahabat. Kesilapan dalam memilih sahabat bukan sahaja membawa kita ke lembah kehinaan malah apabila kita memerlukannya pada waktu yang amat sukar, sudah pasti dia akan menjauhkan diri dari kita. Sebagai seorang sahabat pula, seboleh-bolehnya kita jadilah sahabat yang terbaik kepada mereka yang memerlukan seperti yang telah digariskan di dalam hadis dan Al-Quran.

Dengarkanlah firman Allah SWT dalam surah Al-Imran (3) : 159 yang berbunyi;

“Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.”

Wednesday, February 24, 2010

kona lagi x?

Yang tongah tu...sapo deh?

SMA Repah - 3




Maaf Sani, den menciluk gambar yang penuh nostalgia ini dari FB ko. Aku suka gambar ni..suka sangat...dan barulah aku ingat siapa SANI.....gambar tahun 1988 ni..x SMA Repah..

Berdiri belakang dari kiri ....x ingat, Nadri Daud ( x Ulu Gadong jugak ni ), Anuar Alias..pengantin baru..,Sani..ceh barulah cam..ni budak 'baik' dulu nii..,belakang Sani tu Rizal,Azli,Sherwani..tokey kereta sekarang ni..sebelah tu x cam..khairul Azua..budak pandai peh tu masuk Maahad Gemencheh,Zabri,Azlan Abu Bakar..sekarang badan..peerrghh...,Azzairudin..adik den ni..tukang gunting rambut,Sabirin..,Zamrul,Che Kamarulzaman..geng baik Adan ni..

Duduk : Den tak ingat tapi kalau x silap dio ni anak x Ketua Polis Selangor dulu..sebelah tu pun x ingat,Mokhzani,sebelah x ingat,x ingat jugak,Basar..kombar ee basir,x ingat,Suhan (x Gadong ), yang lain semua x ingat..kecuali hujung Zambri Taat..

Sayang..den x do lak..tapi apo pun den tabik masih lagi simpan gambar ni..

Tuesday, February 23, 2010

Reunion SMA Repah, Tampin 2

Aku percaya, buat sebahagian besar kawan2 x SMA Repah 87-89 yang hadir ke rumah Anuar hari itu, tentunya masih terbayang2 dan terngiang2 gelak ketawa sesama. Almaklum, berpuluh tahun tidak bersua, akhirnya dengan izin Allah suasana itu muncul kembali walaupun di dalam suasana berbeza. Jauh di sudut hati, aku merasa cukup kesal kerana tidak betah untuk lebih lama di situ, kerana terpaksa berkejar ke Melaka untuk beberapa jemputan yang lain.
Bila direnung kembali gambar yang sudi dikongsi, aku cuba juga camkan satu persatu. Cuma fizikal memasing dah jauh sangat berubah. Aku rasa kalaulah aku ada masa itu, mungkin akulah yang paling slim agaknya....
Cikgu Khatijah....satu nama yang hampir hilang dari minda. Tetapi bila kembali menatap wajahnya..barulah aku ingat-seingat2nya...Time2 macam ni rupa cikgu Khatijah saling x tumpah macam Latifah Omarlah pulak...
Ustaz Mansor steady...maintain macho...biasolah orang banyak beramal ni lain...ada yang cakap aku dan Ustaz Mansor ni macam kembar..hak hak...masa mula2 sampai di rumah Anuar, Kamal kata ingatkan aku ni Ustaz Mansor...ayo ustaz...yo ko?
Intan..kau pun maintain yo...mesti banyak ayat yang Ustaz Mansor bagi..
Pada junior yang lain..tq..jika diizinkan Allah insya Allah kita pasti berjumpa lagi...Pada Anuar dan isteri..tq di atas jemputan. Maaf ya tak dapat berlama2lamaan di rumah ko...Pada Allah aku doakan semoga sentiasa dirahmati sepanjang kehidupan, dimurahkan rezeki, bakal dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah..Insya Allah..

Monday, February 22, 2010

Reunion tidak rasmi SMA Repah 1987-1989


Maaf, hadir tetapi tak dapat nak bertangguh. Banyak juga majlis yang perlu dihadiri. Maaf kepada pengantin Anuar dan Isteri, aku cuma sempat bersalam. Maaf sebab menciluk gambar dari blog Adan. Sayu dan cukup terharu bila kembali menatap wajah sahabat2, adik2 dan guru2 yang pernah berdamping dulu. Terutamanya sewaktu menjadi warga SMA Repah 1988-89. Ralat tidak dapat bersama lebih lama di majlis hari itu!

Buat Anuar, syabas..majlis itu dapat juga menyatukan sahabat2 lama...moga Allah merahmati pengantin dan semua, Insya Allah...

Saturday, February 20, 2010

Pak Lang - 2


"Tongah sodap Pak Lang buek tajo kek sungai ni...(kebetulan sungai yang dimaksudkan betul2 belakang tempat kitorang minum)..askar jopon lalu. Mano yang naik lori..naik lori..mano yang naik besika..naik besika..tapi yang banyak menyusahkan ni yang jalan kaki ni...gampang to..mano ghumah yang botutup dio naik. Kotuk duo tigo kali tak bukak..diterajang ee..kok ado anak dagho (dara), sompek yo dighabo ee..cilako to.."

"Dulu AKS ni..hutan yo lai. Susah boto hidup maso tu. Baju ni kok ado pakai sampai habih...sampai boto2 x buleh pakai...jangan mimpi nak baju baru..pokan jauh. mak bapak bersawah yo..kalau malam jangan ceghitolah..golap golito..."

Makin seronok lak den layan Pak Lang ni. Cara dia bercerita tu menarik. Intonasi turun naik. Expresi muka yang bersungguh-sungguh. Den melayang lak..seolahnya den wujud maso zaman tu. Pak Lang x ponah kono tempeleng jopon? Saja den nak menduga.

" Zaman tu Pak Lang sekolah lai. Tapi pak sedagho Pak Lang ponah yo menghaso. Sobab ee jopon teghojah masuk ghumah, dio topoghanjek..dio nak hamun jopon tu.."

" Tapi yang seghonok ee maso oghang kahwin...."

Musim oghang kahwin..? Pak Lang ni skodeng ko..?

Jangan lupo - Esok x SMA Repah 1987-89 berkampung di rumah...

Anuar b Alias.

21hb Feb 2010

no 32 Kg Datok Mansor Jalan Rasah 70300 Sbn, n9

X-Sekolah di SMA Repah Tampin tahun 1988

Tel : 013 202 4141

Kisah Pak Lang - 1


Malam tadi, den ke Kg Air Kuning Selatan. Terlanjur balik ke rumah mentua di Felda Bukit Senggeh Nyalas, den pun cubalah 'hallo' si Aboy. Member baik den dari Sekolah Rendah di AKS. Nasib baik juga dia tak ke mana. Memang selalu jugak den keluar melepak dengan si Aboy kalau balik ke sana. Cuma jarang2lah minum kek AKS tu, biasanya di pekan Nyalas je.

Tapi malam tadi, saja nak ubah angin. Lama juga x jenguk pekan terpinggir ni. Aku tinggal kek sini cuma 2 tahun, dari 1985 sampai 1987, sebelum berpindah ke Tampin.

Dari Nyalas, cuma 10 minit je. Sampai di Pekan AKS, si Aboy cari port belakang sebuah kedai Tomyam. Fuh...ada table di bawah pepohon hutan yang hijau. Enviroment yang aku admire sangat. Jauh dari sesak hiruk bandar. Tenang tuull...!
Sembang punya sembang dengan si Aboy, datanglah pulak seorang tua ni. Aku panggil Pak Lang bila aku tengok Aboy pun panggil macam tu. Dah berumur dah Pak Lang ni, dah 73 tahun. Wah lagi menjadi aku punya sembang. Syok dengar Pak Lang punya kisah di tahun 50an. Macammana kehidupan di AKS pada masa tu. Aku pulak memang minat betul dengan cerita2 sejarah ni...lagilah aku layan.

Friday, February 19, 2010

Sunah Rasulullah - Kelahiran bayi.






AZAN DAN IQAMAH

"Sesiapa yang memperolehi cahayamata, maka hendaklah diazankan di telingan kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan" (H.R. al-Baihaqi)Bayi hendaklah dipegang dengan menghadap ke arah kiblat. Azankan pada kanannya dahulu dan kemudian barulah diqamatkan di telinga kirinya. Hikmahnya ialah supaya perkataan pertama yang didengar oleh bayi ialah kalimah seruan azan dan iqamah yang mulia, yang mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah. Dengan itu seruah dakwah kepada Allah dan agama Allah lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.






