? ??????????????Kissed? ????? ?? ???Rating: 4.0 (1 Rating)??6 Grabs Today. 2006 Total Grabs. ??????Preview
?? | ??Get the Code?? ?? ?????Make Love? ????? ?? ???Rating: 3.6 (82 Ratings)??0 Grabs Today. 4490 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 26, 2009

Jangan pisahkan kami!


Tujuh beradik tak mahu berpisah


KUALA TERENGGANU - Tujuh anak pasangan, Baharuden Taib, 45, dan Maimun Ibrahim, 40, yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 123 Jalan Jerangau-Jabor Jumaat lalu enggan berpisah dan mereka sanggup hidup bersama walaupun dalam keadaan susah.Seorang anak pasangan itu, Mohd. Syafiq, 17, berkata, sebagai anak sulung dia akan berusaha untuk menyara kehidupan enam orang adik-adiknya."Saya sanggup tidak sambung belajar dan cari kerja selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) untuk sara adik-adik," katanya sambil menahan sebak semasa ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) semalam.

Kata remaja itu, memang ada di kalangan saudara-mara yang menawarkan untuk memberi bantuan dan menjaga adik-adiknya."Tetapi saya tak sanggup berpisah dengan mereka dan saya rasa adik-adik saya juga begitu," kata Syafiq. Dia yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir di sini meluahkan hasratnya itu ketika melawat adiknya, Mohd. Ikmal Rizal, 8, dan Aisyah Nabila yang dirawat di HSNZ.

Sementara itu, Ikmal ketika ditemui berkata, dia sangat rindu ayahnya dan mahu cepat berjumpa dengannya.Ikmal sehingga semalam belum mengetahui kematian ibu bapanya bersama seorang adik dan neneknya.Cerita Ikmal, ayahnya yang cedera dalam kemalangan ketika itu menyerahkan telefon bimbit kepadanya dan menyuruh dia menghubungi ambulans kerana ketika itu hanya dia yang mampu bergerak. - Kosmo

0 komen dari kengkawan: