Oit korang..perasan tak? diorang pegang tangan le..eehh.. tak le..eehh..macam ye..hak hak..waktu ni den tengok duo-duo comel goman ee. Boto-boto macam budak sekolah. Jimid tengok tu..dengan seluar track ee..Si Din..baju yang ko pakai tu nostalgia la Din..maso ni nak poi..panjek Gunung kan? Ko lari dari asrama? Yang pasti ee..diorang ni group taiko klasik. Tak merbahayo doh..relax dan muko seposen..hak hak..Tuesday, December 23, 2008
Gambar klasik dari Asharudin 2
Oit korang..perasan tak? diorang pegang tangan le..eehh.. tak le..eehh..macam ye..hak hak..waktu ni den tengok duo-duo comel goman ee. Boto-boto macam budak sekolah. Jimid tengok tu..dengan seluar track ee..Si Din..baju yang ko pakai tu nostalgia la Din..maso ni nak poi..panjek Gunung kan? Ko lari dari asrama? Yang pasti ee..diorang ni group taiko klasik. Tak merbahayo doh..relax dan muko seposen..hak hak..Gambar klasik dari Asharudin 1
Alhamdulillah sekian lamanya Asharudin mengirimkan gambar ini, baru sekarang den dapek memaparkan untuk tatapan kengkawan. Terimakasih Din. Sekalipun di dalam visual hitam putih den ghaso lagi nampak klasik. Den pun ingat2 lupo tang gambar ni. Kek mano dan maso bilo? Sapo pompuan tu? Zaiton Sameon ko? Nampak gambar taiko klasik tak ( Mat Cher )?Wednesday, December 10, 2008
Seloka blues 2 - Layan jiwang
Tuesday, December 09, 2008
Seloka blues - aku sorang-sorang
Monday, December 08, 2008
Saturday, December 06, 2008
Tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa : Satu trauma yang panjang
email dari Asharudin

Amacam kona lg x ngan den. Ni ado pic terbaru den, masih panas2 lg. Skarang ni den duk kek Kerteh Trg, kojo kek cni, adolah dlm 10 thn. Tu lah rindu gak kek kawan2 lamo, tapi nak buek camno dah duduk jauh2 ni kan sonang nak jumpo, lagi pun baru jo dapek contact tu pun ikut blog ni. Kalau kau nak tau lopeh jo keluar dr Ulu Gadung adolah 2 3 org kwn2 ulu gadung yg den dapek jumpo. Sodeh botol den...Ado skali tu den jumpo Jamil kek Kerteh, tu pun x bulih nak bual lamo sobab pg tu den nak hantar org rumah pogi kojo. Pastu thn lopeh ado jumpo Awid kek Kemaman dio ado buek kojo kek kilang den. Sekarang ni den kojo kek kemaman bitumen, baru jo nak masuk 2 thn.Sebolum ni den kojo kek petronas penapisan Trg. Tu yg den tercampak kek Trg ni. Baru ni maso balik kg ado gak selak2 gambar2 lamo. Ado gak 2 3 koping gambar kek ulu gadung tapi den x scan lg. tunggu r, nanti den hantar kek kau, utk dikongc dgn rkn2.
Cuti skolah ni x pogi cuti2 M'sia ko atau balik kg ko? ok lah, banyak dah den bebel ni lain kali den sambung lg. Kalu jompo kwn2 tlng sampaikan slm den pado dio org. Sekian....A"kum.
Terimakasih Asharudin.
Tuesday, December 02, 2008
Lagi gambar dari dalam dorm..kito
Kok ado magiklah...ghaso ee nak den masuk dalam gambar ni. Kono bolai kek Cak om...cam Apaq. Apaq memang selalu kono bolai pun yo tak? Hak..hak..Gambar ini dirakam pada tahun 1991. Kehangatannya bagai baru semalam. Aduh...
Thursday, November 27, 2008
Aku...sepi sendiri...sodih...issk..
Wednesday, November 26, 2008
Jemputan dari Apak...
Apaq, sahabat kita menjemput semua kawan-kawan ke majlis mencukur jambulnya sendiri...hak..anaknya yang kedua. Majlis akan diadakan Insya Allah di Bongek pada 8 Disember 2008. Bukan ghayo haji ko tarikh ni..ayo..apak ni..Saturday, November 22, 2008
Bjay..welcome to the club...
Mulanya aku tak cam jugak sapa mamat ni? Adakah seorang Along yang sedang bermain solitare setelah memutuskan jari mangsanya? Atau mungkin tukang sembelih ayam yang baru balik dari Pasar Malam membeli ayamnya yang telah dipercikkan? Atau mungkin seorang hero Tamil yang sedang menghafal skrip?Setelah diteliti dan diamati dengan lebih mendalam, La..hampeh..rupanya Bjaylah....jauh beza sungguh parasnya. Ala-ala tenggek pun ada..Khabarnya sekarang bertugas di Bangi. Apa pun, Alhamdulillah dan terimakasihlah..sudi join kita. Terimakasih juga di atas kiriman gambar ini. Semoga Allah merahmati Bjay ( Tarmizi ) sekeluarga, Insya Allah.
Woiit..terer lagi main ping pong?
Thursday, November 20, 2008
Inilah pemenangnya...
Inilah antara kenangan peribadi yang cukup manis bagi aku. Mengungguli kategori pemidato terbaik dan membantu 5 Sejarah menjadi johan perbahasan ketika itu. Alhamdulillah, semuanya di atas sokongan dan bantuan kawan-kawan juga. Shahdan dan Mazlindawati. Malam itu pertandingan akhir perbahasan menemukan 5 sejarah dan tingkatan 4 yang diwakili oleh Aiman, Shapawi dan Jefri. Aku lupa tajuknya.Pertandingan yang diadakan itu adalah di atas inisiatif Ustaz Mansor. Juga kerjasama Det. Tengoklah peserta bahas. Det taja semua baju peserta. Grand betul! Pengacara majlis malam itu Cuman dan Roshasnita, pun tidak kurang hebatnya. Merah jambu lagi, ha ha. Sementara Mariani Karni dan Intan bertindak sebagai pomp-pomp girl...? hak hak gurau yo...taklah sebagai pengiring. Sahabatku yang dikasihi, inilah pentasnya. Inilah Dewan sekolah kito yang merakam banyak kenangan.
Hmm..hmm..nak tahu apa hadiahnya? Baucer makan di kedai det yang bernilai RM 1.50..ha ha..aku simpan lagi boucher tu. Nanti aku scan. Tak tahulah, laku lagi kot? Nanti aku nak tanya Detlah..
lagi gambar sumbangan Apaq, Tq.
Wednesday, November 19, 2008
Kodai det...kek dalam sekolah.