TAHNIK :

Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).Tahnik adalah amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tidak ada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu dan sebagainya. Ia dilakukan dengan meletakkan kurma yang lembut di hujung jari. Kemudian gerakkan jari tersebut ke dalam mulut bayi ke kiri dan ke kanan sehingga ia meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma tadi.






MEMBERIKAN NAMA

Dari Amr bin Syuib, mafhumnya:"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata; Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )


BERCUKUR DAN SEDEKAH

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqahkan satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru (diriwayatkan oleh Tirmidzi):

"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan rambutnya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham"Nabi melarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu sahaja.Aku rasa masyarakat kita terkenal dengan adat potong jambul.. lepas tu, takde pun bercukur. Yang patut dijadikan amalan, macam maksud hadis di atas. Cukur, kemudian timbang berapa berat rambut tu, samakan dengan berat dengan nilai duit (nilai perak).

AQIQAH

Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].

Thursday, February 18, 2010

Joe...?


Mano poi ee..si Joe ni? Ghaib toghuih...

Kelab kaunseling dan bimbingan buek lawatan ke SM Agama Ulu Gadong. Den incas maso ni sobab tu buek kek bekas sekolah den. Muko muda belio jo maso ni. Buek sukaneka dan sessi bimbingan dan kaunseling. Seronok eh maso ni, banggo den balik sekolah den semulo. Lelaki eh yang ando Shamsul (kuantan), Zaki (kedah), Nazarul (Moncheh) dan Din (Sarawak). Budak pompuan yang pakai beg merah tu pun bekas pelajar Ulu Gadong gak, Rozi namo eh.


Aku nak buat kerja lain lak..


Salam. Jauh sungguh rasanya 'jarak' aku dengan blog ni. Jauh disebabkan kerja. X de ke sape2 yang nak offer aku kerje lain? Heh..heh..bukan x suka..saja nak mencabar diri buat kerja lain lak. Anyway aku pun Insya Allah akan memulakan sesuatu yg baru nanti. Tetapi bukan di sini...Tunggulah...

Tuesday, February 09, 2010

muka cun...tapi sayang...


den lupolah..sapo yang ponah buek cam ni..yang den ingat...macam nak rak diowang ketawo maso tu...lupolah kek mano..

Aku yang busy...


Sudah beberapa hari, blog ni aku x updatekan. Sibuk. Tambahan baru bertukar unit. Terpaksalah amik sedikit masa utk study perkara baru. Kadang2 rasa macam kat sekolah pun ada. Bila naik tingkatan, maka kenalah juga belajar buku teks baru, ye tak.


Mutakhir ni, ramai juga kengkawan baru yang timbul. TQlah kubeb, RHCH..apa barang mamat ni. Pakai nick..yang bestnya geng2 Maahad yang dio promote. Raso macam si Ghadafi pun ada ni...x polah janji meriah.


Minggu ni cuti panjang. Minggu depan kerja 2 hari lepas tu cuti balik. Fuh meriah, kalau macam ni tiap2 minggu. Gaji penuh ye tak. Seronok kalau macam tu. Mano program kowang cuti ni? Hmm..orang kahwinlah...apo lai yo tak?

Thursday, February 04, 2010

Dah ada FB?

Begitulah. Canggihnya dunia komunikasi kita hari ini. Bayangkan, sudah beberapa tahun tidak berjumpa,akhirnya dengan izin Tuhan, ditakdirkan dapat pula berhubung di alam maya..walau tanpa wajah tanpa suara tetapi sudah cukup untuk masing2 bercerita tentang diri memasing.
Melalui FB, aku dapat bersembang dengan sahabat aku maso di Maahad si Khubaib yang jauh beribu batu di London. Sahabat aku Hamzah Mahadi juga dapat den cari melalui kawan2 yang lain. Alhamdulillah..
Pado kengkawan yang belum ada acc FB, elok yo bukak satu. Fikir yang positif je lah..

Tuesday, February 02, 2010

Adan @ Repah 88-89 reunions...



http://syadiena.blogspot.com/

Ramai kawan2 lama aku yg akhirnya dapat juga dihubungi semula. Memang x sangka. Ramai juga yang mengambil insiatif membuat reunion kecil-kecilan. Aku rasa bangga dan terharu juga bila pertemuan2 seumpama ini dapat direalisasikan demi sebuah persahabatan dan semangat setiakawan. Macam Adan, jumpo balik kengkawan lamo maso di Repah dulu. Memasing sanggup ke Kajang untuk berjumpa. Bukannya apa, saja nak bersembang kisah2 lama. Cayalah lu semua bro! Tabik gua.....

Sedihnya, bila ada yang seakan nak menjauhkan diri dari kawan2. Kononnya aku x sesenang korang. Atau aku x standard nak campur korang. Bagi aku sendiri, biarpun kau datang bawak basikal sekalipun, kalau hati tulus, kawan tetap kawan. Kalau kau datang bawak kereta kebal sekalipun, ilmu tinggi, hidup senang tapi..kalau dah sombong...bongkak, berlagak...apa nak dikata.

Duit ringgit, pangkat bukan perkara pokok. Syurga neraka pun bukan kita yang tentukan. Hidup biarlah pesan berpesan. Kawan sepanjang hayat...Insya Allah. Berlapang dadalah dengan apa yang ada...hidup sementara beb!

Friday, January 29, 2010

Hukum facebook - menurut Islam

Oleh Zaharuddin Abdul Rahman

SAYA ditanya soalan: “Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook? Saya terbaca artikel yang menyatakan pemiliknya, Mark Zucherberg menyumbangkan dana melalui penggunaan Facebook ini dari seluruh dunia kepada bangsanya, Yahudi. Mohon penjelasan ustaz?”

Soalan ini terlalu kerap dilontar kepada saya dan begitu banyak juga ditulis oleh pelbagai individu di forum juga blog. Dalam menentukan keputusan dan hukum menyertai Facebook, menurut pendapat saya, ada beberapa isu yang perlu diperhati:

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?

Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).

2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?

Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.

4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?

Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had
KESIMPULAN

Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:

a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.
e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

Tuesday, January 26, 2010

Layan Facebook

2-3 hari ni asyik layan facebook. Register lama dah..cuma baru2 ni je aku rajin layan. Benarlah seperti yg dikata...memang asyik. Ramai juga sahabat lama yg aku 'jumpa' balik. Dari sekolah Maahad Ahmadi umpamanya.
Harapnya, dah ada FB bertuah jangan blog ni dah x berguna lagi.....
Kalau sudi registerlah jugak kat FB Ulu Gadong....

Saturday, January 23, 2010

Sultan Johor mangkat




DYMM Sultan Johor Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi mangkat jam 7.08 malam hari ini (7.08pm today). Baginda berusia 77 tahun.

Baginda, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini dan ekoran itu Jemaah Majlis Diraja Johor telah bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja.
Semoga Allah SWT. mencucuri rahmat ke atas roh Baginda.


Al fatihah

Friday, January 22, 2010

Lagu pebret Apak..




Selain dari lagu KAIN CINTA PUTIH - PUTRA, lagu ini juga merupakan antara lagu yang menjadi siulan era 90/91. Antara sahabat yang selalu aku tengok rajin menyanyikan lagu ni dalam bilik air..Apak lee..tulah yang buat aku terkenang-kenang...

Alhamdulillah..jumpa lagi kawan lama...


Hari ini biarpun dalam keadaan susah hati sebab kehilangan wallet tapi ada juga berita gembira yang aku terima. Dalam kesibukan aku menguruskan untuk membuat IC tengahari tadi aku dapat panggilan dari seorang sahabat lama sewaktu aku di sekolah Men agama Repah Tampin (1987-1989).

Semenjak dari tahun 1989 sehinggalah kehari ini (23 tahun) aku tak mendengar cerita dia, tetiba hari ini dapat call dari dia. Thanks you ANUAR coz call dan ingatan awak kat aku, Bila dah dapat contact Nuar, aku pun tanyalah no phone sahabat baik aku, KAMAL ABU HASSAN. Ptg tadi aku call KAMAL, seronoknya dapat sembang dengan member lama, apatah lagi dah 23 tahun tak dengar cerita, banyak cerita dibualkan. sempat juga kamal bercerita tentang masalahnya pada aku... Aku memang ada cari Kamal tapi tak ketemu..Rupanya kamal pun ada juga berusaha untuk menjejaki aku..Akhirnya dapat balik berhubung semula.. Hari ini aku berbicara semula dengan kengkawan yg sudah hampir 23 tahun tak bersua, Anuar, Kamal, Ahmad Sherwani dan Azlan.. Bila dapat berhubung semula dengan kengkawan di Repah ini, Teringat dan terimbas kembali zaman itu dan terasa rindu sesangat saat saat itu.