Sunday, November 16, 2008
Stok gambar dah nak habis..
Tuesday, November 11, 2008
Kak Ija
Kak Ija. Baik, peramah. Bila marah, suara halusnya keluar macam bertih jagung. Masa ni anak dara lagi. Sekarang aku dengar dah 5 anaknya. Tapi lama sungguh tak jumpa. Aku doakan mudah-mudahan sihatlah dia hendaknya. Tapi aku confiuse sikit, siapa mamat yang sebelah tu? handsome semacam je...ha ha..
Monday, November 10, 2008
Chef punyo ceghito..
Apo kato cuti sekolah nih, kito turun PD. Lepak tompek den. Kek mano? Apolah..Ilham Resort tau? Alah sampai nanti hello lah kek den..Diskaun? Alah..Insya Allah boleh diatur. Dah ado kad Chef Aris Fun Club? Bolum? Tak po..itu boleh diatur. Nak daftar? Masuk blog den. Ado kek topi tu..puji den lobih-lobih kit..lagi banyak diskaun den bagi.
Nak makan sodap-sodap? Beres..no hal punyo..Janji kau duduk tompek den. Kotam? Kambing panggang? Ayam salut madu? Buleh..kocik punyo hal. Apo? Bawak ayam sendiri dari rumah? Bawak ikan sendiri? Suruh den masakkan yo? Kau ingat ni kodai Tom Yam? Banyak cekadak..
Alah..maghilah..bukan selalu..lepak..nak mancing..ko..apo ko, kalau nak datang sini nanti..baju mandi den jangan lupo boli yo....
Friday, November 07, 2008
Shamsul @ mat......

Macam 'gayboy' si Shamsul bilo dressing macam ni. Ha ha..Bersih aje muko mamat ni..maso ni. Sojuk yo tengok. 'Dosa' tak banyak lagi kot..kui kui kui..
Kok ado yang tau mano hilang ee mamat ni..beritau le kengkawan..
Bila kukenang, bila kuingat.

Di sini kasih pernah berbunga,
Tanpa bahang dan tanpa apinya,
Di sini langit mendung selalu,
tiada cahaya menyinariku..
Segak tak Mr. Rosman Ahmad @ Cuman maso nih? Ingat sonang budak sekolah nak dapek pakai baju nih? Baju catering Dak Det. Ingat lagi..Cuman maso ni menjadi pengacara pertandingan bahas peringkat akhir sekolah. Kono pulak bergambar dengan Sharmila, si kecil molek yang cantik manis 5 sejarah. Fuh, macam...macam apo yo?
Err..Man, maso ni Cilin x ghaso kocik hati ko dengan kau? Ha ha..'awek dio tuh!' Jangan maghah yo..gurau yo...
Thursday, November 06, 2008
Macam best yo..
Tuesday, November 04, 2008
Satu iktibar...