Tapi apakan daya semua itu tidak akan berulang kembali... Hanya kenangan yang indah terpahat dan terpatri di hati...

Apo pun..den tumpang banggo dan rasa syukur pada Allah. Usaha kito untuk menyatukan sahabat lamo nampaknya taklah sia2. Insya Allah mungkin makin ramai lagi. Tidak kiralah dari sekolah mana..sampaikan salam den kek diorang...

Thursday, January 21, 2010

Adan kehilangan beg...







Sian sahabat kito..Adan yang kehilangan beg duit ee..huh..payah oo..macam2 nak kono buek. Dari I/C sampailah pado lesen dan sebagainya. Sobarlah Dan...pado kengkawan cubo2lah cari beg duit Adan tu...mano tau kok jumpo..contoh beg duit Adan macam kek ateh tu..warno pink yo..dalam beg tu ado keronsang...blue color...tolong cari ye...

Cuman...bisnes lagi..

Wah..baguslah..Cuman diam x diam ada bussines lain ghupo ee...den puji kau Man..mudah2an usaha kau diberkati Allah.
Jadi, pado kengkawan yang menyupport ( ado ko istilah ni?) lawatilah blog :

Wednesday, January 20, 2010

Jemputan kahwin-




Anuar b Alias.
21hb Feb 2010


no 32 Kg Datok Mansor Jalan Rasah 70300 Sbn, n9
Sekolah di SMA Repah Tampin tahun 1988
Tel : 013 202 4141
Anuar ni bawah den setahun. Maso sekolah Repah dulu. Maso mulo dio tepon, pueh dem nak ingat, sapo mamat nih. Lamo baru den ingat. Paling dio ingat si Adan lah. Nuar..apo lambek bonar bukak kodai? Apo nak buek..yo tak..jodoh baru sampai. Apo pun tahniah le..Insya Allah...dijemputlah pado semuo geng Repah yang kenal Anuar di majlis seperti alamat dan tarikh di atas.....silakan...sila..silalah...

Jangan marah...


Baik2 Jamil..bawak besikal wan tu...adik angkat ko tu x melasak ko kek belakang ko?

Ayo yo..ini macam pun ada ka?


Macam-Macam: Lelaki terlupa tinggal anak selama lima hari

BEIJING: Seorang lelaki yang pelupa, tidak sedar meninggalkan anak lelakinya di stesen kereta api selama lima hari. Qu Yuxue, 44, dari darerah Changchun, wilayah timur laut China, Jilin, bernasib baik bertemu semula dengan anaknya, Qu Pengxiang, 5. Beliau mengambil masa dua bulan untuk mengesan semula anaknya yang dihantar ke sebuah rumah anak yatim, lapor New Culture Express. - Agensi
Banyak makan somut agak ee..Dah tuo2 ni risau lak..

Alfian mansor - Sayembara lensa


FYANSTUDIO : 013-6076504

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melapangkan masa ke fyanstudio.

Tuesday, January 19, 2010

Selamat Datang bro Alfian Mansor : Ex student 85/86

Ada seorang lagi sahabat lama Gadong mmskan aku gambar dan blognya. Aku nak ucapkan berbanyak terimakasih. Bro Alfian Mansor ex student 1985-86...lah, apolah kau ni Cuman, ex boypren lak... Insya Allah nanti aku publishkan gambarnya yang terbaru buat tatapan semua sahabat. Tak sangka juga, bro Alfian ni cukup talented di dalam fotografi. Cayalah! Blog bro Alfian di sini : http://www.fyanstudio.blogspot.com/
Teringat2...Dulu, den ambik lukisan yo..lukih gambar kacang..hampeh x do goman kacang...

Saturday, January 16, 2010

Besday Jamil


Semalam 14.1.2010 besday Jamil. Lupa pulak yang ke berapa. Alah..muda lagi. Mil.orang rumah ko bagi hadiah apo? Apo..rahsia? Heh eleh...

Apo pun..selamat hepi besdaylah sahabat den..

Friday, January 15, 2010

Info : Solat sunat gerhana matahari


Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf (الخُسُوفِ ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi saw yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.


Dalilnya :

Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

Maksud: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah”

Dalilnya :

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Maksud: Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang”


Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian

i. Bagi solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

ii. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu :

i. Qaul Qadim : Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh ).
ii. Qaul Jadid : Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari ( syuruk ).
* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى


Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”


ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”


i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.


Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan
(dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”

(Sahih Muslim 2-hlm: 81)


Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah
atau mana-mana surah.
5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana :

Dalil dari Aisyah r.a. berkata :

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة
.


Ertinya : Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana”


(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)

i. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.
ii. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.
iii. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.
iv. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah. ( Khutbah adalah seperti dilampirkan )

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh :
i. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.
ii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.
iii. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.


Matla’ Badrain.


Abu Ishaq Bin Ali Bin Yusuf al-Fairuzabadi, Al-Muhazzab, Juz 1, terj : Ali Achmad, Muhammad Yasin, Abdullah & Huda, Perniagaan Jahabersa. Perniagaan Jahabersa.
Ust Hj. Fadzil Hj. Ahmad. Hidup Ibadat , Pusat Pemasaran Motivasi, K.L
Dr. Abdul Karim Zaidan, Ensiklopedia Hukum wanita dan keluarga, Kajian mendalam masalah wanita & keluarga dalam perspektif syariat Islam. Pustaka Dini.
http://www.islamweb.net

Tuesday, January 12, 2010

Sekadar mengingatkan..





KULIM – Laba yang diharapkan, bala yang datang. Begitulah nasib ratusan pelabur di daerah ini apabila dianggarkan lebih RM30 juta wang pelaburan mereka lesap begitu sahaja selepas pengarah sebuah syarikat yang menjalankan skim pelaburan penternakan cacing menghilangkan diri sejak Disember lalu.


Berikutan itu, pelabur terbabit bukan sahaja berputih mata tetapi ada yang terpaksa menanggung beban hutang kerana terdapat wang pelaburan itu dipinjam daripada pelbagai pihak.


Semalam, berpuluh-puluh pelabur berkumpul di hadapan syarikat berkenaan di Jalan Lunas di sini selepas berasa tertipu dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan itu.


Mereka mendakwa tidak kurang 3,000 individu dari seluruh negara menjadi mangsa syarikat tersebut yang turut mempunyai cawangan di Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

kredit : kosmo.com.my
Semangat mereka untuk bersama di dalam sektor ini wajar dibanggakan. Tetapi jalan pintas yang diambil demi meraih keuntungan agak mengecewakan. Memang penternakan cacing mampu mencapai pulangan yang lumayan, namun sikap syarikat setan ini benar2 membuatkan orang akan berpandangan serong pada sektor pertanian.
Aku sendiri di pejabat kerapkali didatangi oleh mereka yang mengadu tentang beberapa syarikat yang gagal menunaikan janji mereka untuk membeli balik hasil pertanian yang telah mereka usahakan sepertimana yang telah pihak syarikat anjurkan. Antara komoditi yang popular ialah serai, ikan keli dan sebenarnya banyak lagi.
Kepada korang yang ada kengkawan yang ghairah nak bertani melalui siri2 kursus sebegini, fikirkanlah semula. Bertanya semula kepada penganjur kursus, adakah kursus ini di bawah pengetahuan agensi yang berkaitan? Contohnya : Ternakan ikan dsb di bawah Jabatan perikanan, lembu kambing di bawah veterinar...tanaman di bawah Jabatan Pertanian. Dapatkan pengesahan sebenar dari agensi berkaitan sekiranya syarikat tersebut mendakwa kursus yang mereka anjurkan 'halal'. Jangan percaya bulat2 pada surat perakuan yang ditunjukkan pihak syarikat...
Korang bayangkanlah..sewa hotel atau dewan seminar ++ sehari katalah baru RM 1500. Satu orang peserta kena bayar katalah RM 300. 10 orang dah berapa? 100 orang berapa pulak untung diorang ni? Lagi satu katalah seorang peserta kursus usahakan projek dan berjaya hasilkan 1 tan. 100 orang dah 100 tan...1000? 2000? Wah besar sungguh pasaran syarikat ni? Betul ke? Terdaya ke diorang nak ambil banyak2 tu? Mana mereka pasarkan? Sejauh mana kekuatan pasaran mereka? Ada perjanjian hitam putih x untuk beli balik? Sanggup x mereka untuk diambil tindakan jika gagal membeli balik seperti yang dijanjikan? Siapa yang sign?
Oleh itu, jangan ghairah sangat. Sebaik2nya rujuk dulu pada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani atau mana2 agensi2 berkaitan!