REMBAU 26 Okt. – Dua orang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Agama Haji Mohd. Yatim (SMAHMY), Hulu Gadong, dekat sini, maut apabila digilis kereta api kargo sewaktu tidur di landasan selepas keluar dari asrama tanpa kebenaran untuk minum di pekan Kota di sini, malam tadi.
Mangsa, Mohd. Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur dan Fazrul Asri Zulkifli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh bahagian badannya.Lebih menyayat hati, kejadian pukul 11.45 malam dekat Kampung Tanjung itu turut disaksikan lima rakan mangsa yang gagal mengejutkan mereka berdua yang nyenyak tidur.Dipercayai, mereka keluar dari kawasan sekolah antara waktu Maghrib dan Isyak melalui jalan pintas ke pekan Kota yang kerap digunakan pelajar yang selalu keluar asrama tanpa kebenaran warden.
Landasan keretapi kat Kota tu, masa ana budak-budak dulu memang tempat ana bermain dengan sepupu. Benda dah berlaku apa nak di kato, sudah takdir. Dulu masa main atas landasan tu memang sentiasa pandang kiri kanan, sebab kalau keretapi lalu memang tak sedar punya. Tahu-tahu dah dekat. Malam tak main pun, waktu siang saja.
Dari Kota ke Ulu Gadong tu memang selalu berulang alik. Rumah atok wan pun sebelah landasan keretapi. Banyak nostalgia. Dulu masa Undang Dato Abdullah ada hentian keretapi kat situ dan keretapi berhenti di situ. Sekarang dah tak ada.Berbalik pada sekolah agama, biasalah. Mana-mana sekolah pun ada masalah, sekolah kerajaan pusat, kerajaan negeri dan swasta. Tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil inisiatif memperbaiki sekolah agama di N.Sembilan ini. Banyak kelemahan yang ana perhatikan secara kasar di NS ini. Baik dari pelajar, ibu bapa, guru, pentadbiran, PIBG dan seterusnya.
Sama-samalah kita memberi input yang positif untuk memperkasakan sekolah agama swasta atau kerajaan di N.Sembilan ini.Sebelum kita tuding jari pada orang lain, tuding jari pada diri kita dulu. Adakah kita pernah membantu pentadbiran sekolah, adakah kita pernah memberi sumbangan pada sekolah dan sebagainya ?Kita doakan Sek Agama Hj Mohd Yatim (kampung den tu) dapat mengambil langkah yang pro aktif membendung masalah mereka, satu masalah yang biasa berlaku di mana-mana sekolah.
Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk membaiki pagar yang rosak yang sering digunakan oleh pelajar menyusup keluar ? Adakah mereka mempunyai peruntukan yang cukup untuk mendirikan koperasi dan cyber café untuk mengelakkan pelajar keluar ? Adakah mereka mempunyai warden yang cukup untuk mengawal pelajar ? Adakah ibu bapa mereka kuat silaturrahim sesama mereka untuk menyelesaikan masalah secara kolektif ?Jadi, semuanya salah, semuanya bertanggungjawab.
Tepuk dada, tanya iman. Dipetik dari :http://waghih.blogspot.com
Amy...@Repah@Gadong...

Andai dapatku undurkan masa...
Saturday, November 01, 2008
tempat-tempat nostalgia...

Kiri atas : Tangga menuju ke kelas 5 sejarah dan 5 Geografi. Sekarang khabarnyasudah menjadi bilik guru. Di tangga inilah kadang-kadang sesi pengusharan awek-awek berlaku. Tetapi biasanya sini line x clear...Kiri : Di sinilah Cuman memulakan operasi memanjat bilik audio bersama sebuah 'pita misteri'. Sebelum beralih ke tingkat belakang....sobab takut line tak clear...kah kah...
Hanim..dan Acik the Lagend...

Aku dan Jamil. Di sebelah kiri, Hanim@Along. Khabar terakhir aku dengar dia berkahwin dengan abang askar...wallahualam. Di mana dia ya?
Jamil masa ini sedang cintan maut dengan seorang awek dari bangkahulu. Gambar ini, gambar kenangan di meja awek dia ni lah..'Acik the lagend'..kuang kuang..
Hmm..sebut abang askar..teringat juga pada Dek Ta..
Friday, October 31, 2008
maaf..semua. Program esok ditunda...
Maaf ye...
Thursday, October 30, 2008
Sekali lagi...terimakasih sahabatku..semua!
Kona den lagi tak?