Mereka masih hilang!




Sibuk benar orang kita berpolitik. Sibuk! Masing2 nak mempertahankan survival kuasa masing2. Hinggakan mungkin kita sudah seakan terlupa tentang anak2 kecil ini yang masih terus hilang....

Masihkah wujudkah mereka ini? Atau...?

Ya Allah...berikanlah petunjukMu kepada mereka yang lapar dan dahaga kuasa. Kembalikanlah anak2 ini ke tempatnya yang mula...di sisi keluarga mereka yang terus menanti..

Tunjukkanlah kekuasaanMu pada mereka yang tergamak memisahkan anak2 ini dari keluarga mereka!

Monday, January 11, 2010

Info Tani : Ternakan itik telur



Elly Yuza Mahmud, 24, pemegang ijazah Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, percaya aktiviti ternakan itik mempunyai masa depan yang cerah dan menjanjikan pulangan lumayan bagi pasaran dalam dan luar negara.

Beliau bertekad untuk berdikari selepas menyaksikan kejayaan usahawan yang menternak itik secara komersial di negara ini.

Elly Yuza memulakan ternakan itik spesies Khaki Campbell di kawasan seluas 3.2 hektar berhampiran bekas lombong pada April lalu.

Beliau memulakan usaha dengan jumlah ternakan 6,000 ekor dan kini bertambah 32,000 ekor. Kini, ternakannya menghasilkan 15,000 biji telur sehari dan jumlah itu terus meningkat apabila kesemua itiknya mencapai umur matang untuk bertelur.

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.


Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-

mempunyai daya hidup yang tinggi
bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.


Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.

Besday Hatta....




HEPI BESDAY 2 U....HEPI BESDAY 2 U...HEPI BESDAY 2 HAAATTTTAAAAA...


HEPI BESDAY 2 U..UUUUUUU..

Ko dah tua Ta.....!

Saturday, January 09, 2010

Aku...mutakhir ini..




Salam. Barulah berkesempatan nak updatekan blog. Makin hari makin 'kurang' kengkawan yang datang. Sebab makin hari kengkawan makin sibuk. Blog kengkawan aku yang lain pun nampak dah makin tebal sawangnya. Tak bekomeh...Blog kobun manah pun dah naik semak. Lagi tinggi semak dari pokok ko apo? Blog ABEM update 6 bulan sekali ko? Blog Cikgu Joe pun berjerebu..blog Watashi pun dah hinggap debu..Blog Mokh? Dah rentung kono gulaikan kek dapur..pakai x do lah tuh..orang chef juallah makanan ko resepi ko..kau pi jual baju mandi...lain bunyik ee....Blog Adan yo yang aktif sikit. Aktif macam tuannya jugak. Tahniah le bakal mendapat orang baru...Insya Allah.


Sebenarnya aku cuti panjang di awal tahun. Mulanya 3 hari je...tetapi takdir Tuhan, isteri aku keguguran..masuk wad. Jangkanya yang ke 3..x palah kita merancang..Tuhan juo yg monontukan..Insya Allah, adolah rezeki tu nanti..yang x tahan..anak2 aku asyiklah cium perut Umi dia dok bagi salam kat baby..Oleh itu...terpaksalah aku sambung cuti dan menjadi suri rumahtangga sepenuh masa sekejap. Mana anak nak sekolah, mana yang asyik nak berdokong je...Alhamdulillah..orang rumah tambah sihat tetapi masih jugak aku terpaksa uruskan banyak perkara. Membasuh,memasak,kemas rumah...


Takut bini? huh....bukan takut...kesian kat orang rumah...ala..biarlah dia rehat jap...bukan susah sangat jadi 'surirumahtangga' ni...