Tuesday, October 28, 2008
Gambar kek library...
Hari jumaat..pakai baju melayu. Tengahari, makan pergi solat jumaat. Lopeh tu poi kodai det...yo tak?Thursday, October 23, 2008
Bertemu 5

Tuesday, October 21, 2008
Cukuplah sekali...
Monday, October 20, 2008
Bertemu 4

Pertemuan aku dan Mokh di majlis perkahwinan Apak pada 2006.
* Cadangan pertemuan semula 1 November: Berikan respon segera 019 656 9766
Inilah barisan kita..yang ikhlas mendaki...

Inilah antara gambar yang cukup aku suka. Cukup klasik dan ada zooknya. Gambar sumbangan Cuman ini memperlihatkan kita satu keazaman,kesepakatan,iltizam, semangat untuk mendaki Gunung Datuk walaupun tanpa kebenaran warden. Syabas! Mereka memang berani. Taiko besar Gadong masa itu. Maklumlah form 5 lah katakan...
Ha..ha..korang tengoklah beb. Dressing maso tuh! Madi..nampak madi...ramos boy george ko GQ? Ceh..Amy miau..bukan main toba bingkai eee..sekarang pakai macam tu lagi ko? Fuh BJ, bersiul lagu tamil. Hatta cool yo kan..menutup kekengkangan eee...Mokh..baru balik ot jago bank..muko tak mandikan? Shamsul dan Izan..penuh harapan. Cuman..lagak macho la tuh...
Aku senyum dan ketawa sorang bila tengok gambar ni lamo-lamo...syahdukan?
* Jangan lupa cadangan program perjumpaan kito, 1 November ini - den masih menunggu respon - 019 656 9766
Sunday, October 19, 2008
Hulurkan bantuan pada generasi baru ini

Jemaah Ulu Gadong merupakan satu badan yang kini akan menguruskan hal ehwal kebajikan anak-anak yatim dan miskin di SMA Ulu Gadong. Sub Intstrumen ini berperanan seakan PIBG juga. Justeru, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyalurkan sebarang bantuan, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah di talian 06-438 1411.
Insya Allah, dengan bantuan yang bakal diberikan, manalah tahu ianya mungkin sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kehidupan generasi baru yang lebih memerlukan di sekolah ini.Lebih lanjut disini
Teringat pula pada seorang budak yatim piatu darjah 5 ke 6 , yang sama menginap di asrama sewaktu zaman aku dulu. kecil aje susuknya. Lupa aku namanya, siapa ye Ama? Zaha?
Saturday, October 18, 2008
5 Geografi - satu nostalgia

Gambar adan...

Gambar terbaru, keluarga bahagia Hj Shahdan Baharudin, bersama isteri dan anak-anak. Alhamdulillah..inilah nikmat Tuhan. Jauh merantau sekalipun..ukhwah antara kita masih utuh lagi. Mudah-mudahan kita tidak 'lost contact' lagi.
Friday, October 17, 2008
Cadangan perjumpaan sesama kita.
Thursday, October 16, 2008
Relax ha..cerito lamo ni...

Bercanda di Pasiran pantai..kita berdua..
Sahabat lamo.Mana menghilang?


Mus yang blur...pening aku...

Gambar blur ni Mus yang hantar. Tetapi bila aku terima aku pun jadi blur sama. Blur macam Mus jugak sewaktu kono maghah kek Ust Mansor pasal tape blue waktu kek asrama dulu. Terkebil-kebil. Bak kato Jamil badan yo bosar..anu ciput...ha ha..
Hampir terlupa, 2 hari lepas Mus telefon. Katanya Jamil sedang berada di rumahnya. Kebetulan Jamil outstation di JB. Wah suka sungguh Mus dan Jamil. Aku pun tumpang gembira. Alhamdulillah.
Gambar di atas - dari kiri aku, Jamil dan .....siapa ye..blurlah aku...
Wednesday, October 15, 2008
Chef Mokhzani Aris

Ya Allah..ukhwah ini besar ertinya..bagi kami
Aku tertanya juga, mana perginya dua sahabat kita ini? Zailan Ragiman dan Jamal ( cino koto, Jamil yang panggil cam ni tau, bukan den ). Sewaktu Zailan berkahwin dulu, aku, Salleh dan Hj Shahdan sempat juga datang ke majlisnya. Cuma selepas itu, semuanya ghaib.Arlina Ahmad
Sajo nak kongsi gambar lamo ni. Berlatarbelakangkan rumah Ustaz Mansor dan van sekolah kito. Den tak tahu pulak mano poi ee Arlina. Last jumpo pun tahun 1996 dulu. Maso tu dio kojo di Oriental Bank kek The Mall. Ghasoee memang dah kahwin. Ado ko yang tahu ceghito terkini Arlina Ahmad?
Monday, October 13, 2008
Abang Joe @ Cikgu Joe


Noraini bte Shariff
Luqman Al-Hakim anak 1
Akmal Hafiz anak 2
Fatimah Azzahra anak 3














